.

.

14 August 2009

PAKATAN RAKYAT DIDAFTARKAN SECARA RASMI?

PR mesti didaftarkan secepat mungkin dan menggunakan satu logo dalam pilihanraya? Ada yang menyokong ada yang tidak menyokong.
Alasan kumpulan yang menyokong :-
1) Rakyat lebih yakin akan kesepaduan PR jika ianya sebuah pertubuhan yang berdaftar
2) Organisasi PR akan lebih mantap dengan tertubuhnya sebuah pertubuhan rasmi
Alasan kumpulan yang tidak menyokong :-
1) Rakyat sudah kenal dan lebih selesa untuk menyokong parti secara sendirian dan logo sendiri.
2) Rakyat memerlukan masa untuk menerima konsep dua parti ini iaitu BN dan PR.

PERMATANG PASIR : PAS BERADA DI DEPAN

Tinjauan pemerhati politik di Permatang Pasir melihat bahawa PAS masih berada di depan di mana penyokong PAS masih tetap sedia dan tegar dengan PAS manakala golongan atas pagar cenderung untuk menyokong PAS disebabkan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan dasar negeri kebajikan dan jimat cermat.
Tidak syak lagi BN berada dalam keadaan tertekan dengan senario ini.
Malah PAS diberitakan akan terus melonjak selepas pengumuman calon mereka malam ini.

13 August 2009

KERAJAAN GAGAL TANGANI PENGANGGURAN

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mukhriz Mahathir sendiri mengakui akan fakta ini.
Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.
Terbukti bahawa kerajaan BN yang ada sekarang gagal menangani masalah pengangguran walaupun pelbagai pakej ransangan diperkenalkan oleh kerajaan.

Saya yakin rakyat dapat menilai sejauh mana keupayaan kerajaan dalam menangani masalah pengangguran yang kian kronik. Sudah sampai masanya rakyat menilai semula sokongan mereka kepada keraaan BN dan membuat perubahan secara total pada PRU 13 nanti. Perubahan itu boleh dicetuskan pada pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 22 Ogos nanti.
Adalah baik jika calon BN di Permatang Pasir tewas dengan kehilangan deposit dan rakyat di sana boleh melakukannya bagi memberikan pengajaran kepada Kerajaan BN.

TEE KEAT VS KING SING - RM10 JUTA

Tuduhan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BBC), Tiong King Sing kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat yang mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong adalah suatu tuduhan berat.
Persoalannya sekarang :-
1) Benarkah dakwaan King Sing tersebut?
2) Jika benar apa motif pemberian wang tersebut?
3) Jika tidak benar apa motif King Sing membuat dakwaan ini?
4) Mengapa dakwaan ini dilakukan sedangkan jarang sekali penyokong kerajaan membuat dakwaan seumpama ini.
Tee Keat sudahpun membuat laporan Polis terhadap King Sing. Kita harap Polis menyiasat dengan professional dan telus. Jika dakwaan itu benar sila siasat jika dakwaan itu tidak benar saya cadangkan Tee Keat mengambil tindakan mahkamah terhadap King Sing kerana membuat fitnah.
Ini merupakan episod baru dalam politik Malaysia di mana penyokong kerajaan berani membuat dakwaan terbuka kepada pemimpinnya.

12 August 2009

JANJI MESTI DITUNAIKAN

BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid."Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.
"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Bagus sekali janji Jalil dan saya yakin ianya sesuatu yang akan disambut baik oleh rakyat. Masalahnya sejak dari dahulu lagi banyak janji pilihanraya BN tidak ditunaikan terutama jika BN kalah.
Contoh paling baru ialah janji BN untuk membina jambatan (gertak ) di Manek Urai tidak ditunaikan kerana BN kalah sedangkan sebelum itu beriya-iya mereka berjanji untuk membinanya.

Kali ini di Permatang Pauh saya ingin lihat apa tindakan BN terhadap janji-janjinya jika BN kalah atau menang nanti.

ISU ARAK : MASYARAKAT INDIA GESA ALI RUSTAM CERMIN MUKA

Masyarakat India menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mencermin diri sendiri sebelum meminta kerajaan negeri PR mengharamkan arak secara total.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat bagi kaum India, N Balasubramaniam berkata dari tinjauan beliau bersama rakan-rakannya banyak sekali arak dan samsu-samsu yang amat berbahaya dijual di Melaka secara terbuka.

Bala berkata antara samsu yang dijual di negeri ini ada yang mengandungi 37 % alkohol yang amat berbahaya sedangkan kandungan alkohol dalam beberapa jenis alhokol lain hanya 5 % sahaja.

"Kalau kandungannya 37 % ianya boleh membakar perut si peminum tetapi mengapa ianya dibenar untuk dijual di Melaka dan negeri lain-lain yang diperintah oleh BN".

"Jangan hanya tuding jari kepada orang lain tetapi diri sendiri lebih teruk" jelas Bala.

Bala berkata demikian dalam program muhibbah Kelab Penyokong PAS Kaum India dengan masyarakat India Melaka di Bukit Katil malam tadi.

11 August 2009

PMTG PASIR : UJIAN BUAT KERAJAAN PULAU PINANG

Sudah lebih setahun kerajaan PR memerintah negeri Pulau Pinang. Sudah 2 pilihanraya kecil dilalui selepas memerintah negeri Pulau Mutiara tersebut.
Semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kerajaan Negeri baru memerintah tidak sampai setahun, PKR menang bergaya. Manakala tatkala Pilihanraya Kecil Penanti PR sudah memerintah lebih dari setahun, namun oleh kerana BN kecut perut untuk berlawan, PKR menang besar walaupun peratusan pengundian hanya sekitar 50 %.
Kali ini ujian lebih hebat menanti PAS yang mewakili PAS. Setelah setahun lebih memerintah, kerajaan PR pimpinan DAP sekali lagi akan diuji. Kali ini ujian lebih hebat kerana 'demand' rakyat lebih hebat kerana sudah tahun PR memerintah sudah tentu rakyat menagih janji-janji PR pada Pilihanraya Umum lalu.
Namun rakyat harus ingat setahun bukanlah masa yang lama. Mustahil bagi sebuah kerajaan negeri yang baru dibentuk dapat menunaikan 100 % janji-janjinya dalam masa setahun.
Tetapi kerajaan Negeri Pulau Pinang membuktikan janjinya apabila berjaya menjalankan program-program seperti dibawah :-
Portfolio : MMK Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah yang dipegang oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng.
SECARA KESELURUHAN
1. Memperkenalkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti & Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kerajaan berasuah;
2. Pembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;
3. Membuka Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan trafik;
4. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
5. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;
6. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;
7. Melantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;
8. Papan-papan tanda jalan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawi/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;
9. Usaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR;
10. Sebut harga tender terbuka melalui internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;
11. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;
12. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar “bina dulu, lulus kemudian”;
13. Pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan;
14. Penubuhan Pusat Bantuan dan Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;
15. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;
16. Menubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan menggalakkan pembangunan sector pelancongan;
17. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;
18. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;
19. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;
20. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
21. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;
22. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;
23. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;
24. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;
25. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);
26. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;
27. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui internet, Web TV;
28. Cadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa/rumah kos rendah dan sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
29. Had masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;
30. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa;
31. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk Invest, Penang;
32. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00 masing-masing;
33. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato’ Seri Utama, Dato’ Seri dan Dato’ dikurangkan daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;
34. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;
35. Penghargaan dan pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;
36. Peruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;
37. Menjalankan usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula Keretapi Bukit Bendera;
38. Mendapat balik pembayaran denda RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak RM12.485 bilion;
39. Mendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6 juta daripada Penang Port Sdn Bhd;
40. Menuntut balik tunggakan cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak RM238,632.17; dan
41. Pemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.
PENTADBIRAN TANAH
1. Ke arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan:
(a) Jawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah;(b) Jawatankuasa Tebatan Air; dan(c) Jawatankuasa Tanah Bukit
2. Kerajaan negeri telah memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara);
3. Penubuhan Jawatankuasa bersama-sama ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan
4. Kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.

Bersambung ............banyak lagi yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco kerajaan negeri yang lain.

PERMATANG PASIR : PAS MENANG ?

PAS menang pilihanraya kecil Permatang Pauh. Ini berdasarkan keputusan survey di blog ini yang menunjukkan PAS mendapatkan 91 % undian berbanding BN hanya 9 % undian. Jumlah responden adalah 488 orang.
PAS mendapat 447 undian berbanding BN hanya mendapat 41 undian.
Walaupun keputusan ini tidak menggambarkan kedudukan sebenar keputusan Pilihanraya itu namun ramai pemerhati merasakan bahawa keyakinan tetamu Blog tentang keupayaan PAS ada benarnya kerana 'mood' rakyat sekarang ini memang memihak kepada PR.

YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI BALA

Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kes juga meningkat mendadak kepada 2,253 dengan 270 kes baru dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Ya Allah selamatkan kami dari balaMU ini Ya Allah. HambaMu ini sanggup dan tidak tahan dengan balaMu Ya Allah.
Janganlah Ya Allah tambahkan balaMu dan ujianMu lagi Ya Allah.
Kepada kerajaan BN dan semua rakyat marilah kita insaf dan bertaubat. Hentikan semua perkara maksiat serta merta. Kembalilah kepada jalan penyelesaian sebenar iaitu Islam. Janganlah kita berdegil dengan membelakangkan agamaNya.
Jangan kita tambah kebencianNya kepada kita dengan undang-undang, dasar-dasar zalim dan menyekutukan Allah.
Jangan kita tambah kemurkaanNya dengan sikap bongkak dan tamakkan kuasa menzalimi rakyat dan menggunakan kuasa untuk diri sendiri
Jangan kita berdegil tidak mahu menuruti segala perintah Allah dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Dari kewajipan menutup aurat sehingga kewajipan melaksanakan hukum Islam dalam pentadbiran.
Jangan kita bongkak kepada Allah dan kepada manusia. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.

Tidak ada penyelesaian lain selain dari Islam yang dapat menyelamatkan kita semua. Amin Ya Robbul A'lamin.

SHAMSUL KAMAL CALON PAS PERMATANG PASIR?

Shamsul Kamal Shapie merupakan Pegawai Peribadi Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman sejak dari ADUN Permatang Pasir itu menang pilihanraya 1999. Beliau merupakan seorang pegawai yang setia, dedikasi, komited dan kuat bekerja.

Tidak hairanlah berkata ketekunan dan istiqamah beliau terhadap amanah yang diberikan, beliau turut dinamakan sebagai salah seorang calon yang mungkin membawa obor PAS pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 25 Ogos ini.
Pemuda berkaca mata ini bukan orang baru dalam arena politik PAS. Sejak dari zaman remaja lagi beliau sudah terlibat dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri. Saya pernah bersama-sama beliau menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang tahun 90-an dulu.
Oleh kerana keikhlasan dan kerajinan beliau Allahyarham Datuk Hamdan memilih beliau untuk menjadi Pegawai Peribadinya yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan semua urusan seharian ADUN, pentadbiran pejabat ADUN dan sebagainya.
Saya yakin jika beliau atau Ustaz Salleh maupun Abang Mat dipilih sebagai calon, mereka sudah pasti mampu membawa bendera PAS di DUN Pulau Pinang dan pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga dengan Rosidi Hussin dan Yusni Mat Piah masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

BANTAHAN PPSMI MESTI DITERUSKAN

Saya menyambut baik langkah yang diambil oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI yang ingin memperhebatkan kempen memansuhkan dasar tersebut.
Bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI mesti diteruskan kerana kerajaan belum menghapuskan dasar tersebut. Ianya hanya akan ditamatkan pada tahun 2012.
Setelah kerajaan bermain wayang dengan mengumumkan penamatan PPSMI beberapa bulan ramai diantara kita yang tidak perasan bahawa dasar tersebut terus bertapak selama 3 tahun lagi dan sudah tentu ia akan memangsakan lebih ramai pelajar dalam masa tersebut.
Alasan kerajaan melanjutkan tempoh penamatan sehingga tahun 2012 adalah tidak masuk akal dan tidak munasabah. Alasan seperti isu teknikal, penyediaan buku teks yang diberikan kerajaan jelas tidak logik dan tidak dapat diterima.
Semasa ianya dilaksanakan dulu ia hanya mengambil masa 6 bulan sahaja untuk diterimapakai, mengapa sekarang kerajaan memberikan alasan yang tidak logik ini.

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mesti mengambil langkah seterusnya bagi menyedarkan kerajaan dan rakyat bahawa dasar ini adalah dasar yang zalim dan menjadikan murid-murid kita mangsa.

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Apakah seorang pemimpin Melayu tidak digelar sebagai pengkhianat melayu jika:-
1) Ribuan hektar tanah orang Melayu dijual atau digadai kepada rakyat negeri asing
2) Membiarkan sahaja tanah melayu sewenang-wenang dijadikan Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi milik rakyat negara asing
3) Membiarkan tanah orang Melayu dibeli rakyat negara asing tanpa had dan batasan
4) Menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar (suatu ketika dulu) untuk menggalakkan tanah Melayu dibeli rakyat negeri asing.
Siapa Pengkhianat Melayu?

10 August 2009

Kenyataan YB Loke tentang dakwaan hina Islam.

Di bawah ini saya siarkan kenyataan Ketua DAPSY YB Loke Siew Fook berhubung dakwaan beliau menghina Islam. Para tetamu boleh membaca dan membuat komen tentang apa yang diperkatakan beliau.
Jika benar ianya menghina Islam saya akan turut sama menasihatkan beliau supaya berhati-hati dan memohon maaf kepada semua umat Islam di atas keterlanjuran beliau yang menghiris hati umat Islam.
Di bawah ini ialah jawapan beliau terhadap tuduhan yang beliau menghina Islam. Saya 'cut and paste' dari blog peribadi beliau.


SAYA HINA ISLAM?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock.

Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam.

Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock. Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog).

Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab.

Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam.

Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO!

Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.

Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

SELANGOR : KALAU NAK RAMPAS BIAR PROFESSIONAL & BERADAB

Najib Tun Razak menegaskan, Barisan Nasional (BN) mesti merampas semula Selangor daripada pakatan pembangkang kerana negeri ini adalah nadi pembangunan di Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan matlamat itu, para pemimpin dan ahli UMNO mesti sanggup melakukan proses perubahan seperti muhasabah diri, insaf, merendah diri dan berkhidmat untuk semua kaum termasuk penyokong pembangkang.

Pemimpin juga tambahnya, perlu rajin turun padang mendengar masalah rakyat dan setiap janji mesti ditunaikan serta berlaku adil kepada semua pihak.

''Satu lagi, kita kena kerja lebih sikit. Pesanan saya, kalau nak menang buat cara nak menang jangan kata nak menang tetapi perbuatan kita menempah kekalahan.

''Berbekalkan semangat ini, sebagai nadi negara, Selangor mesti dikembalikan kepada BN. Bagi saya tiada sebab negeri Selangor tidak boleh kembali kepada BN," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kuala Selangor di Kuala Selangor semalam.
Bagi saya tidak salah untuk BN/Umno merampas kembali Selangor tetapi biarlah ianya mengikut saluran undang-undang, professional dan beradap. Jangan ulangi cara tidak bertamadun yang dilakukan di Perak sehingga Speaker diangkat keluar dan dikurung dalam stor; ADUN dituduh rasuah dan dibeli; ADUN dan Speaker dinafikan masuk DUN dan sebagainya.
Janganlah ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan agensi kerajaan seperti untuk mendakwa Exco dan ADUN serta Menteri Besar dengan tuduhan yang tidak ada bukti sedangkan laporan terhadap bekas Menteri Besar, Bakti dan sebagainya dibuang dalam bakul sampah tidak disiasat.

TARAWIKH, SAHUR DAN BERBUKA WARNAI KEMPEN PRK P.PASIR

Majlis sahur, buka puasa dan solat tarawikh akan mewarnai kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kerana ianya diadakan pada bulan Ramadhan iaitu pada 25 Ogos 2009. Manakala penamaan calon dijalankan pada 17 Ogos iaitu beberapa hari sebelum bulan puasa.
Ini merupakan suatu perkembangan baru kerana seingat saya tidak pernah lagi pilihanraya kecil dijalankan pada bulan puasa.
Diharapkan suasana bulan puasa akan mendisiplinkan cara kedua-dua pihak berkempen samada di pihak BN ataupun PR.
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
PAS dikatakan yakin akan mempertahankan kerusi ini berdasarkan suasana semasa dan rekod kemenangan mereka secara hattrik sejak 1999. Manakala BN awal-awal lagi tidak yakin akan keupayaan mereka untuk menyaingi PAS di kerusi ini lebih-lebih dengan krisisi dalaman Umno Bahagian Permatang Pauh yang tidak pernah reda sejak pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Banyak pihak merasakan pengaruh Anwar di kalangan akar umni di sini masih kuat kerana Anwar pernah menjadi Ketua Bahagian Permatang Pauh lebih dari 10 tahun.
PAS dikatakan akan menurunkan ayam sabung handalan mereka iaitu Mat Sabu bertanding di DUN ini. Jika Mat Sabu tidak dipilih PAS mempunyai seorang lagi calon yang disenangi dan dikenali ramai di sini iaitu Ustaz Salleh Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang dilihat mempunyai sifat peribadi yang lebih kurang sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman.
Mohamad Sabu juga dikenali ramai kerana beliau sudah lama berkecimpung dengan PAS Pulau Pinang dan kampung asalnya juga tidak jauh dari Permatang Pasir.
Selain dari Salleh dan Mohamad nama-nama lain yang juga dipertimbangkan untuk mewakili PAS ialah Timbalan Pesuruhjaya 3, Rosidi Hussain; Ketua Pemuda Negeri, Ustaaz Yusni Mat Piah dan Pengawai Peribadi Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan memilih calon tersebut dan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

KERAJAAN PR PULAU PINANG JIMAT RM35 JUTA SETAHUN

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menjimatkan duit rakyat sebanyak RM35 juta setahun selepas mengambil langkah berjimat cermat.

Antara langkah berjimat cermat yang dilaksanakan ialah :-

- Memberhentikan program-program festival, pesta dan lain-lain serta merta
- Ketua Menteri, exco-exco, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Jabatan menaiki Kapalterbang kelas ekonomi.
- Dan lain-lain.

FAKTA : UMNO BIARKAN MELAYU TERUS MISKIN DI PULAU PINANG

Terbukti Umno/BN yang memerintah Pulau Pinang lebih dari 50 tahun membiarkan orang Melayu miskin dan merempat di negeri sendiri.
Lebih dari 90 % fakir miskin di Pulau Pinang adalah bumiputera. Siapa yang bersalah dalam hal ini Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Apa yang Umno buat sehingga orang Melayu merempat di negeri sendiri. Umno yang dari dahulu sehingga Mac 2008 mempunyai kerusi majoriti dalam kerajaan BN melebihi kerusi MCA dan Gerakan tidak berbuat apa-apa membiarkan sahaja Melayu terus miskin.
Tetapi dalam masa yang sama bersungguh-sungguh mendakwa mereka membela melayu.

SEMUA MASALAH BOLEH DISELESAIKAN - MAT SABU

AJK PAS Pusat, Haji Mohammad Sabu berkata semua masalah akan dapat diselesaikan jika semua pihak berlapang dada, hormati menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.
Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan bahawa kepimpinannya matang, professional dan telus dalam apa juga masalah.
"Jika berjaya menyelesaikan isu babi di Kedah; isu babi di Selangor dan kini isu arak di Selangor".
"Jangan bimbang pimpinan kita bijak dan berupaya menyelesaikan apa juga isu yang datang dari dalam dan luar" kata Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan malam anjuran DAP Melaka di Dewan Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.
Beliau juga melahirkan kekesalan kerana kerajaan Malaysia gagal menyelesaikan isu jenayah, isu demokrasi dan hak asasi manusia disebabkan sikap tidak professional kerajaan dan Polis.
"Bayangkan ceramah saya di Pulau Pinang baru-baru ini dikepung oleh 300 Polis sedangkan kita hanya ingin berceramah di premis parti bukannya tempat awam".
"Begitu juga semasa himpunan aman bantah ISA 1 Ogos lalu, ribuan Polis dikerah untuk berhadapan dengan rakyat berbilang kaum yang berhimpun hanya untuk menyerahkan memo mansuhkan ISA" kata Mohammad.
Mohamad juga hairan mengapa kerajaan pimpinan Najib masih tidak mahu menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock yang sudah berlaku lebih dari 25 hari.
"Apa yang mereka ingin sembunyikan sehingga tuntutan rakyat dan keluarga Beng Hock tidak dapat dipenuhi sehingga kini"
"Rakyat hanya mahukan keadilan dan kebenaran, mengapa kerajaan takut kepada keadilan dan kebenaran". tambah beliau.
Turut berucap pada majlis tersebut ialah Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang, Speaker DUN Selangor, YB Teng Chang Khim; Pesuruhjaya PAS Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Ahli Parlimen Teluk Intan YB Monagaran; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Yau; ADUN Sekinchan Ng Sue Lim; Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan bekas Ahli Parlimen Kota Melaka Kerk Kim Hock.
Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock dan pimpinan PR Negeri Melaka turut hadir.
Kira-kira 5,000 rakyat berbilang kaum memenuhi dewan tersebut hingga melimpah keluar.

09 August 2009

PMTG PASIR : BN SEMAKIN TERTEKAN

BN semakin tertekan kerana masalah dalaman Umno Bahagian Permatang Pauh. Umno Bahagian dilihat mahukan pimpinan bahagian menjadi calon manakala Umno Pusat dan negeri mahukan bekas Ketua Bahagian Ahmad Saad.
Pertembungan antara bahagian dan negeri tidak dapat ditutup lagi. Mungkin Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai calon beliau sendiri yang sudah tentu disukai oleh Najib. Sebab itulah Zahid baru-baru ini membuat kenyataan bahawa bakal calon Permatang Pasir tidak semestinya pimpinan Umno Bahagian. Untuk rekod Ahmad Saad ketika tidak memegang sebarang jawatan di dalam Umno Bahagian selepas Ketua Umno Bahagian sekarang iaitu Abdul Jalil Majid mengambilalih kepimpinan bahagian dari beliau.
Ahmad Saad merupakan bekas orang kuat Anwar dan Najib sendiri. Oleh itu tidak mustahil beliau dipilih untuk menarik sokongan penyokong Anwar dan juga sokongan akar umbi yang sememangnya masih menyenangi Ahmad Saad. Abdul Jalil sendiri dikatakan adalah 'orang luar' yang tiba-tiba naik semasa zaman Pak Lah.
Tidak syak seperti biasa Umno/BN akan mengalami keretakan dalaman akibat perebutan ahlinya untuk menjadi calon dek kerana perangai pimpinan atasan yang ingin meletakkan 'orang' masing-masing bertanding.

PAKATAN RAKYAT MELAKA PERHEBATKAN PROGRAM

PR Melaka terus mengadakan program mendekati rakyat bagi memastikan rakyat terus mendapat maklumat terkini agar tidak terkeliru dengan mainan media jahat dan mengampu BN.
Malam ini DAP Melaka mengadakan program makan malam di Dewan Pay Fong, di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ianya dijangka akan menghimpunkan lebih dari 4,000 rakyat berbilang kaum.
Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan DAP, PAS dan PKR Pusat.

H1N1 BALA ALLAH

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.
Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.
Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

POLITIK WANG TIDAK AKAN BERAKHIR DALAM UMNO

Presiden Umno berkata dengan kaedah pemilihan pemimpin dalam Umno, politik wang akan dalam parti tersebut akan berakhir.

Najib berkata kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi Umno akan dibincangkan untuk pindaan perlembagaan parti itu pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 13 hingga 16 Oktober ini.

Katanya lagi dua kaedah itu ialah proses pemilihan ditentukan oleh 60,000 perwakilan di peringkat bahagian dan menerusi 'pilihan raya' membabitkan tiga juta ahli di peringkat cawangan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan semalam.

Bagi saya walaupun kaedah ini dilaksanakan ianya tidak akan menghapuskan amalan rasuah politik(politik wang) dalam Umno kerana ianya sudah menjadi darah daging dalam Umno.
Malah ianya menambahkan lagi gejala politik wang. Kaedah ini akan memberikan kelebihan kepada jutawan di dalam Umno kerana mereka akan merasuah semua ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian, ketua pemuda, wanita dan puteri pelbagai peringkat supaya memastikan anak buah mereka mengundi calon terbabit.
Selain calon-calon yang kaya ini juga mampu merasuah ahli-ahli Umno dalam bilangan yang ramai kerana mereka sanggup menghabiskan jutaan ringgit semata-mata untuk menang. Pada pemilihan baru-baru ini juga ada calon-calon yang berbelanja jutaan ringgit untuk kempen mereka.
Untuk pengetahuan Najib hanya ada satu cara sahaja untuk menghapuskan rasuah dalam Umno iaitu mematikan ahli Umno takut kepada Allah kerana rasuah adalah suatu dosa. Selagi Presiden dan ahli-ahli Umno tidak takut kepada Allah selagi itulah rasuah tidak dapat dibenteras di dalam Umno.

NAJIB BERETORIK LAGI

Pengasas 1Malaysia (yang membelakangkan Islam Hadhari )Najib Tun Razak menggariskan tiga budaya penting yang perlu diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk menjamin sokongan rakyat kepada parti utama orang Melayu itu, berada di tahap terbaik.

Beliau berkata, pelaksanaan budaya itu juga dapat memastikan UMNO yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang kewujudannya, terus kekal dalam politik negara.

Menurut beliau, tiga budaya penting itu ialah;
- Mendengar suara rakyat.
- Berkhidmat untuk rakyat.
- Mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Benarkan kerajaan BN mahu mendengar suara rakyat? Rakyat yang ingin menyampaikan memo meminta ISA dimansuhkan dizalimi dengan bedilan gas pemedih mata, air kimia, ditangkap dan dipukul.

Benarkan kerajaan BN berkhidmat untuk rakyat? Sedangkan banyak tindakan kerajaan BN lebih mengutamakan korporat, kroni dan sebagainya. Agensi kerajaan seperi Polis dilihat bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi berkhidmat untuk mengekalkan kuasa BN dengan menentang rakyat dan pembangkang.

Benarkan kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat? Sedangkan banyak isu tidak dapat diselesaikan. Harga barangan semakin meningkat, jenayah berleluasa, ekonomi makin teruk dan sebagainya. Sehingga hari ini rakyat terus terhimpit kehidupan mereka kerana harga barangan terus melambung tanpa kawalan.

Rakyat terus berada dalam ketakutan, kejadian bunuh berleluasa sehingga rakyat di bawah jagaan polis dan SPRM pun mati tanpa diketahui sebab musababnya. Kanak-kanak dirogol dan dibunuh sewenang-wenangnya seperti kes Nurin. Sharlinie sampai ke hari ini tidak ditemui. Peragut bermaharajalela. Penagih dadah meningkat. Polis lebih sibuk berlawan dengan rakyat yang mengadakan demontrasi aman. Polis lebih serius menganggu dan mengawal program PR dari menyelesaikan kes jenayah.

Kalau hendak dinukilkan di sini tidak cukup ruang dan masa terlalu banyak isu dan kebobrokan, kezaliman dan penipuan BN.

UTUSAN MELOYA BERNIAT JAHAT, DAP SILA SAMAN

Utusan Meloya terus memainkan jarum dan fitnahnya semata-mata untuk memberikan kredit kepada tuannya Umno/BN. Hari ini Utusan Meloya menerusi edisi Ahadnya Mingguan Meloya (Edisi Internet) megemukakan satu lagi artikel fitnah iaitu DAP anti Islam?
Dalam artikel itu, akhbat fitnah no wahid ini menyiarkan artikel tersebut seperti dibawah :-
Beberapa kenyataan pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Terbaru ialah tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme sementara Exco Selangor, Ronnie Liu campur tangan dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan merampas arak di kedai serbaneka di kawasan penduduk majoriti Islam.

Pemimpin utama DAP hanya berdiam terhadap kenyataan tersebut. Maka tercetus persoalan apakah parti itu yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia bersikap anti Islam?

Persoalan itu berbangkit kerana sebelum ini banyak tindak tanduk dan kenyataan DAP termasuk di laman-laman web dan blog yang mengguris perasaan orang Islam.

Mungkin atas dorongan politik, penghinaan terhadap Islam, institusi raja dan orang Melayu oleh sebahagian bukan Islam atas nama individu juga menjadi-jadi. (Anehnya tiada tindakan tegas daripada kementerian Dalam Negeri yang lebih banyak memberi peringatan dan amaran).
Isyarat yang diterima oleh umat Islam terutama selepas pilihan raya umum ke-12, DAP makin tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Parti lain dalam pakatan pembangkang iaitu Pas dan PKR (parti pelbagai kaum yang diketuai oleh Anwar Ibrahim) tidak berupaya mengawal DAP yang jauh lebih dominan dan berani. Para pemimpin Pas tunduk walaupun perasaan ramai ahlinya bergelora mahu membela kepentingan Islam. Mungkinkah Pas sedang bertukar ideologi menjadi parti liberal Islam atau sememangnya pengaruh Anwar sudah meresap kuat dalam parti itu?
Jelas artikel tersebut adalah fitnah, memutar belitkan fakta dan menyembunyikan fakta sebenar.
Bukankah Jeff Ooi telahpun menarik balik kenyataanya dan pemimpin DAP seperti YAB Lim Guan Eng telahpun menafikan JIM sebagai pengganas dan beliau telah mengarahkan Jeff menarik balik kenyataan itu. Ini bermakna pemimpin atasan DAP tidak diam seperti yang dilaporkan oleh Utusan.
Dalam kes arak umpamanya, kenyataan bahawa pemimpin PKR dan PAS hanya tunduk kepada DAP tidak benar sama sekali. Isu ini telahpun dibincangkan di dalam mesyuarat Exco. PAS melalui pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali sudah pun mengeluarkan kenyataan tegas meminta Ronnie tidak campur tangan dalam isu ini.
Beliau juga mememinta Ronnie dilucutkan dari jawatannya sebagai Exco kerajaan tempatan. Malah Menteri Besar Selangor sendiri berjanji akan mengeluarkan garis panduan penjualan arak dalam masa sebulan.
Satu tuduhan berat yang dilemparkan kepada DAP ialah ANTI ISLAM. Ini merupakan suatu perkara serius. SAYA CADANGKAN KEPADA DAP SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG MENYAMAN UTUSAN KERANA DAKWAAN DAP ANTI ISLAM ADALAH JELAS TIDAK BENAR.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter