RAKYAT AKAN HUKUM BN DENGAN KEMASUKAN MAHATHIR DALAM UMNO

Mahathir dan Hasmah masuk semula menyertai Umno hari ini. Ianya memang sesuatu yang dijangkakan kerana beliau sendiri menyatakan akan masuk semula Umno bila Pak Lah tidak menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat akan mengingati semula ungkapan Mahazalim, Maha Firaun dan sebagainya sebaik sahaja Mahathir menyertai Umno dan akan memainkan peranan dalam kerajaan Najib. Ternyata POLITIK LAMA Umno akan kembali segar dengan kemasukan orang lama Umno (Dr M) yang pernah dicerca rakyat lantaran kekejaman beliau kepada Anwar.
Najib sebenarnya tersilap langkah dengan menerima Mahathir dengan mudah untuk masuk semula menyertai Umno. Dengan membiarkan Mahathir masuk Umno, ini tidak secara langsung menunjukkan bahawa Najib redha dan gembira dengan tindakan Mahathir yang memerintah selama 20 tahun dengan pelbagai masalah dan kezaliman dilakukan oleh beliau.
Rakyat tidak akan lupa dengan peristiwa memali, Anwar di fitnah, penggunaan ISA secara wewenang, kronisme sehingga anak Mahathir menjadi pengerusi di rastusan syarikat dan sebagainya.
Saya reformasi 1998/1999 akan dikenang semula dan rakyat akan bangkit menumbangkan BN di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.

Comments

Anonymous said…
Silalah datang berkempen dalam PRK di Bulit Selambau dan Bukit Gantang wahai DR M. Sekarang rakyat akan berpeluang untuk mendengar perdebatan hebat secara terbuka antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi Awang , Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng. Siapa yang lebih hebat.
Apakah rakyat akan mampu menerima kegemilangan prinsip kezaliman dan penyelewengan wang rakyat semasa Dr Mahathir dulu.
Sesungguhnya kekejaman ini tidak akan mudah dilupakan oleh mangsa-mangsa yang masih hidup. Lawan Tetap Lawan.
Semoga kesedaran rakyat akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.
Anonymous said…
Selamat kembali Tun Mahathir ke dalam parti kesayangan Tun. Rasa-rasanya tanpa Tun selama setahun kedudukan kekuasaan UMNO nampak lemah. Tewas di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mungkin menyedihkan Tun. Tun Abdullah yang menyekat pengaruh pemikiran Tun pun dah pencen sekarang. Najib yang Tun pilih awal-awal sebagai PM ke-6 pun dah menjadi PM. Tahniah atas semangat Tun.
Sekarang ni BN berjuang di 3 PRK. Cuma jangan tak jenguk dan bantu jentera BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang ye. Rakyat sekelian alam rindu nak tengok Tun turun berkempen. Maklumlah Tun seorang PM yang dihormati rakyat. Sarawak tu biarlah, pandaipandailah pemimpin parti paling lama di Malaysia ( Taib Mahmud ) menguruskannya.
Sekiranya Tun ke Bukit Selambau pastinya Tun akan bersedih melihat perancangan yang dilakukan oleh kerajaan PAS yang tidak membela nasib rakyat. Pemimpin agama mana pandai perintah negeri. Kedaifan rakyat di Bukit Selambau memang menunggu Tun untuk menaikkan semangat mereka. Maka bersedialah Tun untuk menjawab kepada rakyat tentang kemunduran Bukit Selambau yang setanah dengan tanah tumpah darah Tun sendiri.
Tun seharusnya menyatakan kepada mereka kenapa PAS tidak mampu membangunkan kawasan tersebut sedangkan mereka merupakan pemerintah Kedah.
Jangan lupa juga Tun beritahu mereka bahawa 21 tyahun pemerintahan Tun sebagai PM masih tidak terpandang dan termampu untuk membangunkan kawasan di negeri Kedah ini walaupun Tun orang Kedah. Selama 21 tahun itu kenapa Tun tak nampak rakyat yang dibelengu kemiskinan di Bukit Selambau ini. Tolonglah Tun menjelaskan kepada mereka sebelum pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin PR mendedahkan bahawa kemunduran kawasan Bukit Selambau yang selama ini diwakili dan diperintah oleh BN adalah kerana kebijaksanaan BN dan dasar semasa Tun menjadi PM dulu. Turun jangan tak turun Tun. Nasib dan semangat rakyat di Bukit Selambau memerlukan penerangan Tun.

Setelah memberi bantuan kepada BN di Bukit Selambau jangan lupa pula Tun merobohkan kubu PAS di Bukit Gantang. Calon PAS di Bukit Gantang tu adalah bekas MB Perak yang telah dilabelkan BN sebagai penderhaka kepada Sultan Perak. Kerajaan PR sebelum ni adalah kerajaan yang tidak menghormati kuasa Sultan Melayu. Masalahnya calon BN tu tak berapa hebatlah Tun. Jentera BN di Bukit Gantang sekarang tertekan dan kurang semangat. Sekiranya Tun turun membantu mereka pastinya mereka akan bersemangat untuk bekerja lebih keras lagi.
Sesungguhnya rakyat Bukit Gantang mahu Tun terangkan mengapa Tun dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menggubalkan undang-undang untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu semasa Tun memerintah dulu. Beritahu kepada rakyat dan generasi baru di Bukit Gantang bahawa Nizar sepatutnya jangan menderhaka kepada Sultan. Hak menderhaka itu hanya TUN dan pimpinan UMNO yang dapat. Cuba berutahu DS Nizar dan PR bagaimana cara melawan Sultan dan Raja-Raja Melayu tu. Lihatlah contoh BN di Terengganu yang boleh marah dan menyumpah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu perlantikan MB yang baru selepas PRU ke-13 dulu. Mana ada tindakan Tun dan UMNO Terengganu itu dikatakan menderhaka dan menghina kedaulatan Raja-raja Melayu dan Agong. Semuanya kerana membela hak dan kuasa rakyat. Ajarlah rakyat Bukit Gantang tu macam mana nak lawan Sultan Perak nanti.
Sesungguhnya DS Nizar mungkin akan hormat kepada panduan dan pandangan yang akan dinyatakan Tun kepada rakyat nanti.
Semoga pemikiran rakyat akan terbuka dan akan memnuat pilihan yang tidak akan dipertikaikan oleh BN nanti. Rakyat dan Pakatan Rakyat sedang menunggu Tun dengan penuh semangat perjuangan.