IDRIS MAAFKAN CINA : ADAKAH TIDAK MENGUNDI BN SATU KESALAHAN???

Dengan selamba Ketua Menteri Melaka, Idris Haron berkata beliau bersedia memaafkan Cina. Kita hendak tanya Idris, bila pula rakyat berketurunan Cina melakukan kesalahan kepada beliau. Apa bentuk kesalahan dan dosa mereka terhadap Idris dan kerajaan Melaka.

Memang Idris sama sahaja dengan bekas bosnya Ali Rustam bercakap tidak cermat dan perasan. 

Apakah dengan tidak mengundi BN pada PRU13 lalu satu kesalahan. Kalau ianya satu kesalahan maka tidak perlulah parti selain dari BN diberi peluang bertanding kerana mengundi selain dari BN adalah 'dosa' dan salah besar. Bercakap ikut sedap mulut je.

Nampaknya sesiapa juga yang masuk Umno walaupun cerdik akan menjadi kurang cerdik malah bengap disebabkan kejumudan Umno dan pimpinannya. 

Kenyataan Idris ini seolah-olah menghina rakyat berketurunan Cina kerana menganggap mengundi selain dari BN dilihat sebagai satu kesalahan.

Idris dipetik dari sebuah portal internet dilaporkan berkata beliau sedia memaafkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN di negeri itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat itu kembali menyokong BN dan bersatu bagi membina masa depan yang lebih cemerlang.

"Kita selalu menuding jari, salahkan satu sama lain apabila persefahaman tak dicapai. Saya bersedia meminta maaf atas segala kesalahan yang mungkin pernah berlaku terutama pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya juga bersedia memaafkan kesalahan masyarakat Cina terhadap kerajaan. Saya mahu kita kembali bersatu... satu pemikiran, satu hati dan bersama-sama membina masa depan lebih cemerlang," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perhimupunan Agung Umno di Kuala Lumpur, semalam.

Polemik menyalahkan orang Cina bermula pada malam keputusan pilihan raya diumumkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahkan peralihan sokongan orang Cina daripada BN sebagai punca utama prestasi BN yang tidak memuaskan.

Senario itu yang dinamakan Najib sebagai 'tsunami Cina' kemudiannya disambut akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk muka depan "Apa lagi Cina mahu?" pada 7 Mei 2013.

Di Melaka pula, bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mencuba nasib bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil turut kalah.

Namun, secara keseluruhannya BN kekal memerintah dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, BN masih gagal memperolehi majoriti dua pertiga yang hilang selepas pilihan raya umum tahun 2008.

Comments

Anonymous said…
Hello bro, ini negara demokrasi berparlimen. Rakyat BERHAK mengundi parti mana pun. Ada termaktub dlm perlembagaan ke mesti undi BN?????Jangan mengarut laaa....