Kontroversi dan masalah yang membelenggu bakal Perdana Menteri masih belum dirungkaikan oleh Najib Razak sendiri. Sehingga kini rakyat jelas tidak menerima dan merestui penjelasan Najib tentang beberapa isu besar yang berkait dengan jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan skandal tertentu.
Najib hanya diam seribu bahasa, hanya sesekali memberikan komen terhadap isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim. Selagi Najib tidak dapat menyakinkan rakyat yang beliau sebenarnya bersih, berintegriti dan sebagainya, selagi itulah beliau tidak akan mendapat RESTU SEPENUHNYA dari rakyat.
Jika Najib ingin menjadi seorang negarawan seperti ayahnya beliau mestilah berani menghadapi kenyataan dan sanggup berdepan dengan rakyat di mana sahaja. Selain itu semua kes yang didakwa kaitan dengan beliau mestilah diadili dengan secara professional. Selagi ada beberapa perkara yang menimbulkan kontroversi selagi itulah rakyat akan ingat sampai bila-bila. Antaranya isu C4, kapal selam dan sebagainya. Najib mesti tampil secara ikhlas dan berani untuk membersihkan dirinya. Rakyat terus menerus menuduh beliau terlibat kerana sehingga kini jawapannya penuh dengan kontroversi dan tandatanya.
Oleh kerana itulah rakyat masih merayu Ke Bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menitahkan Pak Lah meneruskan tugasannya sehingga Najib dibersihkan dari dakwaan tersebut.
Jika tidak rakyat akan menghukum Najib pada 7 April ini. Ianya sudah tentu akan memalukan Najib dan BN sendiri.
Comments