.

.

11 March 2017

KESIAN RAKYAT KENA GST, MINYAK MAHAL, BARANG MAHAL

Kesian rakyat Malaysia. Dahlah kena bayar GST untuk barangan yang dibeli, minyak naik dan barang semakin mahal.

Hidup susah, mati pun susah, Siapa yang bikin kita susah. Kami pasti tuan-puan semua tahu siapa yang bikin kita susah.

Kasi tukar ini kerajaan dalam PRU14 nanti.

AMANAH BANTAH SYOR PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHANRAYA 2017

KENYATAAN AKHBAR

Bantahan Syor Persempadanan Baru Bahagian Pilihanraya Negeri dan Persekutuan 2017

Parti AMANAH Negara (AMANAH) membantah syor persempadanan baru bahagian-bahagian Pilihanraya Negeri(DUN) dan Persekutuan (Parlimen) yang dikeluarkan pada minggu ini.

Syor kedua ini sama sekali adalah berbeza dengan syor pertama setelah siasatan tempatan dan bantahan kali pertama dijalankan pada 28 November hingga 30 November 2016 yang lalu.

AMANAH mendapati syor 2017 ini jauh berbeza dengan syor yang pertama dulu di mana kali ini hanya 2 kawasan parlimen yang terlibat iaitu Parlimen Bukit Katil dan Kota Melaka.

Kami mendapati syor 2017 hanya memfokuskan kepada 2 parlimen sahaja iaitu Bukit Katil dan Kota Melaka.

Berikut adalah perubahan yang dicadangkan oleh SPR dalam syor 2017 ini.

PINDAAN DAN PERUBAHAN NAMA SEDIA ADA BAGI BAHAGIANBAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DAN BAHAGIANBAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN YANG TERLIBAT DALAM SEMAKAN SEMULA DAN TERSENTUH OLEH SYOR YANG DICADANGKAN
  
1) Tiada Parlimen baru diwujudkan
2) Tiada DUN baru diwujudkan
3) Hanya Pindaan Dan Perubahan Nama yang dicadangkan iaitu :
   I).P.137 Hang Tuah Jaya (Nama Asal: Bukit Katil)
   Ii) N. 08 Machap Baru  (Nama Asal: Machap)
   Iii)N. 15 Pengkalan Batu (Nama Asal: Bachang)
   Iv) N. 16 Taman Tasek  (Nama Asal: Ayer Keroh)
   V) N. 17 Bukit Katil     (Nama Asal: Bukit Baru)
   Vi) N. 19 Limbongan    (Nama Asal: Kesidang)

4) Pemindahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilakukan iaitu :
   I) PDM Taman Melaka Baru (3875 pemilih), PDM Batu Berendam (3408 pemilih) dan Taman
     Merdeka (5948 pemilih) kesemuanya dalam DUN Taman Tasek (Ayer Keroh) dipindahkan Dun
     Limbongan (Kesidang) dalam Parlimen Kota Melaka. Jumlah yang dipindahkan ialah 13,231
     Pemilih.

   Ii) PDM Malim Jaya (5000 pemilih) dan PDM Taman Asean (5169 pemilih) yang kedua-duanya
     DUN Pengkalan Batu (dulunya Bachang) dipindahkan juga ke DUN Limbongan (dulunya
     Kesidang) dalam Parlimen Kota Melaka. Jumlah yang dipindahkan ialah 10,169 pemilih.

     Jadi jumlah keseluruhan pemilih yang dipindahkan dari Parlimen Hang Tuah Jaya ke Kota
     Melaka adalah 23,400 pemilih.

     Ini menjadikan Parlimen Hang Tuah Jaya menurunkan pemilihnya dari 104,234 kepada 80,834
     Iaitu berkurang sebanyak 23,400 pemilih.
     Manakala Parlimen Kota Melaka meningkat pemilihnya dari 93,761 kepada 117,161 pemilih
     Iaitu meningkat sebanyak 23,400 pemilih.


Dari fakta-fakta di atas AMANAH mendapati bahawa syor persempadanan ini adalah tidak logik dan mengelirukan kerana :

1) Pembahagian bilangan pengundi yang tidak seimbang di mana Parlimen Kota Melaka mempunyai bilangan pengundi yang jauh berbeza dengan Parlimen Hang Tuah Jaya walaupun kedua-duanya di dalam kawasan bandar. Malah ianya sangat besar jumlah pengundi di Masjid Tanah dan Alor Gajah.

2) Jumlah pengundi yang besar iaitu 117,161 di Kota Melaka menyebabkan wakil rakyat yang dipilih nanti tidak dapat menjalanka tugas dengan berkesan.

3) Terdapat DUN-DUN yang pengundinya besar yang melebihi 20,000 yang sepatutnya diujudkan Dun-Dun baru bagi mengurangkan jumlah pengundi.

4) Kami juga melihat bahawa syor adalah dipengaruhi oleh kepentingan politik parti BN yang di mana kesemua PDM yang dipindahkan dari Parlimen Hang Tuah Jaya ke Kota Melaka adalah PDM yang majoritinya pengundi Tionghua yang menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan. Dengan pemindahan ini BN mengharapkan mereka menawan Parlimen Hang Tuah Jaya dari PKR dan memberikan kemenangan percuma kepada DAP di Parlimen Kota Melaka.

OLEH KERANA ITU AMANAH MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA SYOR INI DAN MENCADANGKAN SPR SUPAYA :

1) Mengujudkan 1 parlimen baru iaitu cantuman sebahagian kawasan Parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil bagi memastikan bilangan pengundi di parlimen-parlimen tersebut tidak melebihi 70,000 orang.

2) Megujudkan 3 Dun baru dengan memecahkan DUN-DUN yang pengundinya melebihi 20,000               orang.


Mohd Sofi Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi
Parti AMANAH Negeri Melaka
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter