TARIF ELEKTRIK NAIK : TERIMA KASIH KERAJAAN BN

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama.

TERIMA KASIH KERAJAAN BN DAN TNB KERANA BEGITU PRIHATIN TERHADAP PENDERITAAN RAKYAT. SELEPAS INI HARGA BARANGAN JUGA AKAN NAIK KERANA SEMUA BARANGAN DIHASILKAN DENGAN MENGGUNAKAN KUASA ELEKTRIK.

RAKYAT DIDAHULUKAN  .............. TAHNIAH

Gambar sekadar hiasan.

Comments