26 July 2018

PASTIKAN FERI DAN BOT PATUHI UNDANG2

Aspek keselamatan mesti dititik beratkan oleh Pengusaha feri dan bot penumpang di Melaka

22 July 2018

PRK SG KANDIS : CAKAP TERANG-TERANG SENANG

PAS diminta bercakap secara terang-terang samada meminta rakyat mengundi BN atau PKR (PH) pada PRK Sg Kandis yang akan diadalah tidak lama lagi. Tidak perlu cakap berdolak dalik dan secara samar-samar. Mengapa segan dan malu untuk berterus terang. 

Hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.
"Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam-Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu," katanya dalam suatu kenyataan hari ini dipetik dari sebuah portal berita online.
Selain mengambil kira sikap PAS terhadap HARAPAN pada PRU lalu, Takiyuddin juga berkata peranan semak dan imbang pembangkang dalam pentadbiran kerajaan, termasuk Selangor adalah penting.
"PAS juga berpandangan suatu amalan demokrasi yang baik (good democratic practice) memerlukan proses semak dan imbang (check and balance) dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, termasuklah Kerajaan Selangor." tegas Takiyudin lagi.
Bagi blog ini, kami yakin sudah sampai masanya PAS berterus terang kerana kenyataan-kenyataan di atas sudah jelas dan tidak perlu berdolak-dalik lagi. Kami yakin ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia juga sudah bersedia untuk menerima kenyatan bahawa dan Umno sudah boleh tidur sebantal dan mimpi bersama.
Gambar : Sekadar hiasan

PENDAFTARAN DAN LOGO PH : PIMPINAN LEKA DENGAN PEMERINTAHAN?

Ketika menjelang PRU14 pimpinan PH beriya-iya mendesak ROS supaya meluluskan pendaftaran dan logo PH. Kini selepas menang tidak kedengaran lagi isu tersebut. Apakah pimpinan PH sudah lupa atau buat-buat lupa. Atau mereka 'ghalik' dengan kuasa pemerintahan sekarang sehingga terlupa untuk menguruskan parti.

Bagi Blog Mutaligat kami mendesak kepimpinan PH supaya jangan leka dengan keadaan sekarang. Masa berjalan dan terus berjalan. Rakyat mesti diperkenalkan dengan PH dan logo partinya supaya mereka tidak rasa kekok dan janggal untuk mengundi PH pada PRU15 nanti. Bukan mudah untuk memperkenalkan sebuah parti baru dan logonya.

Sekarang ini pimpinan PH sudah tidak ada alasan lagi. ROS juga sudah tidak takut lagi untuk menjalankan kerja mereka. Ini kerana kerajaan sekarang bukan macam kerajaan dahulu yang sentiasa campur tangan terhadap kerja-kerja pegawai kerajaan.

Kami sebagai Blog Pro-PH sangat mengharapkan isu pendaftaran dan logo PH ini dapat diselesaikan dengan segera.

KERAJAAN PH PRIHATIN RAKYAT

Kerajaan PH Melaka terus prihatin terhadap masalah rakyat. Terbaru Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Ladang Lendu yang telah lama mengalami keperitan hidup. 

Bekalan elektrik dan air dipotong sejak lima tahun lalu. Ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah selepas ladang tersebut bertukar pemilik.

Walaupun negara telah lama merdeka tetapi hakikatnya mereka tidak dapat menikmati kesenangan hidup seperti rakyat lain. Cerita lanjut KLIK DI SINI


Gambar dan berita : Ihsan MelakaKini



BILIK GERAKAN BANJIR NEGERI DALAM KEADAAN DHAIF


Bilik Gerakan Banjir Negeri Melaka di Kota Cemerlang berada dalam keadaan yang dhaif. Blog ini dimaklumkan sebelum PRU14 bilik gerakan ini berada dalam keadaan baik.
Pihak kerajaan negeri mesti mengenalpasti siapa atau agensi mana yang bertanggungjawab menjaga aset di dalam bilik ini. Mereka yang bertanggungjawab mesti melaporkan kepada Exco atau pihak atasan mereka.

Kemungkinan banyak lagi perkara sebegini berlaku di premis-premis kerajaan negeri dan awam. Pihak terbabit perlu di bawa ke muka pengadilan.

PATUNG JESUS : DIBINA DI ZAMAN BN

Pelbagai fitnah dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan PH memerintah Melaka sekarang. Antara fitnah yang dilemparkan oleh mereka ialah kerajaan negeri membiarkan pembinaan patung Jesus di negeri ini.

Fitnah dan tuduhan benar-benar berniat jahat kerana patung ini bukannya baru dibina. Sebaliknya ia telah lama dibina iaitu di ketika BN memerintah negeri ini. Jika tidak silap ia dibina patung tahun 2017.

Sebuah portal berita internet pernah menyiarkan laporan tentang patung ini pada November 2017 seperti link ini (KLIK DI SINI)

Blog ini ingin mengingatkan pelayar-pelayar internet supaya berhati-hati dengan posting-posting di media sosial yang sentiasa cuba memfitnah kerajaan negeri bagi memadamkan imej baik kerajaan negeri Melaka sekarang.



Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter