TARAWIKH, SAHUR DAN BERBUKA WARNAI KEMPEN PRK P.PASIR

Majlis sahur, buka puasa dan solat tarawikh akan mewarnai kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kerana ianya diadakan pada bulan Ramadhan iaitu pada 25 Ogos 2009. Manakala penamaan calon dijalankan pada 17 Ogos iaitu beberapa hari sebelum bulan puasa.
Ini merupakan suatu perkembangan baru kerana seingat saya tidak pernah lagi pilihanraya kecil dijalankan pada bulan puasa.
Diharapkan suasana bulan puasa akan mendisiplinkan cara kedua-dua pihak berkempen samada di pihak BN ataupun PR.
Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
PAS dikatakan yakin akan mempertahankan kerusi ini berdasarkan suasana semasa dan rekod kemenangan mereka secara hattrik sejak 1999. Manakala BN awal-awal lagi tidak yakin akan keupayaan mereka untuk menyaingi PAS di kerusi ini lebih-lebih dengan krisisi dalaman Umno Bahagian Permatang Pauh yang tidak pernah reda sejak pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Banyak pihak merasakan pengaruh Anwar di kalangan akar umni di sini masih kuat kerana Anwar pernah menjadi Ketua Bahagian Permatang Pauh lebih dari 10 tahun.
PAS dikatakan akan menurunkan ayam sabung handalan mereka iaitu Mat Sabu bertanding di DUN ini. Jika Mat Sabu tidak dipilih PAS mempunyai seorang lagi calon yang disenangi dan dikenali ramai di sini iaitu Ustaz Salleh Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang dilihat mempunyai sifat peribadi yang lebih kurang sama dengan Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman.
Mohamad Sabu juga dikenali ramai kerana beliau sudah lama berkecimpung dengan PAS Pulau Pinang dan kampung asalnya juga tidak jauh dari Permatang Pasir.
Selain dari Salleh dan Mohamad nama-nama lain yang juga dipertimbangkan untuk mewakili PAS ialah Timbalan Pesuruhjaya 3, Rosidi Hussain; Ketua Pemuda Negeri, Ustaaz Yusni Mat Piah dan Pengawai Peribadi Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan memilih calon tersebut dan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Comments

Budak Syburi said…
PRK Lunas dulu pernah diadakan dalam bulan Puasa.

Boleh tengok hari mengundi nanti macam Lunas dulu, sembunyi balik pondok minum air (bukan PAS).

Kita berharap keputusan yang ada dapat dikekalkan. PAS menangla.

Amin.
Anonymous said…
PAS mana ade ponteng puasa, maki hanum tak pe ..