.

.

25 July 2015

GHB SARAWAK AKAN BUAT KEJUTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ANDRI ZULKARNAEN

GHB Sarawak bakal membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi. Penyelaras GHB Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar kanan sekali) berkata, pihak telah menyusun strategi dan perancangan bagi mendekati rakyat dan menerangkan agenda dan dasar perjuangan GHB Sarawak.
"Andri akan lakukan kejutan dalam PRN nanti, walaupun kami baru tetapi rakyat melihat kami lebih terbuka, inklusif dan sedia bekerjasama dengan parti-parti utama pembangkang di Sarawak".

"Walaupun buat masa ini GHB adalah NGO tetapi kami sudah pasti akan menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan nanti bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kami" ujar Andri yang lebih mesra dengan nama Hud.

Malah PKR dan DAP Pusat secara terbuka telah menyatakan sokongan terbuka kepada GHB Pusat dan Sarawak.

Tidak syak lagi kerjasama ini akan membuahkan hasil yang baik bagi memacu perjuangan gabungan pembangkang menambah kerusi yang sedia ada.

GHB Sarawak, kata Andri, telah mengenalpastikan beberapa yang akan ditandingi dan kami sedia berbincang dengan sesiapa sahaja bagi memastikan tiada pertindihan kerusi antara pembangkang bagi menentang BN.

Sementara itu beberapa pihak menyifatkan penubuhan GHB Sarawak kena pada masanya kerana dasar dan sikap GHB yang terbuka dan mesra dengan semua pihak. Malah GHB bersedia menerima semua kaum dan agama untuk bersamanya.

"Kami yakin GHB Sarawak akan berjaya dan berupaya membuat kejutan lebih-lebih lagi ianya dipimpin oleh Andri atau Hud yang sememangnya berpengalaman luas dalam politik dan NGO'

"Saya telah lama berkawan dengan Hud, beliau aktif dalam kesatuan kerja, khidmat masyarakat dan politik selama puluhan tahun" ujar Donald Ikeh, seorang peniaga di Pekan Sebuyau.

Ikeh berkata Hud berpengalaman luas dalam mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat di Johor serta juga pernah memimpin kesatuan sekerja kakitangan Bank.

PERTEMUAN GHB MELAKA DENGAN NGO-NGO ISLAM POSITIF

Semalam GHB Melaka yang diketuai oleh Tuan Haji Adly Zahari telah mengadakan pertemuan dengan NGO-NGO Islam dan individu-individu yang berkedudukan dalam masyarakat.
Antara NGO yang turut serta dalam pertemuan tersebut ialah IKRAM, ABIM dan Wadah.
Semua yang terlibat mengadakan sokongan dan melihat penubuhan GHB sebagai suatu yang positif ke arah merealisasikan suatu pemerintahan baru yang lebih adil dan telus.
Dalam pertemuan tersebut Penyelaras GHB Melaka, Adly Zahari telah menerangkan objektif dan halatuju GHB pada masa hadapan.
Syabas GHB Melaka dan NGO-NGO Islam.


GHB MELAKA TERUS MARA : 2 PARLIMEN TELAH TUBUHKAN AJKNYA

2 Kawasan Parlimen dalam negeri Melaka telah menubuhkan ahli jawatankuasanya iaitu GHB Kawasan Parlimen Bukit Katil dan Alor Gajah. Penubuhan GHB ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat lebih-lebih ia sudah pasti menjadi alternatif kepada Pakatan Rakyat yang telah berkubur.
GHB Bukit Katil diketuai oleh bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek manakala GHB Alor Gajah diketuai oleh juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Ashraf Mukhlis Mighat.
Ketua Penyelaras GHB Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek (gambar) berkata penubuhan AJK GHB Bukit Katil memang dinanti-nantikan oleh rakyat ianya menjadi tapak kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari wadah alternatif kepada NGO dan parti-parti politik yang sedia ada.
 "GHB Bukit Katil setakat ini bergerak sebagai NGO dan bila sampai masanya GHB akan menyertai parti politik baru yang bakal ditubuhkan pada bulan September nanti".
 "Kami akan menubuhkan cawangan-cawangan GHB di dalam Kawasan Parlimen Bukit Katil dalam masa terdekat dan setakat ini kami sudah mengenalpasti tempat-tempat yang akan ditubuhkan cawangan tersebut" ujar Bakrin.
Bakrin berkata barisan ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri dari mereka-mereka yang pernah menjadi aktivis parti politik dan sebahagiannya lagi adalah mereka yang sebelum ini tidak terlibat secara serius dengan politik atau NGO.
"Kami akan giat menjalankan gerakerja mendaftarkan ahli-ahli GHB khususnya kepada mereka-mereka yang tidak ada parti tetapi berminat untuk bersama-sama dengan GHB"
"GHB mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bersama dengan GHB tidak kira kaum, agama dan fahaman politik" tambah Bakrin yang pernah bertanding sebagai calon PAS menentang Tan Sri Ali Rustam di Dun Bukit Baru.

Laman FB GHB boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Harapan-BARU-Negeri-Melaka-Ngo/1096919013669902

Senarai AJK GHB Bukit Katil
Ketua Penyelaras : Hj Bakrin Sidek
Timb. Ketua Penyelaras : Nor Yusof Abdullah
Setiausaha : Haji Mustafa Ali
Bendahari : Mohd Shamsir Mohd
Ketua Penerangan : Abdul Rahim Jamaluddin
Ketua Pemuda : Muhammad Aizat Baharuddin
Ketua Wanita : Masturah Hassan

AJK :
Ahmad Salman
Abdul Rahimudin Mohd 
Mohd Yasmin Ismail
Amat Alang 
Mohd Khaidir Abdullah
Khairuddin Yusof
Jalaludin Khan Abdullah
Juhari Osman
Jauhar Muhammad Dawi
Abdullah Suhaimi Saad
Mohd Muniruddin Ghazali
Mohd Yahaya Saad

Senarai AJK GBH Alor Gajah:
Penyelaras:Ashraf Mukhlis 
Tim penyelaras:Abd Kadir Shohod. 
SU: Hj Safri Safie. 
Bendahari : Sidek Lajat. 
Ketua Anak Muda: Abu Hassan Ahmad. 
Ketua Muslimat: Pn Azizah
AJK : 
Abdullah Latif. 
Mohd Nasir Hassan. 
Zainurdin Ibrahim. 
Marzuki Jusoh. 
Mirani Achah. 
Hjh Normah Sulaiman. 
Abd Yazid Salleh. 
Ali Nordin Suboh.


23 July 2015

AKTIF GHB : HUKUMLAH MEREKA ITU, SELAGI KAMU ADA KUASA UNTUK MENGHUKUM

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa kesal di atas desakan Tiga Dewan PAS di Kelantan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri itu mendesak kepimpinan parti menjalankan satu prosiding tindakan tatatertib kepada pemimpin PAS susulan rancangan mereka manubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mereka berkata tindakan menghukum ahli-ahli PAS tersebut bukannya tindakan bijak sebaliknya akan menambahkan publisiti percuma kepada GHB dan pimpinan GHB. Setakat ini menurut mereka pimpinan tertinggi GHB dilihat lebih matang dalam politik di mana merekat tidak mengeluarkan kenyataan yang dilihat beremosi walaupun pelbagai serangan ditujukan oleh pimpinan PAS. 


Sebab itu ahli-ahli PAS yang ditemui merasakan adalah lebih baik pimpinan PAS berunding dan berbincang dengan pimpinan GHB dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku. Mungkin kedua-dua pihak akan untung dan situasi menang-menang (win win situation) dapat dicapai. Tidak ada gunanya bermusuh dan berseteru di saat rakyat sedang terhimpit dengan kesengsaraan. 

Media hari ini melaporkan bahawa ketiga-tiga sayap PAS Kelantan dan DHPP Kelantan menggesa tindakan diambil kepada beberapa tokoh PAS masih berjawatan dalam parti termasuk wakil rakyat PAS yang terlibat dalam ceramah pengisytiharan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama mereka, keempat-empat sayap PAS itu menganggap tindakan kumpulan pemimpin PAS itu sebagai "terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti."

"Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan PAS secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

"Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) ini," kata mereka.

Desakan tersebut dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hassan Mahmood, Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Pemuda Ahmad Fadli Shaari dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Lim Guan Seng.

Mengulas lanjut, keempat-empat sayap PAS itu turut menegaskan pendirian beliau untuk menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan negeri bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

"Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan GHB terhadap kepimpinan parti dan kerajaan," kata sayap-sayap PAS itu.

Ekoran tersingkir pada pemilihan lalu, kumpulan profesional mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam bagi memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

Manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pulamengumumkan usaha mewujudkan muafakat politik lebih utuh merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk NGO seperti BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.

Bagaimanapun, PAS kini mengambil sikap 'tunggu dan lihat' berhubung cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang akan tubuhkan tidak lama lagi.

SUMPAH TA'LIQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH

SUMPAH TA'LiQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH
Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.
Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.

Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar. Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.

MANTAN PJ, 3 ORANG MANTAN KETUA PEMUDA NEGERI, MANTAN KETUA PENGARAH AMAL DAN PASTI PUSAT MANTAPKAN GHB MELAKA

Saf kepimpinan Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka yang dilantik baru-baru ini dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang mantap dan berpengalaman.
Koordinatornya Adly Zahari adalah bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, bekas Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, bekas Timbalan Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka. Beliau juga adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UTM dan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.
Timbalannya, Jauhar Muhammad Dawi pula merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Manakala mantan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri yang juga mantan YDP PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamed dilantik sebagai Bendahari GHB Melaka. Beliau juga merupakan mantan Setiusaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Malah di kalangan AJK GHB Melaka membariskan 2 orang bekas Ketua Jabatan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sangat penting. Azrin Majid merupakan bekas Ketua Pengarah PASTI Pusat selama beberapa penggal manakala Johari Osman pula adalah bekas Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat.
Azrin juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Setiausaha GHB Melaka disandang oleh Haji Yuhaizad Abdullah yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka dan juga mantan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.
Selain itu 2 orang bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri juga dilantik mengganggotai GHB Melaka. Haji Bakrin Sidek merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan juga bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil. Begitu juga dengan Haji Ashraf Mukhlis Minghat yang juga merupakan mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan mantan TImbalan Ketua Pemuda Negeri Melaka.
Selain itu Ketua WHB Mahani Othman Basir adalah mantan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan mantan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.
Sementara itu beberapa orang mantan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan pimpinan pelbagai peringkat juga akan menyatakan sokongan terbuka kepada GHB Melaka dalam terdekat.

22 July 2015

RAKYAT MENARUH HARAPAN KEPADA GABUNGAN BARU PEMBANGKANG

Komitmen yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam kenyataannya hari ini disambut baik oleh rakyat Malaysia yang terkapai-kapai lantaran senario politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana pergeseran politik dalaman PR yang sudah berkubur sebelum ini. 

Hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan usaha mewujudkan permuafatakatan politik yang lebih utuh bersama pelbagai NGO progresif termasuk Gerakan Harapan Baru demi meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya, negara kini terus berada dalam krisis yang semakin teruk termasuk nilai ringgit yang merudum, dakwaan rasuah dan skandal kewangan yang belum pernah disaksikan sejak Merdeka lagi, walaupun kerajaan BN terus menafikannya.

"Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita," tegasnya dalam satu perutusannya melalui peguamnya.

"Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.

"Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mengetepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain sebaliknya memberikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

Kita yakin rakyat Malaysia akan memberikan sokongan padu kepada gabungan baru ini yang dilihat lebih bersifat inklusif dan progressif. Kesudian NGO seperti ABIM, IKRAM, BERSIH dan lain-lain untuk duduk bersama membincangkan hala tuju gabungan baru ini menjanjikan sesuatu yang diidamkan selama ini.

Adalah diharapkan gabungan baru ini tidak menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai penyebab kepada bantut usaha-usaha membebaskan negara dari belenggu kezaliman yang sedang mereka hadapi sekarang. 

PAKATAN 2.0 : SATU LAGI ANJAKAN PARADIGMA DALAM POLITIK MALAYSIA

Rakyat Malaysia akan mendapat berita yang menggembirakan apabila gabungan baru pembangkang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Malah gabungan baru jelas sekali akan lebih hebat dan bermakna berbanding gabungan-gabungan sebelum ini kerana ianya didokongi bersama oleh NGO-NGO utama seperti ABIM, IKRAM, BERSIH dan lain-lain. 

Oleh kerana itu sesiapa yang tidak mahu bersama-sama gabungan baru ini dikhuatiri akan tertinggal ke belakang dalam arus gerakan massa rakyat Malaysia bagi membebaskan rakyat dari cengkaman BN pada PRU akan datang. 

Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Sudah tentu PAS tidak termasuk," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Beliau ditemui di majlis hari raya Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menurut Lim, pengecualian PAS dibuat ekoran tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui sebelum ini.

"Namakan ia PR (Pakatan Rakyat) baru, PR 2.0 atau Gerakan Baru. Ia dalam proses pembentukan," kata Lim.

Difahamkan kumpulan Gerakan Harapan Baru sedang mengadakan rundingan dengan PKR dan DAP.

Gerakan itu dibarisi ramai pemimpin progresif PAS yang 'dikorbankan' perwakilan dalam muktamar parti itu awal bulan lalu.

~ Malaysiakini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter