.

.

14 July 2012

HIMPUNAN OREN : AHMAD MASLAN PULA GAGAL MATEMATIK

Ketua Penerangan Umno menyatakan dalam twitternya bahawa hanya 1,000 orang sahaja hadir pada Himpunan Oren sebentar tadi. Tetapi gambar ini menjawab dakwaan Ahmad Maslan. Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Umno/BN gagal matematik.

Saya yakin jika Ahmad Maslan mengira jumlah seramai ini hanya 1,000, sudah tentu Rais punya kiraan hanya 100 orang sahaja.

TV3 dan RTM sudah tentu tidak akan menayangkan gambar himpunan ini. Kalau ditayangkan pun semasa mereka sudah bersurai atau ketika wakil peneroka bergerak ke Istana Negara

Inilah standard media di Malaysia.

SIARAN LANGSUNG HIMPUNAN OREN

Siaran Langsung SILA KLIK DI SINI


13 July 2012

AIR PERCUMA : UMNO/BN JILAT LUDAH MEREKA SEMULA

Dahulu bila kerajaan PR memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor pemimpin Umno/BN menyatakan bahawa kerajaan PR Selangor akan bangkrap. Kini selepas 4 tahun lebih air percuma diberikan kerajaan PR tidak pula bangkrap malah rezab kerajaan bertambah berlipat kali ganda,


Tanpa rasa malu dan segan kini pemimpin Umno/BN Selangor membuat kenyataan bahawa jika Umno/BN kembali memerintah Selangor dasar air percuma ini akan diteruskan ...................ha3 muka tak malu .........

KADAR JENAYAH DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengakui bahawa kadar jenayah di Malaysia membimbangkan di mana ianya terus meningkat dari masa ke semasa.


Beliau meminta pihak berkuasa supaya tidak menyorok fakta sebenar dari pengetahuan rakyat

 “Rakyat perlu tahu perkara sebenar tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah 

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah ” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam 

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan “Jika jenayah tak teruk tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’ “Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’ ” kata 

Kenyataan Musa di atas seolah-olah menggambarkan bahawa pihak-pihak tertentu cuba menyembunyikan fakta sebenar bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Malaysia adalah negara paling selamat dengan kadar jenayah yang sangat kecil. Sedangkan saban hari kita terbaca cerita pembunuhan, rogol, rompakan, ragut, culik dan sebagainya di dada-dada akhbar. 

12 July 2012

FLASHBACK : 10 BILION HANGUSKAN DUIT RAKYAT

Jika tidak didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya rakyat Malaysia mungkin tidak tahu bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang boros membelanjakan duit rakyat sewenang-wenangnya.

Lebih teruk lagi projek-projek pembangunan, pembelian barangan dan sebagainya membelanjakan duit tanpa usul periksa malah menjadikannya sumber pendapatan kepada pihak tertentu ...............

BELI PETRON DENGAN DUIT ARAK

Akhbar Suaran KeADILan keluaran terbaru mendakwa bahawa anak Mahathir, telah membeli syarikat minyak Petron dengan keuntungan syarikatnya Petron. Tidak lama dahulu kita dikejutkan dengan pembelian saham syarikat arak, San Miguel oleh anak Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Suara KeADILan, Petron telahdianugerhakan kontrak membekalkan minyak kepada pesawat MAS yang baru iaitu Airbus A380 yang baru digunakan. Persoalannya ialah mengapa  Petron yang memperolehi kontrak ini, mengapa bukan syarikat minyak negara iaitu Petronas, sedangkan MAS juga adalah GLC sama seperti Petronas. Sepatutnya GLC memilih GLC sebagai 'supplier', itu yang menjadi tanda tanya kepada rakyat.

Lebih menarik lagi Mahathir sendiri adalah penasihat Petronas. Suara KeADILan mempersoalkan mengapa Mahathir tidak 'merekomen' Petronas menjadi pembekal minyak tersebut.

Mengapa pula Najib sebagai Menteri Kewangan membiarkan perkara ini berlaku???????????

11 July 2012

BANDINGKAN TANGGA RUMAH TOK GURU DENGAN TANGGA RUMAH PEMIMPIN UMNO

Cuba tuan-puan bandingkan tangga rumah Tok Guru Haji Hadi dalam gambar sebelah dengan tangga rumah pemmpin Umno.

Cat tangga kayu rumah Tok Guru ini pun menggelupas tidak dicat baru. Begitu zuhud Tok Guru kita. Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 pun beliau tetap tinggal di rumah ini.

Tidak perlu bandingkan tangga tersebut dengan tangga rumah Presiden Umno atau Ketua Bahagian, cukup sekadar kita buat perbandingan dengan tangga rumah Ketua Umno Cawangan sahaja??????????????

Kebanyakan rumah Ketua Umno Cawangan jauh lebih hebat dan harganya ada yang mencecah jutaan ringgit.

10 July 2012

TOK GURU HIRUP KUAH, PEMIMPIN BN HIRUP PROJEK

Gambar Tok Guru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang makan di sebuah warung tepi jalan antara Kg Rhu Rendang dan Bukit Kor.

Jelas betapa zuhudnya Tok Guru kita. Tok Guru hirup kuah laksa, pemimpin Umno/BN HIRUP PROJEK dan duit rakyat ..........ke guane.

Sumber : FB Terengganukini.

YB BN, WAKIL RAKYAT KEDAI KOPI


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun, sebagai “wakil rakyat kedai kopi” apabila mengaitkan kejadian bencana alam di Selangor dengan aktiviti kecurian pasir.
Khalid dalam perbahasan lisan di Dewan Undangan Negeri hari ini membidas kenyataan Wong dengan menegaskan kejadian tanah runtuh di negeri itu tidak melibatkan kegiatan kecurian pasir dan Wong jelasnya menggunakan logik yang rendah dalam membuat perbandingan berhubung perkara itu.
“Logik yang digunakan agak rendah iaitu kononnya dengan kecurian pasir jambatan akan runtuh, ini cakap-cakap di kedai kopi,” tegas Adun Ijok ini lagi.
“Kita gunakan kajian daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), mereka telah mengatakan faktor kecurian pasir tidak menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.”
Memang wakil rakyat yang mengeluarkan kenyataan semacam ini digelar wakil rakyat kedai kopi. 'Standard' macam ini sama dengan mereka yang berborak di kedai kopi yang bercakap ikut suka tanpa usul periksa. Sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat segala kenyataan yang hendak dinayatakan di dalam dewan mestilah diambil dari sumber yang sahih dan kajian yang tepat dan berprestij.
Wong sebelum itu mempersoalkan berkenaan ketiadaan pendedahan mengenai jumlah tangkapan yang dibuat berkaitan skandal pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri mengumumkan jumlah tangkapan berhubung jenayah itu menunjukkan penurunan sejak 2008.
“Kalau kerajaan negeri betul-betul efisyen, siapa tahu individu atau kumpulan mana yang ditangkap serta apa hukumannya?
“Skandal kecurian pasir ini mendatangkan masalah sampingan, sebelum 2008 tiada jambatan runtuh atau tebing sungai runtuh,” katanya dan menambah, “sekarang kerap media melaporkan kejadian-kejadian seperti ini.”
Khalid bagaimanapun dilihat cuba berdolak-dalik ketika menjelaskan mengenai keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan sindiket kecurian pasir di negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu.
Malah, Khalid juga tidak menjawab soalan Wong mengenai jumlah tangkapan yang sudah dibuat sejak skandal mencuri pasir di Selangor didedahkan selepas 2008.
Sebelum itu, dalam sesi soal jawab lisan menerangkan bahawa trend tangkapan kenayah kecurian pasir telah menurun sejak PR mengambil alih kerajaan Selangor.
“Trendnya sudah menurun. Pada 2008 sebanyak 974 tangkapan, 159 (2009), 91 (2010), 37 (2011) dan hanya 26 tangkapan dibuat sehingga Jun 2012.
“Operasi perampasan juga sudah berkurang, kutipan juga berkurang. Berdasarkan fahaman kita sudah tentulah operasi pencurian pasir berkurang,” katanya lagi.
Beliau turut menerangkan, ekoran kejayaan itu, bukan sahaja pendapatan operasi pasir telah meningkat, tetapi juga jumlah royalti yang dibayar.
Jelas Khalid lagi, jumlah besar royalti yang dibayar juga meningkat kepada RM 5 juta dalam tempoh enam bulan sejak 2008, berbanding tidak lebih RM 3 juta sebelum itu.
“Bukan sahaja kecurian berkurang, tapi royalti negeri juga bertambah,” tambahnya lagi.
Sumber : Malaysiainsider.

PENEROKA DAPAT DURIAN RUNTUH, JASA ISA SAMAD

Isa Samad benar-benar berjasa kepada peneroka.

Tak percaya rujuk gambar di sebelah. Peneroka dapat 800 unit saham FGV, manakala Isa Samad hanya dapat 180,000 unit saham sahaja.

Bayangkan hebatnya pengorbanan Isa Samad kepada peneroka Felda .................

HANYA PEMIMPIN YANG SUDAH BERSARA BINA GALERI

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam membuka galeri sendiri di tapak rumah keluarga beliau di Bukit Katil. Kita ucap tahniah kepada beliau kerana terlalu awal membuka galeri. Setahu kita hanya pemimpin yang hendak berhenti atau bersara sahaja yang membina galeri supaya dirinya diingati oleh rakyat.


Mungkin Ali sudah ingin berhenti atau diberhentikan oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebab itu beliau awal-awal lagi membina galeri. Jarang sekali pemimpin yang sedang berkuasa dan tiada niat untuk bersara akan membuka galeri seperti ini. Ini suatu 'signal' bahawa beliau ingin berhenti agaknya.


Media semalam melaporkan bahawa pelancong yang mengunjungi Melaka kini berpeluang melihat secara dekat sejarah hidup Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menawarkan kediaman lama beliau sebagai galeri.

Mempamerkan kira-kira 20,000 barangan termasuk gambar Mohd Ali ketika zaman persekolahan selain cenderamata yang dihadiahkan kepada beliau, Galeri Mohd Ali Rustam itu dibuka rasmi malam tadi.
    
Bercakap kepada pemberita selepas pelancarannya, Mohd Ali berkata kediaman itu terletak di atas tanah pusaka milik keluarganya dan mula dibuka kepada umum sejak semalam dengan bayaran masuk RM1.
    
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang memiliki gambar lama beliau agar mempamerkan gambar berkenaan di galeri tersebut.
    
Selain galeri itu, Melaka turut menempatkan Galeri Tun Ghaffar Baba, Galeri Ketua Menteri Melaka dan Galeri Budaya Cheng Ho. 

HANYA PEMIMPIN YANG SUDAH BERSARA BINA GALERI

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam membuka galeri sendiri di tapak rumah keluarga beliau di Bukit Katil. Kita ucap tahniah kepada beliau kerana terlalu awal membuka galeri. Setahu kita hanya pemimpin yang hendak berhenti atau bersara sahaja yang membina galeri supaya dirinya diingati oleh rakyat.


Mungkin Ali sudah ingin berhenti atau diberhentikan oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebab itu beliau awal-awal lagi membina galeri. Jarang sekali pemimpin yang sedang berkuasa dan tiada niat untuk bersara akan membuka galeri seperti ini. Ini suatu 'signal' bahawa beliau ingin berhenti agaknya.


Media semalam melaporkan bahawa pelancong yang mengunjungi Melaka kini berpeluang melihat secara dekat sejarah hidup Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menawarkan kediaman lama beliau sebagai galeri.

Mempamerkan kira-kira 20,000 barangan termasuk gambar Mohd Ali ketika zaman persekolahan selain cenderamata yang dihadiahkan kepada beliau, Galeri Mohd Ali Rustam itu dibuka rasmi malam tadi.
    
Bercakap kepada pemberita selepas pelancarannya, Mohd Ali berkata kediaman itu terletak di atas tanah pusaka milik keluarganya dan mula dibuka kepada umum sejak semalam dengan bayaran masuk RM1.
    
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang memiliki gambar lama beliau agar mempamerkan gambar berkenaan di galeri tersebut.
    
Selain galeri itu, Melaka turut menempatkan Galeri Tun Ghaffar Baba, Galeri Ketua Menteri Melaka dan Galeri Budaya Cheng Ho. 

09 July 2012

JANGAN TAKUT UNTUK TUKAR KERAJAAN

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyeru rakyat supaya tidak takut untuk menukar kerajaan yang ada sekarang demi kebaikan rakyat dan negara.

Beliau berkata dengan perubahan kerajaan sahajalah negara dapat diselamatkan dari gejala rasuah, kebangkrapan dan kesusahan rakyat.

"Rakyat khususnya orang Melaka jangan takut untuk buat perubahan ke arah yang lebih baik, kita tengok bagaimana rakyat Jepun berani menumbangkan parti LDP yang memerintah lebih dari 50 tahun dengan menukarkan mereka dengan parti baru yang langsung tidak dikenali".

"Kita tengok walaupun kerajaan baru memerintah, Jepun terus maju, rakyatnya tiada yang kebulur, kilang-kilang seperti Toyota, Nissan, Mitsubishi, Hitachi dan lain-lain terus beroperasi tanpa sebarang masalah" ujar Mahfuz.

Mahfuz berkata rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tiada yang kebulur malah mereka mendapat banyak manfaat dari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan Dun Bukit Baru di sini malam tadi.

"Di Selangor rakyat dapat air percuma, warga emas meninggal dunia warisnya dapat RM2,500 di Melaka apa yang kita dapat".

"Tiada seorang pun pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang disabitkan dengan rasuah, kebajikan rakyat dibela, pendapatan kerajaan negeri bertambah" tambah Mahfuz.

Menurutnya rakyat mesti sedar bahawa kerajaan yang ada pada hari ini sudah terlalu korup, zalim dan gagal mentadbir dengan baik.

"Kita bimbang jika rakyat tidak menukar kerajaan yang ada pada Pilihanraya Umum akan datang negara akan hancur dan rakyat akan menghadapi akibat dan keadaan yang sukar" kata Mahfuz.

Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat yang turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari; Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Melaka, G. Rajendran dan Exco AMK, Ginie Lim.

08 July 2012

BEKAS SETIAUSAHA DUN PERAK SERTAI PAS?


Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri(foto) mengisytiharkan diri menyertai PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Abdullah hadir pada program anjuran PAS Perak semalam.

Dalam ucapan sulungnya beliau melahirkan kekesalan di atas tindakannya semasa menjadi Setiausaha Dun Perak pada zaman pemerintahan PR dan selepas itu kerajaan tersebut digulingkan secara rompakan oleh BN. 

“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?” Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu Akhbar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya pada majlis High Tea sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS di Hotel Hill City Ipoh semalam.

Abdullah juga menceritakan betapa pada tahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry Kadir.

"Terlalu ramai yang mengutuk saya. Ada blog yang menulis Abdullah Antong, bertaubatlah kamu" ujar Abdullah merujuk kepada blog Al-Husseyn.

Antara ikon baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak; bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar; bekas Ketua Jamaah Nazir KPM, Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin; pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman; bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid. 

Sumber : Blog Al Husseyn.(Klik di sini)



DREBAR TEKSI SAYANG MIC TAPI UNDI PR

Kisahnya begini, tadi aku pergi masjid sembahyang Jumaat. Disebabkan hujan aku pergi naik teksi, sempat sembang sedikit dengan  `uncle` drebar teksi....orang India.  Aku tanya, sudah dapat 4 tayar, dia kata tidak lama lagi dapatlah.


Selepas itu  aku tanya `uncle` saya tengok sekarang  orang Cina banyak sudah benci BN..macamana dengan orang India, dia cakap dia masih sayang BN, dan dia penyokong kuat MIC, tetapi dia kata Ambiga punya pasal kena hentam teruk-teruk saya pun `swing` bagi pada Pakatan Rakyat, lagi satu yang `uncle` benci dia kata apa pasal mahu malukan Anwar tidak habis-habis..dulu sudah sumbat sekarang lagi tidak habis-habis..sayang MIC tapi hendak bagi undi pada PR...

Moral nya : baguslah BN buatlah isu pelik-pelik lagi ...lagi tambah pelik lagi cepat menuju ke arah kejatuhan.. 4 tayar ambil tapi undi PR.



Sumber : FB Aidil Ismail SAMM.

HARIAN METRO KURANG AJAR SAMAKAN MORSI DENGAN FIRAUN?

Seorang Hafiz Al-Quran, juga merupakan Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

p/s : Mohon pihak editor akhbar menarik balik gambar dan mengakui kesilapan. Allahurabbi.



Tindakan jelas menunjukkan bahawa media pencacai Umno/BN menjadi kuda tunggangan tuannya memperlekeh dan menghina Presiden Muhammad Morsi yang semua orang tahu merupakan aktivis gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Apa tujuan Harian Metro melukis gambar Morsi pada piramid yang terkenal sinonim dengan Firaun laknatullah itu.


Sumber : FB aktivis Terengganu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter