.

.

23 October 2013

LINTAS LANGSUNG : PENAMAAN TAMAT, AZAM LAWAN SUHAIMI, SATU LAWAN SATU


10.05 pagi : Masa penamaan calon untuk PRK Sg Limau telah tamat. Sah hanya 2 calon mengemukakan borang pencalonan iaitu calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan calon BN  Ahmad Sohaimi Lazim.

Pegawai Pengurus PRK Sg Limau Ahmad Rashid mengumumkan bahawa Ahmad Sohaimi calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.04am, diikuti oleh Ustaz Mohd Azam pada pukul 9.05 pagi. 

LINTAS LANGSUNG PRK SG LIMAU


9.03am - Calon PAS, Ustaz Azam dilihat masuk ke dewan pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan, Beliau diiringi pencadang dan penyokong.

9.00am - Pegawai SPR mengumumkan pusat penamaan calon dibuka tetapt jam 9 pagi ini.

8.55 Pagi : Dengan kehijauan penyokong PAS mengalunkan takbir, berselawat diselang-selikan laungan "Hancur BN", "Tumbang Penipu, bangun rakyat, "Bangun Islam" (Rise Islam), "Menang Pakatan, Menang PAS".


LINTAS LANGSUNG : PENAMAAN CALON PRK SG LIMAU

LINTAS LANGSUNG

8.45 pagi : Pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli serta Dr Siti Mariah Mahmud. kesemua mereka bersama Presiden PAS serta calon, Ustaz Azam dilihat masuk ke perkarangan pusat penamaan.

8.25am - Perarakan diiringi laugan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta laungan hidup Islam dengan pasukan petugas unit amal mengawal keselamatan dan lalulintas.

8.20am - Presiden PAS mengetuai perarakan. Antara pimpinan utama Pakatan yang dilihat turut serta termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar,Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sg Petani DatukJohari Abdul.

8.15am - Perarakan ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid dimulakan. Lebih 2000 penyokong menyertai perarakan. 

8.10am - Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad tiba di masjid disambut dengan laungan takbir, beliau segak dengan baju Melayu hijau bersampin dan dilihat menunaikan solat hajat dan berdoa sejurus tiba.

8.05am - Solat Hajat dimulakan dengan diimamkan oleh Presiden PAS mengimami solat hajat. Kira-kira 500 orang sudah berada di masjid.

7.45 pagi - Penyokong PAS menyambut kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di Masjid Jamek Badlishah. 

5.30 pagi - Penyokong-penyokong PAS mula membanjiri Pekan Yan sejak malam tadi dan kehadiran mereka lebih ramai menjelang waktu Subuh. Mereka meletakkan bendera di kereta masing-masing bagi memeriahkan lagi suasana. Masjid Jamek Badlishah mula dibanjiri penyokong PAS untuk menunaikan solat subuh.

21 October 2013

USTAZ AZAM SAMAD CALON PAS PRK DUN SG LIMAU

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.

SIARAN LANGSUNG PENGUMUMAN CALON PAS DUN SG LIMAU

Sila klik di sini atau di sini 

DITOLAK PERWAKILAN : BELUM SEDAR LAGI KE?

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kalah PRU 13 dengan majoriti yang besar, kini kecundang pula pada pemilihan UMNO. Maknanya bukan setakat rakyat biasa yang tolak beliau, ahli UMNO pun sudah meluat dengan dirinya. Tahukah anda siapa orang itu. Tak lain tak bukan ialah Ali Rustam.

Semasa kalah dalam PRU 13 beliau menyalahkan orang Cina yang katanya tidak mengenang budi. Kini kalah dalam pemilihan parti sendiri, malah kalah pula di kesemua Bahagian UMNO Negeri Melaka kecuali Bukit Katil. Di bahagiannya sendiri beliau hanya menduduki tempat kedua di belakang Zahid. 

Dalam komennya selepas tewas jawatan Naib Presiden tersebut, Ali berkata, apabila saya tiada jawatan samada pusat atau negeri tiada siapa nak lihat saya.

Kini baru kau sedar. Kalau sudah sedar saya cadangkan kau bersaralah dari politik. .....ramai lagi orang muda yang lebih berkaliber. Kelab veteran Umno sedia menunggu kau .....
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter