.

.

07 December 2013

ZAHID GESA TAHAN MAT SABU, JAGA UMNO DULU ..

Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri menggesa Jakim dan pihak berkuasa menahan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Gesaan tersebut dibuat pada PAU.

Tindakan Zahid merupakan tindakan yang tidak wajar kerana seolah-olah Jakim tidak tahu membuat kerja sehingga terpaksa menteri membuat arahan.

Jika benar Mat Sabu mengamalkan ajaran salah dan ada bukti sudah tentu sudah lama beliau ditahan, tidak perlu tunggu arahan dari Zahid.

Sebagai menteri yang berkuasa kita harap Zahid tidak sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti. Ini bukan kenyataan main-main tetapi ia melibatkan maruah dan aqidah seseorang.

Sebelum melihat keluar wajar Zahid menjaga partinya sendiri dahulu ......banyak ruang yang perlu diperbaiki .......

PENIAGA MELAKA SENGSARA : LESEN PERNIAGAAN NAIK

Bukan tarif elektrik, harga minyak dan gula naik, di Melaka lesen perniagaan juga naik dengan mendadak. Ramai peniaga bersungut dengan kenaikan kira-kira 100 %.

Memang cukup membebankan. Jelas sekali pihak ingin mendera rakyat. Sudah tentu jika lesen perniagaan naik maka harga barang dan caj perkhidmatan akan dinaikkan.

Apakah pihak berkuasa yakni kerajaan langsung tidak ada kasihan belas pada rakyat. Malangnya masih ramai rakyat yang tidak sedar tentang sikap kerajaan yang suka mendera rakyat dengan kenaikan tarif dan harga barang.

06 December 2013

IDRIS MAAFKAN CINA : ADAKAH TIDAK MENGUNDI BN SATU KESALAHAN???

Dengan selamba Ketua Menteri Melaka, Idris Haron berkata beliau bersedia memaafkan Cina. Kita hendak tanya Idris, bila pula rakyat berketurunan Cina melakukan kesalahan kepada beliau. Apa bentuk kesalahan dan dosa mereka terhadap Idris dan kerajaan Melaka.

Memang Idris sama sahaja dengan bekas bosnya Ali Rustam bercakap tidak cermat dan perasan. 

Apakah dengan tidak mengundi BN pada PRU13 lalu satu kesalahan. Kalau ianya satu kesalahan maka tidak perlulah parti selain dari BN diberi peluang bertanding kerana mengundi selain dari BN adalah 'dosa' dan salah besar. Bercakap ikut sedap mulut je.

Nampaknya sesiapa juga yang masuk Umno walaupun cerdik akan menjadi kurang cerdik malah bengap disebabkan kejumudan Umno dan pimpinannya. 

Kenyataan Idris ini seolah-olah menghina rakyat berketurunan Cina kerana menganggap mengundi selain dari BN dilihat sebagai satu kesalahan.

Idris dipetik dari sebuah portal internet dilaporkan berkata beliau sedia memaafkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN di negeri itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat itu kembali menyokong BN dan bersatu bagi membina masa depan yang lebih cemerlang.

"Kita selalu menuding jari, salahkan satu sama lain apabila persefahaman tak dicapai. Saya bersedia meminta maaf atas segala kesalahan yang mungkin pernah berlaku terutama pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya juga bersedia memaafkan kesalahan masyarakat Cina terhadap kerajaan. Saya mahu kita kembali bersatu... satu pemikiran, satu hati dan bersama-sama membina masa depan lebih cemerlang," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perhimupunan Agung Umno di Kuala Lumpur, semalam.

Polemik menyalahkan orang Cina bermula pada malam keputusan pilihan raya diumumkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahkan peralihan sokongan orang Cina daripada BN sebagai punca utama prestasi BN yang tidak memuaskan.

Senario itu yang dinamakan Najib sebagai 'tsunami Cina' kemudiannya disambut akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk muka depan "Apa lagi Cina mahu?" pada 7 Mei 2013.

Di Melaka pula, bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil turut kalah.

Namun, secara keseluruhannya BN kekal memerintah dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, BN masih gagal memperolehi majoriti dua pertiga yang hilang selepas pilihan raya umum tahun 2008.

INIKAH YANG DIKATAKAN PENGURUSAN MANGSA BANJIR TERBAIK

Tidur beralaskan simen
Tidur bercampur-campur

Inikah yang didakwa sebagai pengurusan mangsa banjir terbaik??????????????

05 December 2013

RAKYAT DERITA BANJIR : MEREKA SIBUK DI PAU UMNO

Rakyat menderita akibat musibah banjir.Pemimpin Umno sibuk di Persidangan Agung Umno (PAU). Bila wakil rakyat bentang usul berkenaan banjir di Parlimen usul pula ditolak.

Benarkah Umno ikhlas tolong ramyat?????

04 December 2013

KAZIM.........AWAT HANG TOLAK, HANG DUK PUKUI PAS KOW KOW PUNYA

Penceramah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi.

Diharapkan selepas ini Kazim tidak lagi menghentam PAS. Macamana hang mengaku ahli PAS tetapi hentam PAS kow kow punya ..............

TARIF ELEKTRIK NAIK RAKYAT MENDERITA

Tarif elektrik naik rakyat menderita
Tarif elektrik naik barang lain dah tentu naik - sebab barang dibuat menggunakan kuasa elektrik
Tarif elektrik naik rakyat tak boleh buat apa redha sahaja,
Tarif elektrik naik betul ke rakyat tak boleh buat apa????
Tarif elektrik naik ketentuan Tuhan, mungkin itu kata pengampu Umnu,

Tarif elektrik naik kita duduk diam sahaja ke????
Tarif elektrik naik .............rakyat menderita
Tarif elektrik naik takkan kita nak duduk sahaja..........
Tarif elektrik naik dulu aku dah kata engkau tak percaya
Tarif elektrik naik ......aku kata jangan undi BN engkau degil juga
Tarif elektrik naik sekarang bukan engkau sahaja ....aku pun kena.

03 December 2013

MASA UNTUK HALAKAN 'SENJATA' KEPADA MUSUH SEBENAR

Muktamar PAS kali 59 telah selesai, kini masa untuk kita susun saf dan rancang program untuk mendepanj perjuangan.

Setkan target dan KPI setiap lajnah dengan angka-angka yang 'achievable', realistik dan munasabah. Selepas itu rancang program dan aktiviti ke arah mencapai KPI tersebut.

Pastikan program ini bertepatan dengan tema ucapan dasar RAHMAT UNTUK SEMUA.....




02 December 2013

APA TINDAKAN UTK HALANG KENAIKAN TARIF ELEKTRIk

Apa tindakan yang anda boleh untuk halang tarif elektrik naik??.

Amaran telah diberikan semasa kempen PRU 13 dahulu bahawa jika BN menang GST akan diperkenalkan, harga minyak naik, harga barang naik, cukai naik, tarif elektrik naik.

Tetapi malangnya ramai lagi yang tidak percaya. Sekarang semua kena. Kalau penyokong tegar Umno/BN sahaja yang kena memamg wajar. Tetapi msalahnya semua kena.

Jadi apa yang kita bolrh buat??????

TARIF ELEKTRIK NAIK : TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama.

TERIMA KASIH KERAJAAN BN DAN TNB KERANA BEGITU PRIHATIN TERHADAP PENDERITAAN RAKYAT. SELEPAS INI HARGA BARANGAN JUGA AKAN NAIK KERANA SEMUA BARANGAN DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUASA ELEKTRIK.

RAKYAT DIDAHULUKAN  .............. TAHNIAH

Gambar sekadar hiasan.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH KRONIK. APA KERAJAAN BN BUAT?????

Statistik di sebelah ini sudah cukup menggerunkan kita semua.

Ini hasil dari perzinaan yang membuahkan anak. Agak-agak berapa lagi perzinaan yang berlaku yang tidak menghasilkan anak.

Apa peranan kerajaan BN yang ada kuasa untuk menangani isu ini?

Mereka ada kuasa untuk jalankan hudud, tutup kelab malam, halang pergaulan bebas, haramkan aktiviti maksiatm tutup rumah pelacuran dan sebagainya.

USTAZ KAZIM : TAHNIAH BUAT ANDA

Tahniah buat Kazim kerana dilantik sebagai Ahli MT Umno. Bukan senang untuk dilantik ke jawatan MT. Ramai yang tergila-gila untuk menjawatan posisi tersebut. Ada yang berbelanja ratusan ribu malah mungkin jutaan ringgit untuk menang MT pada pemilihan Umno. Kazim dapat percuma. Abang beliau Najmuddin pun kepingin jawatan tersebut tetapi tidak dapat.

Kepada Kazim jangan kamu jadi seperti Imam Firdaus Ismail, Abdullah Md Zin, Yusof Noor, Mashitah, Mid Man, Nakhaie dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Suara mereka tidak ke mana. Walaupun ramai orang agama dalam Umno, tetapi Umno tidak berubah sama macam dulu, kini dan tak lagi akan datang. Suara orang agama yang untuk menasihat tetapi nasihat tidak diendahkan ..........tidak banyak perubahan yang kita lihat dalam Umno. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan lain-lain sama sahaja. Pakaian dan rupa pemimpin Umno khususnya wanita dan puteri lebih kurang sama. Ahli keluarga mereka pun sama. ...............

Tahniah sekali lagi untuk Kazim.

Bak kata Tok Guru Nik Abdul Aziz ..............orang yang bebas mudah dibaham serigala .........

HUJAN BERTERUSAN DI MELAKA

Hujan turun berterusan sejak awal pagi di Melaka. Hujan sebegini adalah hujan 'banjir'. Maka sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan berisiko berjaga-jagalah.

Kenangan tahun 2006 di mana Melaka dilanda banjir besar masih segar dalam ingatan ........
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter