.

.

02 December 2009

KATA-KATA ALUAN KARNIVAL PAS BUKIT KATIL

Segala puji serta syukur hanya bagi Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan inayahNya jualah maka program Karnival PAS Bukit Katil anjuran bersama UPU Bukit Katil dan PAS Kawasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Program karnival ini bermatlamat untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat setempat bagi mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara PAS dan rakyat. PAS sejak dari awal penubuhannya memang tidak pernah leka membela dan membantu rakyat semaksima mungkin bagi membela rakyat dalam apa juga masalah.

PAS bukan semata-mata pertubuhan politik tetapi juga sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan. Tidak syak lagi program ini membuktikan bahawa PAS bukan sebuah parti politik Islam semata-mata tetapi juga berjuang dalam semua bidang seperti dakwah, ekonomi, seni dan lain-lain. Perjuangan PAS adalah universal dan menyeluruh sesuai untuk semua kaum, tempat, agama dan sebagainya.

Karnival ini yang dimeriahkan dengan Malam Kesenian, Forum, Ceramah Perdana, Sukaneka, Gerai Jualan, Rawatan Kesihatan dan lain-lain sudah tentu akan dapat merapatkan hubungan PAS dengan rakyat.

Program ini terbuka kepada seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan agama.

PAS Kawasan sebagai penganjur bersama menjemput seluruh rakyat negeri Melaka, khasnya penduduk di sekitar Parlimen Bukit Katil untuk hadir sama-sama memeriahkan program ini, Insya Allah kita akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita.

Saya mendoakan semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Amin. Terima Kasih.

Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Nota : Program berlangsung di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil pada 4 - 6 Disember.

BTN WAJAR DIROMBAK ATAU DIHAPUSKAN TERUS

Ramai yang bersetuju dengan keputusan Kabinet merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara (BTN), yang dipertikaikan Pakatan Rakyat. BTN sememangnya dilihat menjadi medan 'brainwash' pesertanya supaya cintakan bangsa dan negara serta pada masa yang sama diselitkan semangat supaya mengekalkan kerajaan yang ada demi masa depan bangsa melayu dan Islam.

Bercakap kepada media di Parlimen Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.

BTN bukan sahaja perlu dirombak malah ianya wajib dihapuskan dengan kursus lain yang lebih menekankan Islam sebagai panduan. Kita kena ingat bahawa Islam sesuai untuk semua kaum dan bangsa. Rakyat bukan Islam boleh menimba nilai-nilai murni (semuanya murni) yang ada dalam Islam untuk mereka amalkan seperti ikhlas, rajin, disiplin, dedikasi, telus, jujur, amanah dan lain-lain.
Memang dari dahulu lagi kursus BTN digunakan untuk 'brainwash' perserta kursus supaya taat setia kepada kerajaan dan Umno/BN. Semangat fanatik Melayu ditanamkan. Melayu, Melayu, Melayu. Malangnya Melayu semakin layu dek kerakusan pemimpin Umno membaham kekayaan negara yang berlegar di kalangan mereka.

Baguslah kalau kerajaan BN sudah sedar akan kepincangan BTN. Namun begitu janganlah ulangi kesilapan lalu dengan menggunakan kursus seperti ini untuk menanamkan semangat cinta kepada bangsa melebihi cinta kepada agama dan negara.

Sepatutnya seorang rakyat yang cinta kepada negara mestilah bersedia membetulkan segala kezaliman dan kepincangan pemimpin negara bukannya menjadi tukang angguk dan 'yes man' seperti ahli-ahli dan pemimpin Umno yang ada sekarang.

Malangnya semakin banyak kursus BTN diadakan semakin takut pula pesertanya untuk berkata benar dan menegakkan kebenaran kerana takut kehilangan pangkat, kuasa dan kedudukan. Akhirnya pentadbiran hancur, organisasi hancur dan negara lambat laun hancur.

Kursus ini mesti menekankan kepada aspek siapa kita sebenarnya, apa tujuan kita diujudkan diatas dunia, apa matlamat kita, apa peranan kita di dunia, apa sumbangan yang mesti kita berikan, ke mana kita akan pergi dan sebagainya. Semua orang faham bahawa Islam mencakupi segenap bidang kehidupan, jika kita mengambil Islam sebagai teras kursus ini Insya Allah tidak akan ada yang tertinggal sedikitpun dalam mengendalikan kursus tersebut.
Sementara itu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataannya kepada media semalam, menolak dakwaan bahawa keputusan untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) menunjukkan kerajaan akur dengan desakan pembangkang.
Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu berlaku secara kebetulan memandangkan kabinet sebelum ini pernah membincangkan cadangan untuk merombak kurikulum kursus berkenaan agar selari dengan peredaran masa.
Dalam hal ini kita mahu mendebatkan siapa yang dahulu mencetuskan idea untuk merubah kandungan kursus ini. Apa yang penting ialah apa perubahan yang ingin di bawa dan sejauhmana ianya berkesan dalam meningkatkan semangat patriotik, jatidiri dan motivasi diri supaya para pesertanya menjadi rakyat yang bertaqwa, berintegriti dan berupaya menyumbangkan sepenuh tenaga dalam membangungan tamadun negara. Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).
Rata-rata rakyat yang berfikiran terbukan mendapati bahawa program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.
Sebahagian dari mereka berpendapat modul-modul yang digunakan banyak menjuruskan kepada perjuangan bangsa yang sempit sehingga mengapi-apikan semangat perkauman tanpa memikirkan impak yang mungkin terjadi dari semangat perkauman yang sempit ini.
Sepatutnya kita harus sedar bahawa negara kita adalah negara berbilang bangsa dan majmuk. Sensitiviti kaum lain mesti dihormati sebagaimana kaum lain mesti menghormati orang Melayu dan agama Islam. Sebab itulah untuk menyelesaikan semua masalah ini modul BTN mesti mengambil aspek Islam sebagai teras kerana terbukti Islam bersifat universal dan sesuai untuk semua kaum tanpa batas masa, tempat dan warna kulit.
Peserta bukan Islam sudah pasti boleh mengambil nilai-nilai murni (100 % murni dalam Islam) untuk mereka amalkan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Malangnya selepas puluhan tahun BTN dianjurkan jurang semangat perkauman semakin meluas lantaran ianya menekan semangat perkauman sebagai modul utama membakar semangat dan motivasi peserta. Oleh sebab itu juga tidak ramai golongan bukan Melayu yang berminat dengan program BTN kerana ianya tidak mencakupi semua permasalahan dan tidak sesuai untuk semua kaum.
Jadi keputusan kerajaan Selangor menghalang pelajar-pelajar IPT di bawah kerajaan negeri Selangor dan kakitangan jabatannya menghadiri kursus BTN memang kena pada tempatnya. Selagi ianya tidak diperbetulkan maka selagi itulah ianya tidak sesuai untuk mendoktrinkan rakyat menjadi rakyat yang dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada negara.

TENTATIF PROGRAM KARNIVAL PAS BUKIT KATIL

Tentatif Karnival PAS Bukit Katil

4 Disember 2009
9 malam
MALAM KESENIAN ISLAM - ITO BLUSE GANG & NASYID D"ZKR -

5 December 09
9.30 pagi - 4.30 petang
SUKANEKA KANAK-KANAK & RAWATAN PERUBATAN DARUL SYIFA

9 malam
FORUM PAKATAN RAKYAT
(Persediaan dan cabaran menghadapi PRU 13)

- YB Ust Mohd Nor Hamzah (Ketua Pemuda PAS Terengganu)
-Wakil pemuda PAS Pusat
- Sdr Shamsul Iskandar (Ketua Angkatan Muda Keadilan)

6 December 09
9 pagi-4.30 petang.
SUKANEKA DEWASA & PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

9 malam
CERAMAH PERDANA
YB Salahudin Ayob ( Naib Presiden PAS)
YB Dr Syed Azman S Ahmad Nawawi( AJK PAS pusat)
Ustaz Abdul Ghani A.Rahman(Pesuruhjaya PAS Melaka)

Semua program dilangsungkan di Dataran PASTI JAYA INSAN, Bukit Katil

Terdapat juga gerai-gerai jualan untuk dikunjungi!!!


UMNO SUKA TOK GURU UNDUR

Sejak dari tahun 1990 iaitu sebaik sahaja PAS menawan negeri Kelantan, Umno/BN cuba pelbagai gaya dan taktik untuk merampas negeri Kelantan. Mereka hampir berjaya melakukannya pada pilihanraya umum 2004 apabila PAS dan BA hanya menang majoriti 1 kerusi. Malah DUN Kemuning yang dimenangi PAS pada ketika dimenangi dengan 2 undi sahaja. Namun PAS tetap bertahan. Semuanya kerana ketulusan dan keikhlasan perjuangan PAS yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Umno/BN memang mengakui bahawa selagi Tok Guru memimpin Kelantan selagi itulah sukar bagi mereka untuk mengalahkan PAS. Itu ramalan dan telahan mereka. Sebab itulah serangan bertali arus sedang dihamburkan kepada Tok Guru sehari dua ini.
Yang pasti Tok Guru sebenarnya lali dengan serangan, fitnah, tohmah dan tembakan Umno/BN ini. Apa yang tidak digunakan oleh Umno/BN untuk menyerang Tok Guru. Beliau dituduh mencarut, bercakap kasar, biadap, celupar, bersikap pilih kasih, salah guna kuasa, rasuah dan macam-macam lagi. Tetapi Allah tetap memelihara kerajaan Kelantan dan Tok Guru. Rakyat Kelantan tetap berada di belakang Tok Guru hatta orang Umno sendiri.
Semalam beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Tok Guru berhubung hasratnya untuk berdoa bagi memberikan peringatan di atas kezaliman pemimpin Umno dan kerajaan BN mengenai isu royalti minyak.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa Tok Guru meletakkan jawatannya.

Dikepalai Timbalan Ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Tok Guru Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Saya yakin desakan ini tidak meninggalkan bekas kerana semua orang kenal siapa Che Johan dan siapa pemimpin Umno. Hidung mereka, perangai mereka, tingkah laku mereka semua orang Kelantan sudah kenal bagaikan mereka mengenali saudara mara mereka.

Rakyat Kelantan faham benar dan mampu membandingkan pemimpin Umno dan Tok Guru.


MASANYA SUDAH SAMPAI ORANG UMNO MASUK PAS

Masanya sudah sampai untuk orang Umno menyertai PAS. Kalau pemimpin agung Umno seperti Dr Mahathir sudah beberapa kali 'condemn' Umno jadi apa lagi yang mereka tunggu. Umno, kata Dr Mahathir busuknya sudah sampai ke usus, tak boleh diperbaiki lagi.

Eloklah ahli dan penyokongnya cepat-cepat menyertai PAS demi masa depan Islam, bangsa dan negara.

Tidak ada gunanya menunggu lebih lama, sudah lebih 50 tahun Umno hidup, namun tidak nampaknya ia akan berubah dari buruk kepada baik sebaliknya ia terus jauh dari kebaikan dan kebenaran. Perjuangannya hanyalah untuk perut dan bawah perut.

01 December 2009

ORANG TAK CERDIK DAN ADA KEPENTINGAN MASIH BERSAMA UMNO

Membaca tulisan Dr Mahathir dalam blognya bertajuk 'Umno kini busuk hingga ke ususnya' menambahkan hujah bahawa hanya ORANG YANG TIDAK CERDIK DAN ADA KEPENTINGAN sahaja yang masih bersama Umno.
Orang yang cerdik dan ada maruah serta harga diri semuanya lari meninggalkan Umno. Hanya orang yang hanya mementingkan perut dan bawah perut sahaja yang masih sayang kepada Umno kerana Umno menjadi tempat mereka mendapatkan wang dan projek.
Dari itu saya menggesa seluruh ahli dan penyokong Umno merenung dan memikirkan apa yang ditulis oleh Dr Mahathir ini demi masa depan kita semua bukan sahaja di dunia tetapi hingga ke Akhirat.
Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

KARNIVAL PAS BUKIT KATIL

Program Karnival PAS Bukit Katil anjuran UPU Bukit Katil dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil akan diadakan pada 4 Disember hingga 6 Disember bertempat di Dataran PAS Kawasan Bukit Katil.
Pada 4/12 jam 9 malam akan diadakan Malam Kesenian Islam yang akan menampilkan Ito Blues Gang dan Kump Zikir Nasyid.
Pada 5/12, 9 malam Forum Pakatan Rakyat yang akan menampilkan pimpinan PAS, DAP dan PKR Pusat.
Manakala pada 6/12, 9 malamCeramah Perdana juga akan menampilkan pimpinan PR Pusat.
Selain itu pada sebelang bermula 4 hingga 6/12 Program ini dimeriahkan dengan gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma dan sukaneka. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan karnival selama 3 hari ini.

BTN WAJAR DIHAPUSKAN

Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.Bercakap kepada media di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.
Bagi saya BTN bukan sahaja perlu dirombak malah ianya wajib dihapuskan dengan kursus lain yang lebih menekankan Islam sebagai panduan. Kita mesti ingat bahawa Islam sesuai untuk semua kaum dan bangsa. Rakyat bukan Islam boleh menimba nilai-nilai murni (semuanya murni) yang ada dalam Islam untuk mereka amalkan seperti ikhlas, rajin, disiplin, dedikasi, telus, jujur, amanah dan lain-lain.
Memang dari dahulu lagi kursus BTN digunakan untuk 'brainwash' perserta kursus supaya taat setia kepada kerajaan dan Umno/BN. Semangat fanatik Melayu ditanamkan. Melayu, Melayu, Melayu. Malangnya Melayu semakin layu dek kerakusan pemimpin Umno membaham kekayaan negara yang berlegar di kalangan mereka.
Baguslah kalau kerajaan BN sudah sedar akan kepincangan BTN. Namun begitu janganlah ulangi kesilapan lalu dengan menggunakan kursus seperti untuk menanamkan semangat cinta kepada bangsa melebihi cinta .kepada agama dan negara.
Sepatutnya seorang rakyat yang cinta kepada negara mestilah bersedia membetulkan segala kezaliman dan kepincangan pemimpin negara bukannya menjadi tukang angguk dan yes man seperti ahli-ahli dan pemimpin Umno yang ada sekarang.
Malangnya semakin banyak kursus BTN diadakan semakin takut pula pesertanya untuk berkata benar dan menegakkan kebenaran kerana takut kehilangan pangkat, kuasa dan kedudukan. Akhirnya pentadbiran hancur, organisasi hancur dan negara lambat laun hancur.

30 November 2009

SIAPA JUAL AGAMA UNTUK POLITIK?

"Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan,".
Itulah tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh salah sebuah media pengampu BN hari ini.
Hebat sungguh Muhyiddin sehingga berani menuduh Tok Guru menjual agama untuk politik.
SIAPA SEBENARNYA YANG MENJUAL AGAMA UNTUK POLITIK.?
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGADAIKAN ISLAM SEHINGGA ISLAM DIHINA DI MALAYSIA SEKARANG?
Saya ingin mengajukan soalan kepada Muhyiddin dan pelawat blog saya ini agar mereka sedar siapa yang menjual agama dan menggadaikan agama.
1. Parti mana yang meletakkan agama sebaris dengan Biro Pertanian, Biro Tugas-Tugas khas dalam parti mereka?
2. Parti mana yang hanya menggunakan agama untuk tahlil, nikah kahwin, cerai berai, doa makan, doa buka majlis dan sebagainya.?
3. Parti mana yang anggotanya mempersendakan agama sehingga ramai yang tidak menutup aurat, bercampur gaul lelaki wanita dan sebagainya.?
4.Parti mana yang hanya menggunakan Al Qu'ran untuk musabaqah bukannya dijadikan rujukan dan perlembagaan?
5.Parti mana yang tidak menjunjung hukum Islam sebagai undang-undang dan matlamat perjuangan.

SIAPA YANG SEBENARNYA MENJUAL AGAMA, MENGGADAIKAN AGAMA DAN MELETAKKAN AGAMA DITEMPAT YANG HINA.

TIADA HIJAB DOA ORANG KENA ZALIM

Doa orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah S.W.T. Jangan sekali-kali memperlekehkan doa orang yang zalim.
Malangnya ada Menteri Umno yang mempersenda-sendakan doa Tok Guru dengan menyatakan Tok Guru Nyanyuk dan sebagainya. Tidak takutkah mereka kepada doa orang yang dizalimi.
Allah sendiri mengutuk dan melaknat orang yang zalim dan jahat. Kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

(Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .)
Sumber : Episode Sebuah Perjuangan.

SUDAH! SUDAH! SUDAH! JANGAN GUNAKAN MEDIA SELESAIKAN ISU!!!!!!!!!

Sudah berapa kali saya catatkan dalam blog ini tentang kesilapan kita semua menggunakan media bagi menyelesaikan masalah. Mengapa begitu degil ahli dan pimpinan kita.
Mengapa masih mahu menggunakan media untuk menyelesaikan isu dalaman parti.
Mengapa masih menyuakan leher kita kepada media untuk disembelih dan digulai.
Bukan sekadar di dalam blog ini, saya juga sudah bercakap 2 kali dalam 'forum' di peringkat Nasional tentang bahayanya bercakap kepada media mengenai isu-isu dalaman parti. Pertama ketika bercakap pada Muktamar PAS tahun ini di Stadium Malawati dan kedua pada Seminar Pemerkasaan PAS di Taman Melewar baru-baru ini.
Mungkin suara kerdil saya ini tidak berguna dan 'hampas'. Namun di saya yakin adalah lebih baik tidak semua berdiam diri dan tidak bercakap kepada media dalam isu-isu sensitif dan isu dalaman. Lebih baik kita selesaikan secara syura dalam parti kita. Dalam ini diam lebih dari baik dari pok pek pok pek.
Mutakhir ini kita lihat masih ramai yang suka bercakap kepada media. Seumpama media menjadi penyelesai segala masalah. Sehingga kadang-kadang mereka yang bercakap kepada media ini tidak sedar bahawa percakapan mereka itu sebenarnya menjadi senjata tajam memakan tuan sendiri. Mereka lupa bahawa lebih baik komen mereka itu ditujukan kepada kerajaan BN yang zalim dan jahat serta tidak adil ini.
Banyak kali isu yang boleh mereka sentuh berkenaan kerajaan BN. Namun yang dipeliknya mereka ini lebih suka bercakap tentang isu dalaman bila di'provok' dan diasak oleh media.
Sudah! Sudah! Sudah! Jangan ulangi kesilapan lama!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BINGUNGNYA PEMIMPIN UMNO

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di Port of Spain semalam.
Itulah 'standard' Perdana Menteri Malaysia yang tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham tentang Sistem Federalisme yang diamalkan oleh negara kita Malaysia.

Mati-matian pemimpin BN tidak mahu menerima keputusan rakyat yang memilih PAS dan PR memimpin kerajaan negeri Kelantan. Mereka sanggup menyalurkan royalti minyak atas nama wang ihsan kepada pihak lain yang diujudkan oleh mereka. Semuanya kerana hasad dengki dan bongkak mereka tidak mahu tunduk kepada kemahuan rakyat.
Sama seperti yang pernah mereka lakukan semasa Terengganu jatuh kepada PAS dan BA pada Pilihanraya Umum 2004 dahulu. Sepantas kilat mereka menukarkan dan menggelarkan royalti kepada wang ihsan dan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan. Lebih malang lagi Ketua Umno Bahagian juga menjadi saluran untuk mengagihkan wang ihsan tersebut.
Itulah kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin BN kepada rakyat negara ini yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka melaksanakan kemungkaran dan kebobrokan.
Sampai bilakah mereka akan bertindak zalim begini. Maka amat wajar golongan zalim yang tidak takut kepada Allah ini didoakan supaya tidak selamat. Kita tidak mendoakan keburukan kepada individu tetapi kepada sesiapa sahaja yang zalim dan jahat. Sesiapa yang makan lada mungkin terasa pedasnya.

SIAPA NYANYUK TOK GURU NIK AZIZ ATAU ZAHID?

''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," itulah kata-kata Menteri BN, Zahid Hamidi terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Sampai hati Zahid berkata begitu kepada Tok Guru yang lebih tua dan dihormati di segenap pelusuk dunia. Mengapa sampai begitu sekali Zahid mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang ajar.
Baru sedikit kuasa dan pangkat yang dikurniakan oleh Allah kepada Zahid, dia sudah lupa diri.
Ingatlah Zahid pangkat dan kuasa itu hanya sedikit dan bila-bila masa boleh ditarik oleh Allah.

SEMUA YANG TOK GURU BUAT SALAH?

Semua yang Tok Guru Nik Abdul Aziz salah disisi Islam. Tok Guru berdoa salah, Tok Guru buat itu salah. buat ini salah semua salah. Tetapi bila pemimpin Umno lakukan sesuatu semuanya betul dan tidak salah.
Kena tangkap basah tak salah, makan rasuah/beri rasuah tak salah, bawa lari anak orang tak salah, guna kuasa tak salah, bunuh orang tak salah semuanya tak salah.
Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.
Tindakan kerajaan pusat tidak menyalurkan wang royalti kepada kerajaan negeri Kelantan yang sah juga tidak salah. Tubuh Jabatan Pembangunan Persekutuan tak salah, tubuh JKKK persekutuan tak salah. Pendek kata Umno/BN memang maksum tak buat salah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter