.

.

14 December 2013

SYIAH : ZAHID SURUH JAMIL KHIR ....JAMIL KHIR KATA NEGERI YANG ADA KUASA .....

Zahid Hamidi minta Menteri Agama, Jamil Khir ambil tindakan terhadap Syiah. Jamil Khir pula 'taici' dengan berkata Majlis Agam Islam Negeri yang ada kuasa untuk menangani isu ini. Hebat betul kamu semua ya.....
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (Main).
Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Main, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Main.
"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak)  yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.
"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Main masing-masing," katanya.
TMI

SAH MOHD SABU SYIAH ....SILA AMBIL TINDAKAN!!!!


Kalau benar Mohd Sabu syiah sila ambil tindakan sekarang juga. Jangan berdalih-dalih lagi. Atau kamu ada agenda lain untuk mensensasikan isu ini dan menutup isu lain yang menekan rakyat sekarang.

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak."Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.


Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~tmi

12 December 2013

RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENGANUT MAZHAB ORANG JEPUN???

Kalau kita ikut kenyataan KDN bahawa kagum pada Khomeinei jadi Syiah maka sudah tentu ramai rakyat Malaysia juga menganut agama atau fahaman sama dengan orang Jepun. 

Orang paling utama kagum dengan Jepun ialah Dr Mahathir. Apakah Dr Mahathir menganut fahaman sama dengan orang Jepun????.

Dangkal dan lemah sungguh hujah dan fakta KDN dalam menfaitkan Mohd Sabu dengan Syiah. .......membodohkan diri sendiri....!!!!!

BONGKARKAN MASALAH BERIKAN JALAN PENYELESAIAN

PAS konsisten membongkar masalah negara antaranya isu keselamatan, rasuah, penyelewengan, kenaikan tarif dan harga barang, demokrasi tempang, hutang negara, diskriminasi dan sebagainya.

Pembongkaran isu-isu ini sehingga sekarang seolah-olah tidak memberi kesan kepada rakyat. Mereka tidak melihat isu dan penyelewengan sebagai isu besar atau mungkin mereka tidak percaya dengan semua isu yang dibongkar oleh PAS. Laporan tahunan Ketua Audit Negara pun tidak memberi kesan walaupun berbagai ketirisan dan penyelewengan dilaporkan.

Sebagai tambahan kepada pembongkaran isu-isu ini saya ingin mencadangkan supaya PAS menyatakan jalan penyelesaian kepada isu yang berbangkit. Berikan jalan penyelesaian yang praktikal dan boleh dicapai supaya rakyat melihat PAS adalah penyelesai masalah bukan hanya pandai mencari salah.

Tekankan tentang jalan penyelesaian lebih utama dari membongkar keburukan dan penyelewengan. Umno sebenarnya berjaya menanamkan dalam minda rakyat bahawa PAS hanya pandai mencari kesalahan orang sahaja tanpa ada penyelesaian.

PAS mesti memikirkan perkara ini dengan serius ......

PAS MESTI KETUAI BANTAHAN KENAIKAN TARIF DAN HARGA BARANG

PAS mesti mengetuai bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik dan kenaikan harga barang. Ini penting bagi menggambarkan bahawa PAS sentiasa di hsdapan dalam isu-isu rakyat.

Sebagai sebuah parti massa kita jangan menjadi pengikut atau menjadi ekor sahaja.

Isu kenaikan tarif dan harga barang ini adalah isu besar yang mesti ditangani dengan segera. PAS boleh mengadakan roadshow, kempen tandatangan, seminar, forum, handout dan sebagainya.

Seluruh entiti PAS dari peringkat pusat hingga ke cawangan mesti bergerakkan untuk menjayakan bantahan ini.

Mungkin himpunan aman juga boleh di buat utk menunjukkan bahawa rakyat memang terkesan dan menderita dengan isu ini.

10 December 2013

JANGAN DOLAK-DALIK TANGKAP SAHAJA PENGIKUT SYIAH - TOK GURU NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bangkit menempelak pihak yang menyerang Syiah dengan berkata: "Jika Syiah menipu, nasional sekular apa kurangnya."
Nik Aziz berkata:"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.
"Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," sindir Nik Aziz.
Beliau juga mencabar pihak berkuasa supaya melakukan tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik jika mahu membanteras Syiah.
"Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tanpa menamakan sesiapa Nik Aziz dipercayai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangkap “orang nombor dua PAS” atas dakwaan syiah.
Ketika dikatakan orang nombor dua PAS itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Zahid berkata, beliau tidak pernah menyebut nama Mohamad Sabu.
Nik Aziz berkata, beliau terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah dan menyatakan ciri utama Syiah ialah menipu.
"Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
“Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad dan ciri akidah mereka ada ditulis dan diterangkan oleh ulama Sunnah dalam banyak penulisan.
Sehubungan itu, katanya, ulama berperanan untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
Nik Aziz berkata, beliau menyokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini tetapi meletakkan alasan membanteras Syiah supaya umat Islam tidak berpecah menunjukkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.
"Justeru, janganlah mendabik dada diri sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah.
"Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan," katanya. – 10 Disember, 2013.

themalaysianinsider

09 December 2013

MAT SABU SYIAH : ZAHID DAH KECUT PERUT

Naib presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

pas muktamar 231113 mat sabu“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.

Mohamad, yang menafikan mengamalkan fahaman Syiah, semalam berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Atas dakwaan tersebut.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Nampak jelas Zahid tak mula takut ............takut kena saman.

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH : UMNO SELALU KETINGGALAN DI BELAKANG


Umno selalu tertinggal keretapi. Dalam hal cuti bersalin, kerja 5 hari dan lain-lain Umno yang mengetuai kerajaan lambat melaksanakannya. Setelah lama ianya diamalkan di Kelantan baru mereka sedar baiknya dasar tersebut.


Terbaru Umno begitu lantang untuk meletakkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai teras aqidah kepada ahlinya. Mereka baru sedar ........sedangkan PAS sudah lama meletakkan ASWJ sebagai teras kepada aqidah perjuangan PAS.


Kenyataan ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang menyatakan bahawa PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

MUSIBAH BANJIR : SABARLAH WAHAI SAHABAT-SAHABATKU

Pemandangan sebegini sentiasa kita lihat selepas musibah banjir melanda.

Banyak barang-barang perabot, tilam dan barangan lain terpaksa dibuang.

Selepas banjir melanda, kita juga dapati seringkali penyakit berjangkit melanda disebabkan air kotor dan kuman yang merebak melalui air banjir.

Kepada semua sahabat bersabarlah dengan musibah ini semoga dengan kesabaran ini akan Allah gantikan dengan keampunan dan rezeki yang berlipatganda.

Kepada kalian yang tidak dilanda musibah ini bantulah sahabat-sahabat kita ini sekadar termampu dengan tenaga, harta benda, wang ringgit dan sekurang-kurangnya doa. AMIN.

HANYA UMNO TEMPAT BERGANTUNG .........BUKANKAH HANYA ALLAH TEMPAT KITA BERGANTUNG?

Macamana dengan ucapan sebegini. Apakah salah atau tidak salah. Harap JAKIM dapat beri pandangan.

Kepada pemimpin berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan. Tidak kira siapa kita apa yang penting ucapan dan pandangan kita mestilah cermat, berhati-hati supaya ianya tidak mengelirukan orang ramai.

Kepada Ulama' dan Mr Penasihat janganlah takut untuk memberi nasihat ..............

08 December 2013

TAHNIAH SAHRIZAT BERMALAM DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Ini gambar Shahrizat bermalam di Pusat Pemindahan Banjir di Dungun. Tahniah Shahrizat.

Mana pemimpin politik kerajaan sehebat Shahrizat ........

MESIR : PEJUANG MUSLIMAT AKHIRNYA DIBEBASKAN

Alhamdulillah...Mahkamah Rayuan Iskandariah akhirnya membebaskan para mahasiswi gerakan “7 Pagi”, Sabtu (7/12/2013) semalam. Perintah bebas itu diberikan terhadap 14 mahasiswi yang telah cukup umur yang sebelumnya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun 1 bulan.

Sedangkan tujuh mahasiswi yang belum cukup umur, yang sebelumnya ditempatkan di lembaga rehabilitasi sosial juga dibebaskan dengan masa percobaan 3 bulan dengan kewajiban melapor diri setiap bulan disertai keterangan seorang ahli sosial.

Sedangkan para mahasiswi yang dibebaskan menyatakan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi menuntut tumbangnya penguasa kudeta. Pengalaman ditangkap, ditahan, dan dijatuhi penjara 11 tahun tidak akan membuat mereka takut dan menghentikan aksi. Bahkan pengalaman ini akan menambah mereka lebih bersemangat.

~ Sumber : Dakwatuna

ROSMAH PATUT DILANTIK SEBAGAI MENTERI TUGAS=TUGAS KHAS, MENTERI LAIN TAK PANDAI BUAT KERJA

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin mencadangkan agar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik menjadi Menteri Tugas-tugas Khas.

Menurut beliau, Rosmah ternyata lebih berkesan berbanding dengan beberapa menteri yang sedia ada bagi tujuan membantu negara dalam situasi-situasi tertentu.

“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman, kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

“Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin, kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan,” katanya dalam sebuah artikel blognya, The Scribe.

Katanya dengan cara itu, menteri-menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik boleh digugurkan serta, justeru menjimatkan perbelanjaan negara dengan megurangkan bilangan kementerian.

Kata beliau, meskipun pilihan raya telah berlalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh melantik Rosmah sebagai senator dan seterusnya menteri.

Kadir menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan agar isteri Najib itu dibawa ke arena politik untuk dijadikan menteri.

Beliau juga tidak menolak jika suatu hari nanti Rosmah dilantik menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat.

“Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi belia ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” kata Kadir.

Bekas wartawan veteran itu dalam artikelnya mengulas tentang kenyataan Najib yang baru-baru ini yang merakamkan penghargaan kepada Rosmah yang disifatkan turut memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia.

Najib dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, memberikan dua contoh sumbangan yang diberikan oleh Rosmah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, pada program Flotila dua tahun lepas, salah seorang pelajar Malaysia telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai perisik.

Najib kemudiannya meminta Rosmah memohon bantuan kepada isteri Hosni Mubarak, yang berkuasa pada ketika itu dan dalam masa dua jam, pelajar tersebut telah dibebaskan.

Tambah Najib lagi, sewaktu Ops Piramid, ketika hendak mebawa pulang pelajar Malaysia menaiki pesawat Charlie, melalui Jeddah, pelajar-pelajar itu telah dibenarkan terbang tanpa visa disebabkan hubungan baik dengan keluarga DiRaja Saudi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gugurkan-menteri-yang-tak-berkesan-gantikan-dengan-rosmah-a-kadir-jasin-26668?cp

HUTANG HAMPIR 1 BILION, REZAB MAKIN SUSUT ......PATUTKAH RENOVATE PEJABAT RM1.25 JUTA???

Hutang negeri sudah hampir RM1 bilion.
Rezab negeri tinggal RM10 juta.

Tetapi masih mahu ubahsuai pejabat dengan belanja RM2.45 juta ........

APA PANDANGAN ANDA TENTANG ORANG BARU INI?????

SIAPA INI? MACAM KENAL JE


ADA TAK PM ATAU PRESIDEN NEGARA LAIN CERITA JASA2 ISTERI??

Ada sebuah negara namanya antah berantah yang tiba2 sahaja menteri perdana nya memuji isteri sendiri .........

Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas Umno ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.
Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.

SONGLAP BANTUAN BANJIR : SPRM MESTI SERBU PUSAT PEMINDAHAN BANJIR????

Adakah perlu SPRM serbu pusat pemindahan banjir sbb dah ada rungutan, barang sampai di pusat pemindahan banyak tetapi di masukkan dlm stor balairaya dengan alasan stanby utk gelombang kedua... makanan dicatu menyebabkan mangsa masih kelaparan. 

Hakikatnya berdasarkan kisah mangsa yg lepas lepas, bila banjir surut, barang itu dibiarkan luput tarikh dlm stor atau difaraid oleh dua tiga kerat sesama mereka yg tak bertanggung jawab selepas musim banjir atau lebih ganas lagi barang itu dijual borong secara pukal ke kedai runcit tertentu.

FB Suhaimi Saad

Berita yg disembunyikan media pencacai


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter