.

.

07 January 2012

PR Melaka di landasan TERBAIK untuk MENANG PRU 13.

Penganalisis Politik Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata PR Melaka berada dalam landasan terbaik untuk memenangi banyak kerusi pada PRU 13 nanti. Ini berdasarkan kepada kajian firma yang diketuai beliau iaitu Zentrum Future Studies Malaysia yang dijalankan di Melaka.

"PR dan BN Melaka tidak banyak bezanya dari sokongan rakyat, ia hanya berselisih sedikit sahaja, tiada siapa yang dominan".

"Untuk memastikan kemenangan mutlak PR mesti bekerja kuat, mengatur strategi yang tepat dan mempunyai barisan kepimpinan yang meyakinkan rakyat" tegas beliau.

Abu Hassan berkata demikian pada program Wacana PRU 13 : Menuju Seri Negeri yang dianjurkan oleh PAS Melaka di Ayer Keroh pagi ini.

"Rakyat khususnya golongan muda cenderung untuk menyokong PR dan terpulanglah kepada PR untuk menguruskannya"

"Mereka terdedah kepada media baru, maka sesiapa yang ingin menang mesti menguasai media baru dan ini disedari oleh semua pihak, cuma siapa yang hebat menguruskannya dia menang" ujar Abu Hassan.

06 January 2012

9 JAN : ANWAR akan CABUT LARI ke LUAR NEGERI?


Benarkah Anwar akan lari ke luar negeri bagi mengelakkan hukuman kepada dirinya yang akan dijatuhkan pada 9 Januari ini. Benarkah perkara itu??????
Harakahdaily melaporkan bahawa :- 
Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.
“Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan  penghinaan yang begitu rupa.
“Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.
“Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.
Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.
Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.
Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.
“Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum  beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.
Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.

SIAPA PENGGANTI ANWAR?

anwar ibrahim in seremban 5
Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.


Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.

Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.

Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu.

Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.

Siapakah TOKOH ITU?
  • Datuk Seri Hj Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
  • Azmin Ali
  • Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • DatuK Seri Wan Azizah Wan Ismail
  • Nurul Azizah Anwar
  • ???????????????

Malaysiakini

RISALAH : MENGAPA PILIH PAKATAN RAKYAT?

Mengapa anda mesti memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti? Jika anda masih ragu-ragu dan tidak tahu untuk memilih parti mana, sila baca risalah yang dikeluarkan oleh DMPP ini. Ianya pasti dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Rakyat mempunyai kuasa untuk mengangkat dan menumbangkan sesebuah kerajaan. Masing-masing ada 1 undi, gunakan kuasa yang anda ada bagi mengajar kerajaan yang zalim, rasuah dan bongkak.

Klil atas imej untuk membacanya dengan lebih jelas.

05 January 2012

Selingan : Ucapan TAHUN BARU SELEBRITI ..........

Apakata Selebriti dan Ustaz Azhar tentang pengisian sambutan tahun baru 2012.

Umno jadi MEDAN CURI HARTA RAKYAT

...... UMNO sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada UMNO. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden UMNO yang paling lama mengetuai UMNO iaitu Dr Mahathir- yang menyatakan UMNO is rotten to the core dan kerajaan UMNO korap dari atas hingga ke bawah.

'Statement' di atas bukan pandangan dan fakta yang ditulis oleh blog ini tetapi ianya adalah catatan dari bekas Adun Umno sendiri iaitu Blogger Sakmongkol @ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Baca tulisan beliau di bawah :

Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan olehMalaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya MI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today.. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.

Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan UMNO, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu?  Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.

Sebagai contoh, kami berdua merasakan UMNO sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada UMNO. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden UMNO yang paling lama mengetuai UMNO iaitu Dr Mahathir- yang menyatakan UMNO is rotten to the core dan kerajaan UMNO korap dari atas hingga ke bawah.

Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada UMNO. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi UMNO. Tapi bagaimana pula dengan UMNO yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah UMNO itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan?
Biarkan saya menyimpul pendekatan UMNO hari ini. pimpinan UMNO hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA.  Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin UMNO hari ini menyatakan:- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada UMNO.

Inlah titik tolak penentangan kami kepada UMNO kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada UMNO. UMNO bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini kepada orang Melayu.

Bahagian pertama ungkapan tersebut- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu- memberi pengertian bhawa UMNO itu tuan dan ahli nya adalah hamba. UMNO itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. UMNO itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu.

Bahagian kedua ungkapan tersebut- tanya apa kamu boleh lakukan kepada UMNO membawa erti bahawa UMNO itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu.

Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat UMNO seabagi suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. UMNO bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan UMNO- mesti mengenang budi UMNO.

Rakyat MESTI TOLAK Umno - Anwar

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti menolak Umno pada Pilihanraya Umum akan datang kerana Umno mengamalkan rasuah, kronisme, menzalimi rakyat dan tidak menghiraukan kebajikan rakyat.

"Pemimpin korup, mementingkan suku sakat mereka atau kronisme, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya mesti ditolak dan diturunkan dari tampuk pemerintahan".

"Kita akan tubuhkan sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat" ujar Anwar.

Ketua Pembangkang itu juga sekali mengulangi komitmen PR bahawa harga minyak akan diturunkan.

"Hari ini kita menang, esok kita akan umumkan harga minyak akan turunj, jika kita menang kita juga akan bincangkan tentang tarif elektrik" tambah Anwar.

Menurut Anwar kerajaan yang ada hari ini takut kepada korporat sehingga tidak berani berbincang tentang perjanjian antara kerajaan dan korporat sehingga tarif elektrik, bil air dan sebagainya terus tinggi.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan pidatonya di Taman Sin Hoe, Bukit Baru Melaka malam tadi.

04 January 2012

INTERPOL tak boleh tangkap TAIB MAHMUD?

Di sebalik desakan yang memuncak oleh NGO asing supaya Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud ditangkap atas tuduhan rasuah, Pertubuhan Antarabangsa Polis Jenayah (Interpol) berkata tindakan itu hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan.


Ini adalah jawapan yang diberikan kepada Dana Bruno Manser yang berpangkalan di Switzerland yang menerajui kempen antarabangsa ke atas ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Malaysia itu.

Menurut kenyataan akhbar oleh BMF yang disiarkan Malaysiakini hari ini, sekretariat Interpol, memaklumkan bahawa "bantuan Interpol hanya boleh digerakkan oleh keputusan pihak berkuasa tempatan yang berwibawa dan atas permintaan penyelaras tempatan yang dikenali sebagai National Central Bureau (NCB)".


Kita ingin melihat samada Najib benar-benar ikhlas untuk menjalankan program transformasinya membasmi rasuah, jika Najib ikhlas sudah tentu dia akan mengarahkan pihak berkuasa yakni Polis Malaysia mengambil tindakan terhadap Taib Mahmud. Jika beliau tidak berbuat demikian maka sahlah Najib hanya beretorik dan tidak serius menangani rasuah di Malaysia.

03 January 2012

Anwar MASUK "DALAM" PR makin KUAT

Jika Anwar dijatuhkan hukuman bersalah 9 Januari ini PR akan menjadi bertambah kuat. Setelah mendapat sokongan padu rakyat berbangsa Tionghua sekarang, PR akan melonjakkan sokongan orang Melayu pula andai Anwar didapati bersalah oleh mahkamah.

Jika BN meramalkan PR akan lumpuh jika Anwar dipenjarakan, ia merupakan ramalan meleset kerana dari tinjauan beberapa pihak PR akan mendapat simpati dari 10-20 % pengundi Melayu jika Anwar bersalah. Golongan pertengahan dan pengundi muda yang terdedah kepada info kedua iaitu internet sudah tentu akan beralih sokongan kepada PR dan pertambahan sebanyak 10-20 % sokongan pengundi Melayu ini sudah cukup untuk membuatkan BN menjadi pembangkang pasca PRU 13.


Sementara itu media melaporkan bahawa  Anwar Ibrahim yakin kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan terjejas berhubung apa juga keputusan yang akan dibuat mahkamah terhadap kes tuduhan liwat yang dihadapinya.
Anwar mengingatkan bahawa sebarang kemungkinan atau kesan tersebut bukan sesuatu yang peribadi.
"Ini kerana (dalam) Pakatan Rakyat, kita pimpin dan putuskan secara kolektif sebagai satu pasukan. Kita cukup bersedia," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata, beliau tidak memikirkan Pakatan Rakyat akan hilang selepas keputusan terhadap kes itu.
"Saya sendiri tidak menolak apa juga kemungkinan dan risiko bukan sahaja tentang soal dipenjarakan tetapi juga kemalangan atau macam-macam boleh berlaku.
"Persoalannya adakah Pakatan Rakyat mempunyai persediaan? Jawapannya ya," tegas beliau.
Beliau menambah, walaupun bertanggungjawab mengendalikan kebanyakan mesyuarat, namun sesuatu keputusan yang dibuat itu tetap dilakukan secara bersama.
"Kita bincang bersama dan bersetuju. Saya rasa tidak ada masalah (terhadap apa sahaja keputusan terhadap kes tuduhan liwat).
"Kalau ada fikiran di kalangan pimpinan Umno mahu melenyapkan atau memenjarakan Anwar, untuk menjejaskan Pakatan Rakyat, saya nak jawab tentang sebaliknya.
"Pakatan Rakyat terdiri daripada asas perjuangan yang jelas, dasar dipersetujui bersama dan komitmen kita untuk meneruskan agenda bagi melakukan perubahan pada negara kita," katanya.
Mahkamah Tinggi pada 9 Januari depan akan memutuskan sama ada Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atau tidak terhadap dakwaan melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, tiga tahun lalu.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara, dekat sini pada 26 Jun 2008.
Beliau menghadapi hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Tragedi UPSI : Baru kena sikit .......berlakon je...kata Najib (Klip Video)

Baru kena sikit macam separuh mati. Semua itu berlakon sahaja. Itulah antara komen penyokong tegar Umno/BN terhadap kezaliman yang dikenakan kepada Anwar, peserta Bersih dan paling baru mahasiswa dalam tragedi UPSI Ahad lalu.

Tak apalah kalau mereka kata begitu mahkamah Allah akan mengadilinya nanti. Tidak akan ada seorang pun yang terlepas dari hukuman pada Hari tersebut ............

Shahrizat LETAK JAWATAN, Jangan MIMPI

"Jangan mimpi aku letak jawatan" itu mungkin apa yang ada dalam hati Shahrizat Jalil. 


tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Takkan mudah-mudah sahaja aku hendak letak jawatan sedangkan orang lain melakukan kesalahan lebih teruk dari aku."


"Aku boleh bongkar segala penyelewengan dan salah laku orang lain, jika aku dipaksa meletak jawatan, aku tahu banyak rahsia tentang pemimpin lain, jangan cabar aku" mungkin ini yang Shahrizat fikirkan.


Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Itu tidak benar. Saya tidak pernah beri surat peletakan jawatan. Banyak khabar angin kerana sebenarnya itu yang pembangkang hendak tengok berlaku," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri berhubung jawatannya dalam Kabinet.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya kerana jawatan Kabinet adalah kuasa di atas bahu Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Najib sebelum ini menafikan menerima surat peletakan jawatan Shahrizat yang dilanda kontroversi isu projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan.

02 January 2012

TRAGEDI UPSI : SAFWAN ANANG MENGAKU DITUMBUK DAN DITERAJANG (Video)

Mangsa kekejaman di UPSI, Safwan Anang mengaku beliau ditumbuk di muka dan diterajang dengan lutut menyebabkan beliau cedera dan dirawat di hospital.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika ditanya oleh wartawan sebaik keluar dari Hospital Slim River hari ini.

Safwan berkata beliau cuba membantu kawannya yang diheret dan ketika itulah beliau diserang dengan keras. Beliau akan membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat. Sementara itu ibu mertuanya, Ustazah Mariam Abdul Rashid berkata beliau berbangga mempunyai anak dan menantu yang berjuang untuk menegakkan kebenaran. Beliau berharap lebih ramai mahasiswa akan bangkit memperjuangkan kebenaran.

SISWA CEDERAKAN DIRI SENDIRI, LEMBU BELI KONDO SENDIRI

Di Malaysia ini semua perkara walaupun melibatkan kecederaan dilakukan dengan oleh diri sendiri. Anwar menumbuk mukanya sendiri sehingga matanya lebam. Mat Sabu sengaja terjun dari motorsikal untuk mencederakan diri sendiri semasa Bersih 2.0.

Lembu NFC pun beli kondominium sendiri bukan dibeli oleh tuannya. Semalam mahasiswa yang cedera teruk pun mencederakan diri sendiri. Itulah Malaysia. Polis Malaysia sangat baik. Mereka langsung tidak mencederakan rakyat dalam semua himpunan termasuklah Bersih 1 & 2. Rakyat mati semasa Bersih 2.0 pun sebab bunuh diri bukan sebab Polis. Mereka sentuh dan jentik pun tidak.

Hebat Polis Malaysia, mana ada Polis sebaik Polis Malaysia. .............

Tragedi UPSI : Tindakan Polis meminta Pelajar BERBOHONG BACUL

Tindakan Polis yang meminta pelajar yang cedera parah dibelasah Polis awal pagi semalam terjatuh adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab.

Mereka meminta pelajar terbabit berbohong semata-mata mahu menutup kezaliman dan kekerasan terlampau yang dilakukan pihak Polis. Mengapa sampai begitu sekali Polis Malaysia bertindak kepada rakyat.

Sudahlah mereka membantai dan memukul pelajar tanpa belas kasihan, selepas itu mereka hendak berlepas tangan dan meminta pelajar mengaku bahawa mereka terjatuh. Ternyata Polis langsung tidak sedar bahawa sekarang ini zaman IT kamera ada di mana-mana, gambar boleh diambil bila-bila masa dengan telefon bimbit dan sebagainya. Mengapa begitu dungu dan bodoh mereka ini sehingga tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Sebagai sebuah pasukan yang ada integriti sepatutnya Polis bukan menyuruh pelajar berbohong sebaliknya mereka mesti menceritakan perkara sebenar. Jika mereka bersalah mereka mesti memohon maaf dan membayar gantirugi bukannya mengajar pelajar berbohong. Inilah standard Polis yang dilatih oleh BN. Pemimpin berbohong, zalim, rakus dan tiada integriti pegawai kerajaan dan rakyat ikut sama.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang yang cedera teruk berkata dia diminta menandatangani satu dokumen selepas Jurugambar Polis mengambil gambarnya di hospital.

Safwan cedera teruk dibelasah sehingga dikatakan patah tulang rusuk. Beberapa pelajar lain juga bermandi darah dibelasah tanpa peri kemanusiaan.



Inilah antara modus operandi pihak Polis bagi menutup kekejaman dan kebiadapan mereka membelasah rakyat.


Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim semalam.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Boleh percaya ka????????????...........

01 January 2012

Tragedi UPSI : Polis minta pelajar MENGAKU TERJATUH

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangPelajar yang cedera parah dibelasah Polis awal pagi tadi, Safwan Anang mendakwa polis memintanya mengaku bahawa kecederaan beliau adalah kerana terjatuh bukannya dibelasah polis.

Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu berkata dia diminta menandatangani satu dokumen selepas Jurugambar Polis mengambil gambarnya di hospital.


Inilah antara modus operandi pihak Polis bagi menutup kekejaman dan kebiadapan mereka membelasah rakyat.


Ketua Polis Perak, Shukri Dahalan sendiri menafikan bahawa Polis bertindak keras sedangkan klip video dan gambar-gambar yang dimuat turun dalam internet menjadi bukti kekerasan dan kekasaran melampau pihak Polis.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter