08 February 2019

PEMUDA AMANAH SEKOLAHKAN PESURUHJAYA PAS MELAKA

Menjawab kepada kenyataan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek yang mengatakan tindakan beberapa pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan yang membuat laporan Polis berhubung ceramah Pas Umno yang memfitnah, menunjukkan kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang kritikan.

Persoalan besar yang Pemuda Amanah Melaka ingin ajukan kepada Pesuruhjaya Pas Melaka, adakah beliau tidak mampu membezakan antara fitnah dengan kritik. Bagaimana seorang pemimpin utama parti di negeri yang juga dikenali sebagai seorang guru agama tidak mampu membezakan antara memberi kritikan dengan menimbulkan persepsi jahat kepada masyarakat dengan cara membuat fitnah.

Kami kongsikan pengertian fitnah dan kritik daripada Kamus Dewan Bahasa, fitnah adalah tuduhan khabar, kisah yang diada-adakan dan dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang manakala kritik pula membawa erti kritikan pernyataan tentang yg salah atau yang tidak baik, celaan, teguran, kecaman. Menurut Kamus Dewan juga mengkritik adalah menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik.

Kami yakin dan percaya kerajaan negeri Melaka sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan teguran tetapi kritikan itu biarlah membina dan bukanlah berunsur fitnah dan mengadu domba yang akhirnya menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada pentadbiran hari ini sekaligus memecah belahkan masyarakat.

Dalam masa yang sama, kami juga musykil bagaimana seorang ustaz rela memfitnah dan mengelirukan rakyat. Adakah wujud dalam ajaran agama Islam yang membenarkan memfitnah orang walau kepada musuh sekalipun. Tidak sedarkah beliau akan kesan fitnah dan mengadu domba yang beliau ucapkan itu.


Antara fitnah Pesuruhjaya Pas itu pada ceramah beliau di Kampung Pulau Durian Tunggal pada 2 Februari lalu adalah :
1) Sudah 8 bulan kerajaan PH memerintah Melaka jawatankuasa masjid masih belum dilantik.

2) Duit tabung masjid akan diserahkan kepada MAIM untuk diuruskan dan masjid tidak boleh menguruskan duitnya sendiri.

Sedangkan fakta sebenar ialah :
1) Jawatankuasa Masjid yang lama masih sah sehingga 31 Disember 2018 dan bermula 1 Jan 2019 jawatankuasa interim dilantik di kalangan Pegawai Syarak sehingga pertengahan Februari 2019.

2) MAIM tidak pernah bercadang untuk meminta Jawatankuasa Masjid menyerahkan duit tabung masjid untuk diuruskan oleh MAIM. Tidak pernah ianya dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat MAIM atau JAIM.

Kami menyeru seluruh rakyat Melaka dan Malaysia supaya menolak pemimpin yang bertopengkan agama demi kepentingan politik semata-mata seperti ini. Seharusnya seorang pemimpin mengamalkan sikap amanah dan bertanggungjawab dengan setiap perbuatan sert percakapan kerana ianya akan menjadi ikutan kepada para pengikut dan ahli bawahan. Tambahan pula Kamarudin Sidek merupakan pemimpin daripada parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Fakhrul Razi Hamdan
Naib Ketua Pemuda
Amanah Negeri Melaka

RAKYAT MENUNGGU HUKUMAN UNTUK AH JIB GOR

Sebelum PRU14 pelbagai dakwaan  dan tuduhan dilemparkan kepada pahlawan Bugis Ah Jib Gor (nama mesra) dan kuncu-kuncu.

Di Melaka juga tidak kurang dengan dakwaan dan tuduhan dilemparkan kepada mereka contohnya isu duit zakat RM13juta digunakan untuk kegunaan yang disah dan banyak lagi.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada bekas Ketua Menteri Ali Rustam, Idris Haron dan orang-orang kuat mereka.

Namun sehingga kini belum seorang pun di kalangan bekas pemimpin tertinggi negeri Hang Jebat itu diseret ke mahkamah. Rakyat melihat mereka tiada masalah dan bersih. Jadi apakah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pimpinan PH dan PR dahulu omongan kosong dan fitnah semata-mata.

Rakyat pada hari ini bukan macam dahulu. Mereka mengkaji dan menilai setiap geraklaku pemimpin.

Sudah sampai masanya pemimpin PH membuktikan sesuatu bahawa tuduhan dan dakwaan mereka terhadap Ali Rustam, Deris dan lain-lain adalah berasas dan konkrit bukannya sekadar tembakan peluru kapur yang tidak berbekas.

07 February 2019

PESURUHJAYA PAS MELAKA PUCAT GIGI TAKUT KENA SAMAN

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek pucat gigi takut kena saman akibat memfitnah MAIM dan kerajaan Melaka. Hari ini, dalam Sinar Harian beliau mendakwa kerajaan negeri Melaka tidak boleh menerima kritikan sebab itu laporan Polis dibuat terhadap beliau.

Untuk pengetahuan Kamaruddin, kami yakin dengan kerajaan PH Melaka sebab sejak memerintah dari 9 Mei 2018 dahulu mereka sedia dikritik dan dinasihat tetapi pemimpin kami tidak redha DIFITNAH  kerana fitnah tersebut akan terpahat dalam minda rakyat dan mereka menjadi keliru.

Apakah Kamaruddin rela memfitnah dan mengelirukan rakyat. Ayat dan hadis mana yang membenarkan beliau membuat fitnah. Sedarkah Kamaruddin bahawa selagi fitnah itu terlekat pada otak rakyat selagi itulah beliau berdosa dan bila beliau akan minta maaf dan membersihkan dosa tersebut.

Antara fitnah Kamaruddin pada ceramah beliau di Kg Pulau Durian Tunggal pada 2 Februari lalu adalah :
1) Sudah 8 bulan kerajaan PH memerintah Melaka jawatankuasa masjid masih belum dilantik.
2) Duit tabung masjid akan diserahkan kepada MAIM untuk diuruskan dan masjid tidak boleh menguruskan duitnya sendiri.

Sedangkan fakta sebenar ialah :
1) Jawatankuasa Masjid yang lama masih sah sehingga 31 Disember 2018 dan bermula 1 Jan 2019 jawatankuasa interim dilantik di kalangan Pegawai Syarak sehingga pertengahan Februari 2019.

2) MAIM tidak pernah bercadang untuk meminta Jawatankuasa Masjid menyerahkan duit tabung masjid untuk diuruskan oleh MAIM. Tidak pernah ianya dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat MAIM dan JAIM.

Jelas sekali Kamaruddin telah MEMFITNAH MAIM dan kerajaan negeri. Tidak takutkah beliau kepada DOSA. Apakah seseorang yang bergelar Ustaz bebas membuat FITNAH.

Kami rakyat Melaka menyeru seluruh rakyat Melaka supaya menolak pemimpin yang berTOPENGkan agama seperti ini. Pemimpin seperti ini memang tidak berTANGGUNGJAWAB dan sanggup melakukan apa sahaja untuk KEPENTINGAN POLITIK.

Dengar khabar MAIM sedang dalam proses untuk MENYAMAN Kamaruddin Sidek ini. Kita tunggu nanti. Apakah Kamaruddin Sidek akan MELUTUT kepada MAIM dan rakyat Melaka memohon kemaafan. Episod ini masih belum berakhir.

Sebab itu sebelum berkata-kata, fikir dahulu jangan main lepas je. Jangan bermulut CELUPAR sebab mulut kamu TIADA INSURAN wahai Kamaruddin.



SPRM AKAN SIASAT PEMIMPIN PAS ISU RM90JUTA

SATU LAPORAN Polis telah dibuat secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tuduhan Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik oleh Bekas Perdana Menteri Ke-6 sendiri era pemerintahan Najib Razak dan UMNO-BN di Putrajaya bermula March 2017 lagi.

Sebelum ini Husam Musa (Bekas Pemimpin Kanan PAS), Mahfuz Omar (Bekas Pemimpin PAS), Rafizi Ramli bersama Sarawak Report mendedahkan semua bukti Hadi Awang dan PAS bersekongkol secara sistematik merompak dana 1MDB untuk kepentingan pakatan politik baharu mereka PRU-14 lalu. Namun janji-janji manis Hadi Awang dan PAS untuk saman semua pihak ini gagal dibuktikan di mana-mana mahkamah Malaysia atau mahkamah di luar negara sehingga hari ini.

Sehubungan dengan itu, di atas kegagalan Hadi Awang dan PAS dalam membuktikan dakwaan skandal RM 90 Juta ini adalah fitnah di Mahkamah Tinggi London kerana kesahihan semua bukti PAS menerima dana haram 1MDB daripada Najib Razak,
maka saya sebagai rakyat Malaysia mendesak pihak PDRM dan SPRM menyiasat Hadi Awang dan Najib Razak di bawah Seksyen 16, 17 (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 17 (b) Akta SPRM dan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Kami rakyat Malaysia dalam negara ini terpaksa menanggung kerugian besar akibat tuduhan rompak dana 1MDB demi kepentingan parti UMNO-BN-PAS semata-mata. Kami rakyat Malaysia menanggung hutang lebih RM 42 Bilion hasil rompakan dana 1MDB yang telah didedahkan oleh semua Penyiasat Bebas dalam Malaysia dan luar Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia,
Seperti mana kita tahu Najib Razak dan Hadi Awang  tidak berani saman Wallstreet Journal dan Sarawak Report, ramai yang yakin kedatangan hari Selasa yang mulia dua hari lepas mentaksikan mereka berdua tidak akan berani menyaman pengadu yang membuat report Selasa lalu.

Dear 4 Juta ahli-ahli UMNO-PAS yang minum air kencing serangga pokok Petai,
Jangan ingat rakyat tidak pegang  bukti Najib Razak dan Hadi Awang merompak duit 1MDB RM 90 Juta.
Hari ini dengan rasa penuh bangga saya menyerahkan semua bukti skandal rasuah Hadi Awang dan Najib Razak ini kepada PDRM dan SPRM.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter