.

.

26 May 2015

RAYUAN KEDUAKU, DENGARLAH KELUHAN KAMI

RAYUAN KEDUA KU UNTUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT (PR)
Wahai pemimpin PR,
Setiap hari kami rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang hebat, telus, berkebajikan, tidak rasuah dan tidak boros.
Setiap hari kami merindukan pemimpin yang tegas, berani, berakhlaq, telus, sederhana, bersih dan berjiwa rakyat serta mengutamakan rakyat bukan keluarga dan kroni.
Setiap hari kami mendambakan sebuah kerajaan yang tidak pandai berhutang, kerajaan yang berjimat cermat, adil, mengamalkan demokrasi sepenuhnya, saksama, mentadbir dengan telus, mengamalkan dasar-dasar yang makruf dan mencegah kemungkaran, demokratik dan sebagainya.
Setiap hari kami kepingin untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan kos sara hidup yang tidak meningkat tanpa kawalan, pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, kemudahan awam yang baik dan sebagainya.
Setiap hari kami mengharapkan dasar-dasar kerajaan yang membantu rakyat untuk memajukan diri, meningkatkan pendapatan perka pita secara menyeluruh, bantuan-bantuan umpama memberi kail bukannya ikan seperti sekarang, dasar yang jelas yang memberikan sinar kepada masa depan kami dan anak cucu kami.
Wahai pemimpin PR,
Semenjak PRU 2008 harapan kami sedikit menampakkan sinar. Apatah lagi keputusan PRU 2013 makin memberikan harapan kepada kami kerana PR berjaya meraih undi popular rakyat lebih dari 50 % berbanding BN.
Kami sudah muak dengan kerajaan dan pemimpin BN. Pemimpin mereka silih berganti tetapi sistem dan dasar kerajaan serta perangai pemimpin tetap sama. Skandal demi skandal berlaku, pembaziran membarah, hutang melambung tinggi, rasuah terus meningkat, kos sara hidup semakin menghimpit, demokrasi hanya indah pada nama, janji tinggal janji, jenayah membimbangkan, keselamatan rakyat tidak terjamin dan seribu satu masalah yang gagal diselesaikan.
Satu semi satu skandal dan penyelewengan didedahkan, laporan Ketua Audit saban tahun melaporkan ketirisan, pemborosan dan macam-macam masalah. Rakyat semakin tertekan dan sengsara dengan sistem-sistem yang tidak masuk akal di saat rakyat sangat memerlukan pembelaaan kerajaan dan pimpinannya. Semuanya bagaikan tiada penghujung.
Pada masa yang sama, PR membuktikan kejayaan mereka mentadbir Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dengan dasar-dasar yang baik kepada rakyat. Kami mengintai dan mengimpikan sesuatu yang indah andai kerajaan Pusat berjaya diterajui oleh PR pada PRU 14 nanti.
Wahai pemimpin PR,
Pemimpin-pemimpin PR tidak ada seorang pun yang disabitkan dengan rasuah, salah laku dan sebagainya sejak dari pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1990.
Pemimpin PR tidak ada yang kaya raya, baik diri sendiri maupun anak pinak dan saudara mara mereka tiada yang menjadi jutawan dan hartawan.
Kini harapan kami nampak samar dan kelabu. Semuanya gara-gara pimpinan PR bergaduh dan bercakaran sesama sendiri dek kerana tujuan politik dan nafsu amarah mereka sendiri. Saban hari mereka berbalah dalam media. Saban hari kami menyaksikan pemimpin-pemimpin PR semakin tidak matang dan tidak professional. Apakah kamu tidak ada otak atau tidak ada sifat diplomasi sehingga masalah sebegini tidak dapat diselesaikan.
Ke mana kami ingin mengadu dan mengharapkan belas kasihan dan ihsan. Hendak harapkan pemimpin BN kami sudah tidak percaya dan hilang keyakinan terhadap mereka.
Hanya kepada kamu sahaja wahai pimpinan PR yang kami harapkan. Kamu semua juga telah membuktikan ketelusan, kebaikan dan karisma kamu sebelum ini.
Wahai pemimpin PR,
Kami merayu kembalilah ke meja rundingan dan selesaikanlah apa juga masalah secara professional dan anak jantan bukan secara pukul curi yang akhirnya mematikan PR itu sendiri dan seterusnya mematikan harapan rakyat.
Dengarlah keluhan dan rayuan kami rakyat marhaen yang dahagakan pimpinan yang telus, bersih dan hebat.
Hanya pada kamu sahajalah harapan kami. .......Andainya kamu tidak dapat selesaikan masalah kamu .....kami terpaksalah merelakan diri kami ditindas, dihimpit dan dicengkam dengan sistem kerajaan BN serta perangai pemimpin kerajaan yang ada sekarang.
Dengarlah rayuan kami .....
Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan BUKIT KATIL
1.53 pm 26 Mei 2015.

25 May 2015

RINTIHAN SEORANG RAKYAT YANG DITINDAS MENGHARAP BELAS DARI PIMPINAN PR

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong PR mengharapka
n semua parti-parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka :

1) PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

2) Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan-rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar-dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.

3) Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.

4) Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk reda

5) Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.

6) Renung dan kenanglah jasa-jasa Almarhum Ustaz Fadzil, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN. Jangan sia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.

7) Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng, rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya. Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.

8) Mana janji-janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.

9) Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan, rakyat dan demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan rakyat dan negara.

Insan kerdil dan dhaif

Mohd Sofi Abdul Wahab 
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
25/05/2015

LABEL-MELABEL, FITNAH MEMFITNAH : NASIHAT DARI ALMARHUM USTAZ YAHYA OTHMAN

Setiap kali berlaku muktamar pemilihan, setiap kali itulah bergolak. Wujudnya pertembungan baik individu dan kumpulan bagi menguasai tampuk kepimpinan adalah biasa.

Yang lebih parah lagi, berlakunya usaha dan lobi melobi dengan memburuk-burukkan pihak lawan jika tidak dibendung.
Untuk itu, Ustaz Yahya Othman memberi tip untuk menyelesaikan permasalahan ini ialah ukhuwah.
"Beza generasi ana dahulu dengan generasi anta sekarang ialah ukhuwah. Cuba anta burukkan ana di hadapan sahabat ana contohnya, Pak Nik Lah, apa dia akan cakap? "Mu kenal mana Ustaz Ya?" Walaupun ana pernah berselisih pendapat dalam mesyuarat.
Tapi generasi anta, kalau ada sahabat datang memburukkan sahabat yang lain, anta bukan nasihat agar jangan buat kerja ni, tapi jadi jurutambah lagi keburukan sahabat itu. Bukan kita hendak menutup keburukan dan aib sahabat kita, kita yang tolong perburukkan lagi sahabat kita.
Apa yang kurang generasi anta ialah ukhuwah dan sangka baik dengan sahabat."
Nasihat yang paling kerap saya dengar dalam situasi ini yang disarankan oleh Ustaz Yahya ialah,
"Bermesyuaratlah, saling mematuhi dan jangan berpecah belah. Jadilah, medan kepimpinan jemaah ini sebagai medan untuk berlumba lumba membuat kebaikan dan pahala, bukan medan mendedahkan keburukan dan mengumpul dosa."

(Ustaz Yahya Othman, Murabbi Sepanjang Zaman)

PR BAKAL BERKUBUR, BERAKHIR SEBUAH IMPIAN?

Apakah PR akan berkubur tidak lama lagi. Semuanya bergantung kepada Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung awal Jun ini. Jika dalam Muktamar tersebut para perwakilan masih merasakan PR relevan, maka kemungkinan PR akan terus didokong. Namun ianya juga bergantung kepada keputusan Majlis Syuro yang boleh menasihatkan PAS supaya memutuskan hubungan mereka dalam PR. 

Majlis Syuro badan tertinggi dalam PAS berkuasa untuk memutuskan bahawa PR sudah tidak relevan atau tidak syari'e atau tidak menguntungkan PAS dan perjuangan Islam. 

Pemerhati dari dalam dan luar negeri menunggu dengan penuh minat apa yang akan berlaku pada muktamar di Kuala Selangor tersebut. Dari apa yang dilihat sekarang kecenderungan pimpinan PAS untuk tidak meneruskan kesinambungan PR adalah tinggi berikutan perkembangan politik yang menyaksikan pergeseran hebat antara pimpinan PAS dan DAP. Serang menyerang berlaku dengan hebat saban hari yang seolah-olah tiada kesudahan.

Perkembangan ini menjadi lebih buruk kerana tokoh-tokoh utama PR iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim sudah tiada untuk mendamai dan menasihatkan semua pihak supaya duduk semeja mencari titik pertemuan dan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang timbul.

Kini retak menanti belah, tiada pendamai yang dapat mendamaikan semua pihak. Presiden PKR tidak mampu, Presiden PAS dan pimpinan DAP sendiri apatah lagi, kerana mereka sendiri yang terlibat dengan pergeseran ini.

Harapan kami rakyat Malaysia yang terkial-kial mencari pembela terhadap masalah yang kami hadapi nampaknya disia-siakan oleh pimpinan PR. Mereka lebih suka bergaduh dan bergeser sesama sendiri. Agaknya tiada masa untuk mereka membela kami. Agenda bergaduh dan berkelahi sesama sendiri mungkin lebih penting dari membela rakyat.

Kami menyeru pimpinan PR supaya kembali duduk semeja dan berdamai bagi kepentingan kami rakyat marhaen yang tertindas sekarang. Harapan kami yang ingin sebuah kerajaan baru yang adil, prihatin dan berkebajikan selepas PRU 14 semakin samar dan akan hilang bagaikan kabus di pagi hari.

Renung dan fikirkanlah wahai pimpinan PR. Ke mana kami hendak mengadu. Hendak harapkan Umno/BN lupakanlah, hendak harapkan PR nampaknya mereka lebih suka bergaduh dan berkelahi sesama sendiri ..........akhirnya kami rakyat yang terus merana dan susah merempat .
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter