MAHFUZ DIHERET KE MAHKAMAH

Tuduhan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bahawa sebuah 'Task Force' dibentuk untuk menjalankan kerja-kerja 'bawah tanah' bagi memenangkan BN pada PRU 13 nanti adalah berat. Ianya bukan satu tuduhan main-main tetapi ianya melibatkan keselamatan dan maruah Malaysia selain dari mencemarkan pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang penting.

Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,
Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.
"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

Kenyataan Mahfuz itu disiarkan oleh Harakahdaily semalam.

Blog ini menggesa orang yang dituduh mengheret Mahfuz ke mahkamah bagi membolehkan mahkamah membicarakan tuduhan ini samada benar atau tidak. Perbicaraan ini mesti dijalankan serta-merta supaya ianya dapat diselesaikan sebelum PRU 13 berlangsung.

Blog ini juga berpendapat PRU 13 tidak boleh dilaksanakan selagi semua perkara yang berkaitan dengan kemusykilan sistem pilihanraya tidak diselesaikan segera. Apa guna kita mengadakan pilihanraya jika ianya tidak telus, berat sebelah dan penuh dengan penipuan.

Comments