.

.

11 May 2013

KESAL DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN IDRIS HARON

Rakyat Melaka khususnya ahli dan penyokong PAS menuntut YAB Ketua Menteri Melaka, Dato Idris Haron menarik balik kenyataannya dalam media bahawa PAS ingin merampas bangunan Japerun Dun Bukit Baru di Kg Bukit Katil.

Kami orang-orang PAS Kawasan Bukit Katil tidak pernah berniat untuk merampas Bangunan Japerun tersebut. 

Kenyataan Ketua Menteri itu merupakan satu fitnah dan pembohongan besar. Selaku Ketua Menteri beliau sepatutnya berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media. Ianya akan menjejaskan kredibiliti Ketua Menteri .............!!!!!

SAMA-SAMA SELESAIKAN MASALAH RAKYAT


Adun Bukit Baru, Dr Mohd Khalid Kassim mengajak rakyat Melaka khususnya dari Dun Bukit Baru untuk sama-sama menyumbangkan buah fikiran bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kebajikan rakyat antaranya masalah keselamatan, kos hidup yang semakin tinggi, gejala sosial dan masalah pengangguran dan sebagainya.

“Mari sama-sama kita sumbangkan tenaga, buah fikiran dan idea untuk kita kurangkan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat”.

“Walaupun saya bukannya pimpinan kerajaan negeri tetapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri saya boleh menyalurkan segala maklumat dan kehendak rakyat kepada kerajaan melalui Sidang Dewan Undangan negeri atau saya boleh berjumpa sendiri dengan pimpinan kerajaan negeri” ujar beliau.

Khalid berkata rakyat sewajarnya mengambil bahagian dan sama-sama berganding bahu dengan pimpinan kerajaan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam menyelesaikan semua isu-isu penting yang berkaitan dengan keselamatan dan kebajikan rakyat.

“Input dan maklumat dari rakyat sangat penting kerana dari situlah inputnya dapat diproses dan difahami dan seterusnya tindakan yang sesuai boleh diambil oleh Adun dan kerajaan”.

“Rakyat mesti tampil ke hadapan untuk sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan membantu kerajaan dan Adun dalam semua isu yang berbangkit” tambah beliau dalam kenyataan yang diemelkan kepada SInar Harian.

10 May 2013

MASA DEPAN BN KIAN GELAP?

Jika tidak kerana adanya pembantu setianya sudah tentu BN sudah lama tumbang termasuklah pada PRU 13 Ahad lepas.

Tetapi apakan daya BN ada parti komponen paling 'power' iaitu 'S&%'. Majoriti rakyat tidak percaya parti S&% itu. Banyak sangat perkara yang disangsikan.

Nama hilanglah, tempat mengundi bertukarlah, pengundi hantulah, dakwat tak kekal dan macam-macam lagi .................tetapi sampai bila mereka boleh menipu., Akan ada satu masa mereka tidak dapat menipu lagi ............bila semua orang sudah sedar nanti.

Tunggu masanya PASTI TIBA!!!!!!!!

RAKYAT SELURUH NEGARA TIDAK PUASHATI KEPUTUSAN PRU 13?

Benarkah rakyat tidak berpuashati dengan keputusan PRU 13 Ahad lepas atau isu ini hanya dihangatkan oleh Pakatan Rakyat. Seluruh warganegara boleh membuat andaian dan pandangan sendiri dalam hal ini.

Selepas kejayaan 'menggelapkan' Stadium Kelana Jaya, Selangor dengan lautan manusia berbaju hitam yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, pembangkang kini merancang meluaskan kempen itu ke lebih banyak negeri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).

NONE"PKR yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan "penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan atasan SPR.

Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.

"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.

Sumber : Mkini

09 May 2013

LAGI KEBOBROKAN SPR DIBONGKAR?

Satu demi satu kebobrokan Umno/BN serta SPR diketahui rakyat tentang PRU 13 Ahad lalu. Hari ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.

Khairul Faizi yang merupakan calon PAS DUN Mahkota menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.

Beliau membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapatai nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub di kertas undi tersebut.

Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.

Katanya, ejen pengiraan undi terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.

Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.

“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.

Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Bakar dengan 2,201 undi.

08 May 2013

UMNO CUBA TIPU LAGI ....CUBA BACA FAKTA INI


Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya : 

Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. 
Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. 

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN) 

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno. 

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. 

* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang.

ADUN BUKIT BARU UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Dun Bukit Baru yang mengundi beliau pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan pengundi-pengundi Dun Bukit Baru yang mengundi saya dan kepada semua yang tidak mengundi saya mengharapkan mereka menerima saya sebagai Wakil Rakyat mereka bagi membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Melaka".

"Mari sama-sama kita rapatkan saf kita dan bekerjasama bagi menyelesaikan apa juga masalah rakyat dalam Dun Bukit Baru tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama" tegas Khalid dalam kenyataannya di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil malam ini.

Khalid berkata beliau sedia berkhidmat untuk rakyat bagi menyuarakan apa juga masalah rakyat serta menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri dalam apa juga perkara.

"Saya sebagai Adun dari PAS sudah tentu akan menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh lapisan rakyat, kebajikan rakyat semua rakyat, orang Melayu, orang Cina, orang India dan sesiapa juga" tambah beliau.

"Insya Allah dalam masa terdekat yang akan membuka pusat khidmat Adun Bukit Baru bagi menjadi One Stop Centre untuk rakyat mengadu hal dan masalah" ujar beliau.


07 May 2013

TAHNIAH BUAT PENGUNDI BUKIT BARU

Tahniah kepada pengundi Dun Bukit Baru kerana membuat perubahan dengan memenangkan calon PAS Dr Khalid Kassim.

Kemenangan ini amat manis kepada seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka. takbir

05 May 2013

DUN BUKIT BARU : PETI UNDI PADANG JAMBU SALURAN 1 PAS MENANG

Dun Bukit Baru : Saluran 1 PAS 166 BN 135

DUN SERKAM MELAKA, SALURAN 2 PAS KALAH 10 UNDI

Dun Serkam.
PAS - 223
BN - 233

Majoriti = 10

DUN BUKIT BARU : UPU KG KU SAYANG ....SALURAN 1 PAS MENANG

Dun Bukit Baru Kg Ku Sayang Saluran 1 PAS 159, BN 108 Rosak 7

PRU 13 : JOHOR DAP DAN BN MASING-MASING MENDAHULUI


Parlimen Kulai
DAP - 1,336
BN - 509

Parlimen Gelang Patah
BN - 1,532
DAP - 688

DUN MERLIMAU MELAKA, UNDI POS BN MENANG

Dun N27 Merlimau
Undi Pos
BN 94
PAS 20

TERKINI PARLIMEN PANDAN

PKR 734
BN 273
Bebas 30

DUN SERKAM MELAKA : PAS MENDAHULUI DI SALURAN 3

PAS mendahului BN di Saluran 3 Dun Serkam dengan 30 undi

BN MENDAHULUI DAP DI SIBU DAN BINTULU


DAP is trailing in two other seats in Sarawak:
In Sibu, BN is leading DAP 3,033 against 1,856 votes.
In Bintulu, BN is leading DAP 6,098 against 2,323.

P205 SARATOK PKR DI DEPAN

BN - 2,418
PKR - 3,769
Bebas - 86
Rosak- 61

PRU 13 : KEPUTUSAN PARLIMEN PANDAN

Peti Undi Bukit Teratai Saluran 7

PKR 481
BN 155
Bebas 17

PRU 13 : KEPUTUSAN P205 SARATOK

P205 SARATOK

BN - 2418
PKR - 3769

KEPUTUSAN TERKINI : DUN BUKIT BARU, MELAKA

Pengundian Awal

Dr Khalid Kassim (PAS) - 45 undi
Karim Yaacob (BN) - 191 undi
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter