SIRU A'LA BAROKATILLAH KEPADA SDR NAZRI

Saya mengucapkan syabas dan SIRU A'LA BAROKATILLAH kepada sahabat saya Saudara Nazri Ariffin di atas perlantikan beliau menggantikan saya menerajui Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK).

Moga DPPBK akan lebih mantap dan berjaya dengan peneraju baru ini.

Banyak kenangan pahit manis di sepanjang saya bersama-sama DPPBK sejak penubuhannya selepas persempadanan baru kawasan Pilihanraya di mana Parlimen Batu Berendam di pecahkan kepada Bukit Katil dan Tangga Batu.

Bersama-sama dengan Hj Salamat kami berusaha untuk menghidupkan DPPBK, di mana sebelum ini DPPK Batu Berendam telah lama 'pengsan' di sebabkan masalah tertentu. Berkas usaha gigih sahabat-sahabat semua DPPBK berjaya ditubuhkan walaupun aktivitinya tidaklah hebat dan banyak.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Saudara Jauhar Dawi kerana diamanahkan sebagai Pemangku Bendahari menggantikan Hj Hishamuddin Ismail yang keuzuran. Kepada Jauhar rajin-rajinlah cari duit untuk menggiatkan gerakan kepemudaan di kawasan kita.

Kepada sahabat-sahabat AJK DPPBK marilah sama-sama kita membantu kedua-dua sahabat kita ini dalam menggalas amanah yang besar ini. Mari kita bergerak secara amal jama'ie. Jatuh bangun perjuangan Islam terletak di bahu kita semua.

Insya Allah saya akan terus membantu DPPBK dalam apa juga bentuk samada buah fikiran, idea, pendapat, tenaga dan wang ringgit setakat yang termampu.

Comments