AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH : UMNO SELALU KETINGGALAN DI BELAKANG


Umno selalu tertinggal keretapi. Dalam hal cuti bersalin, kerja 5 hari dan lain-lain Umno yang mengetuai kerajaan lambat melaksanakannya. Setelah lama ianya diamalkan di Kelantan baru mereka sedar baiknya dasar tersebut.


Terbaru Umno begitu lantang untuk meletakkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai teras aqidah kepada ahlinya. Mereka baru sedar ........sedangkan PAS sudah lama meletakkan ASWJ sebagai teras kepada aqidah perjuangan PAS.


Kenyataan ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang menyatakan bahawa PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

Comments