.

.

10 May 2014

GEMPAR : PAS JUGA LETAK CALON DI BKT GELUGOR

PAS akan ‘menghantar’ calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang bakal berlangsung dari 12 hingga 25 Mei ini.
Berucap di majlis perasmian pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, calon PAS pada kali ini akan bertanding dengan membawa logo roket.
“PAS akan hantar calon, iaitu calon yang dihantar oleh DAP,” umumnya disambut sorakan hadirin.
Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, sesiapa yang mengaku ahli PAS dan menghantar borang pada hari penamaan calon adalah bukan ahli PAS dan bukan calon yang direstui.
“Calon PAS hanya bawa simbol roket!” kata beliau.
Mat Sabu menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gelugor adalah simbol perjuangan demokrasi dan perlembagaan dan pengundinya pula mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.
Menurutnya PAS akan bekerja keras bersama-sama jentera Pakatan Rakyat untuk memenangkan calon yang dihantar oleh DAP.
Sebelum itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato’ Mansor Othman turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti tersebut untuk membantu memenangkan calon DAP.
“Calon DAP ialah calon PKR, calon PAS dan calon Pakatan Rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Beliau turut menjangka bahawa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan banyak calon semata-mata untuk mengurangkan majoriti besar yang diperolehi mendiang Karpal Singh dalam PRU ke-13.
“Rakyat Pulau Pinang harus buktikan bahawa Bukit Gelugor tidak boleh digugat oleh BN.
“Kita tidak akan beri ruang kepada BN,” tambah beliau.
DAP mengumumkan Ramkarpal Singh, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh sebagai calonnya.
PRK Parlimen Bukit Gelugor bakal berlangsung pada 25 Mei, dengan penamaan calon dijadualkan pada hari Isnin, 12 Mei.
PRK ini diadakan setelah penyandangnya, tokoh DAP mendiang Karpal Singh terkorban dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu

09 May 2014

HUDUD : JANGAN KURANG AJAR HORMATI KAMI SEBAGAIMANA KAMI HORMATI KAMU

MCA menubuhkan jawatankuasa bertindak khas melibatkan 100 orang peguamnya untuk menghalang enakmen hudud Kelantan diluluskan mengikut saluran undang-undang.

Biro guaman MCA Tay Puah Chuan yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa bertindak itu berkata, mesyuarat pertamanya akan diadakan pada 17 Mei.

Para paguam itu akan membuat sumbang saran cadangan untuk menyekat usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Buat masa ini, MCA berkata parti itu antara lainnya akan berusaha menyekat Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi tujuan berkenaan.

"Untuk ini(menyekat proses Parlimen), peluangnya nampak tipis,” kata Tay dalam satu sidang media hari ini.

Usaha kedua adalah memfailkan saman untuk memastikan Kelantan tidak boleh melaksana enakmen negeri itu, yang dianggap tidak mengikut perlembagaan.

"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang paling tinggi di negara ini, apa-apa undang-undang baru dianggap undang-undang yang dianggap tidak mengikut perlembagaan, dan akan menjadi tidak sah dan batal,” katanya.

~  Jangan kurang ajar dengan hukum-hukum Allah. Kami sentiasa menghormati kamu dan kamu wajar menghormati kami. 

08 May 2014

HUDUD DI BRUNEI : BENARKAH SULTAN DIKECUALIKAN???

Ada berita menyatakan bahawa Sultan Brunei terlepas dari undang-undang Islam yang diperkenalkan di negara tersebut baru-baru ini. Jika benar ia merupakan sesuatu yang dikesalkan kerana di dalam Islam tiada yang terlepas dari undang-undangnya jika melakukan kesalahan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dengan jelas menyebut bahawa jika Fatimah binti Muhammad mencuri dan dibuktikan bersalah nescaya ia akan dipotong tangannya.

Berita antara lain menyebut bahawa :

"Tapi bila terbaca perkara 84B yang terpapar dalam pembentangan kertas kerja mengenai kajian perlaksanaan hudud di Brunei ini menyebabkan aku tertanya-tanya hudud jenis apakah yang dipraktikkan di Brunei sebenarnya?

Kerana menurut fasal 84B. itu menyebut..

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak pandai berbuat salah sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Baginda dalam masa atau selepas pemerintahan Baginda sama ada atas sifat peribadi atau rasmi Baginda".

Benarkah begitu??? Mohon feedback dari para pembaca!!!!!!

Kita bimbang ini hanya fitnah kerana sejak pengumuman pelaksanaan hudud ini pelbagai tekanan dikenakan kepada Brunei oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Mungkin ini suatu fitnah untuk memburuk-burukkan hukum Islam oleh mereka yang tidak suka dan memusuhi Islam.

HUDUD : MENANTI KENYATAAN TEGAS DAN TERANG DARI NAJIB

Isu hudud menenggelamkan semua isu lain. Isu GST, kehilangan MH370, kenaikan harga barang, kesengsaraan rakyat dan sebagainya tidak lagi menjadi bualan dan tajuk-tajuk media.

Hebatnya sungguh sensitiviti media arus perdana, Umno dan kerajaan Malaysia terhadap hudud. Jika dilihat gelagat-gelagat pemimpin bawahan dan pertengahan Umno kita merasakan merekalah parti yang benar-benar ikhlas ingin memartabatkan Islam dan di dunia ini. Pemimpin-pemimpin mereka pula ramai yang mengziarahi Mursyidul Am PAS, bertemu dan bertanya khabar kepada MB dan TMB Kelantan. Ada yang memakai kopiah dan ada yang begitu sopan santun dengan Tok Guru dan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.

Sejak bila pula mereka ini begitu tawadhuk dan merendah diri dengan Kelantan. Hebat hebat.

Kita harap pemimpin-pemimpin Umno ini ikhlas dan serius dalam isu hudud ini. Jangan cuba berdolak dalik dan menipu buat kesekian kalinya.

..................................Kita sedang menunggu kenyataan rasmi dari Najib sebagai Presiden dan Perdana Menteri samada Umno benar-benar serius dan mahu menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana sebelum ini Najib pernah membuat kenyataan yang berdolak dalik dan kenyataan itu tidak ditarik balik oleh beliau.

Kita semua yakin jika Najib menyokong hasrat kerajaan Kelantan sudah tentu Ahli Parlimen BN dan semua pimpinan BN khususnya Umno akan menyokong.


BAPA BAYI DI DALAM PAM TANDAS DI TEMUI????

BUKIT MERTAJAM: Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Butterworth dekat sini ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari semalam, kira-kira lima jam selepas mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dibawa bapanya ke klinik itu pada Selasa selepas mengadu sakit perut kerana senggugut.

"Ketika diperiksa doktor, remaja perempuan itu memaklumkan dia sakit perut dan mahu ke tandas dan melahirkan bayi lelaki di tandas itu," katanya kepada pemberita selepas 'Program High Policing' di Kubang Semang, di sini hari ini.

Beliau berkata remaja itu dipercayai panik apabila bayinya menangis lalu  memasukkannya ke dalam tangki pam tandas berkenaan sebelum dia pergi ke kereta bapanya yang sedang menunggu di kawasan klinik itu.

Mazlan berkata remaja itu tidak memberitahu bapanya kejadian itu dan mereka terus pulang ke rumah.
Berdasarkan siasatan polis, pelajar itu mengaku mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 18 tahun, katanya.

Remaja perempuan itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan reman bagi membantu siasatan sementara  polis cuba mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang dipercayai telah  melarikan diri.

Pagi semalam, seorang pesakit wanita yang menggunakan tandas di klinik itu, menemui mayat bayi lelaki tanpa pakaian di dalam tangki pam tandas klinik itu.

~ JENAYAH DAN MAKSIAT SEPERTI MEMBUANG BAYI DAN BERZINA INI INSYA ALLAH AKAN BERKURANGAN JIKA HUKUM ISLAM - HUDUD, TAKZIR, QISAS DAN LAIN-LAIN DIKUATKUASAKAN. DI SANA ADA KEBERKATAN DAN PENCEGAHAN DARI ALLAH. 

~ Apakah pelajar yang ditangkap itu bapa kepada bayi yang dibuang itu. Polis akan menyiasatnya?

07 May 2014

MCA/MIC/GERAKAN KELUAR BN, DAP KELUAR PR ....BARU BEST LAWAN 5 PENJURU PRU 14

DAP keluar PR
MCA, MIC, GERAKAN, PPP, UPKO, SNAP dll keluar BN.

Kita lawan 5 penjuru dalam PRU 14. Siapa menang??? 

UMNO vs PAS/PKR vs DAP vs Gerakan vs PPP vs MIC

Amacam ada berani ............anjakan mengundur ke belakang politik Malaysia.


AKHIR ZAMAN : KULIAH AGAMA PUN TAK BOLEH DALAM MASJID

Malam tadi UAI berkuliah di dewan futsal kuala berang setelah permintaan untuk berkuliah di masjid ditolak. 

Macamana ini? Kuliah agama pun tidak boleh diadakan di masjid????

06 May 2014

SEORANG SHJ PEMIMPIN UMNO YG BERANI MENGECAM GERAKAN

    • Seorang sahaja pemimpin Umno yang berani mengecam pemimpin Parti Gerakan yang menghina hudud. Pemimpin lain semua senyap termasuk Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

    • Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe berhubung kenyataan dan komennya mengenai hudud yang boleh dianggapnya "menghina hudud dan Islam itu sendiri".

      Reezal turut memberi amaran kepada pemimpin komponen BN agar tidak mengeluarkan komen "melampau" mengenai undang-undang jenayah Islam itu kerana boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

      "Tan Lian Hoe (kanan) dan mana-mana pimpinan komponen BN mesti sedar, komen yang melampau mengenai hudud mungkin sahaja menimbulkan kemarahan kalangan umat Islam secara keseluruhannya.

      "Komen kononnya hudud akan membela perogol sebagai contoh adalah satu ulasan yang sangat kasar dan tidak berasaskan kepada fakta yang sebenar.

      "Hudud mestilah dilihat secara keseluruhan dan bukan melalui perspektif hukuman semata-mata seperti yang diberikan ulasan oleh Tian Lian Hoe," tegasnya dalam satu kenyataan.

      Reezal mengulas kenyataan Tan yang dilapor berkata pelaksanaan hudud boleh menyebabkan wanita dan kanak-kanakterdedah kepada rogol oleh lelaki Islam.

      'Akan tempuh jalan sukar'

      Dalam sidang medianya minggu lalu, Tan antara lain berkata di negara Pakistan yang melaksanakan hukum itu, wanita yang dirogol sukar membuktikan kes kerana memerlukan empat orang saksi.

      Katanya lagi, adalah mustahil jika perogol yang sedang melakukan perbuatan itu akan memanggil orang ramai untuk melihat tindakan mereka.

      Sehubungan itu, Reezal yang juga ahli parlimen Kepala Batas mengingatkan supaya pemimpin komponen BN agar lebih berhati-hati membuat kenyataan mengenai hudud.

      Ini kerana, katanya, ulasan dan komen yang "tidak berlapik, bersifat semberono dan singkat ilmu" akan menggagalkan usaha perbincangan mengenainya dalam masyarakat.

      "Batas antara memberi komen mengenai hudud sekali gus menghina Islam itu jangan sesekali dilanggar dan diambil sambil lewa.

      "Sebagai pemimpin, kita perlu sensitif dengan banyak perkara dan hal.

      "Jika asas ini pun gagal difahami oleh pemimpin parti komponen, kita akan menempuh jalan yang sukar," katanya.
    ~Mkini

05 May 2014

KEMALANGAN NGERI : 2 MAUT

Kuala Terengganu: Seorang lelaki 44 tahun dan seorang wanita 35 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Tapak Pelupusan Sampah Kampung Sungai Ikan, di sini, 10.45 pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori tanah dari arah Setiu menuju ke Kuala Terengganu hilang kawalan sebaik memotong sebuah kenderaan di depannya sebelum bertembung sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan. 
Lori tanah berkenaan yang hilang kawalan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter selepas bertembung dengan kereta Perodua Myvi serta dua kenderaan di belakangnya iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah van Toyota Hiace.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori tanah, Mohd Ghani Embong, 44, dan pemandu kereta Perodua Myvi Rohaiza Yusof, 35, meninggal dunia di tempat kejadian.
BERHATI-HATILAH ANDA MEMANDU KENDERAAN.
~ Hmetro

SK TEMPASUK KINARUT SABAH TERBAKAR


Benarkah Sekolah Kebangsaan Tempasuk, Kinarut Sabah terbakar.

Kami mendapat berita ini dari FB Pas Putata.

HEBATNYA KUARTERS GURU DI SABAH

Inilah rumah guru di Sekolah Kebangsaan Babagon  Penampang Sabah.

Inilah balasan untuk guru-guru yang berkorban di Sabah.

~FB Pas Putatan.

SEORANG LAGI PADERI MASUK ISLAM

MASYA Allah, Allahu Akbar! Ini adalah pemimpin besar (Pastor Katolik), beliau mengunjungi pusat saudara muslim kita di Toledo City.
“Saya berpikir bahwa kita akan memiliki Dialog Agama. Setelah berjam-jam saya hanya menjelaskan kesalahan dalam Alkitab itu, ternyata tiba-tiba ia memeluk Islam…” ujar brother Ahmad, Masya Allah!
Beliau sekarang bukan lagi penganut katholik, inilah saudara baru kita,brother Ahmad Mendoza.
Takbir menggema, ALLAHU AKBAR!
“Ya! Alkitab tidak masuk akal, seorang imam atau pendeta bahkan tidak bisa menjelaskan arti detail tentang trinitas yang tertera di dalam tulisan itu .. hal itu juga sebabnya saya membaca Quran dan saya yakin untuk kembali kepada al-Islam, alhumdulillah!” ujar salah satu brother muallaf lain, yang tadinya pengikut gereja tersebut pula.
Semoga Allah SWT melimpahkan sikap istiqomah padanya, memudahkannya dalam mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam, aamiin, yaa Robbal ‘alamiin…
Barokalloh brothers and sisters in Islam!

~Islampos
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter