Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mukhriz Mahathir sendiri mengakui akan fakta ini.
Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.
Terbukti bahawa kerajaan BN yang ada sekarang gagal menangani masalah pengangguran walaupun pelbagai pakej ransangan diperkenalkan oleh kerajaan.
Saya yakin rakyat dapat menilai sejauh mana keupayaan kerajaan dalam menangani masalah pengangguran yang kian kronik. Sudah sampai masanya rakyat menilai semula sokongan mereka kepada keraaan BN dan membuat perubahan secara total pada PRU 13 nanti. Perubahan itu boleh dicetuskan pada pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 22 Ogos nanti.
Adalah baik jika calon BN di Permatang Pasir tewas dengan kehilangan deposit dan rakyat di sana boleh melakukannya bagi memberikan pengajaran kepada Kerajaan BN.
Comments
Tuan Mutaligat, jika kerajaan pakatan rakyat yang memerintah negara ini, adakah kerajaan PR dpt mengurangkan kadar pengangguran?
Sila jelaskan langkah2 awal yang boleh diambil ( tanpa copy & paste idea kerajaan barisan nasional ).
Dari tindakan awal yg dicadangkan, kami pengundi boleh menilai tahap intelligent kerajaan PR.
Kalau tak tau ckp je, nanti kami taulah nak pangkah ape...
Saya nak idea dari Tuan Mutaligat sendiri bagaimana hendak mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia?
Anak Madey pun pening, bagaimana pulak tuan?
Pemerhati politik.
Sekiranya PR memerintah Melaka. saya akan memastikan wujudnya peluang perniagaan pada kos rendah, supaya penganggur boleh dapat pendapatan.
Masalah pengangguran tidak semestinya diselesaikan dengan mengekalkan mereka sebagai pekerja.
Yang paling utama ialah sumber pendapatan.
Kebanyakan laman blog yang lainsaya lawati terdapat amaran ini ( WARNING : VISITING THIS SITE MAY HARM YOUR COMPUTER )
Blog demo semua dah kena selsema babi H!N1 ke ?.
Tapi anak anak muda kita malu buat kerja-kerja tersebut.
Pekerja terpaksa di impot,di seluduh, di bawa masok dari negara lain.
2-Kerajaan bn hentam PR cukop-cukop bila beli kereta Camry.
tak nampak ke kerajaan bn beli volvo , jeep Humvee dan Nissan.
Proton sudah di buang?
Coba tengok mana ada sultan dan raja yang pakai kereta tempatan.
mintak rakyat patrioktik tapi sendiri main politik.
3-putrajaya,lcct,klia , klcc dan alam flora.
kerja-kerja bersihkan tempat semuanya rakyat negara lain
4-teksi, yang jadi kaya bukannya pemandu teksi. Tapi towkay teksi yang jadi kaya dengan ratusan permit.
5-Buka warung jual burger pun kena halau dan disaman.Jika tiada saudara mara yang bekerja sebagai polis dan bandaraya.
*Kalau rakyat kita tak sudi kerja sebab rasa malu kenapa tak atasi masaalah tersebut
*kalau kerajaan persekutuan dan sultan beli nissan, Humvee dan volvo.
mamposlah industri kenderaan tempatan
*pemandu teksi kerja 20 tahun tapi teksi bukan sendiri yang punya.
*cari modal buka warong, tapi diberitahu bahwa bukan lesen sahaja yang diperlukan tapi kena bayar wang 'pow".
Saya setuju dengan Hasbullah bahwa yang penting ialah cari sumber kewangan.
Sendiri yang reka kerja , sendiri yang market kan servis.
Ada yang reka cipta blog dan kendali server untuk disewakan.
Ada yang repair komputer 24 jam di kaw. mereka.
Ada yang sediakan khimat teksi sapu ke airport.di kaw.mereka
Yang ada bilek kosong di kaw pelancongan bolih sewakan bilek secara harian kepada pelancong shoestring .US$15 sehari, tak cukop? buat 2 bilek sewakan.
banyak cara buat duit , semuanya halal.
Chuma yang kolot dan otak yang dibonsai kan akan cari kerja dan jadi "anggur" bertahun-tahun duduk dirumah.
Kalau PAS adakan ceramah , ikut mereka tu.Dan jual air minuman , makanan , t-shirt Anti ISA , cenderamata , buku dan anda bolih kenali dan dikenali ramai orang.
kalau umno yang buat ceramah..ikut jugak, tapi kena bayar wang 'pow"
Chuma yang otak yang dah di bonsai kan akan duduk dirumah dan kata tak dapat cari kerja.....