.

.

04 April 2009

PRK BUKIT GANTANG : PENGUNDI DUN TRONG SUDAH BERUBAH

Dari tinjauan petugas PAS di DUN Trong terbukti penerimaan orang Melayu kepada calon PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin semakin meningkat.
Antara Peti Undi yang jelas akan memihak kepada PAS ialah Peti Undi Kampung Tebok, Temerlok dan Kuala Terong. Malah di Sungai Tinggi PAS dijangka mendapat undi yang jauh lebih tinggi dari PRU 2008 lalu.
Ramai penyokong Umno sendiri yang menyatakan kesanggupan untuk mengundi Nizar kerana terbukti Nizar berjaya membawa perubahan kepada penduduk miskin walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama 11 bulan, kata mereka. Program kebajikan seperti air percuma, bantuan kepada orang miskin dan sebagainya benar-benar diingati oleh mereka.
Selain itu menurutnya sejak PR memerintah Perak perpaduan penduduk kampung juga semakin erat disamping masjid-masjid semakin diimarahkan dengan hebat dengan kelas pengajian dan lain-lain. Namun begitu selepas kerajaan Perak dirampas keadaan kampung mula berpecah dan kembali seperti dahulu.
Beberapa pengundiMelayu juga berkata secara terang-terang bahawa rakan-rakan dan saudara-mara mereka akan membuat perubahan kali ini dari mengundi BN kepada mengundi PAS. Mereka sudah muak dengan fitnah dan politik ugut serta rasuah yang diamalkan oleh BN khususnya Umno.
Tidak syak lagi perkembangan ini merupakan tamparan hebat kepada BN. Mengikut laporan dari pelbagai sumber BN menghadapi masalah besar untuk mempertahankan undi mereka di DUN Trong malah akan kehilangan undi dengan lebih besar di DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering.
Di DUN Changkat Jering umpamanya ramai pengundi atas pagar dijangka mengundi PAS kerana kecewa dengan sikap ADUN mereka, Osman Jailu yang melompat menyokong BN menyebabkan keadaan politik Perak menjadi tidak menentu.
Saya yakin fenomena menyebabkan BN berada dalam keadaan terdesak. Ramai di kalangan pemerhati politik meramalkan PAS akan menang dengan majoriti antara 4,000 hingga 6,000 undi kali ini.

MCA PULA MAINKAN ISU PERKAUMAN

Belum apa-apa lagi MCA cuba memainkan isu perkauman dengan mengambil kesempatan dari perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. MCA menuntut agar Najib mengujudkan Timbalan Perdana Menteri ke 2 dari kaum Cina.
Maka selepas kemungkinan pula MIC menuntut Timbalan Perdana Menteri ketiga, PBS menuntut TPM keempat dan seterusnya. Ternyata walaupun Najib melangsungkan slogan One Malaysia semalam namun hakikatnya BN terus mengamalkan dasar POLITIK LAMA iaitu politik perkauman sempit.
Bukankah POLITIK BARU yang dibawa oleh PR lebih jelas dan kukuh. Sesiapa yang layak dengan syarat-syarat tertentu beliau boleh memegang apa juga jawatan. Di mana yang penting kita mesti merujuk kepada perlembagaan dan kepentingan serta kedaulatan negara.
Saya yakin tuntutan yang dibuat MCA dinyatakan oleh seorang pemimpinnya Datuk Loke Yuen Yow adalah bertujuan untuk mengapikan semangat perkauman Cina dan juga untuk membuktikan BN dan Umno telus dan terbuka. Dengan isu perkauman ini MCA dan BN yakin mereka akan mendapat sokongan kaum Cina yang kian luntur kepada BN. Selain itu bila Umno mempertahankan kemelayuannya maka Umno berharap orang melayu akan menyokong Umno. Jadi Cina sokong MCA, Melayu sokong Umno. Jadi BN menang, itu harapan mereka.
Saya harap semua pengundi tidak terpedaya dengan mainan politik perkauman BN ini.

PRK BUKIT GANTANG, BKT SELAMBAU, BATANG AI : SELASA YANG MALANG BUAT NAJIB

Ramai pemerhati menjangkakan Selasa ini merupakan Selasa yang malang buat Perdana Menteri Keenam Malaysia, Najib Razak.

Selepas mengambilalih tampuk pemerintahan dari Pak Lah, Najib cuba mengambil hati rakyat dengan mengumumkan pembebasan tahanan ISA yang terdiri dari pemimpin Hindraf dan menarikbalik penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan guna untuk memancing undi rakyat di ketiga-tiga PRK. Namun dari maklumbalas yang tidak terima ianya tidak memberi kesan kepada pola pengundian kerana rakyat sudah faham ianya dibuat kerana tujuan untuk memancing undi.

Beberapa pemerhati politik professional dan kedai kopi sepakat meramalkan PAS akan menang dengan mudah di Bukit Gantang. Manakala PKR menang tipis di Bukit Selambau dan juga membuat kejutan di Batang Ai.

Hasrat Najib untuk membuat mengembalikan imej BN yang tercalar tidak kesampaian kerana beberapa faktor, antaranya :-

1) Imej rasuah Umno sudah tidak mampu dibersihkan
2) Imej Najib sendiri yang jelas buruk dan penuh dengan kontroversi
3) Kemasukan Dr Mahathir dalam Umno menambahkan kebencian rakyat kepada BN dan Najib di mana rakyat melihat Najib akan mengikut telunjuk Mahathir
4) Peranan Rosmah dalam pentadbiran Najib didakwa memualkan rakyat
5) Ekonomi negara yang tidak menentu dan gagal diatasi oleh Najib sejak menjadi Menteri Kewangan
6) Tindakan Zahid Hamidi menghina orang Cina dalam isu tarian dan nyanyian seksi menambahkan kemarahan pengundi Cina
7) Kematian seorang lagi tahanan Bangsa India di Ipoh menambahkan kebencian pengundi India kepada BN
8) Tindakan BN yang mengamalkan POLITIK LAMA menggunakan isu perkauman, raja dan agama benar-benar merimaskan rakyat dan akhirnya beralih sokongan kepada PR
9) Faktor calon PR diketiga-tiga PRK yang lebih berkarisma, mesra rakyat dan disenangi semua golongan ternyata mengecilkan peluang BN untuk menang
10) Jentera BN di ketiga-tiga kawasan ternyata lemah dan tidak bersemangat terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mencerminkan bahawa penyokong BN sendiri sudah tidak sepenuh hati menyokong BN.

Tidak syak lagi muka Najib akan terconteng Selasa ini. Ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib di kala 'inai masih merah' dijari.

RAKYAT AKAN HUKUM BN DENGAN KEMASUKAN MAHATHIR DALAM UMNO

Mahathir dan Hasmah masuk semula menyertai Umno hari ini. Ianya memang sesuatu yang dijangkakan kerana beliau sendiri menyatakan akan masuk semula Umno bila Pak Lah tidak menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat akan mengingati semula ungkapan Mahazalim, Maha Firaun dan sebagainya sebaik sahaja Mahathir menyertai Umno dan akan memainkan peranan dalam kerajaan Najib. Ternyata POLITIK LAMA Umno akan kembali segar dengan kemasukan orang lama Umno (Dr M) yang pernah dicerca rakyat lantaran kekejaman beliau kepada Anwar.
Najib sebenarnya tersilap langkah dengan menerima Mahathir dengan mudah untuk masuk semula menyertai Umno. Dengan membiarkan Mahathir masuk Umno, ini tidak secara langsung menunjukkan bahawa Najib redha dan gembira dengan tindakan Mahathir yang memerintah selama 20 tahun dengan pelbagai masalah dan kezaliman dilakukan oleh beliau.
Rakyat tidak akan lupa dengan peristiwa memali, Anwar di fitnah, penggunaan ISA secara wewenang, kronisme sehingga anak Mahathir menjadi pengerusi di rastusan syarikat dan sebagainya.
Saya reformasi 1998/1999 akan dikenang semula dan rakyat akan bangkit menumbangkan BN di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

MAHATHIR MASUK UMNO : KEZALIMAN BELIAU AKAN DIULANGI

Kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam Umno bakal mengembalikan 'legacy' beliau yang menzalimi rakyat lebih 20 tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Ramai pemerhati politik melihat beliau akan menjadi Penasihat Kedua Najib selepas Rosmah Mansor. Mahathir dan Rosmah dikatakan akan menjadi penentu kepada hala tuju Malaysia.

Kalau semasa zaman pemerintahan Mahathir beliau pelbagai peristiwa besar berlaku di mana Anwar difitnah dengan dahsyat, Umno diharamkan, ISA digunakan sewenang-wenangnya, Raja-Raja Melayu diderhakai, diskriminasi kepada kerajaan PAS memuncak, kronisme dan nepotisme berleluasa dan macam-macam lagi saya yakin 'legacy' ini akan berulang dalam pemerintahan Najib.

Jelas kemasukan Mahathir ke dalam Umno dan menyokong pemerintahan Najib membuktikan bahawa Najib dan Mahathir mempunyai persamaan dalam cara bertindak dan polisi kerajaan.

Tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan balik pergantungan permit Harakah dan Suara Keadilan cuma gula-gula untuk mengabui mata rakyat. Saya yakin tindakan lebih drastik akan dilakukan oleh kerajaan Najib untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Najib akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengukuhkan kedudukan dirinya dan BN.

PRK BUKIT GANTANG : BN SEMAKIN TERTEKAN

BN semakin tertekan. Sokongan orang Melayu Bukit Gantang sekarang boleh dikatakan setara 50:50 manakala BN semakin kehilangan sokongan orang Cina. Bagi pengundi India mereka tetap menyokong PR walaupun pelbagai usaha dilakukan BN untuk menipu mereka.

Semua ini gara-gara politik lama yang diamalkan oleh BN iaitu menggunakan isu perkauman, menggunakan agama dan berselindung di sebalik istana yang jelas memualkan rakyat. Sebaliknya rakyat memuji cara POLITIK BARU PAS/PR yang mesra rakyat, berkhidmat tanpa mengira kaum dan agama, mengamalkan politik terbuka serta sentiasa mengambiltahu kebajikan rakyat benar-benar memikat rakyat.

Kenyataan Zahid yang memalukan orang Cina dengan mengatakan tarian dan nyanyian oleh penyanyi seksi adalah budaya orang Cina benar-benar memukul BN.

Maka tidak hairanlah Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin secara terbuka mengakui sukar untuk mendapatkan undi orang bukan Melayu.

Jika momentum ini dapat dikekalkan saya yakin muka Najib akan diconteng arang oleh pengundi Bukit Gantang dengan menghumban BN pada 7 April ini.


03 April 2009

HATI-HATI DENGAN GULA-GULA NAJIB

Setiap kali Perdana Menteri baru dilantik sudah tentu ada agenda baru yang akan dikemukakan bagi menaikkan imejnya.
Dr Mahathir semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan dari Hussien Onn dahulu memperkenalkan dasar pandang ke timur, Islamisasi, Bersih Cekap Amanag, Kepimpinan melalui tauladan dan lain-lain.
Pak Lah pula memperkenalkan Islam Hadhari, kini cuba meraih populariti dengan konsep satu bangsa Malaysia juga ingin mengkaji semula ISA. Selain itu Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan menarik balik pergantungan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Terbukti Najib ingin menjadikan ini sebagai gula-gula untuk menunjukkan beliau lebih demokratik dan terbuka. Lebih-lebih BN menghadapi laluan getir di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Tidak syak Najib cuba mengurangkan kebencian dan kesangsian rakyat kepada beliau dengan mengambil pendekatan begini.
Saya mengharapkan rakyat khususnya di ketiga-tiga kawasan tidak mudah terpedaya dengan gula-gula Najib. Sesungguhkan batang tubuh Najib itu sendiripun penuh dengan kontroversi yang masih belum diselesaikan.

PRK BUKIT GANTANG : POLITIK LAMA BN '3R' MAKAN TUAN

Kempen Umno/BN yang menggunakan isu lama dan gaya politik lama iaitu berkempen dengan 3R (Race, Religion, Royal) dijangka akan menikam mereka sendiri. Bak kata pepatah 'Senjata Makan Tuan).
Ternyata isu perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno/BN sudah tidak laku. Rakyat sudah muak, jelak dan meluat dengan isu ini. Rakyat sudah kenal siapa Umno yang mengaku pejuang bangsa Melayu. Tetapi pada masa yang sama menggadaikan Bahasa Melayu dengan dasar PPSMI; dalam senyap-senyap menggadaikan tanah Melayu kepada Tycoon Lim Goh Tong (Genting Highland, Vincent Tan (Bukit Tinggi), dan Francis Yeoh (Pangkor Laut). (Kalau Umno berikan tanah kepada orang cina miskin mungkin kita boleh faham tetapi mereka gadai kepada tycoon dan kroni mereka.)
Umno juga cuba menggunakan masjid untuk berkempen. Mereka mengadakan program bacaan yasin, menghalang sebarang program agama di masjid yang melibatkan bukan pegawai masjid di mana hanya pegawai masjid yang boleh menjadi Imam, memberi tazkirah, membaca khutbah dan sebagainya. Tindakan Umno ini menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat dengan Umno/BN.
Begitu juga dalam isu derhaka kepada Sultan. Rakyat sebenarnya masih ingat sebagai sebenarnya penderhaka yang meminda perlembagaan negara mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
3R benar-benar makan tuan. 7 April menjadi saksi BN tersungkur ditangan kuasa rakyat.

BILA 'TIME' PILIHANRAYA AKU KAYA!!!!!!!!!

Bila 'time' pilihanraya Umno/BN berbelanja jutaan ringgit untuk menggerakan jentera kempennya. Bermacam-macam habuan yang mereka perolehi. Kalah pun 'tak pe' sebab duit banyak 'masyuk'.
Dari mana Umno/BN dapat duit 'tak dapek' lah teman 'nak ngabor' kan. Itu kena tanya pemimpin Umno.
Cuba tuan-puan lihat surat Umno Bahagian Bukit Gantang di sebelah ini.
Woooow!!! Fuuuhhhh!!!!! banyak betul duit puak-puak ini.
Inilah POLITIK LAMA yang terus digunakan Umno untuk menarik sokongan rakyat. Semua dengan duit namun ketahuilah wahai pemimpin Umno bahawa bukan semua orang boleh dibeli dengan duit, kerana di sana masih ramai orang yang takut kepada Allah dan ramai rakyat yang berprinsip dan ada harga diri.
Sumber : Blog kedaikopi

GAYA BARU WANITA MALAYSIA


Biasanya rakyat akan mengikut jejak ketua atau pemimpin. Kemungkinan selepas ini wanita Malaysia berubah dengan mencontohi gaya dan stail wanita pertama Malaysia yang baru dilantik iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.
Cara bersalam (laga pipi), stail rambut, potongan badan, pakaian, cara bercakap, cara didik anak dan sebagainya semuanya mengikut wanita pertama sanjungan mereka ini. Di bawah ini saya letak gambar wanita pertama 'kesayangan' kita semua.







DARI BUDAK TINGKAT 4 KEPADA PENASIHAT SEBILIK

Kalau pemerintahan kerajaan BN sebelum ini sering dilemparkan dengan dakwaan bahawa terdapat orang yang paling berkuasa selain Perdana Menteri iaitu budak tingkat 4, kini pemerintahan baru yang mengangkat sumpah hari ini dikatakan sama juga. Tetapi orang yang berkuasa itu tidak tinggal di Tingkat 4 malah dikatakan tinggal sebilik, lebih bahaya dan merimaskan kita semua jika benar.

Ada dakwaan yang mengatakan penasihat sebilik ini jauh lebih berkuasa dan lebih hebat dari Budak Tingkat 4. Kekuasaannya memang sudah lama diketahui cuma kerana sebelum ini beliau belum berkuasa sepenuhnya maka kuasanya tenggelam oleh cerita Budak Tingkat 4.

Kalau sebelum ini ada cerita yang mengatakan bahawa sesiapa yang ingin projek, jawatan dan sebagainya mesti melalui tapisan Budak Tingkat 4 kini kemungkinan semua proses tersebut akan melalui tapisan Penasihat Sebilik pula.

Sebelum kita sering mendengar cerita bagaimana Penasihat Sebilik selalu melancong keluar negeri dan shopping sampai dua tiga buah kereta tidak muat untuk mengangkut barang yang di'shopping'nya. Selepas berkuasa ini kemungkinan besar bukan dua tiga kereta mungkin dua tiga lori pula digunakan untuk mengangkut barang-barang beliau.

Namun saya mengharapkan semua dakwaan dan cerita-cerita tidak benar kerana sesebuah negara akan berada dalam keadaan bahaya jika ada orang lain yang lebih berkuasa dari pemerintah sebenarnya.

Silap haribulan negara boleh kena jual tau!!!!!

MALAYSIA DI ERA NAJIB

Saya akan memfokuskan posting sehari dua berkenaan Malaysia Di Era Najib disamping kempen PRK yang sedang rancak berlangsung sekarang.
Insya Allah saya akan cuba mengupas tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh Najib dari segi pemerintahan kerajaannya, tindakan kepada musuh politik dan peranan orang yang paling dekat dengannya iaitu Rosmah Mansur.
Pemerhati politik menjangkakan Malaysia di Era Najib akan lebih panas ekoran beberapa tindakan yang dilakukan kerajaan BN menjelang kekuasaan Najib yang menggantung Harakah dan Suara Keadilan serta lain-lain tindakan yang jelas mencemarkan kebebasan rakyat dan demokrasi.
Selain itu kita juga melihat kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam Umno dan kenyataan terbuka beliau yang menyokong Najib juga bakal mewarnai Politik negara.
Keputusan 3 PRK 7 April ini juga bakal mencerminkan halatuju politik Malaysia.

DUNIA IKTIRAF PAS KETEPIKAN UMNO DAN BN

Setiausaha Agong PAS yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaffar berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri persidangan anti rasuah sedunia yang dikenali sebagai Global of Parliamentarian Against Corruption (Gopac) selama tiga hari.

Beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen di Asia Tenggara yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut dan pemilihan beliau merupakan satu pengiktirafan kepada PAS di mata dunia.


Wakil rakyat PAS dipilih untuk mewakili Asia Tenggara kerana parti itu merupakan parti yang bersih dari amalan rasuah dan politik wang dan ianya terbukti menerusi pentadbiran PAS di Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Terbukti PAS diiktraf diseluruh dunia kerana ketelusan dan integriti pemimpin, ahli dan kerajaannya yang tidak mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari BN yang dipilih untuk menghadiri persidangan tersebut.

Syabas PAS dan ahlinya.

Sumber : Harakahdaily

KES ROGOL MENINGKAT, POLIS SIBUK JAGA PILIHANRAYA

Kes rogol di negara ini meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Malangnya pasukan Polis bukannya menjaga keselamatan dan mengawal jenayah tetapi lebih sibuk berkawal di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Malah wang rakyat puluhan juta dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Mengapa dalam isu jenayah dan keselamatan ini mereka tidak 'all out' sebagaimana mereka bekerja di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil tersebut. ??????

Ini semua adalah kerana kerajaan BN lebih sibuk menjaga kuasa mereka (tamakkan kuasa) dari menjaga keselamatan rakyat. Dari itu rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai mesti menghukum BN pada 7 April ini dengan mengundi PR.

Sumber & gambar : Kedahlanie

TV 3 DAN UTUSAN TERUS TABUR FITNAH DAN KELIRUKAN RAKYAT


Belum insaf, belum serik dan belum 'sadar'. Itu ungkapan yang mungkin sesuai untuk TV 3 Suku dan Utusan Meloya yang terus-terusan menabur fitnah dan membuat laporan yang mengelirukan.

Hampir semua laporan yang melibat PR dimanipulasi sedemikian rupa untuk menggambarkan PR jahat, bodoh, derhaka, kalah dan seribu satu macam keadaan negatif. Kebiadapan dan keceluparan kedua-dua media ini bertambah hebat bila tiba musim pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum.

Semalam TV3 Suku dan Utusan Meloya terus memainkan peranannya sebagai pencacai BN apabila melaporkan bahawa keputusan ini (Mahkamah Tinggi Ipoh semalam) secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.

Sedangkan menurut Peguam Hanipa Maidin ketiga-tiga kerusi tersebut belum diputuskan samada kosong atau tidak kosong selagi semua prosedure mahkamah belum dijalankan.

Menurut Hanipa keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak permohonan Sivakumar semalam, tidak bermakna mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga Adun Bebas itu kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi Dun berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

Inilah rentetan kerja jahat TV3 Suku dan Utusan yang senantiasa mengintai peluang untuk menunjukkan PR sentiasa berada di pihak yang kalah supaya rakyat dan penyokong PR tidak lagi memberikan sokongan kepada PR.

Saya menggesa TV3 Suku dan Utusan Meloya menghentikan kerja jahat ini sebelum kamu (staffnya yang bertanggungjawab) diadili di Mahkamah Allah pada Yaumil Mahsyar (Hari Pembalasan). Di atas dunia mungkin kamu selamat tetapi di akhirat belum tentu!!!!

RAYUANKU SEKALI LAGI !!!! : BERSIHKAN NAMA PM BARU.

Saya memohon Perdana Menteri Malaysia yang baru, Najib Razak (akan angkat sumpah pagi ini) supaya membersihkan namanya dengan menyaman beberapa buah akhbar luar negeri dari Korea, Indonesia, Perancis dan lain-lain. Akhbar-akhbar ini dengan secara 'kurang ajar' membusukkan nama Perdana Menteri 'kesayangan' kita ini dengan mengaitkan beliau dengan pembunuhan wanita jelita lagi menggiurkan dari Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Sesungguhnya tindakan akhbar-akhbar itu memalukan saya dan seluruh rakyat Malaysia. Adakah saudara-saudari semua sudi untuk dituduh mempunyai Perdana Menteri yang terlibat dengan jenayah. Sudah tentu jawapannya tidak!!!!

Perdana Menteri kita ini boleh mengambil contoh bagaimana Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyaman sebuah akhbar Britain yang menuduh beliau sebagai pemimpin Al-Qaeda. Tuan Guru akhirnya menang saman tersebut, namanya dibersihkan dan beliau juga mendapat pampasan dari fitnah tersebut. Bukan pampasan yang kita idamkan tetapi kita mahu nama Perdana Menteri kita dibersihkan jika laporan akhbar itu satu fitnah.

Oleh itu adalah tepat dan wajib bagi Perdana Menteri kesayangan kita ini untuk mengikut jejak Presiden PAS bagi membersihkan nama Malaysia, beliau sendiri dan juga rakyat.

02 April 2009

PRK 2 BUKIT 1 BATANG : BELUM APA-APA BAKAL PM SUDAH BERBOHONG

Saya sangat kesal dengan tindakan bakal Perdana Menteri, Najib Razak yang menipu rakyat. Belum apa-apa lagi beliau tanpa segan silu menipu rakyat dengan menyatakan BN tidak akan menjadikan projek 'mee segera' sebagai cara untuk berkempen di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Malangnya setiap hari anak buah dan kuncu-kuncu Najib mengumumkan satu demi satu projek 'mee segera' untuk memancing undi di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Selama 3 hari saya berada di Bukit Gantang jelas kelihatan jalan-jalan baru diturap, longkang-longkang dibaiki, padang sekolah dibaiki dan sebagainya.

Tidak ketinggalan projek-projek dan janji-janji 'mee segera' diumumkan. Antara projek 'mee segera' yang dapat saya saksikan sendiri ialah halaman Masjid Ar Rahmaniah Terong (gambar) diturap. Saya yakin jika tiada PRK sudah tentu ia tidak akan disentuh.
Selain itu hari ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mohd Taib @ Mike Tyson mengumumkan bahawa 154 buah rumah 'mee segera' akan diberi secara percuma dengan harga RM33,000 sebuah.
Malah hari ini, Najib sendiri dengan tidak ada maruah membelakangkan kenyataanya sendiri apabila mengisytiharkan bantuan kepada seluruh Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia di Putrajaya.

Banyak lagi projek yang diumumkan oleh BN yang tidak sempat dan tidak muat untuk saya posting di sini.
TERNYATA BAKAL PERDANA MENTERI KITA ADALAH KAKI PEMBOHONG. BELUM JADI PERDANA MENTERI SUDAH BERBOHONG. MUNGKIN SELEPAS JADI PERDANA MENTERI LAGI RANCAK MEMBOHONGI RAKYAT.
TERNYATA PEMIMPIN BN MEMANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.
AWAS RAKYAT 2 BUKIT DAN 1 BATANG JANGAN TERSALAH PILIH PADA 7HB APRIL INI.

PRK BUKIT GANTANG : RUMAH 'MEE SEGERA' MIKE TYSON

Satu demi satu projek 'mee segera' dijalankan oleh BN untuk memancing undi pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Ternyata kenyataan bakal Perdana Menteri hanyalah omong kosong.

BN benar-benar ketandusan idea dan taktik untuk berdepan dengan jentera PR yang jelas mendapat sambutan hebat dari pengundi. BN masih terus mengamalkan stail POLITIK LAMA mereka memancing undi dengan projek pembangunan yang dibuat menjelang hari pengundian. Jika tidak ada PRK jangan harap rakyat mendapat projek tersebut.

Hari ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Muhd Taib atau mesra dengan nama manjanya Mike Tyson mengumumkan bahawa rakyat miskin tegar di Bukit Gantang bakal menerima ole-ole besar sempena pilihanraya kecil kali ini apabila rumah berharga RM33,000 sebuah siap dibina pada tahun ini.

"Kita akan bina 154 buah rumah dan kita akan beri secara percuma (kepada golongan miskin)," kata .

Beliau, juga ketua penerangan Umno, mengumumkan bantuan itu di program ramah mesra kementeriannya di Kampung Air Tin, DUN Changkat Jering.

Ternyata BN benar-benar terdesak apabila mengerahkan hampir semua kementerian menjalankan program masing-masing menggunakan duit rakyat bagi memancing undi.

Tanpa segan silu BN meratah duit rakyat untuk menipu dan menggula-gulakan rakyat dengan projek pembangunan. Inilah stail POLITIK LAMA BN yang mesti ditolak oleh rakyat pada 7 April nanti.

PRK BUKIT GANTANG : MENTERI 'AGAMA' MALUKAN ISLAM, HINA ORANG CINA?

Memalukan!!!! Itu komen saya ketika membaca laporan Malaysiakini bahawa BN berkempen menggunakan gadis seksi berpakaian menjolok mata. Lebih memalukan majlis nyanyian dengan penyanyi seksi itu diadakan semasa Menteri 'Agama', Ahmad Zahid Hamidi hadir. Jelas inilah Islam yang cuba di bawa oleh Zahid dan BN iaitu tidak mengenal halal haram.

Ini tidak menjadi suatu kesalahan bagi Islam Hadhari kerana nyanyian dengan penyanyi berpakaian menjolok mata sebegini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mungkin dalam Islam Hadhari program nyanyian dengan pakaian begitu akan mendapat pahala. Sebab itu Menteri 'Agama' pun hadir dalam program itu.

Saya mengharapkan jentera PAS dapat menyebarkan pekong BN ini yang jelas membawa ajaran sesat dengan mengHALALkan program maksiat sebegini. Lebih teruk lagi mereka mengajak rakyat supaya turut sama menjadi seperti mereka yang cintakan maksiat.

Lebih mengejutkan Zahid cuba memberikan alasan bahawa nyanyian dengan penyanyi menjolok mata adalah sebahagian daripada budaya Cina.

Betulkah apa yang dikata oleh Zahid ini. Adakah kebudayaan orang Cina suka penyanyi seksi dan pakaian menjolok begini.? Setahu saya kebanyakan pakaian tardisi dan kebudayaan Cina tidak menjolok mata seperti itu. Malah kebanyakan penyanyi dan pelakon opera Cina memakai pakaian ala Kimono Jepun dengan menutup seluruh tubuh mereka.
Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." Laporan ini disiarkan dalam Malaysiakini hari ini.
Program nyanyian tersebut diadakan ketika Zahid berkempen pama Majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang malam tadi.

JELAS ZAHID MENGHINA KEBUDAYAAN DAN ORANG CINA ITU SENDIRI DENGAN MENUDUH NANYIAN DENGAN PAKAIAN MENJOLOK MATA ADALAH KEBUDAYAAN CINA.

MASIH ADA MASA UNTUK FIKIRKAN PENGGANTI PAK LAH SELAIN NAJIB

Kontroversi dan masalah yang membelenggu bakal Perdana Menteri masih belum dirungkaikan oleh Najib Razak sendiri. Sehingga kini rakyat jelas tidak menerima dan merestui penjelasan Najib tentang beberapa isu besar yang berkait dengan jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan skandal tertentu.

Najib hanya diam seribu bahasa, hanya sesekali memberikan komen terhadap isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim. Selagi Najib tidak dapat menyakinkan rakyat yang beliau sebenarnya bersih, berintegriti dan sebagainya, selagi itulah beliau tidak akan mendapat RESTU SEPENUHNYA dari rakyat.

Jika Najib ingin menjadi seorang negarawan seperti ayahnya beliau mestilah berani menghadapi kenyataan dan sanggup berdepan dengan rakyat di mana sahaja. Selain itu semua kes yang didakwa kaitan dengan beliau mestilah diadili dengan secara professional. Selagi ada beberapa perkara yang menimbulkan kontroversi selagi itulah rakyat akan ingat sampai bila-bila. Antaranya isu C4, kapal selam dan sebagainya. Najib mesti tampil secara ikhlas dan berani untuk membersihkan dirinya. Rakyat terus menerus menuduh beliau terlibat kerana sehingga kini jawapannya penuh dengan kontroversi dan tandatanya.

Oleh kerana itulah rakyat masih merayu Ke Bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menitahkan Pak Lah meneruskan tugasannya sehingga Najib dibersihkan dari dakwaan tersebut.

Jika tidak rakyat akan menghukum Najib pada 7 April ini. Ianya sudah tentu akan memalukan Najib dan BN sendiri.

7 APRIL PENENTU RAKYAT RESTU NAJIB ATAU TIDAK

7 April merupakan penentu samada rakyat Malaysia merestui perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Slogan BN di Bukit Gantang iaitu MEMOHON RESTU RAKYAT seolah-olah menggambarkan bahawa BN bukan sahaja memohon restu rakyat untuk calon BN Ismail Safian malah sebenarnya memohon restu agar rakyat menerima Najib Razak sebagai Perdana Menteri walaupun beliau sarat dengan kontroversi dan cerita-cerita 'menarik'.

Saya yakin keputusan di ketiga-tiga sudah tentu menjadi kayu pengukur penerimaan rakyat kepada Najib. Jika BN kalah satu kerusi sekalipun ianya sudah tentu membuktikan bahawa rakyat tidak suka kepada Najib.

Melihat kepada mood dan suasana semasa saya yakin Najib sebenarnya berada dalam keadaan kritikal. Bayangkan hanya 4,000 sahaja ahli dan penyokong BN yang diupah tampil untuk mengiringi calon BN di Bukit Gantang. Walaupun ianya bukan penentu 100 % kepada kemenangan mana-mana pihak, namun ia menjadi satu isyarat bahawa rakyat bawahan tidak senang dengan Najib termasuk orang Umno. Tidak pernah seiingat saya gerombolan BN hanya seramai itu pada setiap kali penamaan calon Pilihanraya Kecil. Ia adalah suatu perkara luar biasa yang sudah tentu menggerunkan Najib.

Pada pandangan saya jika SPR dan bertindak dengan adil, telus dan professional serta agensi kerajaan dan media tidak diperkudakan oleh BN saya Najib sudah pasti tidak mendapat restu dari rakyat.

POLITIK BARU : RAKYAT BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI DIAJAK PANDANG JAUH KE HADAPAN

POLITIK BARU yang menjadi slogan baru yang diasaskan oleh PAS dan PR mengajak seluruh rakyat memandangkan jauh ke hadapan bukan sekadar sehari dua. Malah PAS mengajak umat Islam merenung nasib kita sehingga ke akhirat bukan setakat 2020 sahaja.

POLITIK BARU PAS dan PR melihat kesejahteraan dan kebajikan rakyat dalam skop yang lebih luas dan jauh kehadapan. Projek-projek pembangunan samada kecil atau mega mestilah mengambilkira kesan dan impak kepada rakyat, bukannya semakin menyusah dan menyempitkan hidup rakyat.

Asas keperluan manusia iaitu tempat tinggal, keselamatan, maruah, pendapatan/ekonomi mesti diutamakan. Sebab itu POLITIK BARU sentiasa mengutamakan program kebajikan, keperluan perumahan rakyat, peningkatan kesedaran tentang agama, penguatkuasaan undang-undnag dan sebagainya. Rakyat mesti disediakan dengan projek pembangunan yang boleh membangunkan ekonomi dan kebajikan mereka.

Malangnya POLITIK LAMA Umno/BN hanya mementingkan pembangunan tanpa had sehingga mengorbankan tanah rakyat, perkampungan, sumber pendapatan sehingga akhirnya rakyat semakin susah dan melarat. Program pembangunan sebaliknya mengkayakan kroni dan proksi mereka sebab itu semakin banyak pembangunan dijalankan semakin menyenangkan mereka. Rakyat tidak difikirkan lagi akan untung nasib mereka. Kejadian seperti di Kampung Plentong Johor; Kampung Berembang dan sebagainya membuktikan rakyat menjadi mangsa.

Bagi Umno mereka mengajak rakyat sekadar melihat sehari dua ke hadapan. Sebab itulah Umno sering 'menyogok' rakyat dengan janji-janji pembangunan dan duit atau kain batik. Itu semua tidak kekal lama sedangkan pada masa yang agama, bangsa dan bahasa tergadai.

Dari segi bahasa pula POLITIK BARU sentiasa memastikan Bahasa Ibunda dipelihara dan pada masa yang sama menggalakkan rakyat mempelajari bahasa lain. Malangnya politik lama Umno/BN tidak mengendahkan kajian saintifik dan pendapat pakar-pakar bahasa bahawa pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah terbaik dan mudah difahami. Malangnya pengamal politik lama terus menunjukkan sikap angkuh dan besar kepala mempertahankan dasar PPSMI yang jelas gagal dan menghancurkan masa hadapan dan kedaulatan Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda lain.

Rakyat mesti melihat semua perkara ini dengan serius dan teliti. Kita tidak mahu maruah dan kedaulatan rakyat tergadai dan terjual dengan harga yang sangat murah.

Rakyat mesti memahami dan menyokong POLITIK BARU yang dibawa oleh PAS/PR. Tolak BN pada 7 April ini.


01 April 2009

PILIHANRAYA KECIL : JUTAAN WANG RAKYAT HANGUS BEGITU SAHAJA

Dalam perjalanan pulang dari Bukit Gantang ke Melaka petang Isnin lalu, saya dan rakan bertembung dengan sederetan lori Polis dan lori treler panjang yang muatannya motosikal Polis trafik putih.

"Aik, tak cukup lagi ke motosikal polis trafik di Bukit Gantang, kan dah banyak tu, sampai satu traffic light 5,6 orang jadi Pak Pacak" dengus rakan saya spontan.

Saya menjawab " kan Bukit Selambau pun nak guna, sebab ramai 'penjenayah' dan 'peragut', kaki rasuah pun ramai di sana".

Itulah senario yang berlaku di kawasan PRK ini. Cuma saya tidak tahu keadaan di Bukit Selambau dan Batang Ai. Tetapi saya yakin di Bukit Selambau sama sahaja fenomenanya dengan Bukit Gantang. Cuma Batang Ai mungkin kurang sedikit kot kawasan pedalaman.
Selama 3 hari saya berkampung di Bukit Gantang, saya rasa pelik dan ajaib kerana bilangan Polis yang begitu ramai seperti juga di Kuala Terengganu. Apa justifikasi menyebabkan Polis 'memunggah' begitu ramai anggotanya ke sana. Hendak di katakan berlaku pergaduhan besar tidak ada kedengaran. Hendak dikatakan ada rusuhan jauh sekali. Jadi apa sebabnya? Saya rasa sangat pelik dan hairan.
Bayangkan khemah Martek, Subtek dan macam-macam Tek bertaburan di Bukit Gantang. Lori dan water cannon FRU berderetan di tepi jalan; lori, land rover, black maria, kereta peronda, motorsikal dan sebagainya menghiasi hampir sepanjang jalan di Bukit Gantang. Kenderaan tersebut semuanya memakai minyak, minyak dibeli dengan duit rakyat. Elaun anggota kena bayar. Kalau 5,000-10,000 anggota digunakan berapa banyak duit rakyat digunakan.

Khemah besar lengkap dengan generator, air-condition, tandas, bilik mandi, katil, bilik dan sebagainya semuanya mungkin di sewa. Berapa sewa? jangan tanya. Semuanya dibayar dengan duit rakyat.

Helikopter Polis juga digunakan. Bukannya ia pakai minyak RM1.90 seliter, ia memakai minyak yang mahal, semuanya rakyat bayar. Maintenance helikopter bukannya boleh dibuat di kedai motor Ah Seng, tetapi mesti dilakukan di hangar dan mesti di'approved'kan oleh License Aircraft Engineer yang kompeten.

Special Branch atau 'Barua' memang ramai. Setiap markas/pos PAS dipantau oleh 'Barua-Barua' ini. Semua 'Barua' dari negeri lain di bawa ke Bukit Gantang. Tempat kami menginap di Kampung Kuala Terong juga diintip 'Barua'. Malah setiap masjid dipantau oleh 'Barua'. Mungkin 'Barua' ini tidak sedar bahawa mereka juga dipantau oleh Raqib dan Atiq.

Semasa Ustaz Mutalib Maarof memberikan Tazkirah lepas Maghrib di Masjid Sg Bemban, 2 orang 'Barua' tanpa segan kepada Allah dan Raqib serta Atiq mencatat apa sahaja yang diperkatakan oleh beliau. Salah seorang 'Barua' itu datang dari Jasin. 'Barua' ini semuanya membazirkan duit rakyat dengan pembayaaran elaun dan sebagainya kepada mereka.

Semua anggota dan kenderaan serta prasarana ini dibayar dengan duit rakyat. Namun saya ingin mengajak para tetamu supaya memikirkan apakah tujuan mereka dibawa ke sana sehingga menghanguskan duit rakyat puluhan juta. Adakah untuk menjaga keselamatan atau untuk mengekalkan kuasa BN?

Rakyat 3 kawasan PRK ini mesti menolak calon BN untuk mengajar mereka tidak menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya.

INILAH POLITIK LAMA YANG DIAMALKAN OLEH BN YANG TIDAK SERIK-SERIK SEJAK SEKIAN LAMA MEMPERKUDAKAN HARTA RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.

SAYA AKAN TUNTUT SEMUA INI DI MAHKAMAH ALLAH PADA HARI PERBICARAAN DAN PEMBALASAN NANTI.


POLITIK LAMA : TIDAK SENSITIF KESUSAHAN DAN KESENGSARAAN RAKYAT

Terbukti Umno/BN terus mengamalkan cara berpolitik stail lama dengan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat.

Kali ini saya ingin mengupas secara ringkas kelemahan dan ketidakprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat. Bayangkan bagaimana lemah dan lembapnya kerajaan dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

Dahulu ketika barang dinaikkan kerajaan memberikan alasan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan kos operasi meningkat dengan kenaikan minyak. Jadi menurut kerajaan BN kenaikan minyak ini dipaksa dilakukan dan tidak dapat dielakkan. Rakyat terpaksa menghadapinya walaupun perit dan sengsara. Pemimpin BN tidak merasainya kerana mereka majoritinya kaya raya dan sesetengah mendapat subsidi minyak dan lain-lain kerana mereka adalah menteri atau wakil rakyat.

Namun kini setelah berbulan-bulan harga minyak diturunkan harga barangan keperluan tidak diturunkan. Apabila masalah ini diajukan kepada kerajaan BN mereka seolah-olah berdiam diri dan kalau ada pun jawapan yang diberi ianya tidak masuk akal.

Kini menteri bertanggungjawab ingin meletakkan jawatan atau sudahpun meletakkan jawatan. Namun harga barang tetap tinggi dan tidak diturunkan. Kerajaan buat tidak tahu sahaja.

Oleh itu saya menyeru seluruh pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai supaya bangkit mewakili kami menolak BN pada PRK pada 7 April ini.

MARI KITA HUKUM KEDURJANAAN DAN KEZALIMAN SERTA KELEMAHAN KERAJAAN BN INI DENGAN KEMENANGAN 3-0.

POLITIK LAMA : JUMPA PENGUNDI HANYA KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA

Salah satu cara Politik lama yang dimainkan oleh BN dan Umno ialah berkempen dan bertemu pengundi hanya semasa kempen pilihanraya. Selepas kempen muka YB pun tak nampak. Kalau BN kalah maka lagi teruk. Semua janji BN tidak akan diendahkan. Ini membuktikan BN hanya pandai berjanji dan tidak dapat dipenuhi.

Inilah yang berlaku kepada seorang peniaga barangan 'printing' apabila beliau mendakwa Umno berhutang dengannya dari PRU 2004 sebanyak ratusan juta ringgit. Kes ini belum lagi selesai di mahkamah. Selepas PRU 2004 berlangsung selama 5 tahun, kini Umno tidak mengaku itu hutang mereka. Jadi merana peniaga tersebut.

Nasib yang sama juga bakal dialami oleh pengundi Bukit Gantang jika mereka mengundi calon BN Ismail Safian. Walaupun beliau anak tempatan, belum tentu Ismail dapat turun padang pada setiap kali diperlukan. Seorang saudara rapat beliau dari Kampung Kuala Terong yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu Ismail kurang dikenali di kampung malah kebanyakan masanya dihabiskan di luar Bukit Gantang. Jadi apa ertinya beliau anak tempatan tetapi jarang menjenguk kampung.

Saya yakin YB-YB BN lebih mementingkan perniagaan dan aktiviti politik mereka berbanding dengan tanggungjawab.

Berbeza dengan calon PAS dan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Ir Nizar Jamaluddin yang sudah teruji komitmennya kepada tugas dan tanggungjawab. Bayangkan beliau boleh dikatakan habis meronda ke seluruh negeri Perak sepanjang beliau menjadi Menteri Besar hingga kini.

Malah semalam beliau membuktikan bahawa tanggungjawab kepada rakyat melebihi kepentingan keluarga apabila tetap bersama-sama rakyat disaat anakandanya melahirkan cucu sulung beliau. Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat. Senang sama senang susah sama susah dengan rakyat.

Gambar : Salah sebuah rumah rakyat dalam parlimen Bukit Gantang

BN BERADA DLM KEADAAN DEFENSIF TERPAKSA 'MEMOHON RESTU RAKYAT'

Saya berpendapat BN benar-benar berada dalam keadaan kronik dan nazak. Buktinya slogan yang digunakan oleh BN iaitu 'Memohon Restu Rakyat' menjelaskan bahawa BN benar-benar sedar bahawa rakyat benci, meluat dan menyampah kepada mereka.
Ada beberapa tafsiran yang saya buat berkenaan slogan defensif ini antaranya :-
1) Rakyat TIDAK MERESTUI tindakan BN merampas kuasa dengan cara rakus dari kerajaan PR.
2) Calon BN TIDAK DIRESTUI oleh pengundi akar umbi BN kerana Ismail kalah dalam pemilihan Umno Bahagian. Sudah tentu ramai ahli akar umbi tidak suka kepadanya sebab itu beliau tewas kepada Datuk Rosli Hussin Ketua Bahagian sekarang.
3) Rakyat TIDAK MERESTUI wang mereka digunakan untuk membawa anggota Polis yang sebegitu ramai sehingga menelan puluhan juta ringgit.
4) Rakyat TIDAK MERESTUI cara kempen BN yang memanipulasi agensi kerajaan dan duit rakyat untuk kepentingan BN
5) Rakyat TIDAK MERESTUI cara kempen BN yang kasar, mengugut, janji manis, projek 'mee segera' dan rasuah politik (politik wang).
6) Rakyat terutama orang Umno TIDAK MERESTUI kemenangan pemimpin-pemimpin rasuah dan menyalagunakan kuasa pada pemilihan yang lalu.
Dan banyak lagi .............
RAKYAT BUKIT GANTANG DAN MALAYSIA KHASNYA MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA TIDAK MERESTUI CALON BN DAN BN ITU SENDIRI, APABILA HANYA 4,000 PENYOKONG BN HADIR PADA PENAMAAN CALON AHAD LALU.
Oleh kerana senario inilah maka BN menggunakan slogan defensif kerana mereka sedar mereka akan KALAH TERUK kali ini.

POLITIK BARU NIZAR NYATAKAN TENGGELAMKAN POLITIK LAMA ISMAIL DAN ZAMBRY

Politik Baru yang diketengahkan oleh PR sekarang ini ternyata merimaskan BN. Apa tidaknya slogan PAS FOR ALL atau mungkin selepas ini PR FOR ALL ternyata berjaya memecahkan tembok perkauman, agama dan ideologi yang sekian lama diapi-apikan BN.
Kini isu perkauman, agama dan raja yang menjadi senjata yang digunakan BN ternyata makan tuan.

Rakyat Malaysia khususnya pengundi Bukit Gantang sudah mula sedar politik 3R (Race, Religion, Royal) sudah ketinggalan zaman.
Calon PR Bukit Gantang ternyata berjaya mendokong slogan POLITIK BARU ini apabila merealisasikan dirinya sebagai model kepimpinan politik baru.

Kini orang Cina dan India tidak lagi takut untuk bersama PAS dan Islam. DAP yang dulunya dilihat anti Islam kini bukan sahaja selesa untuk bersama PAS malah rindu jika tidak dapat bersama PAS dan PKR dalam program-program memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat.
Berlainan dengan Umno, MCA dan MIC yang terus meneruskan menggunakan sentimen perkauman masing-masing untuk memancing undi.
Semangat perkauman yang menebal di dalam Umno menyebabkan mereka menuduh Nizar menjadi boneka kepada DAP dalam kerajaan PR memerintah Perak.
Saya ingin bertanya kepada saudara-saudari semua :-
1) Salahkah Nizar membantu orang Cina dan India miskin
2) Salahkah Nizar membantu orang Melayu miskin
3) Salahkah Nizar membantu sekolah agama, sekolah Cina dan Tamil yang dhaif
4) Salahkah geran diberi kepada penduduk kampung baru sedangkan mereka sememangnya layak untuk mendapatkannya.
Jika ramai Melayu miskin maka ramailah yang akan mendapat bantuan. Jika ramai India miskin maka ramailah India yang akan mendapat bantuan.
Apa yang penting orang Melayu tidak perlu bimbang dengan kedudukan mereka kerana kita punya perlembagaan dan undang-undang. Selagi semua pihak mematuhi undang-undang dan demokrasi selagi itulah semuanya akan aman. Masalahnya sekarang Umno dan BN lah yang tidak menghormati undang-undang.
Umno dan BN lah yang memainkan isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa.

Sebenarnya POLITIK LAMA BN sudah tidak ada tempat dalam negara kita. BN akan dikuburkan tidak lama lagi.

PERJUANGAN NIZAR ATASI KEPENTINGAN KELUARGA

Di saat anakandanya bertarung nyawa untuk melahirkan cucu pertamanya calon PAS terus komited berjuang bersama petugas PAS dan PR untuk memenangkan perjuangan Islam dan Rakyat di Bukit Gantang.

Alhamdulillah petang semalam anak sulungnya selamat melahirkan cucu sulungnya di Ipoh.

Nizar sanggup bersama-sama rakyat dan meninggalkan kegembiraan seisi keluarga menyambutnya demi perjuangan rakyat. Semasa cucunda dilahirkan beliau sedang bersama-sama rakyat di Pulau Pasir Hitam.

Kepentingan rakyat dan Islam lebih diutamakan berbanding kepentingan diri dan keluarga. Inilah seorang pemimpin yang kita hormati dan patut sokong bukannya pemimpin yang mementingkan diri dan rakus membina kekayaan dan tamakkan kuasa.

Gambar di atas adalah hiasan sahaja.

MENINGGAL SELEPAS BERJUANG DI BUKIT GANTANG

Seorang lagi pejuang Islam di Melaka, Allahyarham Taharin meninggalkan kita buat selama-lamanya awal pagi Isnin lalu.
Allahyarham yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Bukit Gantang telah terlanggar pokok tumbang yang merentangi jalan kira-kira 2 km dari rumahnya. Ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari Jasin ke rumahnya di Nyalas.
Menurut laporan, beliau yang baru sampai dari Bukit Gantang menunggang motorsikal dari rumah rakannya Hanan. Motorsikal beliau ditinggalkan di rumah Hanan kerana beliau sama-sama ke Bukit Gantang menaiki kereta bersama Hanan untuk memberikan sokongan moral kepada PAS pada hari penamaan calon Ahad lepas.
Pada pagi Ahad lepas beliau bersolat hajat di Masjid Daerah Taiping sebelum sama-sama berarak ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Taiping. Beliau bersolat dibelakang saya dan sempat bergurau dengan saya selepas solat tersebut.
Semasa hayatnya beliau merupakan aktivis perjuangan Islam yang gigih dan komited. Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Alor Gajah dan juga merupakan AJK Majlis Tindakan DUN Asahan. Beliau merupakan tenaga penting yang berjaya menaikkan undi PAS di DUN Asahan pada PRU 2008 lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah.
Amin.
Saya memohon maaf kerana lambat menyiarkan berita ini.

ALI RUSTAM SILA LETAK JAWATAN SEBELUM DIMALUKAN NAJIB

Saya sekali lagi menyeru Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan beliau serta merta. Bukan itu sahaja beliau juga mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Baru bagi membolehkan rakyat memilih seorang wakil rakyat yang bersih, telus dan berintegriti.

Jasa Mohd Ali akan dikenang oleh rakyat jika beliau seorang yang bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya. Jika beliau tidak meletakkan jawatan dan menunggu sehingga jawatannya dilucutkan saya pasti rakyat akan terus mencemuh dan tidak mengenang jasa beliau lagi.

Sebagai seorang ahli politik yang lama dan veteran beliau sepatutnya sedar bahawa seseorang pemimpin yang tidak berintegriti dan terlibat dengan rasuah serta salah laku mestilah meletakkan jawatan. Ini kerana jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN mestilah dipegang oleh seseorang yang bersih, telus dan berintegriti.

Akhir sekali saya menasihatkan Mohd Ali supaya sedar bahawa beliau akan mendapat malu yang tersangat besar jika jawatannya dilucutkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno yang baru iaitu Najib Razak. Lebih baik letakkan jawatan dulu sebelum mendapat aib.
Dalam media hari ini Ali menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan selagi Najib belum memberhentikan beliau.

PENANGAN BUTA BAHASA, ADAKAH SEBAB PPSMI?

Saya mendapat email ini dari seorang tetamu blog ini. Beliau menamakan dirinya lambalada bla bla. Celoteh beliau ini berkenaan bahasa.

APA PUNYA ALAT PENYIARAN (SEBARAN 'AM) PUNYA BLUNDER.MAIN REDAH AJE KE ???...SEKALI NI BOLEH BIKIN PROGRAM BAHARU LAH ... BERTAJUK "JOM REDAH" KA?...."JOM REMPOH" KA? ..... "JOM RODONG" KA?... APA2 AJE LAH!

Bukan apa .... ter pi tengok Berita TV9 (Selasa: pukul 8:00 mlm punya berita) - tak pernah2 tengok sebelum ni pun. Tau tau si pembaca berita buat laporan ada berita mayat seorang wanita dijumpai didalam bonet kereta ..... Mayat didalam BONET KERETA? Apa ini berita auta ka? berita palsu ka? atau berita lawak jenaka? atau berita saja suka2? Dalam pada itu ...

bila tertengok pulak channel tv1 .... berita yg bergerak (crawler) yg dok mengoet di bawah skrin tv tu ..... juga menyebut 'bonet' kereta.

Hah sudahhhhh! Aiseyman .... dua2 stesen tv sama 'sewaktu dgn nya' ... 2 x 5 = 5 x 2 gakkkkk. Tak pasti plak ngan lain2 stesen tv swasta yg sama sejenih gak nampak2 nya kot? BERITA BOHONG ke? BERITA BODOH? BANGANG? BENGAP? ke Apa?Bolehkah mayat manusia di masukkan kedalam bonet kereta (sebuah kereta jenis Proton Saga)?

AKAI ADAAAAA KA .... ??? APA? BONET DGN BOOT PUN TAK TAU KA? BONNET (yg dibahagian depan kereta yg menempatkan alat2an enjin (engine compartments) - (PINJAM DARI PERKATAAN INGGERIS) - diMelayukan jadi ejaan 'bonet'.

BOOT (terletak dibahagian belakang kereta untuk mengisi bagasi dan barang2 lain) - (ALSO DARI PERKATAAN INGGERIS) - diMelayukan - jadi ejaan 'but'. Itulah kita yg dikatakan Melayu ni ... pasai nak guna istilah Inggeris teramat sangat ... hingga main redah aje ... English educated lah konon. Ambil atau pinjam orang punya pandai ... TAPI nak guna ... DOK TAK TAU SITU LAH ...

Sampai mcm nampak TAK TAU NAK BEZAKAN ANTARA "BONNET" dgn "BOOT" [boot disini bukan maksud kasut plak? ianya kependekan dari motor term "CAR-BOOT". Nanti ingat 'kasut boot' plak ... mcm ramai Melayu2 (dulu) banyak dok pandai2 guna bahasa melayu campur omputih seperti ....'pintu gate', 'kapal boat', 'baju coat', 'seluar pantaloon' dll].

Yang dibawah ni pun berita nya pun bercelaru gak. Sat dia guna 'but' (bermaksud boot kereta) ... yg ayat dibawah lagi plak dia guna 'bonet' plak. Itulah depa semua tu dah jadi maha-confuse ... naik confuse ... apa? boot dgn bonet depa ingat sama kot? Jadi main hentam redah aje le ... janji dapat guna perkataan matsaleh ....

Contoh dibawah ini adalah keratan dari berita Utusan Online: PUN SAMA GAK 2 X 5 Mayat wanita berulat dalam but kereta

SERDANG 31 Mac - Mayat seorang wanita ditemui dalam but sebuah kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan berhampiran pusat beli-belah South City Plaza di sini hari ini.Tubuh mangsa diikat pada tiga bahagian tubuhnya iaitu kaki, tengah dan dada sebelum dibalut dengan kain langsir.

Kehadiran mayat di kawasan tersebut hanya terbongkar kira-kira pukul 10.30 pagi ini apabila seorang pengawal keselamatan memeriksa but sebuah kereta jenis Proton Saga yang diletakkan di kawasan berkenaan sejak lebih seminggu lalu.

Tindakan tersebut diambil setelah pengawal keselamatan tersebut menerima rungutan berhubung bau busuk di kawasan itu daripada seorang tukang cuci.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, berdasarkan keadaan mayat yang berulat dan busuk itu, beliau yakin mangsa dibunuh lebih dari seminggu lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri itu dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis tidak membuka keseluruhan 'bungkusan' itu kerana keadaan mayat yang sudah teruk dan berulat.

"Jadi kita hantar mayat tersebut ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.Berdasarkan pemeriksaan awal, beliau berkata, kereta Proton Saga itu adalah milik seorang lelaki di Taman Connaught di Cheras dan polis kini sedang mengesan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, pengawal keselamatan terbabit, Riduan Dollah, 27, ketika ditemui berkata, dia bersama beberapa rakannya telah memeriksa kenderaan tersebut yang tersadai lebih seminggu itu.Katanya, sebaik membuka bonet itu, dia ternampak satu bungkusan yang dibalut dengan kain dan mengeluarkan bau busuk.

"Apabila ditolak dengan kayu, saya terkejut apabila ternampak kaki manusia," tambahnya yang kemudiannya bertindak segera menghubungi pihak polis.

Riduan berkata, pada awalnya dia menyangka bau busuk itu datang dari tempat pembuangan sampah atau loji kumbahan berhampiran."Tak sangka pula, rupa-rupanya itu bau mayat," ujarnya. Bila .... sebaik saja membuka bonet ... maka akan nampak bahagian enjin saja lah ....

JANGAN HANYA PANDAI GUNA ISTILAH INGGERIS AJE ...TAPI TAK PAHAM ...BIKIN JADI BAHAN KETAWA SAJA ... BIKIN MALU DIMATA DUNIA!

POLITIK BARU VS POLITIK LAMA

Politik Baru

1) Berjuang untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat. PAS FOR ALL, PR FOR ALL

2) Berjuang untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat

3) Berjuang untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah, adil, telus, saksama berlandaskan perlembagaan negara.

4) Berjuang untuk membentuk negara maju, mulia dan melahirkan rakyat yang merdeka, berakhlaq, kuat pegangan agama.

5) Membebaskan agensi kerajaan untuk bekerja secara professional tanpa konkongan dan kekangan.

dan lain-lain ............


Politik Lama

1) Berjuang untuk sesuatu bangsa sahaja. Contohnya Umno untuk Melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India.

2) Berjuang untuk mengkayakan pemimpin dan membiarkan rakyat semakin tertindas dan terhimpit dengan semua keperluan mesti dibayar seperti pendidikan, perubatan dan sebagainya. Tol naik, harga barang naik, bil naik semua naik. Rakyat tertindas pemimpin semakin kaya dengan projek-projek dan sebagainya.

3) Berjuang untuk nafsu sehingga rasuah menjadi perkara biasa dalam perniagaan, politik (Umno penuh dengan rasuah) dan pentadbiran. Rasuah bermula dari sekecil-kecil projek di kampung sehingga projek berbilion harganya. Pelbagai penyelewengan disorok dan dilindungi. Pemimpin tidak disiasat dan didakwa.

4) Rakyat diugut dan dibelenggu dengan akta-akta seperti ISA, OSA, Akta Polis, AUKU dan sebagainya. Media dikongkong dan tidak diberikan permit. Himpunan Aman rakyat diganggu dan dikacau dengan gas pemedih mata, water cannon dan lain-lain.

5) Agensi Kerajaan seperti Polis, SPR, SPRM dan sebagainya diperkudakan dan dikongkong dengan secara tidak professional dan tidak bertamadun.

NIZAR 'IKON' KEPADA POLITIK BARU MALAYSIA

Slogan 'PAS FOR ALL' atau PAS untuk semua, memang sangat sesuai dengan politik baru Malaysia yang sedang hangat dicanangkan sekarang.

Politik Baru tidak lagi memperjuangkan satu-satu bangsa, agama dan ideologi.

Politik Baru tidak menggunakan kaum, agama dan sentimen lain untuk meraih kuasa.

Politik Baru tidak didominasi oleh sesuatu kaum.

Politik Baru tidak memungkinkan ada kaum dan agama yang tertindas.

Politik Baru ini sangat sesuai dengan ISLAM yang sesuai untuk semua kaum, agama, bangsa dan zaman. Ianya tidak lapuk dek hujang dan kering dek panas.

Islam mengiktiraf semua bangsa untuk hidup aman damai, sejahtera dan adil. Islam tidak meminggirkan kaum bukan Islam. Ini dibuktikan semasa pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah Munawwarah apabila golongan Yahudi iaitu Bani Nadir, Qainuqak dan Quraizah boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad dengan piagam Madinahnya.

Lebih manis lagi Islam yang memerintah pada waktu itu walaupun penduduk Madinah majoritinya bukan Islam.

Dengan fakta di atas maka saya yakin POLITIK LAMA yang menjadi asas perjuangan BN iaitu berjuang untuk bangsa sudah ketinggalan zaman, lapuk atau outdated.

BN yang mana Umno berjuang untuk melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India sudah tidak relevan dan tidak lagi disokong oleh rakyat.

Fenomena ini dapat dilihat di Bukit Gantang di mana rakyat jelas menolak BN. Jika mereka hadir di dalam program BN pun hanya sekadar mengambil hati pemimpin BN.

Malah POLITIK LAMA BN iaitu ugut, janji manis, projek 'mee segera', pembangunan, memperkudakan agensi kerajaan dan sebagainya jelas sudah tidak laku dan ditertawakan oleh rakyat.

Dalam perkembangan POLITIK BARU ini saya melihat calon PR Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan IKON kepada POLITIK BARU ini. Bayangkan kemana sahaja beliau pergi Nizar sudah tentu akan disambut dengan meriah dan senyum tawa mesra dari rakyat yang berbilang kaum. Beliau juga amat disenangi rakyat dengan kebolehan beliau bercakap berbagai bahasa, boleh menjadi imam dan menyampaikan tazkirah dan juga terbukti mempunyai personaliti dan karisma yang diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Saya yakin pemilihan Nizar sebagai calon PR di Bukit Gantang ini merupakan TITIK TOLAK kepada POLITIK BARU Malaysia dan menguburkan POLITIK LAMA yang masih digunapakai.

31 March 2009

'HANDOVER' KUASA????

Apakah gambar ini menggambarkan bahawa Pak Lah sudah rasmi 'hand over' kuasa PM. ???

Gambar ini boleh ditafsirkan dengan 1000 cara dan gaya. Tafsiran yang boleh dibuat boleh menjurus kepada Islam, politik, kekeluargaan dan sebagainya.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat tafsiran sendiri. Saya yakin masing-masing ada tafsiran sendiri. Yang penting rujuklah kepada Islam dalam membuat tafsiran.

GAYA BAKAL WANITA NO 1 NEGARA, PALING BERPENGARUH DAN IBU MITHALI


Inilah gaya bakal wanita no 1 negara yang mungkin menjadi idola dan ikon kepada wanita negara kita.
Mungkin stail rambut, fesyen, cara bersalam (laga pipi), personaliti dan sebagainya akan menjadi tauladan kepada rakyat.
Beliau juga mungkin menjadi ibu mithali.













PRK BUKIT GANTANG : DEMOKRASI SEMAKIN MENGUNCUP

Menjelang 3 PRK 7 April ini demokrasi di Malaysia semakin menguncup. Terbaru setelah Harakah dan Suara Keadilan di gantung permitnya selama 3 bulan, Polis pula mengeluarkan arahan agar PR tidak menggunakan isu Altantuya dan "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."

Terbukti BN semakin kepanasan dan tertekan dengan kebangkitan rakyat yang jelas menolak BN seperti yang digambarkan pada hari penamaan calon di Bukit Gantang.

Oleh kerana gagal mengekang kemaraan PR yang semakin mendapat tempat di hati rakyat, BN menggunakan jentera kerajaan khusus pihak keselamatan untuk menghalang PR.

Selepas ini kemungkinan besar semakin banyak larangan dan kekangan yang akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan maupun pihak SPR sendiri.

Mungkin arahan tersebut akan dibuat dalam bentuk bertulis maupun dalam tindakan spontan seperti memberhentikan ceramah dan program PR.

PRK BUKIT GANTANG : DATANG BERAMA-RAMAI ZAMBRY DAN ISMAIL SAFIAN AKAN IMAMKAN SOLAT DAN BERI TAZKIRAH

Menteri Besar Kerajaan BN Perak, Zambry Kadir mendakwa beliau pun mampu menjadi Imam dan menyampaikan kuliah tafsir.

Semasa beliau memarahi DS Ir Nizar di Masjid Simpang baru-baru ini Zambry dengan angkuh berkata dalam nada suara yang keras dan marah, "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".

Pengakuan Zambry membuktikan bahawa beliau memang seorang yang berilmu dan mahir dalam menyampaikan tazkirah dan kuliah tafsir.

Malah barangkali calon BN, Ismail Safian(gambar) juga hebat dan mampu melakukan perkara yang sama.

Jadi saya mencadangkan kepada seluruh masjid dalam Parlimen Bukit Gantang supaya memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada Zambry dan Ismail untuk menyampaikan tazkirah dan kuliah tafsir.

Tajuk yang sesuai untuk dikuliahkan oleh Zambry dan Semail pada pandangan saya ialah Rasuah Haram Di sisi Islam, Aurat Wanita dalam Islam, Haid Dan Nifas, Sopan santun serta Derhaka kepada Allah lebih bahaya daripada derhaka kepada manusia.

Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Bukit Gantang supaya hadir untuk mendengar kuliah tersebut. Insya Allah Tuan Guru Zambry dan Tuan Guru Ismail akan dapat mendidik seluruh rakyat Bukit Gantang menjadi insan bertaqwa dan baik.

PRK BUKIT GANTANG : UMNO MAIN ISU PERKAUMAN, SILA BUAT LAPORAN POLIS!!

Seperti dijangka Umno menggunakan 3R sebagai senjata untuk memunahkan PAS/PR pada PRK kali ini.

Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royal (Raja) menjadi senjata mereka di samping projek 'mee segera', janji-janji manis, habuan dan politik wang yang sudah sebati dengan darah dan daging mereka.

Kempen BN seperti biasa di bantu oleh 'biro-biro' mereka yang patuh dan taat tanpa berbelah bagi seperti RTM, TV3, Utusan Meloya dan lain-lain.

Semalam beberapa maklumat terbaru diperolehi bahawa BN mula memperhebatkan kempen mereka mengaitkan isu perkauman bagi meraih simpati pengundi melayu terutama di kampung-kampung.

Antara isu yang dimainkan ialah Nizar adalah boneka DAP dan sentiasa tunduk dan patuh kepada DAP. Jika Nizar menang kata mereka, tidak mustahil negeri kita akan menjadi seperti Singapura tergadai kepada kaum Cina dan Cina akan menguasai negeri kita dan Melayu akan ditindas.

Terbukti ini merupakan isu perkauman sempit yang amat bahaya dimainkan oleh BN semata-mata ingin mendapatkan sokongan. Isu ini jelas akan menyebabkan hubungan rakyat berlainan agama dan keturunan iaitu Melayu dan Cina mungkin terjejas.

Saya mencadangkan seluruh rakyat Bukit Gantang supaya membuat laporan Polis terhadap tindakan BN yang jelas menghasut rakyat dengan isu perkauman (race) yang bahaya ini. Polis sila siasat sesiapa yang memainkan isu ini dan hadapkan mereka ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.

Menurut maklumat dalaman antara tukang-tukang kempen BN yang memainkan isu ini adalah hero tua pencen iaitu Jins Shamsuddin.

Gambar Hiasan : Trak dan Land Rover FRU di hadapan Martek yang jelas membazirkan duit rakyat.

UMNO AJAR CARA POLITIK BARU DI BUKIT GANTANG

Kempen PRK Bukit Gantang sedang rancak berlangsung. Tinggal 7 hari lagi pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menghukum calon dan parti yang mereka benci dan meluat.

Di pihak Umno yang dipimpin oleh pemimpin lama tetapi jawatan baru mereka masih belum berubah walaupun menyatakan bahawa Umno akan mengamalkan cara politik baru bersesuaian dengan pimpinan baru muka lama.

Namun dari pengamatan saya politik baru mereka adalah seperti di bawah :-

1) Pemimpin Umno bukan lagi tinggal di Tingkat 4 tetapi duduk sekali bersama orang No. 1. Ini lagi bahaya dari angkara budak Tingkat 4.

2) Menghalang tazkirah agama di Masjid.

3) Kembali amalkan politik suku agama suku. Politik tidak ada kena mengena dengan Islam.

4) Baling botol air kepada pemimpin PR sebagaimana yang dialami oleh YB Karpal Singh pada hari penamaan calon

5) Lemparkan kata-kata kesat, maki hamun dan sumpah seranah kepada pemimpin PR sebagaimana yang dikenakan kepada Ustaz Ahmad Awang Pesuruhjaya PAS Perak

6) Tiada projek segera semasa kempen Pilihanraya yang ada hanyalah projek 'mee segera'.

7) Membunuh media yang tidak sealiran dengan kerajaan serta menafikan hak membuat liputan kepada media-media tersebut.

...............dan lain-lain!!!!!!!!!!!!

Gambar : Projek 'mee segera' di Masjid Al Rahmaniah, Terong.

POLITIK BARU UMNO, POLITIK TIDAK ADA DALAM ISLAM

Bila membaca isu Nizar dituduh merampas mikrofon untuk menjadi Imam dan memberi tazkirah teringat saya bahawa akan kata-kata pemimpin Umno bahawa mereka ingin berubah dan amalkan politik cara baru.
Antaranya tiada lagi projek 'mee segera' sewaktu kempen dan lain-lain.

Namun saya kembali terfikir apakah benar Umno ingin berubah? Dalam isu Nizar rampas kuasa di Masjid Simpang ternyata Umno tidak mahu berubah dan kalau berubah pun berubah kepada sifat yang lebih buruk dan tidak bertamadun.
Bayangkan bagaimana seorang ahli Umno boleh bangun dalam masjid bercakap dengan suara nyaring bahawa Nizar berpolitik dalam masjid hanya kerana ingin mentafsirkan ayat 'Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan Jangan Berpecah Belah, Dan ingat Nikmat Allah kepada Kamu .......hingga akhir".
Apakah mentafsir ayat tersebut dan mengimami solat maghrib dituduh berpolitik dalam masjid. Ternyata pemimpin Umno masih jumud dan kolot sehingga kembali menganuti 'aqidah' bahawa seolah-olah politik tidak ada kena mengena dengan Islam.
Datuk Seri Nizar semalam menjelaskan bahawa beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini
Saya yakin jika YB Nizar memberikan tazkirah pada malam tersebut beliau tidak akan menyebut 'undilah saya', 'undilah PAS' dan sebagainya. Bahkan ayat tersebut menyeru umat Islam supaya berpegang teguh dengan Tali Allah, agama Allah dalam segenap hal kehidupan dan juga menyeru semua orang Islam supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah.
Terbukti politik baru yang ingin di bawa oleh pemimpin baru Umno adalah seperti berikut :-
1) Politik ugut - ugut Imam, ugut makmum, ugut rakyat dan sebagainya
2) Memisahkan politik dengan Islam
3) Takut kepada PAS dan pemimpin PAS yang mahir dalam ilmu agama dan berupaya memberikan tazkirah di masjid dan surau
4) Jauhkan rakyat dengan ilmu agama
dan sebagainya ................saya yakin jika ini yang dikatakan politik baru maka tunggulah saat kehancuran Umno ....!!!!!!!!!!!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter