.

.

16 May 2008

SIRU A'LA BAROKATILLAH KEPADA SDR NAZRI

Saya mengucapkan syabas dan SIRU A'LA BAROKATILLAH kepada sahabat saya Saudara Nazri Ariffin di atas perlantikan beliau menggantikan saya menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK).

Moga DPPBK akan lebih mantap dan berjaya dengan peneraju baru ini.

Banyak kenangan pahit manis di sepanjang saya bersama-sama DPPBK sejak penubuhannya selepas persempadanan baru kawasan Pilihanraya di mana Parlimen Batu Berendam di pecahkan kepada Bukit Katil dan Tangga Batu.

Bersama-sama dengan Hj Salamat kami berusaha untuk menghidupkan DPPBK, di mana sebelum ini DPPK Batu Berendam telah lama 'pengsan' di sebabkan masalah tertentu. Berkas usaha gigih sahabat-sahabat semua DPPBK berjaya ditubuhkan walaupun aktivitinya tidaklah hebat dan banyak.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Saudara Jauhar Dawi kerana diamanahkan sebagai Pemangku Bendahari menggantikan Hj Hishamuddin Ismail yang keuzuran. Kepada Jauhar rajin-rajinlah cari duit untuk menggiatkan gerakan kepemudaan di kawasan kita.

Kepada sahabat-sahabat AJK DPPBK marilah sama-sama kita membantu kedua-dua sahabat kita ini dalam menggalas amanah yang besar ini. Mari kita bergerak secara amal jama'ie. Jatuh bangun perjuangan Islam terletak di bahu kita semua.

Insya Allah saya akan terus membantu DPPBK dalam apa juga bentuk samada buah fikiran, idea, pendapat, tenaga dan wang ringgit setakat yang termampu.

LAGI MUDAH UNTUK KITA MEM'BLOG' LEPAS INI

Datuk Shaziman Abu Mansor menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan air memberitahu semalam bahawa Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan Islam Hadhari semalam.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Penekanan juga akan diberikan kepada aspek pembangunan kandungan dan pelbagai aplikasi dalam talian seperti perkhidmatan perbankan dan pembelian tiket.

Alhamdulillah lepas ini lebih senang kita semua memblog dan menyebarkan maklumat alternatif kepada semua rakyat.

Di harap juga kerajaan dapat menyediakan peralatan komputer kepada sebahagian besar rakyat. Mungkin kerajaan boleh memberikan peruntukan PC atau laptop kepada rakyat dan jangan lupa mengajar mereka melayari internet juga.

Marilah semarakkan lagi dunia blog dan internet ini supaya dapat menyaingi Tukang-tukang karut BN dan Umno yang kerja mereka memfitnah dan mengelirukan pemikiran rakyat.

TREND BARU POLITIK MALAYSIA - BOM PEJABAT PARTI

Semalam Pejabat DAP Perak telah dibom oleh 'pengebom tak berani mati' yang dilihat berjumlah dua orang. Apa motifnya tidak diketahui.

Hebat betul mereka ini. Adakah mereka diupah atau melakukannya atas 'kesedaran' sendiri. ? Apakah mereka bertindak kerana marahkan Pemimpin DAP yang dikatakan menghina Raja-Raja Melayu.?

Biar kita beri peluang kepada Polis untuk menyiasatnya. Kita tidak boleh jatuhkan hukum sehingga belum dibuktikan. Bukan macam kerajaan BN yang menghukum tahanan ISA tanpa bicara. Ini hukum rimba namanya. Botak Chin dan Bentong Kali yang ganas dan membunuh ramai orang itupun dibicarakan.

Kita pun hairan dengan golongan yang marahkan pemimpin DAP ini. Mengapa mereka begitu marah kepada Karpal Singh tetapi tidak berkata apa-apa dengan tindakan penghinaan kepada Raja-Raja Melayu yang dilakukan oleh Imam Hadhari dan pemimpin Umno sebelum ini.

Pak Lah terang-terang menentang keputusan Sultan Terengganu dengan berkeras mahukan Derih Jusoh menjadi MB Terengganu sedangkan Sultan memberikan watikah perlantikan kepada Mad Said. Bukan itu sahaja terdapat sepanduk-sepanduk yang jelas mencaci dan menghina Sultan di angkat oleh penyokong-penyokong Umno semasa demonstrasi menentang keputusan Sultan melantik Mad Said. Mengapa Polis tidak menyiasat dan membawa kes ini ke mahkamah.

Malah sekali lagi Imam Hadhari bersikap kurang ajar apabila ingkar dengan keputusan Sultan Perlis yang mahukan Mat Isa Sabu menjadi MB sedangkan Imam Hadhari berdegil mahukan Shahidan Kassim.

Walaupun akhirnya si biadap Imam Hadhari ini tunduk dan patuh dengan titah kedua-dua Sultan Terengganu dan Perlis tetapi beliau langsung tidak memohon ampun dan maaf.

Kes yang lebih berat dilakukan semasa zaman Mahathir, apabila Mahathir dengan kuasa ditangannya begitu bongkak meminda perlembagaan Malaysia dan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu. Sebelum pindaan di buat keburukan Raja-Raja Melayu di'telanjangi' sepuas-puasnya dengan penuh aib di dada-dada akhbar dan media elektronik.

Persoalannya MENGAPA MAHATHIR DAN IMAM HADHARI TIDAK DIKATAKAN MENGHINA SULTAN. MALAH LANGSUNG TIDAK DISIASAT.

SELAMAT HARI GURU

Saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Malaysia teristimewa kepada guru-guru yang pernah mendidik saya dan juga guru-guru yang mendidik anak-anak saya.

Saya mendoakan semua guru-guru saya yang masih hidup moga-moga mereka mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Kepada guru-guru yang telah meninggalkan kita saya mendoakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbia, syuhada dan muttaqin.

Antara guru-guru saya yang sempat saya sebutkan di sini -Cikgu Wan, Cikgu Omar, Cikgu Nik, Ustaz Abdullah, Cikgu Rosni, Cikgu Latiffi, Cikgu Latif, Cikgu Hamdan, Cikgu Saikotali, Cikgu Phua, Cikgu Krishnan, Cikgu Rais, Cikgu Jasni, Cikgu Mat, Cikgu Harun, Cikgu Sadun, Cikgu Putih, Cikgu Kadmi, Ustaz Zainuddin, Cikgu Zainuddin, Cikgu Halim,Cikgu Shukri, Cikgu Chuali, Cikgu Noraini,Cikgu Zainon, Cikgu Cheah, Cikgu Chai Mun, Ust Awang Idris, Cikgu Leong, Cikgu Mat Arib, Ustazah Ainen,

Cikgu Yam Lee Cheong, Cikgu Adnan, Cikgu Phua, Cikgu Ang, Cikgu Toe, Cikgu Chua, Cikgu Kulwant, Dr Syed, Puan Che Su, Dr Haslan, En Nawawi, En Nasirun, Cik Viji, Dr Zul, Puan Habsah, Puan Hasnah, Dr Afidah, Dr Zainal, Dr Nasir, Dr Chin, Dr Baha, Dr Zakaria, Dr Norita, Dr Azanam, Dr Teng, Dr Teh, Dr Omar, Dr Sivamani dan lain-lain yang tak sempat saya tulis.

Khas buat Tuan-Tuan Guru saya....Allahyarham Ustaz Yusof Ismail, Us Abd Wahab Awg Kecik, Ustaz Shahid, Us Khaidir, Allahyarham Us Suhaimi, Allahyarham Us Shauki, Us Hassan Razak, Us Yahya Othman, Ustaz Salleh Man. Teristimewa untuk Tuan Guru Dato Nik Aziz dan Tuan Guru Dato Seri Abd Hadi Awang dan lain-lain guru yang mengajar dan mentarbiah saya.

Jasa kalian tak dapat saya balas dengan kata-kata dan wang ringgit.

15 May 2008

BLOG KETUA MENTERI DAH LAMA TAK UPDATE

Sibuk sangat kot KM Melaka, Ali Rustam ni sehingga tak sempat nak update blog dia. Atau mungkin Tok Ketua kita hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja. Orang buat blog dia buat blog, orang update dia tidur, entah-entah orang lain yang buat, setiausaha politik ke atau setiausaha akhbar dia yang buat.

Kalau Tok Ketua tak sempat nak update blog Tok Ketua tu boleh subcontract kat saya untuk di'update'kan.

Bukan susah sangat nak update blog dia. Ampu sana ampu sini......no problem... apa sahaja yang Pak Lah buat semua baik.............angguk dan tunduk sahaaja....senang kan

Untuk makluman Tok Ketua kalau setakat nak bodek dan hentam pembangkang membuta tuli tak payah tulis blog lah sebab dalam Utusan Meloya, Berita Hairan, Radio dan TV Memutarbelit (RTM), TV3 Suku dan lain-lain benda ini tak habis-habis dihebahkan. Sampai meluat nak dengar.....

Saya cadangkan Tok Ketua fikir-fikirlah jangan jadikan diri ketua macam 15-20 tahun dahulu masa jadi pegawai KEMAS.....

SUKAN PASTI KAWASAN BUKIT KATIL AHAD 18 MEI INI

Pesta Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil akan diadakan pada 18 Mei 2008 bertempat di Maahad Ar Rahmah Solok Gaong. Acara tersebut akan bermula pada jam 8.00 pagi.

Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan, Jasry Jaafar semua PASTI di dalam Kawasan Bukit Katil akan menghantar pasukan Bolasepak dan Bolajaring masing-masing.

Adalah dijangkakan pesta sukan ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada pelajar dan keluarga mereka.

Seluruh ahli PAS dan Pemuda Kawasan, keluarga dan masyarakat setempat dijemput hadir.

Saya seperti biasa akan hadir untuk memberikan sokongan kepada anakanda saya Anas Fauzan yang akan mewakili PASTI Ar Rahmah dalam acara Bolasepak.

CERAMAH PKR MALAM BESOK 16 MEI

Malam besok bertempat di Rumah Hj Said (Belakang Petronas), Bt 3, Balai Panjang akan diadakan Ceramah PKR.

Penceramahnya terdiri dari YB Tian Chua, YB Zuraida Kamaruddin, YB N Gobalakrishnan dan YB Mar Shuhaimi Shafei.

Ceramah bermula jam 9.00 malam. Semua rakyat Melaka dijemput hadir.

BANGSAT YAHUDI, BUSH & PM AUSTRALIA, TAKZIAH BUAT IMAM HADHARI

14 Mei setiap tahun dikenang sebagai Hari Nakbah Palestin, hari di mana umat Islam Palestin ditimpa bala besar iaitu penubuhan negara haram jadah Israel pada tahun 1948.

Di saat umat Islam Palestin dibunuh, diusir, di rampas tanah dan hak mereka, Bush dan kuncu-kuncunya bergembira meraikan hari ulangtahun penubuhan negara haram Israel. Bush bersama-sama merayakan 'kemenangan Yahudi' tersebut di Baitulmaqdis semalam.

Dalam kenyataanya Bush melahirkan kegembiraannya kerana Israel menjadi rakan sekutunya yang paling baik dan akrab. Kita hairan apakah Bush ini seorang manusia atau binatang, kerana matanya buta, hidungnya tersumbat dan telinganya pekak tidak nampak kekejaman demi kekejaman yang di lakukan oleh Yahudi Laknatullah.

Perdana Menteri Australia juga menyatakan sokongan dan penghormatan kepada Israel malah Ketua Pembangkang Parlimen Australia juga memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri Australia dan negara haram Israel.

Pada tarikh ini, genaplah usia 60 tahun Palestin ditakluk, betapa malunya kita sebagai umat Islam yang mempunyai kelengkapan serba serbi, peralatan persenjataan canggih masih tidak terdaya membebaskan bumi Palestin, malah Masjid al-Aqsa juga dikuasai rejim Yahudi.

Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, negara Israel dilingkungi beberapa negara Arab yang kaya dengan senjata minyak seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain, Oman, Yaman dan sebagainya sepatutnya pada 1948, orang-orang Arab berjaya menghalang penubuhan negara haram itu, namun ia tidak berlaku.

Sebabnya, para pemimpin Arab hanya banyak menganjurkan persidangan menjaga kepentingan mereka daripada memikirkan keselamatan rakyat bangsa Palestin yang ditindas, dianiayai, dinafikan hak mereka sepanjang 60 tahun, iaitu satu jangka masa yang begitu lama mengatasi usia Malaysia merdeka (51 tahun).

Imam Syahid Hasan al-Banna pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin pernah mengemukakan pandangannya kepada Perdana Menteri Mesir pada masa itu, Noqrashi Basha agar membantu rakyat Palestin dengan menghantar pasukan tentera ke Palestin bagi menghadapi segala kemungkinan agar kuasa asing tidak bertapak di kawasan yang diduduki bangsa Arab, apatah lagi beragama Islam.

Pandangannya itu bukan mahu membangkitkan isu kebangsaan, malah kebimbangannya terhadap pengaruh bukan Islam akan masuk ke dalam negara-negara yang dihuni oleh orang Arab.

Noqrashi menolak pandangannya itu malah bertindak mengharamkan segala aktiviti gerakan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan tidak berputus asa dan mengerahkan unit pasukan jihad gerakan itu supaya pergi ke Palestin bertujuan untuk membantu rakyat negara itu, walau bagaimanapun tentera-tentera yang dihantar itu ada yang mati syahid dan ada yang sempat pulang semula ke Mesir dengan pelbagai kesusahan yang menanti mereka.

Kejatuhan Palestin di tangan Israel disifatkan oleh Imam Hasan sebagai satu kesilapan dan pengkhianatan besar ke atas rakyat Palestin yang beragama Islam.

Selang tidak berapa lama selepas kejatuhan Palestin, pada 12 Februari 1949, Imam Hasan ditembak mati secara misteri tanpa seorang pun yang tahu kejadian itu hingga ahli keluarganya juga tidak dapat mengesan di manakah jenazahnya di kuburkan hingga hari ini.

Semenjak 60 tahun yang lalu bermula sejarah kezaliman yang berpanjangan di mana pembersihan etnik pada tahun 1948 itu oleh tentera Zionis yang mengakibatkan 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar (tiga per empat populasi Palestin) dari kampung halaman dan rumah mereka.

Kini rakyat Palestine menjadi pelarian di negara-negara jiran di mana bilangan mereka seramai 4.5 juta orang.

Keadaan kehidupan umat Islam adalah di luar perikemanusiaan seperti kemiskinan tegar, penafian keperluan asas tanpa makanan mencukupi, tempat bertuduh, pekerjaan, pendidikan dan rawatan kesihatan. Nasib mereka tidak diendahkan oleh kononnya komuniti antarabangsa yang didominasi oleh AS.

Polisi pembersihan etnik itu masih diteruskan, Israel semakin ganas antaranya menceroboh di Tebing Barat dan Jurusalem Timur sejak peperangan 1967 dan kini 400,000 orang rakyat Yahudi telah menduduki tanah Palestin.

Setiap hari rakyat Palestin dibunuh termasuk kanak-kanak, rumah mereka dihancurkan dan rakyat Palestin dihalang dari bergerak secara bebas dan mereka terus dihina.

Kini Israel pula menguatkuasakan sekatan ekonomi kemudian pada musim panans 2006 telah melancarkan serangan bom di Gaza yang memusnahkan jambatan, kemudahan awam, bekalan air bersih dan tenaga elektrik menyebabkan ratusan rakyat awam telah terbunuh.

Kesan sekatan itu telah meningkatkan kadar pengangguran dan kebuluran rakyat Palestin.
Gaza sedang dihimpit sehingga ekonominya lumpuh. Ini diperakui sendiri oleh Hardad Zarvos dari Bank Dunia.

Sendi ekonomi Gaza telah musnah dan dengan sekatan yang berterusan akan mengakibatkan keruntuhan ekonomi Gaza tidak boleh dipulih kembali.

Malangnya negara Islam Hadhari hanya melihat isu Palestin sebelah mata sahaja. Buktikan usul Presiden PAS agar Parlimen Malaysia membahaskan isu tersebut di tolak Timbalan Speaker Ronald Kiandee.

Imam Hadhari dan pengampu-pengampunya disekeliling senyap sahaja tanpa membantah tindakan Timbalan Speaker. Kalaupun Imam Hadhari dan Imam kedua tiada, apa salahnya menteri-menteri lain menyokong usul ini untuk dibahaskan.]

Atau mungkin pendokong Islam Hadhari juga bersetuju dan 'salut' kepada Israel dan kuncu-kuncunya seperti Amerika dan Australia. Mungkin fakta ini ada benarnya kerana bendera zionis sendiri pernah berkibar di PWTC.

APA TUNGGU LAGI YB SABAH TINGGALKAN PERAHU YANG BOCOR

Selepas pembentukan cabinet kerajaan Islam Hadhari dibuat, saban hari kita terdengar rungutan bahawa Sabah dianaktirikan oleh kerajaan BN pimpinan Imam Hadhari Pak Lah.

Pelbagai dengusan dan keluhan kita dengar. Antaranya Sabah diketepikan dari segi politik di mana bilangan menteri yang dilantik terlampau sedikit; masih ada kampung di Sabah yang tiada elektrik dan jalanraya yang baik; bekalan air tidak sempurna dan bermacam-macam lagi.
Semua ‘complaint’ ini bertitik tolak dari rasa tidak puashati Ahli-ahli Parlimen Sabah yang tidak dilantik sebagai menteri penuh. Antara yang lantang mengkritik ialah dua orang Timbalan Menteri yang dilantik Imam Hadhari tetapi menolak jawatan tersebut. Merek ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Ghapur Salleh dan Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman (adik Musa Aman).
Mereka mempertikaikan ada negeri di Semenanjung yang mempunyai tujuh orang menteri penuh di dalam cabinet sedangkan Sabah yang menyumbangkan kerusi parlimen yang banyak tidak mendapat bilangan menteri yang seramai itu.

Sabah dan Sarawak menyumbangkan lebih dari 50 kerusi untuk pembentukan kerajaan BN yang gagal mendapat majority 2/3. Tanpa Sabah dan Sarawak maka sudah pasti Imam Hadhari menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Semalam, Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh memberi amaran kepada wakil rakyat yang lain supaya tidak mempersoal keikhlasan anggota dari Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhenti bertindak bagi pihak kerajaan dalam menjawab sebarang isu mengenai Sabah.

Sambil membidas Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan beliau tentang anggota Parlimen Sabah semasa membahaskan usul terima kasih terhadap titah Diraja, Abdul Ghapur berkata, sepatutnya di dalam BN, anggota tidak patut mencabar satu sama lain.
"Sri Gading masih berpemikiran penjajah, tidak terbuka. Apa yang saya titik beratkan ialah kita mahu BN diperbaiki, saya bercakap mengenai Sabah, pembangunannya, mengenai masalah pendatang tanpa izin...kenapa orang lain mahu mencabar kami," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sebelum itu, Mohamed menasihatkan wakil dari Sabah supaya tidak mempertikaikan pelantikan menteri-menteri oleh pucuk pimpinan dan jangan bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lepas.

Abdul Ghapur berkata, setiap pandangan yang dibangkitkan MP Sabah di Parlimen ialah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat terutama isu pembangunan dan pendatang tanpa izin. "Jangan salahkan kami (membangkitkan itu) sebab kalau mereka salahkan kami, penduduk Sabah akan mendesak kami berhenti daripada parti," katanya.

Ghapur berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut diberi masa untuk menangani masalah di Sabah.

"Tak apa... Pak Lah mungkin sedang memikirkannya, tetapi jangan tanya Sri Gading (Mohamed) untuk menjawabnya pada kami," katanya.

Kepada seluruh Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, saya nasihatkan supaya cepat-cepat menyeberang ke dalam Kem Pakatan Rakyat kerana terbukti perjuangan Umno dan BN ternyata gagal memberikan keadilan kepada semua rakyat terutama rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa di tunggu lagi, sekarang YB semua sudah sedar bahawa pemimpin parti YB tidak boleh dipercayai, lemah, pilih kasih, mengamalkan kronisme, nepostisme dan sebagainya. Jadi cepat-cepat berhijrah kepada Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

14 May 2008

MARI KITA SAMA-SAMA MAKAN UBI GANTI NASI

Mari kita sama-sama makan ubi sebagai ganti kepada nasi. Ini sesuai dengan cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin yang mencadangkan pengambilan ubi bagi menggantikan beras.

Beliau berkata ubi dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.

"Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi-ubi tersebut. "Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi," katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini hari ini.

Masalahnya Puan Dr, cukup ke ubi yang ada di negara kita ini kalau semua orang makan ubi bagi menggantikan nasi. Takut nanti bila semua orang dah suka makan ubi, ubi pula yang kehabisan.

Kalau benar semua rakyat suka mahu makan ubi saya cadangkan Chef Wan dan Chef yang lain buat resepi yang sedap-sedap dan tidak menjejaskan kesihatan untuk menarik minat rakyat makan ubi. Mungkin perencah dan kuahnya akan menambahkan selera rakyat makan ubi.

Dan jangan lupa sediakan tanah dan kawasan untuk penanaman ubi kayu, keledek dan mungkin juga ubi kentang agar negara kita dapat memberikan bekalan secukupnya kepada rakyat yang ketagih ubi. HIDUP UBI SEGALA UBI

Menurut laporan Bernama, forum tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Felo Kanan ISIS, Dr Larry Chee-Yoong Wong, yang turut menjadi ahli panel dalam forum itu, menyokong cadangan Mahani itu dengan berkata ia merupakan langkah yang baik kerana kedua-dua ubi berkenaan mempunyai pelbagai khasiat serta baik untuk kesihatan.

Sumber berita : Malaysiakini

AIRPORT BARU .........SIAPKAN PENYUMBAT TELINGA

Pembinaan Lapangan Terbang Batu Berendam sedang pesat dijalankan. Dengar cerita lapangan terbang ini mampu menjadi lapangan pendaratan Airbus A320.

Besar flight tu, bukan macam 'light aircraft' yang bunyinya tidak berapa kuat tu. Bunyinya juga jauh lebih bingit dari Charlie atau Carribou (betul ke ejaan). Kalau macam tu, nanti kehidupan penduduk yang tinggal di sekitarnya sudah tentu terganggu. Apa tidaknya anak-anak kecil sudah tentu terganggu tidurnya. Malah mak dan bapak mereka juga sudah tentu tidak berapa seronok untuk berdengkur.

Antara kawasan yang sudah pasti mengalami gangguan bunyi bising ini ialah Taman Sutera Belia, Taman Sutera Wangi, Taman Mas Merah, Taman Seri Selendang, Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Thamby Chik Karim dan Taman Angkasa Nuri. Serta juga ada beberapa kampung berdekatan seperti Pulau Samak dan lain-lain. Mungkin ada taman-taman baru lain yang saya tak ingat atau tidak tahu. Maaf tak dapat senaraikan.

Nampaknya silap-silap puak-puak dari taman-taman tersebut mungkin terpaksa berpindah kerana tidak tahan, telinga boleh menjadi tuli dan pekak.

Saya mengharapkan selepas ini kerajaan BN Melaka membuat kajian kesan pencemaran bunyi di kawasan tersebut kerana kita bimbang ianya akan menjejaskan kesihatan semua penduduk sekitar. Jika hasil kajian nanti membuktikan ianya menganggu kesihatan mereka, maka penduduk tersebut mesti dipindahkan dan yang penting pampasan mereka diberikan kepada mereka.

Saya takut nanti semua taman-taman di sekitar lapangan terbang tersebut di panggil Taman pekak sebab semua penduduknya cacat pendengaran. Sebagai contoh Taman Angka Nuri di panggil Taman Angkasa Nuri Pekak. Ha ha ha

Jangan kita mengorbankan kesihatan rakyat dengan pembangunan.

PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI MAHU PEMINDAHAN PUSAT PELUPUSAN SAMPAH DIPERCEPATKAN

Penduduk Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal menggesa pihak berwajib mempercepatkan pemindahan pusat pelupusan sampah di Krubong sepertimana perancangan yang dibuat oleh pihak berkenaan sebelum ini.

Ramai penduduk yang tinggal di taman inipun tidak tahan dengan bau busuk yang kadang-kadang amat meloyakan. Walaupun kata mereka, bau tersebut datang sekali sekala tetapi ianya mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Seorang penduduk, Mahani Osman, 38 berkata, sudah 5 tahun beliau tinggal di situ tetapi tapak pelupusan sampah tersebut masih belum dipindahka.

"Ura-ura ianya akan dipindahkan sudah lama kedengaran sejak bertahun-tahun lamanya tetapi ia masih 'megah' ada di situ" kata Mahani dengan sinis.

"Saya merayu pihak berkuasa supaya mempercepatkan pemindahan tapak pelupusan sampah tersebut kerana ianya amat berdekatan dengan kawasan perumahan kami" tambah beliau.

Ramai penduduk berpendapat lokasi tapak pelupusan sampah itu adalah tidak bertepatan dengan piawaiannya kerana ianya dapat berdekatan dengan kawasan kediaman iaitu kurang dari 1 km.

13 May 2008

BUKAN SEGELINTIR TETAPI MELAMBAK PEMIMPIN DUA WAJAH DALAM UMNO

Memang ada pemimpin Umno yang bersikap "dua wajah" apabila bercakap berbeza di dalam dan luar parti seperti tuduhan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.

"Memang ada pemimpin dalam Umno, di hadapan Pak Lah dia bercakap lain, dan ketika berada di akar umbi dia bercakap lain," kata ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Sekiranya tidak berpuas hati dengan Pak Lah dan kepimpinan Umno, kemukakan pandangan, dan jangan jadi hipokrit."Bagaimanapun beliau enggan menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkan oleh Abdullah."Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas," katanya kepada Malaysiakini.

Semasa berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-62 penubuhan Umno, Abdullah mengkritik "pemimpin dua wajah". "Sudah ada peluang bermusyawarah, bermusyawarahlah kita habis-habisan.

"Jangan kat dalam kata lain, kat luar kata lain pula... kacau-bilau nanti. "Kita sudah gunakan amalan demokrasi untuk capai keputusan... jadi gunakan sebaik mungkin," katanya di perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama pemimpin terbabit.

Itulah laporan media tentang tuduhan Imam Hadhari kepada pemimpin dan ahli Umno. Memanglah orang tua yang semakin kurus ini semakin takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Walaupun beliau seringkali memujuk dirinya dengan menyatakan Umno masih kuat masih memerintah Malaysia.

Saya ingin memberitahu Imam Hadhari bahawa di dalam Umno bukan hanya seorang dua yang berwajah dua malah berlambak-lambak jumlahnya.

Malah ramai antara mereka bukan sahaja berwajah dua malah tiga, empat, lima dan seterusnya.


Adakah Imam Hadhari tidak sedar bahawa pemimpin dan ahli Umno yang ditarbiah dengan syllabus usrah Islam Hadhari hanya mementingkan perut dan bawah perut. Sebab itulah mereka sanggup bermuka-muka untuk mencari habuan dan laba.

Takkan lah itupun Imam Hadhari tak tau. JKKK Kampung Dusun pun tahu!!!!!!!

DAH DUA BULAN BEREHAT

Sudah dua bulan aktiviti ku dalam jemaah begitu kurang. Cuma sesekali menghadiri perasmian mesyuarat agung cawangan-cawangan, usrah dan sebagainya.

Mengapa? Entahlah mungkin ini yang dikatakan perjuangan bermusim. Ahhhh tak mungkin perjuangan Islam ini didokongi secara bermusim. Tidak ada noktah dalam perjuangan. Hanya mati sahaja yang dapat memisahkan perjuangan Islam dari seseorang.

Semabok yang menjadi pejabat kedua ku juga jarang sekali ku kunjungi berbanding ketika selepas pembubaran parlimen dulu. Kerinduan hilai ketawa sahabat yang berkampung di Semabok dulu sudah hilang ditelan masa. Bilakah lagi ia akan kunjung tiba.

Namun aku mesti gagahi juga, lawan nafsu yang suka berehat dan bersantai dirumah ini. Jangan nanti 'kerelaxan' ini akan bersarang di dalam diri menyebabkan tulang menjadi semakin berat untuk berjuang.

Tanggungjawab ku sebagai Ketua Pemuda Kawasan telah dipikul oleh sahabat lain. Namun aku tetap mengambil tahu hal ehwal pemuda kerana sememangnya umurku masih umur pemuda.

Kini aku hanya ada amanah di peringkat negeri yang aku pegang, di samping AJK cawangan tempat aku menetap. Malah cawangan ku masih belum menunaikan 'rukun' berorganisasi iaitu menjalankan mesyuarat agung.

Insya Allah selepas Boss cawangan ku pulang dari China nanti kami akan bermesyuarat. Tekad ku kali ini aku akan cuba untuk menggerakkan cawangan ini menjadi cawangan terhebat di Kawasan Bukit Katil.

Angkasa Nuri
13 Mei 2008
10.24 malam

APA KHABAR 'HANG TUAH'?

Apa khabar 'Hang Tuah' Melaka.? Gembirakah kalian semua dengan kehidupan di bawah pemerintahan Ali Rustam yang sudah lama bertakhta di negeri tanpa Sultan ini?

Pada ketika kita mendengar rakan dan taulan di negeri-negeri Pakatan Rakyat dapat air percuma; kemungkinan kaum hawa yang bersalin dapat cuti 90 hari;pengurangan cukai tanah;pemansuhan saman PBT dan lain-lain, 'Hang Tuah' Melaka terkulat-kulat melihat dengan putih mata.

Atau mungkin juga 'Hang Tuah' Melaka lebih suka mendapat air yang mahal; cuti bersalin 45 hari atau hanya puashati dengan apa yang digula-gulakan oleh Ali Rustam selama ini.

Kalau itulah yang masih terpahat dalam benak dan otak 'Hang Tuah' Melaka maka takziah diucapkan kerana masih berjaya dikelirukan oleh Ali Rustam dan Islam Hadhari.

Selepas Insya Allah akan rakyat di negeri Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kebajikan dan 'hadiah' dari kerajaan negeri masing-masing. Tinggallah 'Hang Tuah' Melaka dengan 'khurafat' hanya BN dan Umno yang boleh memerintah.

TAKZIAH UNTUK ORANG MELAKA

SECOND TSUNAMI JUST AROUND THE CORNER?

Everybody in Malaysia are waiting for second tsunami (political tsunami). We don't know whether this Tsunami will really happen or just a dream.

Anwar masih berteka-teki.

Ha ha ha .....ada orang kata besok akan berlaku riak-riak Tsunami yang akan menentukan samada Tsunami sebenar akan berlaku.

Diberitakan akan ada 16 atau 17 Ahli Parlimen akan menyeberang ke seberang sini (Pakatan Rakyat) meninggalkan tebing sungai BN yang semakin hari semakin menampakkan ia hendak runtuh. Betul ke? Tanya saya kepada seorang sahabat. Dia tersenyum dan menjawab tunggu besok.

MMMUTA LIGAT KEPALO KAWE MMMIKIR

SOKONG BAWA PEKONG, PUJI BAWA KEJI

Sikap sokong memBABIbuta, puji tidak bertempat mesti dihindarkan di dalam kehidupan kita. Sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan manusia lupa dan menyangka semua yang dilakukan benar belaka. Umpama Nabi yang maksum dari dosa.

Sikap inilah yang hampir menghancurkan negara kita sekarang. Pemimpin yang ada begitu suka dipuji dan disokong secara memBABIbuta. Sehingga sesiapa yang menyanggah dan tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin akan ditindas dan dicantas.

JANGAN KITA MENGAMALKAN POLITIK SOKONG BAWA PEKONG, KEJI BAWA KEJI. Mungkin ini peribahasa baru yang saya ujudkan.

Saya setuju sangat dengan tulisan ABDUL HALIM HAFEZ dalam MSTAR.com.

Apa Kata Halim :

”BAGI saya, apa yang benar dan baik saya akan sokong tidak kira dari pihak mana, begitu juga yang salah, saya akan kritik tidak kira dari pihak mana.”

Saya amat menentang prinsip "Satu Kapal" iaitu menilai isu mengikut kepentingan "kapal" yang saya naiki.

Saya suka mencontohi sikap Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang mengkritik apa yang salah tanpa mengira puak/golongan atau parti. Saya berharap semua pejuang-pejuang politik UMNO/PAS akan bersikap seperti ini dan marilah sama-sama menolak kefanatikan parti/puak/mazhab.

Itulah tulisan dan komennya . Pandangan tersebut memang sepatutnya dipertimbangkan oleh semua Tok Mufti yang kelihatan sering menjadi Yes Man terhadap apa juga keputusan kerajaan negeri dan pusat.

Resam ’Yes Man’ juga sudah menjadi darah daging kepada Umno. Sehingga sesiapa yang berani menentang orang atasan sudah pasti dicantas dan ditamatkan riwayatkan politiknya.

Dalam PAS, Alhamdulillah kita ditarbiah agar mengkritik pemimpin dengan berani tetapi berhemah dan beradab. Contohnya semasa muktamar perwakilan bebas berkata apa sahaja demi kebaikan ISLAM dan JEMAAH.

MUTA LIGAT

Apa makna muta ligat? Ya maknanya tidak lain tidak bukan berputar ligat. Muta maknanya berputar.

Otak kita mesti berputar ligat untuk berfikir supaya kita tidak ditipu oleh sesiapa juga terutama penguasa sekarang yang memang terdiri dari SI PUTAR ALAM.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter