.

.

07 April 2012

UGUTAN BUNUH : ALI RUSTAM DICABAR NYATAKAN PENDIRIAN

Pimpinan PR Melaka mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dicabar untuk menyatakan pendirian terhadap tindakan seorang pimpinan Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang membuat ugutan bunuh terhadap seorang penduduk di Bukit Baru Dalam.'

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata ugutan tersebut merupakan suatu perkara yang serius dan menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mampu untuk berdepan dengan PAS dan PR secara professional.

"Ketua Menteri mesti memberikan kenyataan tentang isu ini"

"Keduanya Umno mesti bertanggungjawab dengan semua isu keganasan politik seperti ini dan ketiganya Polis mesti bertindak segera dan tidak mendiamkan diri sahaja berkaitan isu sebegini kerana banyak laporan dibuat menjadi hambar dan tiada tindakan yang diambil" ujar Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sementara itu Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata sebagai Pengerusi Umno Negeri Melaka dan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Mohd Ali Rustam mesti bertanggungjawab dan menyatakan pendirian berhubungan insiden tersebut.

"Kita cabar Ali Rustam supaya nyatakan pendirian berkaitan kes ini kerana ianya sangat serius melibatkan unsur-unsur jenayah".

"Dia tidak boleh berdiam diri kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat dan keharmonian penduduk di situ" ujar Khoo.

Beliau mengharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya ianya tidak berulang lagi.




2 ARTIS LAGI MASUK PAS?

Dua orang lagi artis menyokong perjuangan PAS. Mereka ialah penyanyi bersuara merdu, Aishah dan pelakon drama Abu Bakar Juah.

Aishah mengesahkan diri bersama PAS apabila tampil menyampaikan ceramah atas pentas pada program anjuran PAS Kawasan Batu 5 April lalu. Malah Aishah tampil dengan penuh yakin menyampaikan ceramah tanpa kekok dan segan. Kepetahan berceramah menyebab para hadirin seolah-olah sedang mendengar ceramah seorang yang berpengalaman dalam politik.

Dalam program tersebut juga, Bob Lokman memberitahu bahawa dramatis veteran Abu Bakar Juah juga mula hadir mendengar ceramah PAS dan menyatakan sokongan kepada perjuangan PAS.

Semoga selepas ini lebih ramai artis akan bersama dengan PAS dan PR.

PERBICARAAN SCORPENE : NAJIB TERPAKSA TANGGUH BUBAR PARLIMEN

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu juga menyebut bahawa siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.

Blog ini yakin bahawa perkembangan kes ini di Perancis cukup merimaskan Perdana Menteri, Ah Jib Gor dan sudah pasti akan ada kesannya kepada BN jika pembubaran parlimen dilakukan dalam masa terdekat. Lebih parah lagi jika Ah Jib Gor dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut. Sudah tentu Ah Jib Gor tidak dapat mengelak jika beliau disapina oleh mahkamah Perancis. Ini mahkamah Perancis bukan Mahkamah Malaysia di mana Ah Jib Gor boleh berdegil untuk tidak hadir ke mahkamah.

Kita pasti pasukan 'Think Tank' Ah Jib Gor sekarang sedang bertungkus lumus siang dan malam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan Ah Jib Gor selamat dan tidak terjejas dengan perkembangan terbaru ini.

Mungkin segala 'Consultant' hebat di dunia diupah untuk memerah otak membantu Ah Jib Gor kerana silap haribulan karier politik Ah Jib Gor akan bungkus dengan isu ini jika mahkamah mendapati Ah Jib Gor terlibat. 

Kemungkinan besar PRU 13 terpaksa ditangguhkan demi 'survival' BN. Namun begitu Ah Jib Gor tidak dapat lagi menangguhkan PRU 13 selepas Mei 2013 kerana edahnya sudah habis.

Menurut laporan itu lagi gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.

Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.

Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.

Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.

Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.

06 April 2012

TANGKAPAN DI PUSAT DANGDUT : ADUN DICABAR TAMPIL PERTAHAN DIRI

Semabok : Adun BN yang dilaporkan oleh sebuah media ditangkap di Pusat Dangdut di Taman Melaka Raya baru-baru dicabar supaya menafikan dirinya terlibat. Cabaran tersebut dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat bulanan PAS Melaka di sini malam tadi.

"Kita tidak pernah menuduh Adun terbabit terlibat dengan tangkapan itu, tetapi berita itu disebarkan oleh beberapa media yang menyatakan seorang YB ditangkap".

"Apa yang penting, Adun terbabit mesti membersihkan namanya dengan menafikan dirinya ditangkap dan memberikan bukti-bukti kukuh bahawa memang bukan dirinya yang terlibat dengan peristiwa yang memalukan tersebut" ujar Ustaz Kamaruddin.

Beliau berkata Ketua Menteri juga sepatutnya tidak mencabar pemimpin PR supaya menyatakan siapa Adun yang terlibat sebaliknya Ketua Menteri boleh mendapatkan maklumat tersebut dari media terbabit dan juga pihak Polis yang menjalankan operasi berkenaan.

"Ketua Menteri sepatutnya tanya media yang melaporkan berita tersebut, sudah tentu media terbabit tahu sebab itu mereka berani siarkan berita itu, malah Polis sudah tentu tahu siapa yang terbabit"

"Takkan seorang Ketua Menteri tak maklumat tepat berkenaan isu-isu besar seperti ini, beliau boleh dapatkan dari media dan pihak berkuasa yang menjalankan operasi itu" tambah Kamaruddin yang juga merupakana Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Baru-baru ini beberapa media melaporkan bahawa seorang YB telah ditangkap di sebuah Pusat Dangdut di Taman Melaka Raya. Beberapa blog menyiarkan gambar Adun terbabit dan menyiarkan biodata lengkap beliau. Sehingga kini Adun tersebut mendiamkan diir.

Blog ini mencadangkan Adun terbabit supaya tampil membersihkan dirinya dari fitnah itu jika benar beliau tidak terlibat dengan isu tersebut. Sebaliknya jika benar beliau terlibat, maka wajib baginya meletakkan jawatan sebagai Adun dan Ketua Menteri mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya kerana ianya mencemarkan institusi Wakil Rakyat dan kerajaan negeri Melaka.

DEBAT ALI-ADLY : TIADA JAWAPAN DARI KETUA MENTERI

Semabok : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari sekali lagi menegaskan bahawa beliau sedang menunggu jawapan dari Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam samada beliau setuju atau tidak untuk berdebat dengannya.
"Saya masih menunggu jawapan dari Mohd Ali tetapi sehingga kini masih tiada 'feedback' dari beliau".

"Beliau boleh memilih apa juga tajuk yang beliau suka samada isu Sekolah Harapan, isu ekonomi, isu maksiat, isu hutang negeri Melaka, isu pembaziran dan apa juga isu" ujar Adly.

Beliau berkata jika Ali takut untuk berdebat dengannya, Ketua Menteri boleh mewakilkan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai untuk berdebat dengannya.

"Mungkin Ali tidak berani untuk berdebat dengan kita, jadi beliau boleh cari siapa sahaja yang beliau rasa boleh dan berupaya dengan berdebat dengan kita" tambah Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di sini malam tadi.

Bulan lalu sekumpulan 'Facebooker' mencadangkan debat antara Adly dan Datuk Ali diadakan pada 15 April 2012 bertempat di MITC. Mereka memuatkan banner program tersebut dalam Facebook masing-masing.

Sementara itu rata-rata anak muda yang ditemui mengharapkan debat tersebut menjadi kenyataan bagi memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menyampaikan hujah masing-masing di samping menyatakan hala tuju parti masing-masing jika diberi mandat untuk berkuasa di negeri Melaka selepas PRU 13 nanti.

05 April 2012

UMNO TAKUT BENDERA PAS DAN RUMAH BURUK

Umno Cawangan Bukit Baru Dalam dan Bahagian Bukit Katil begitu takut kepada bendera PAS dan rumah buruk yang dijadikan Markaz PAS Bukit Baru Dalam. Sebab itu setiap kali PAS membuka markas dan memasang bendera di Pekan Bukit Baru yang lokasinya berhadapan dengan Flat Sri Siantan, Umno akan menurun, mengoyak dan menceroboh markaz tersebut.

Semalam sekali lagi Umno menunjukkan 'belang' dan sifat samseng mereka apabila menurun dan merentap bendera PAS di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja mereka merendahkan martabat dan maruah mereka sendiri apabila mengugut tuan rumah kepada Markaz PAS (disewa) dengan ugutan bunuh. Lebih memalukan orang yang mereka ugut itu adalah seorang wanita OKU. Memang Umno tidak ada maruah mengugut wanita apatah lagi wanita OKU.

Inilah sifat orang yang apabila hendak lemas mereka memaut dan memegang apa sahaja hatta najis pun mereka pegang untuk menjadi tempat bergantung dari lemas. Di saat mereka berada dalam keadaan nazak mereka mengugut, mengancam, meroboh dan apa juga tindakan yang mereka rasa dapat melemah dan mematikan perjuangan PAS dan PR.

Mereka menjatuhkan maruah dan air muka sendiri. Di saat kerajaan seluruh dunia sudah berubah termasuk kerajaan Myanmar yang mula mengamalkan demokrasi, Umno sebagai teras kerajaan BN terus undur ke belakang mengamalkan sifat gangster dan samseng. Umno lupa bahawa rakyat Malaysia sudah cerdik dan berminda terbuka melihat perangai Umno yang memualkan ini. Rakyat Malaysia juga sebenarnya menjadikan Arab Spring dan perubahan rakyat seluruh dunia termasuk di Turki, Indonesia, Myanmar dan lain-lain sebagai panduan untuk memilih kerajaan baru yang lebih telus, berjiwa rakyat dan mengamalkan demokrasi sepenuhnya.

Andai kata Umno terus berperangai seperti manusia yang tidak bertamadun, lambat laun Umno akan mati sendiri dan terus dilupakan rakyat ......nak duduk dalam Muzium pun tak layak......

MAHFUZ DIHERET KE MAHKAMAH

Tuduhan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa sebuah 'Task Force' dibentuk untuk menjalankan kerja-kerja 'bawah tanah' bagi memenangkan BN pada PRU 13 nanti adalah berat. Ianya bukan satu tuduhan main-main tetapi ianya melibatkan keselamatan dan maruah Malaysia selain dari mencemarkan pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang penting.

Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,
Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.
"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

Kenyataan Mahfuz itu disiarkan oleh Harakahdaily semalam.

Blog ini menggesa orang yang dituduh mengheret Mahfuz ke mahkamah bagi membolehkan mahkamah membicarakan tuduhan ini samada benar atau tidak. Perbicaraan ini mesti dijalankan serta-merta supaya ianya dapat diselesaikan sebelum PRU 13 berlangsung.

Blog ini juga berpendapat PRU 13 tidak boleh dilaksanakan selagi semua perkara yang berkaitan dengan kemusykilan sistem pilihanraya tidak diselesaikan segera. Apa guna kita mengadakan pilihanraya jika ianya tidak telus, berat sebelah dan penuh dengan penipuan.

04 April 2012

UMNO UGUT NAK BUNUH OKU PASANG BENDERA PAS


Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan Polis di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan di Bukit Baru hari ini.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil Yani Ismail telah membuat laporan Polis petang ini.

Yusof berkata perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita disebelah rumah surirumah OKU ini, hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah".

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.

AYUH KITA HADIRI BERSIH 3.0

Oleh kerana kedegilan dan kebongkakan Kerajaan BN dan SPR tidak mahu memperbaiki Sistem Pilihanraya maka rakyat tidak mempunyai jalan lain selain dari turun ke jalanraya sekali bagi menyatakan bantahan.

Gabungan Pilihanraya Bersih (BERSIH) 3.0 mengumumkan bahawa 28 April dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan bantahan aman terhadap sistem pilihanraya yang korup, tidak telus dan berat sebelah.

Ternyata kerajaan dan SPR tidak faham bahasa rakyat yang mahukan perjalanan pilihanraya yang adil dan telus. Mereka mungkin hanya faham bahasa 'BERSIH' sahaja. Setiap rakyat tidak kira bangsa dan agama wajib hadir menyatakan bantahan dengan menyertai himpunan aman ini.

Hari ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini.


Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perkara itu dijangka diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.
Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu.

Melalui bahan cetakan yang diedar awal kepada media, himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan iaitu:
Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses media bebas dan adil
Masa kempen minima 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentian politik kotor



BN HILANG SATU KERUSI DI KEDAH

BN hilang satu kerusi di Kedah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Berita Syed Sobri muflis sudah lama tersebar tetapi sebelum ini ianya dinafikan dan pihak tertentu cuba menutupnya dengan pelbagai alasan. Kini semuanya terbukti benar.
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata beliau gagal membayar hutang perniagaannya.
Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

03 April 2012

MINYAK NAIK LAGI : RAKYAT DIKENAKAN DAHULU

Baru malam tadi Perdana Menteri Ah Jib Gor dengan bangga menyatakan kerajaan prihatin kepada rakyat. Tup tup hari ini harga petrol gred RON97 dinaikkan 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter.

Cakap tak serupa bikin, menanam tebu di bibir mulut .......inilah perangai pemimpin BN yang habis-habis menipu rakyat. Apakah rakyat masih mahu mempercayai pemimpin seperti ini.

Alasan biasa, harga minyak dunia meningkat, harga minyak kita masih rendah berbanding negara lain....itulah alasan lapuk dan tradisional yang dihamburkan oleh pemimpin BN bila harga minyak dinaikkan. Sedangkan sepatutnya bila harga minyak dunia meningkat negara akan mendapat keuntungan lebih banyak kerana kita dapat jual minyak ke luar negeri dengan harga yang lebih tinggi........dengan keuntungan ini sepatutnya harga minyak boleh diturun atau dikekalkan.

Inilah yang boleh kita katakan pemimpin yang cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

MERAH PADAM MUKA SPEAKER LANGGAR PERATURAN PARLIMEN

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia merah padam mukanya ketika menangguhkan Sidang Dewan Rakyat pagi. Dengan tergesa-gesa Speaker meluluskan Usul dari PSC berkenaan penambaikan pilihanraya tanpa dibahas. Terbukti Speaker 'bulldoz' peraturan dan amalan Parlimen Komanwel yang membenarkan 'minority report' dibentang bersama dengan usul seperti amalan parlimen negara-negara komanwel lain.

Ternyata Speaker berat sebelah dan melanggar amalan parlimen komanwel. Blog ini mencadangkan supaya perkara diadukan kepada komanwel.

BERSEDIA UNTUK KE MEDAN BERSIH 3

Ternyata tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pembaharuan pilihanraya hanyalah kosmetik dan omongan kosong. Malah tembelang itu semakin terserlah apabila Parlimen hari ini menolak usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan.


Oleh itu hanya ada satu cara sahaja untuk memberi peringatan dan tekanan kepada kerajaan dan SPR iaitu dengan mengadakan Himpunan Bersih 3.0. 

Ternyata kerajaan dan SPR cuba memperbodohkan rakyat dan parti-parti politik dengan berdolak-dalik tentang penambahbaikan sistem pilihanraya.

Hanya dengan bahasa BERSIH sahaja kerajaan dan SPR faham. Kerajaan BN dan SPR bersekongkol untuk tidak menjadikan pilihanraya kita telus, kelihatan telus dan meyakinkan.


02 April 2012

PSC PILIHYANRAYA : PR KENA TIPU?

PR kena tipu? Setuju sertai PSC pembaharuan Pilihanraya tetapi suara dan cadangan mereka tidak dihormati? Apakah PSC ini sekadar menghabiskan masa, membazirkan duit rakyat kerana tiada pembaharuan yang meyakinkan dilaksanakan.

Daftar pemilih masih kotor sekotor-kotornya :-

1) 42,000 nama pemilih yang tiada dalam senarai Jabatan Pendaftaran tidak dibersihkan.
2) Bilangan pengundi pos bertambah sekali ganda pada pRU 2008 ada 100,000 lebih sekarang meningkat menjadi 200,000 lebih
3) Nama-nama pengundi dipindahkan tempat mengundi sesuka hati....tanpa kerelaan pengundi ....

dan banyak lagi .....

Malaysiakini melaporkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya telah gagal untuk menangani baik pulih sistem pilihan raya yang amat diperlukan, kata ahli parlimen pembangkang yang menganggotai PSC.

azlanWakil Pakatan Rakyat mendakwa kebimbangan asas mengenai sistem
pilihan raya kekal masih tidak diselesaikan, yang paling penting ialah kekurangan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Azmin Ali (PKR-Gombak), Anthony Loke (DAP-Rasah) dan Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata mereka telah memfailkan usul di bawah Perintah Tetap 30 (1) menggesa supaya laporan PSC diagihkan kepada ahli parlimen dipinda.

NAJIB AKUI RAKYAT AKAN HUKUM BN PADA PRU 13

Ingatkan Najib benar-benar yakin BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Rupa-rupanya Ah Jib Gor takut dan bimbang rakyat akan menghukum BN dengan menolak BN dari Putra Jaya.

Sebab nada ucapan Najib malam ini membuktikan beliau takut hilang kuasa dan takut dihadapkan ke muka pengadilan.

Anak Tun Razak itu berkata bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.  

Perdana menteri mengingat demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.


Namun kena sedar dan harus sedar bahawa jika beliau dan BN terus dibenarkan memegang tampuk kuasa lambat laun negara ini akan bangkrap. Sebagaimana telahan yang dibuat oleh Menteri Najib sendiri, Idris Jala bahawa Malaysia akan bangkrap pada 2019. Malah agensi ekonomi kerajaan, MIER meramalkan negara akan bangkrap pada 2015.


Mana tak bangkrapnya tuan-tuan, kerajaan ada begitu boros, rasuah membarah, duit tiris sana tiris sini, hutang kroni dilupuskan (contoh RM589juta Tajuddin Ramli dilupuskan; RM250juta duit NFC hangus begitu sahaja tanpa diganti) ...........rakyat mesti bangkit tolak BN pada PRU 13 nanti ...............

Shamsul CABAR JAMIL KHIR BERDEBAT

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar Menteri Agama Umno, Jamil Khir Baharom berdebat dengannya dalam isu berkaitan qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Saya cabar Menteri Agama Najib, Jamil Khir berdebat dalam isu berkaitan qazaf bagi menyelesaikan dakwaan yang menyatakan Jamil menahan menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah."


"Mahkamah Tinggi Syariah sudah setaraf dengan Mahkamah Sivil, dan tidak sepatutnya Jamil menggunakan kuasa sebagai menteri agama menahan dari kes ini dibicarakan" ujar Shamsul.


Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PKR Cabang Bukit Katil di Taman Sin Hoe, Bukit Baru malam tadi.


Kenyataan balas Shamsul tersebut dibuat bagi menjawab kenyataan media Jamil Khir hari ini yang memberikan masa 14 hari untuk beliau menarik balilk kenyataan yang beliau buat pada siaran rancangan Bicara Rakyat di TV1 2 hari lepas.


Media semalam melaporkan bahawa Jamil Khir memberikan kata dua kepada Shamsul, sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu...difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam TV yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat Yan.

MALAYSIA DIAMBANG YANG SANGAT BAHAYA

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution berkata Malaysia berada di ambang bahaya jika benar dakwaan bahawa kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan Polis dipengaruhi oleh 'gangster' sewaktu dahulu iaitu ketika era Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara.

"Bayangkan tuan-tuan apa jaminan keselamatan kita semua jika kenaikan pangkat pegawai Polis ditentukan oleh penjenayah dan 'gangster'.

"Ini bukan Pakatan Rakyat yang kata tetapi bekas Pegawai Kanan Polis iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramlee Yusof  dan beberapa orang Pegawai lain" ujar Saifuddin pada ceramahnya di Taman Sin Hoe Bukit Baru malam tadi.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa eorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.


Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.



Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.



Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakinibahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.



Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."



Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.



Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.



Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

01 April 2012

NAJIB PUCAT GIGI : KES BAKAL DIBICARAKAN DI PERANCIS, PRU 13 DITANGGUHKAN?

Adakah Najib bakal disapina untuk menjadi saksi pada perbicaraan berkaitan komisen kapal Scorpene di Perancis tidak lama lagi? Jika beliau sapina sudah tentu banyak perkara akan terdedah. 


Mungkin ia akan menjejaskan tarikh pembubaran parlimen dan landskap politik Malaysia.


NONE
Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Pada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

"Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.

altantuya and son 050309Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

11 cedera kena bom di Haadyai

Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel
terkemuka di bandar Haadyai semalam.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungiBernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.

Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.

Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan semalam manakala lebih 300 lagi cedera.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand.


Sumber : Bernama

KM Melaka dicabar ambil tindakan pada ADUN

Beberapa blogger mencabar Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam mengambil tindakan ke atas ADUN Bukit Baru yang didapati mengamalkan rasuah tidak lama dahulu. ADUN tersebut telah jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lalu.

Namun sehingga kini Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka tidak mengambil tindakan ke atas ADUN tersebut.

Blogger tersebut juga mencabar seorang ADUN yang didakwa ditangkap pada serbuan Polis dan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan baru-baru ini supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap media yang menyiarkan berita beliau ditangkap.

"Jika benar ADUN itu tidak berada dalam Pusat Hiburan itu sila bawa ke ini ke mahkamah" kata seorang blogger yang tidak mahu namanya disiarkan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter