.

.

13 February 2009

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU ~ Ref Malaysiakini

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????
Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno pada 24 hingga 28 Mac.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.
Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih teruk dan jijik dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.

Nizar vs Zambry legal battle begins

Pakatan Rakyat leader Mohd Nizar Jamaluddin today filed his suit to challenge the appointment of the new Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir.

He filed the documents at the High Court's Special Powers and Appellate division at 11.35am, accompanied by his lawyer Leong Cheok Keng.

Some 300 people, including opposition politicians and supporters, had gathered outside the Jalan Duta court complex in Kuala Lumpur to express support.

There was also a large media presence and a sprinkling of uniformed cops at the scene.
Nizar arrived at the court complex at 11.20am accompanied by Perak DAP heavyweights Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming.

Supporters applauded and cheered when the trio arrived.

They shouted Hidup Rakyat three times.

Seek judicial review

Nizar filed an application to seek a judicial review and declarations including that he is still the menteri besar. He named BN Menteri Besar Zambry Abdul Kadir as the respondent.Nizar is also seeking an interpretation of the Perak state constitution whether the MB's post can be vacated in what conditions:

(i) the menteri besar had advised the ruler on the dissolution of the state legislative assembly

(ii) there is no dissolution of the assembly

(iii) there was no motion of confidence performed against him at the state legislative assembly

(iv) there was no resignation made by him.

In his application, Nizar said the writ is quo warranto (by what warrant) on Zambry to show cause under which authority that the BN-designate menteri besar can be the legitimate menteri besar.

Nizar is also seeking a declaration that Zambry had no right to be the menteri besar at any material time.He is also seeking an injunction to prevent Zambry or his agents from continuing his task and roles as the menteri besar.

Nizar is also seeking punitive, aggravated and exemplary damages be paid on him. He is also seeking cost of the action.The ousted MB also submitted an affidavit of support in his application where he claimed that he was the rightful menteri besar appointed on March 17, 2008.

He was made to understand that Zambry was appointed as the menteri besar on February 6, 2009.At all material times, there was no vote of no confidence made against him at the Perak legislative assembly and that he had never agreed to resign or was expelled as the menteri besar.Nizar claimed he had applied to dissolve the assembly and call for snap elections to resolve the deadlock in the administration of Perak.

However, his request was not entertained.In that situation, he claimed that he is still the legitimate menteri besar of Perak.However, Nizar claimed that he was prevented to do his job as the menteri besar and was even ushered out of the Menteri Besar's office.
Hence, he is making a representation to all Malaysians that he is the legitimate Perak menteri besar in order not to confuse the people.Nizar also claimed that Zambry's actions was illegal and unconstitutional in wresting the MB's post from him and taking the responsibility, function and role of the leader of the state executive.The ousted MB also claimed Zambry did not have the basis, power or authority to hold the post under the Perak Constitution.While filing the application with Leong, Nizar was seen shaking hands and asking about the welfare of the court staff.

Speaker's affidavit

In his supporting affidavit and that of the state, Speaker V Sivakumar stated that Pakatan Rakyat formed the government after the opposition coalition won the March 8 general election where PAS won six, PKR seven and DAP 18 state seats.

Nizar was appointed menteri besar and Sivakumar the speaker.Sivakumar in his affidavit said the problem started when Changkat Jering and Behrang assemblyperson Mohd Osman Jailu and Jamaluddin Mohd Radzi resigned on Jan 30, 2009, and he declared the two seats vacant.He informed the Election Commission to have by-elections for the two seats.

On Feb 3, he also received the resignation of Jelapang assemblyperson Hee Yit Foong and declared the seat vacant.Hence, the position now is that Pakatan Rakyat and BN has an equivalent 28 state seats with no one having a majority.
Sivakumar also verified there was no vote of no confidence against Nizar.Nizar in his affidavit said there is no remedy to resolve the matter and hence, he had to take the court action.Claiming that he had a strong case, he felt the application is not vexation, and not abusive of the court process and that he filed the application out of public interest.

Malaysiakini

Foto : Malaysiainsider

PRK KEDUA-DUA BUKIT AKAN DIADAKAN PADA 7 APRIL, PENAMAAN PADA 29 MAC ~ Ref Malaysiakini

SPR mengumumkan bahawa PRK untuk kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diadakan pada 7 April dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 29 Mac.
Ramalan saya bahawa PRK ini akan diadakan sebelum atau selepas perhimpunan Agung Umno menjadi kenyataan.
Ini bermakna PRK ini menjadi ujian seterusnya kepada Najib. Malah kali ini ujiannya lebih hebat kerana pada tarikh tersebut Najib sudah menjadi Perdana Menteri dan kemungkinan besar Timbalan Perdana Menteri baru juga telah dilantik.
Insya Allah rakyat akan mengajar Najib atau lebih dikenali sebagai Najis pada kedua-dua PRK ini. Ramai pemerhari melihat SPR sengaja melewat-lewatkan tarikh PRK ini bagi memberi peluang kepada BN untuk memperkemaskan jenteranya serta memberi mereka peluang menjawab semua isu yang berlaku sekarang.
Selain itu PRK yang lewat ini juga mungkin akan menyebabkan kemarahan rakyat kepada BN semakin kendur kerana isu yang berlaku hari ini sudah sejuk.
Maka PR mempunyai tanggungjawab untuk meng'evergreen'kan isu ini supaya ianya terus menjadi duri dalam daging kepada Umno/BN. Kita juga mengharapkan rakyat supaya tidak mudah lupa dengan kejahatan dan kezaliman BN yang tidak berkesudahan ini.
Pengerusi SPR, Aziz Yusof mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di Putra Jaya pagi ini.

BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA CARI CALON SESUAI ~ Ref Malaysiakini

BN mula merasa bahang panas untuk menghadapi PAS pada PRK Bukit Gantang. Ini kerana BN tidak mempunyai calon yang sesuai di kalangan anak tempatan.
Siang-siang lagi Umno Bahagian Bukit Gantang sudah memberi amaran supaya kepimpinan Umno memilih calon anak tempatan. Malangnya tiada anak tempatan yang hebat, berkarisma, berpengalaman dan baik untuk menentang calon PAS yang sudah tentu hebat.
2 nama disebut-sebut akan dicalonkan iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Kamarulai Suleiman dan Calon Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim. Malangnya Kamilia bukanlah anak tempatan beliau sekadar mempunyai saudara di Bukit Gantang.
Kamarulai pula bukanlah calon terbaik kerana pengalaman dan kelulusan beliau tidaklah setinggi mana.
PAS pula tidak ketandusan calon kerana ramai bakal calon yang hebat-hebat di persada nasional dan antarabangsa berasal dari Bukit Gantang. Malah mereka ini sering pulang ke kampung untuk menangani dan menyelami permasalahan orang kampung.
Antara calon yang sangat berpotensi adalah pasangan adik beradik anak kepada Tuan Guru Hj Ahmad Sungai Petai iaitu Ustaz Idris Haji Ahmad dan Prof Madya Hj Salleh Hj Ahmad. Kedua-duanya berkelulusan Sarjana (Masters) dalam bidang agama.
Ustaz Idris adalah AJK PAS Pusat, Bekas Pensyarah Kanan UiTM serta juga bekas pimpinan gerakan pelajar era 80-an. Beliau pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang dan pernah bertanding pada pilihanraya kecil DUN Changkat Jering selepas kematian ADUN BN Datuk Razlan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Selain itu beliau juga seorang yang petah berpidato.
Abang Ustaz Idris iaitu Prof Madya Hj Salleh Hj Ahmad merupakan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Berpengalaman luas dalam pentadbiran semasa beliau menjadi Pensyarah di sebuah IPTA sehingga beliau bersara. Seorang ilmuan yang sangat disegani di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Sering menjadi pakar rujuk dalam bidang agama.
Ustaz Idris dan Prof Madya mempunyai saudara mara yang ramai serta sebahagian besar penduduk Bukit Gantang berguru dengan ayahanda mereka Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai.
Seorang lagi bakal calon yang berpotensi ialah anak jati Kampung Changkat Ibol, Bukit Gantang iaitu Idris Zakaria. Berumur 38 tahun, seorang ahli Farmasi berkelulusan Ijazah Farmasi dari USM. Beliau merupakan pimpinan pemuda di peringkat kawasan. Pernah bertanding pada PRU 2004 di DUN Trong. Cukup disegani oleh masyarakat kampung. Idris juga merupakan pimpinan gerakan pelajar di era 90-an. Keluarga beliau juga ramai di Bukit Gantang.
Tidak syak lagi BN bakal berhadapan dengan situasi yang sukar dengan kehebatan bakal calon-calon PAS yang saya nyatakan di atas. Namun begitu harus diingat bahawa ramai lagi calon yang hebat yang boleh diketengahkan oleh PAS seperti yang berlaku di Kuala Terengganu tempohari di mana PAS mengemukakan calon di luar jangkaan dan menang besar.

TARIKH PRK BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU AWAL MAC? ~ Ref Malaysiakini

SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian untuk kedua-dua PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau hari ini.

Namun begitu belum dapat dipastikan samada PRK Bukit Selambau akan diadakan atau sebaliknya. Ini kerana SPR sejak-sejak akhir ini sudah bertukar fungsi dari sebuah suruhanjaya yang bertindak mengendalikan pilihanraya kepada suruhanjaya yang berperanan mengkaji kesahihan surat perletakan jawatan wakil rakyat.

Peranan itu mula SPR mainkan ketika isu perletakan jawatan 3 ADUN PR iaitu ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. SPR mencabar keputusan Speaker DUN Perak sehingga tiada PRK dijalankan untuk ketiga-tiga DUN tersebut.
Tindakan SPR ini amat memalukan dan disifatkan mencabul undang-undang dan perlembagaan. Malah ada yang mendakwa SPR menghina Yang Dipertuan Agong. Ada pihak yang menukarkan nama SPR kepada STMPR - Suruhanjaya Tidak Mahu Pilihanraya.

Sementara itu ramai pihak meramalkan PRK Bukit Gantang akan diadakan selepas atau sebelum Perhimpunan Agung Umno bagi memberikan peluang kepada Pemimpin Umno turun habis-habisan di Bukit Gantang.

TERKINI : NIZAR SAMAN ZAMBRY DI MAHKAMAH TINGGI KL JAM 11 PAGI ~ Ref Malaysiakini

Terkini : Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 11.20 pagi tadi diiringi oleh 2 Exco Kerajaan Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Kira-kira 300 penyokong PR berhimpun di luar mahkamah. Polis berpakaian biasa juga turut kelihatan di kawasan mahkamah tersebut.
Sebaik sahaja Nizar dan rombongannya tiba para penyokong PR melaungkan kata-kata semangat kepada mereka. Antaranya mereka melaungkan 'ALLAHU AKHBAR' DAN 'HIDUP RAKYAT' bergema di perkarangan komplek mahkamah tersebut.
Nizar memfailkan saman terhadap Menteri Besar 'celup' Zambry Abdul Kader di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut.
Dalam samannya Nizar memohon mahkamah supaya membatalkan kesahihan kerajaan BN Perak dan membuat pengisytaharan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah.
Sekumpulan Peguam dilihat mewakili Nizar memfailkan saman tersebut.
Kerajaan HARAM BN Perak telah mengangkat sumpah minggu lepas di mana ADUN Pangkor, Zambry Abdul Kader dilantik menjadi Menteri Besar 'Celup'.
Berita lanjut menyusul.

PETUNJUK JELAS UNTUK KERAJAAN HARAM PERAK SUPAYA BERUNDUR ~ Ref Malaysiakini

Jika BN dan Istana Perak ragu dengan sentimen negatif rakyat negeri Perak terhadap pembentukan kerajaan HARAM negeri Perak, di sini dinukilkan 'message' dari rakyat : Tiada lagi keraguan.

Suatu kajiselidik terhadap pengundi berdaftar di Perak telah dilakukan pada 8 Feb dengan hasilnya menunjukkan bahawa :-
74 % responden mahu DUN seharusnya DIBUBARKAN selepas 3 ADUN PR melompat parti.

76 % responden mahu rakyat DIBERI PELUANG untuk memilih kerajaan yang mereka sukai melalui pilihanraya

62 % responden berpendapat tindakan Istana membuat keputusan menubuhkan kerajaan baru bererti hasrat RAKYAT TIDAK DIHORMATI.

66 % responden TIDAK BERSETUJU dengan pembentukan kerajaan melalui cara lompat parti oleh ADUN terbabit

59 % respondent berpendapat krisis politik di Perak menyebabkan BN KEHILANGAN SOKONGAN rakyat.

Kajiselidik yang dibuat oleh Merdeka Centre mencadangkan supaya Zambry Abdul Kadir dan BN boleh menduduki kerajaan negeri tetapi MAJORITI dari mereka mungkin tidak bersetuju untuk BN terus berkuasa.

The political crisis unfolded in Perak when three Pakatan Rakyat legislators became independents and said that they would back the BN.

507 responden (pengundi Perak) yang telah ditemuduga. 'margin of error' adalah kira-kira 4.5 per cent.
Terjemahan dari article dalam Malaysiainsider (diringkaskan).

MB HARAM PERAK : 3 HARI MASUK PEJABAT DAH KENA 'REPORT' SALAH GUNA KUASA ~ Ref Malaysiakini

Baru 3 hari masuk pejabat Menteri Besar kerajaan HARAM Perak, Zambry Abdul Kader sudahpun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Belum apa-apa beliau Zambry terus menunjukkan belangnya suka membazirkan duit rakyat.

Inilah bezanya Menteri Besar PR dengan Menteri Besar Kerajaan HARAM BN.

Laporan tersebut dibuat oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Dalam laporannya Nga menyatakan bahawa setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun.Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.

Turut mengiringi Nga untuk membuat laporan itu ialah Exco kerajaan negeri Dato' Ngeh Koh Ham; Pengerusi BBC, YB Drs Khalil Idham Lim; Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa serta beberapa pemimpin PR dan penyokong PR.

行动党直闯九洞狠批许月风 千六民众全数举手要求辞职

凌晨2点22分更

新为了反击退党的九洞议员许月凤,民主行动党周四晚直捣黄龙,到九洞办一场半开放式的群众讲座会,获得约1600名当地居民的踊跃出席。在这场气氛热烈的讲座上,民联领袖没放过讥刺和怒骂许月凤的机会,并成功鼓动群众的不满情绪,掀起一波波的抗议许月凤声浪。当晚的压轴主讲者——民联州务大臣尼查与行动党行政议员倪可敏,在一开讲便向九洞选民道歉,因为民联在当地出了一名退党的议员。倪可敏也当场要求群众,以举手表决的方式,询问居民是否认同许月凤应辞职;结果几乎所有人都高举双手,呼吁许月凤马上呈辞。

行动党续燃烧九洞选民不满

这一场名为“解散州议会,还政于民”的系列讲座会,已是民联近期内所展开的第11场群众讲座会。行动党选在九洞主办这场演讲会,被视为是进一步燃烧当地居民对许月凤变节的不满,也可顺道反击许月凤通过报章发表,指她是被倪氏兄弟边缘化才选择退党的言论。若以群众踊跃出席及筹获4106令吉的捐款看来,行动党的策略明显已奏效。大会司仪在演讲不久后,即宣布这场讲座会获得警方的集会准证,所以民众大可放心聆听民联领袖的演讲。

曾福仔“人渣”形容许月凤

多名民联州议员都受邀上台演讲,其中就包括了克兰芝区州议员兼民联行政议员曾福仔、文冬区州议员西华苏巴马廉等。曾与许月凤共事多年的曾福仔,以“人渣”来形容许月凤。他指这种“人渣”做错事,还要不断挑拨离间,企图通过指责倪可敏等人,来为自己洗脱罪名。“不过我想说的是,你怎样都无法洗脱罪名!”“人家说,人非圣贤,谁能无过?但如果不是人,我们能否原谅他?”曾福仔七情上演的演讲,获得群众的热烈欢呼,并与他一起怒骂许月凤。这名常年耕耘草根的基层领袖,在结束演讲前,甚至表示,“我要一脚踢开这个垃圾!”,显示其怒火填膺。

倪可敏同情许月凤不能回家

倪可敏则表示,许月凤在一篇报章的专访中提及,她并没获取国阵的2000万令吉,作为变节的代价,但贸贸然地通过报章否认,明显是她做贼心虚的表现。“她没有拿2000万,是否意味她有收取400万?500万?或者4000万?”“她拿了钱,却有家归不得。做人做到这样,我实在很同情凤姐。”

尼查促请人民补选拉倒国阵

最后发表演讲的尼查,则重述最近数场讲座会的论调,斥骂国阵卑劣的夺权手段,以及他作为合法州务大臣,却被押离州政府办公室的经历。他也说,尽管巫统拒绝解散州议会,与民联决一死战,但武吉干当补选在即,且让霹州人民狠狠地拉倒国阵。
~ Malaysiakini

RAKYAT MAHU BUBAR DUN, BN CURI IKUT MINTA BELAKANG ~ Ref Malaysiakini


Terbukti rakyat Perak tidak dapat menerima realiti BN merompak kerajaan negeri ikut pintu belakang. Dengan kata lain rakyat Perak mahukan kerajaan negeri dipilih oleh rakyat sendiri bukannya dirompak oleh BN seperti yang berlaku minggu lepas.
Saya yakin oleh kerana BN mengetahui akan kecenderungan dan kehendak rakyat inilah menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan PR pada mana-mana pilihanraya.
BN cuba sedaya upaya untuk mengelakkan Pilihanraya kecil berlaku.
Namun mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Walaupun Menteri Besar kerajaan HARAM Perak membaca ayat ini tetapi saya yakin beliau sebenarnya sedang gundah gulana untuk menghadapai PRK di Bukit Gantang. Kebimbangan beliau ini disebabkan kerana jika BN kalah maka itu membuktikan bahawa rakyat menolak kerajaan HARAM BN di Perak.
Dari survey terbukti 76 % mahukan rakyat diberikan kuasa untuk memilih kerajaan baru melalui pilihanraya setelah DUN dibubarkan. Hanya 21 % yang bersetuju dengan keputusan melantik Menteri Besar dan kerajaan BN yang baru.
Keputusan Survey menunjukkan rakyat bukan Melayu secara majoritinya menolak pembentukan kerajaan HARAM BN.
Manakala di kalangan rakyat berketurunan Melayu mereka terpecah dua di mana 46 % berpendapat PR akan kehilangan sokongan rakyat dan 48 % menyatakan bahawa BN akan mendapat tambahan sokongan dari rakyat.
Untuk mendapatkan data dan fakta sepenuhnya anda boleh melayari Malaysiakini.

LUCU : NIZAR DISURUH MENGUCAP ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini saya membaca sebuah akhbar harian yang melaporkan seorang Timbalan Menteri pencen meminta Menteri Besar Perak pilihan rakyat, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin supaya mengucap. Alasannya kerana Nizar masih tidak mahu menerima yang jawatan Menteri Besar sudah disandang oleh orang lain.
Bagi saya kalau Timbalan Menteri ini hendak menonjolkan diri sekalipun biarlah bertempat dan komennya biarlah bersesuaian dengan situasi, keadaan dan isu yang disentuh. Jangan nanti ditertawakan oleh rakyat yang membacanya. Nampak benar kejahilannya.
Mungkin Timbalan Menteri Pencen ini hendak mempromosikan dirinya agar diingati oleh para perwakilan Umno yang akan mengundi siapa pemimpin yang mereka sukai pada pemilihan Umno bulan depan.
Apa kena mengena mengucap syahadah dengan isu ini. Kalau seseorang itu murtad atau gugur imannya mungkinlah dia disuruh mengucap.
Kalau setakat tidak mahu mengakui jawatannya sudah hilang tidaklah sampai kena mengucap syahadah semula.
Saya cadangkan bekas Timbalan Menteri pencen ini pergi mengaji dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Rusila kebetulan kedua-duanya berasal dari daerah yang sama dan pernah berlawan antara satu sama lain dalam pilihanraya.

12 February 2009

KERAJAAN HARAM BN PERAK BAZIRKAN DUIT RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Baru sehari memasuki Pejabat, Kerajaan Haram BN di Perak terus menunjukkan sifat semulajadi mereka iaitu suka membazirkan duit rakyat. Memang tidak dapat disangkal bahawa kerja membazir ini sudah menjadi amalan dan sifat yang memang sukar untuk dibuang oleh pemimpin dan kerajaan BN.
Semalam Menteri Besar kerajaan Haram BN mengumumkan perlantikan 3 orang penasihat Menteri Besar haram dan seorang Ketua Penerangan Negeri yang bertaraf exco dan sekaligus mendapat kemudahan exco.
Mereka yang dilantik adalah Mohd Najumuddin Elies bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Agama, Chang Ko Youn (Hal Ehwal Masyarakat Tionghua), S Veerasingam (Hal Ehwal Masyarakat India), and Hamdi Abu Bakar (Ketua Penerangan Negeri).
Keempat mereka akan mendapat gaji sebanyak RM250,000 setahun.
Persoalannya apakah Menteri Besar kerajaan Haram tidak percaya dengan keupayaan Exco-exconya sehingga terpaksa membazirkan duit rakyat sebanyak itu untuk membayar gaji penasihatnya yang begitu ramai.
Inilah sikap dan rupa sebenarnya kerajaan Haram BN di Perak. Hari pertama mereka memasuki pejabat mereka terus mengumumkan langkah untuk membazirkan duit rakyat.
Rakyat Perak khasnya Bukit Gantang mesti bangkit menentang kerajaan haram pada pilihanraya kecil kawasan tersebut tidak lama lagi.

HARUSSANI WAJAR JADI CALON BN DI BKT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan Mufti Perak, Harussani Zakaria dicalonkan menjadi calon BN pada PRK Parlimen Bukit Gantang. Ini kerana beliau memang berminat dengan politik. Memang sejak dari dahulu lagi beliau begitu gemar dan cenderung untuk berpolitik sehingga banyak kali dilaporkan beliau begitu memihak kepada Umno dan BN.

Jadi adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sebagai Mufti dan bertanding atas tiket BN di Bukit Gantang.

Tidak ada gunanya berselindung di sebalik jawatan Mufti tetapi menyokong BN dan Umno.

Saya hairan bagaimana seorang mufti yang banyak ilmu Islamnya boleh menyokong Umno/BN yang jelas menentang Islam. Tidak perlu saya nyatakan disini senarai kerja buat Umno/BN yang bertentangan dengan Islam. Tuan-puan sudah tentu mengetahuinya.

Dalam kenyataannya baru-baru ini Harussani berkata masyarakat Islam di negeri ini supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berharap seluruh masyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan).

Lupakah Harussani bahawa ketaatan kepada manusia ada had dan batasnya. Jika seseorang manusia itu sendiri menentang ajaran Allah dan Rasul maka sudah tentu kita wajib tidak mentaatinya dengan cara yang sesuai mengikut keadaan dan masa.

Seperti kata Datuk Prof Dr Haron Din, Harussani sepatutnya menyokong perjuangan Islam bukan menentangnya. Malangnya Harussani terus menerus menyokong BN membuta tuli tanpa usul periksa. Mungkin beliau termakan dengan gula-gula BN sehingga tidak nampak yang mana betul yang mana salah.

PAKATAN RAKYAT DIIKAT KAKI TANGAN, DISUMBAT MULUT, DITUTUP MATA DAN TELINGA SAMBIL DIPUKUL HABIS-HABISAN ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN hari ini terus menerus menggunakan kuasa yang ada pada mereka memukul, membedal dan menghentam PR tanpa etika dan kasihan belas.

Keputusan Polis mengharamkan ceramah politik di Perak jelas membuktikan perkara ini. PR seolah-olah diikat tangan, ditutup mata dan telinga, mulut disumbat dengan kain sambil dipukul serta disembelih oleh BN. Umpama Rahim Noor memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu.

Bayangkan disaat PR diharamkan berceramah di Perak, Harakah dan Suara KeADILan di rampas di seluruh negara, BN terus menyerang PR di TV dan di dalam surah khabar. PR langsung tidak berpeluang untuk membela diri kerana tangan dan kaki sudah diikat, mata dan telinga sudah ditutup manakala mulut disumbat dengan kain.

Inilah suatu kezaliman dan kedurjanaan yang maha hebat dilakukan BN semata-mata untuk menjauhkan PR dari rakyat. BN mahu PR dilihat sebagai sebuah gabungan yang paling jahat, paling derhaka dan kurang ajar. Namun BN tersilap kerana semakin banyak fitnah dan tohmah dilemparkan kepada PR semakin banyak sokongan dan simpati yang PR terima.

Insya Allah BN akan ditumbangkan pada 2 PRK terdekat ini lantaran kebongkakan dan ketamakkan kuasa yang menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah kepada BN.

ALIRAN INFORMASI DARI INTERNET KUASAI 86 % KEPUTUSAN PRK ? ~ Ref Malaysiakini

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah tidak meragui bahawa media baru iaitu Internet akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

Beliau berkata demikian yang saya petik dari Harakahdaily. Jelas sekali rakyat sudah muak dan meluat dengan media arus perdana yang jelas berpihak dan tidak melaporkan sesuatu berita dengan beramanah dan beretika.

Laporan media arus perdana samada TV, Radio atau Surat Khabar ternyata sudah tidak dipercayai oleh rakyat terbanyak. Mereka sudah beralih kepada media internet yang lebih terbuka dan bebas tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Media internet seperti laman web, blog, portal akhbar, you tube dan lain-lain ternyata mendapat sambutan hangat. Para pengunjungnya juga bebas untuk berinteraksi dan menyampaikan komen masing-masing.

Tidak hairanlah sekarang ini media arus perdana semakin dipinggirkan oleh rakyat. Selagi media ini tidak berubah dan terus mengamalkan polisi tradisional mereka saya yakin lambat laun mereka akan berkubur. Cuma iklan sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.

Sementara itu Abu Hassan berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.

BN MESTI TAUBAT UNTUK KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT DI PERAK~ Ref Malaysiakini

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum tahun lalu akan dijadikan sebagai suatu pengajaran dalam usaha memantapkan kestabilan politik di negeri itu. Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan barisan exco yang berpengalaman dilihat sebagai langkah pertama memulihkan keadaan politik selain memastikan agenda pembangunan ekonomi di negeri itu dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Di sebaliknya (kekalahan BN negeri pada pilihanraya umum), BN akan melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan...kerajaan BN adalah kerajaan yang berpengalaman dalam melakukan perubahan demi kemajuan sesebuah institusi rakyat," katanya semasa ditemuramah oleh Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki dalam program Dialog@1 yang disiarkan di RTM1, malam tadi, lapor Bernama.
Zambry mungkin terlupa bahawa BN sudah pasti tidak akan kepercayaan rakyat semula kerana tindakan BN yang jelas membelakangkan demokrasi dengan 'membeli' dan mengugut 3 orang ADUN PR untuk menyokong BN. Inilah kesalahan besar yang sudah pasti tidak diterima oleh rakyat. Rakyat mengingatinya sampai bila-bila. Zambry sendiri dilantik menjadi Menteri Besar hanya kerana permainan kotor dan taktik jahat BN ini.
Saya yakin rakyat tidak akan memaafkan BN dan Zambry dalam isu rompakan dan rampasa kuasa ini. Rakyat yang memberikan mandat kepada PR sudah pasti terasa pedih dengan peristiwa ini. Keputusan PRK Bukit Gantang nanti sudah pasti akan menjadi bukti bahawa rakyat menolak BN.
BN mesti bertaubat kembali memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Jika Zambry ingin mengembalikan kepercayaan rakyat perkara pertama yang beliau mesti lakukan ialah membubarkan DUN dan dari situ BN boleh membuat perubahan dan mungkin rakyat akan menghargai keikhlasan dan taubat BN/Zambry.

OSMAN TIDAK MASUK HKL, MASUK TG RAMBUTAN ATAU TAMPOI? ~ Ref Malaysiakini

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain semalam menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Menurut Norliza, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.
Persoalaannya di mana Osman. Kalau tiada HKL mungkin Osman dimasukkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan untuk rawatan susulan penyakit misterinya.
Terbukti bahawa ADUN Changkat Jering ini bukan sahaja suka melompat malah suka menipu dan mengelirukan orangramai termasuk mahkamah. Jadi memang layaklah beliau diterima masuk menyertai BN atau menyokong BN kerana perangai pemimpin BN sama dengan perangai beliau. Sehati Sejiwa.

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH PEMIMPIN & AHLI UMNO ~ Ref Malaysiakini

Saya siarkan di bawah ini komen saudara Mawe terhadap posting saya yang bertajuk 97 % RAKYAT PERAK MAHU DUN DIBUBAR.

Diharapkan pemimpin dan ahli Umno serta para tetamu blog ini dapat menjawabnya secara jujur dan ikhlas.

Umno pembela MELAYU, persoalannya adakah ini benar??????

1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?

7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia? kerajaan manakah yang gagal atasi masalah ini?

9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?kerajaan manakah yang gagal atasi masalah ini dan membiarkannya berlarutan?

10) kaum manakah yg majoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?kerajaan manakah yang membiarkan masalah ini berlarutan.

11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tak mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya Lim Goh Thong, Eric Chia, Vincent Tan, Patrick 'Badawi' Lim, Ananda Krisnan & banyak lagi)?

13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

dan banyak lagi persoalan yg mungkin tak terhuraikan .....
MAWE

MENTERI DALAM NEGERI DAN PM WAJAR LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia wajar meletakkan jawatan kerana mereka gagal memastikan negara kita mendaulatkan hak asasi manusia sehingga Malaysia dihadapkan ke Panel Antarabangsa PBB.

Kebongkakan mereka akhirnya membawa padah apabila negara kita diaibkan dengan kes ini. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia sebelum ini dihadapkan ke Panel tersebut.

Panel Antarabangsa tersebut membuat keputusan menghadapkan Malaysia ke panel tersebut kerana Malaysia mengamalkan undang-undang ISA yang jelas bertentangan dengan dasar Hak Asasi Manusia.

Selain itu Malaysia juga didakwa tidak melayan pelarian dengan baik.

Jadi saya menggesa kedua-dua mereka meletakkan jawatan dan kesemua tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat.

11 February 2009

97 % RAKYAT PERAK MAHU DUN DIBUBAR ~ Ref Malaysiakini

97 % rakyat negeri Perak Darul Ridzuan mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan sebagaimana yang diminta oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Angka ini diperolehi hasil kajian dan survey yang dibuat oleh seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya baru-baru ini.
Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.
Kajian ini sebenarnya sejajar dengan keputusan lain-lain kajian yang dibuat oleh badan-badan bebas dan NGO sebaik sahaja Sultan Perak tidak memperkenankan nasihat Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar agar DUN Perak dibubarkan.
Dari perkembangan ini saya yakin PR mempunyai peluang cerah untuk menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau andai Pilihanraya Kecil diadakan dalam masa terdekat.

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT MOHON DERMA JALANI PEMBEDAHAN ~ Ref Malaysiakini

Batu Berendam : Seorang penyokong PR, Khalid Pen, 35 memohon jasabaik tuan-puan untuk menyumbangkan derma ikhlas bagi membantu beliau menampung kos pembedahan tulang belakangnya yang menelan belanja RM45,000.

Khalid, seorang pekerja swasta amat berharap orang ramai dapat membantu beliau bagi mempercepatkan pembedahan tersebut yang dijangka dijalankan di sebuah hospital swasta di Melaka.

Menurut beliau ini adalah pembedahan beliau kali ketiga setelah kedua-dua pembedahan sebelum ini tidak mengatasi masalah kesakitan tulang belakang beliau sepenuhnya.

Khalid yang tinggal di Taman Merdeka dekat sini mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan seorang isteri yang tidak bekerja. 4 anaknya masih bersekolah.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDERMA BOLEHLAH MEMASUKKAN DUIT KE DALAM AKAUN MAYBANK BELIAU 154026444085 ATAS NAMA KHALID BIN PEN.

Beliau boleh dihubungi melalui talian 017-373 0454

RAKYAT DIBUTAKAN, DIBISUKAN DAN DIPEKAKKAN ~ Ref Malaysiakini

Kalaulah kerajaan BN mempunyai kuasa untuk membuta, membisu dan memekakkan rakyat nescaya mereka akan lakukan supaya rakyat tidak dapat melihat, bercakap dan mendengar kebenaran. Mujurlah BN tidak ada kuasa sebegitu jika tidak sudah tentu ramai rakyat yang buta, bisu dan pekak.

Sebab itulah sehari dua ini BN menggunakan segala kuasa yang mereka ada untuk menjauhkan rakyat dari kebenaran. Kerajaan BN dengan bantuan Polis hari ini mengharamkan ceramah politik. KDN pula diperkudakan dengan merampas Harakah dan Suara KeADILan. Semua itu adalah tindakan umpama memekak, membuta dan membisukan rakyat secara tidak langsung.

Inilah corak pemerintahan sebuah kerajaan yang tidak bertamadun tetapi mengaku mahu menjadi sebuah negeri maju. Sepatutnya pemimpin BN sedar dan insaf sebelum mereka mendakwa kita mahu menjadi negara maju isu-isu kebebasan media, hak asasi manusia, demokrasi, diskriminasi dan sebagainya mesti diselesaikan.
Malangnya kerajaan bukannya mahu memperbaiki keadaan ini malah tindakan-tindakan sejak akhir-akhir ini lebih teruk dan memalukan. Ini semua disebabkan BN sedang berada di dalam keadaan tenat dan nazak lantaran sokongan rakyat kepada PR yang semakin meningkat dari sehari ke sehari kepada PR. Jadi untuk mengimbangi keadaan ini BN terpaksa memperkudakan Polis dan agensi kerajaan yang lain.

RAKYAT MALU MALAYSIA DIHADAPKAN KE PANEL ANTARABANGSA ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia malu apabila akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semua ini gara-gara kerajaan zalim BN yang terus menjunjung undang-undang drakonian ISA digunapakai di negara ini. Selain itu Malaysia juga terkenal dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap pelarian.

Kedegilan dan kebongkakan pemimpin BN yang tidak mahu mendengar nasihat dan kritikan rakyat dan pemimpin politik PR akhirnya membawa padah kepada negara kita. Sebuah negara yang dikatakan maju, hebat dan aman sebenarnya mengamalkan dasar dan undang-undang zalim yang melanggari hak asasi manusia.

Selepas ini suatu dunia akan tahu akan keburukan negara kita. Bukankah ini akan menjatuhkan imej dan kredibiliti negara kita di mata dunia.

Rintihan, nasihat dan rayuan rakyat supaya ISA dimansuhkan langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin BN yang bongkak. Akhirnya negara sendiri yang mendapat malu.

Seorang penduduk Durian Tunggal, Jamili Mohd, 45 berkata nama baik Malaysia sudah tercemar akibat dari masalah hak asasi manusia ini.

"Jadi sudah sampai masanya ISA dimansuhkan, jangan lagi kita teruskan undang-undang rimba ini".

"Rakyat sudah lama menentang ISA tetapi kerajaan BN degil mereka gunakan ISA untuk kepentingan politik mereka" kata Jamili.

Sementara itu Mohd Semail, 56 dari Ayer Molek pula kesal kerana undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini terus ditatang di negara kita.

"Bukankah Islam melarang tahanan tanpa bicara, tertuduh mesti diberi peluang untuk membela diri" katanya.

"Kini setelah negara kita dihadapkan kepada Panel Antarabangsa sudah pasti rekod kita sudah tercemar, mungkin pelabur antarabangsa takut untuk melabur kerana kerajaan kita mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja tanpa bicara" tambah beliau.

Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara.

"Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.

Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi.

POLIS BERSEKONGKOL DENGAN BN HALANG CERAMAH ~ Ref Malaysiakini

BN terus mengganas dan tamakkan kuasa. Setelah mereka merampas Harakah dan Suara KeADILan kini mereka mengharamkan pula ceramah politik di Perak. Semua itu adalah antara usaha yang mereka lakukan untuk menutup ruang rakyat mendapatkan maklumat dari PR. Sedangkan media massa pengampu samada TV dan surat khabar terus memfitnah dan mentohmah PR khasnya di Perak.

Inilah kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Rakyat mesti bangkit menolak BN di Bukit Gantang bagi mengajar BN supaya jangan terlalu tamak kepada kuasa sehingga mengongkong rakyat.

Hari ini media melaporkan bahawa Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

Ketua Polis Negara memberitahu Malaysiakini hari ini, permit ceramah akan dibekukan sehingga "situasi kembali elok."

Tan Sri Musa Hassan berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi. Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.

Inilah buktinya bahawa BN sudah tidak mampu membendung kesedaran rakyat tentang kejahatan BN. Bila BN sudah tidak mampu berdepan dengan rakyat mereka akan menggunakan Polis dan agensi lain untuk berdepan dengan rakyat. Kaedah memang sudah menjadi amalan BN yang pengecut dan pondan.

PRK BUKIT GANTANG JUGA TIDAK PERLU DIADAKAN? ~ Ref Malaysiakini

Kalau boleh SPR juga tidak mahu PRK Bukit Gantang diadakan. Mungkin SPR mahu mendengar sendiri dari keluarga terdekat Allahyarham Roslan Shaharum bahawa YB tersebut sudah meninggal dunia. Ini kerana sejak akhir-akhir ini SPR sudah menjadi sebuah badan yang menentukan kesahihan sesuatu dokumen bukannya sebuah badan yang bertanggungjawab mengadakan Pilihanraya.
Tidak hairan kalau SPR juga akan mengkaji samada sijil kematian dan surat kebenaran pengkebumian Allahyarham Roslan Shaharum juga akan dikaji oleh SPR samada ianya sahih atau palsu. Kalau SPR mendapati ada keraguan kepada kedua-dua sijil tersebut maka kemungkinan PRK Bukit Gantang tidak perlu diadakan. Bukankah itu matlamat SPR.
SPR bukan lagi Suruhanjaya Pilihanraya tetapi sudah bertukat menjadi Suruhanjaya Tak Mahu Pilihanraya atau STMPR.

Maka bolehlah nanti BN mencari jalan bagaimana cara untuk memastikan sijil kematian dan sijil pengebumian dilihat tidak tulen dan tidak asli. Bukahkah BN boleh membuat apa sahaja kerana BN ada segala-galanya. Semuanya boleh dibeli dan disuap.

Jadi selepas ini pilihanraya tidak perlu diadakan lagi. Biar BN menentukan segala-galanya. Sebab kalau adakan Pilihanraya sekalipun selepas pilihanraya BN boleh berkuasa semula dengan segala satu macam cara dan kaedah untuk merampas kerajaan dari tangan orang lain.

Samada dengan cara HARAM atau GANGSTER semuanya boleh BN lakukan.

KERUSI BUKIT SELAMBAU MEMANG PATUT DIBERI KEPADA Umno ~ Ref Malaysiakini

Saya memang bersetuju kerusi DUN Bukit Selambau diberikan kepada Umno kerana bilangan orang Melayu melebihi kaum lain di sana.
Malah saya yakin jika calon Umno diberi peluang bertanding di sana kemungkinan besar BN dapat memberikan tentangan yang sengit kepada PR.
BN yang sememangnya parti perkauman tidak pernah lari dari membicarakan tentang semangat perkauman. Walaupun mereka mendabik dada mengatakan BN tidak berjuang atas dasar perkauman tetapi sedarkah mereka bahawa Umno, MCA dan MIC itu sendiri semuanya parti ekstrim perkauman. Nama parti-parti itu sendiri diberikan atas nama kaum masing-masing.

Hari ini Ketua Umno Bahagian Merbok, Tajol Urus beriya-iya benar melobi supaya calon Umno diletakkan di kerusi tersebut. Macam-macam alasan diberikan. Saya tahu sememangnya Tajul memang mahukan kerusi tersebut.

Saya yakin jika Umno diberikan kerusi tersebut sudah tentu 100 % pengundi India akan mengundi PR. Jika calon MIC diletakkan di sana kemungkinan BN akan mendapat 20-30 % undi dan PR akan memperolehi 70 % undi orang India.

KESAL TINDAKAN KDN RAMPAS HARAKAH DAN SK ~ Ref Malaysiakini

Bukit Katil : PAS Negeri Melaka mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran yang merampas akhbar Harakah dan Suara KeADILan beberapa hari lalu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Bakrin Sidek berkata tindakan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak mengamalkan dasar kebebasan media yang sering dilaung-laungkan mereka.
"Bila mereka melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun, BN akan memperkudakan agensi kerajaan untuk menentang PR. Inilah modus operandi mereka jika didapati mereka semakin kehilangan pengaruh".
"Sebagai contoh selepas PRU 10 (1999) BN kehilangan banyak kerusi sehingga tewas di Kelantan dan Terengganu, BN mengganas dengan mencantas penerbitan akhbar Harakah dari 2 kali seminggu menjadi 2 kali sebulan" kata beliau di sini hari ini.
"Kini skrip yang sama berulang. BN tewas teruk pada PRU 12 (2008) lalu apabila BN hilang majoriti 2/3 dan terlepas 5 negeri kepada PR. Jadi mereka akan mengganas lagi' tambah beliau lagi.
Menurutnya tindakan KDN merampas Harakah dan Suara KeADILan merupakan suatu penghinaan kepada rakyat.
Ini menunjukkan seolah-olah rakyat negara ini tidak dapat memikirkan yang mana baik dan yang mana sehingga kerajaan terpaksa menyekat dan merampas media-media yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
"Rakyat hari ini sudah bijak, jika sesuatu akhbar itu menipu, menfitnah dan mereka-reka cerita sudah pasti mereka akan menolaknya dan tidak membelinya".
Bakrin juga hairan mengapa buku-buku, akhbar-akhbar dan majalah-majalah tahyul, lucah dan tidak berfaedah dibiarkan dijual secara terbuka tanpa kawalan tetapi akhbar-akhbar parti yang berdaftar didiskriminasikan.
"Padahal buku-buku, majalah-majalah lucah dan tahyul ini lebih memudaratkan masyarakat, Inilah sikap 'double standard' KDN yang diperkudakan oleh BN" tegas beliau.
Bakrin mengharapkan pihak KDN supaya bertindak dengan lebih professional dalam menjalankan tugas bukannya bertindak atas arahan dan pengaruh pihak BN yang semakin dibenci oleh rakyat.

PERAK : BUKTI KERAJAAN PR JAUH LEBIH BAIK DARI KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Terbukti kerajaan PR jauh lebih baik dan berkesan berbanding kerajaan BN yang hanya mementingkan diri sendiri dan pemimpinnya sahaja. Kesemua pemimpin kerajaan BN kaya raya dan hidup senang lenang berbanding dengan pemimpin kerajaan PR yang hidup secara sederhana dan tidak mengumpul harta.
Contoh terbaik ialah Menteri Besar Kelantan walaupun sudah memerintah lebih dari 18 tahun sejak 1990, Tuan Guru Menteri Besar tetap hidup sederhana berumahkan rumah kayu, tidak mengumpul harta, anak-anaknya tidak mengumpul kekayaan dan tidak pernah kita dengar exco dan ADUN mereka didakwa atas kesalahan rasuah.
Di Perak walaupun kerajaan PR dibenarkan memerintah selama 10 (kemudian dirompak kuasanya minggu lepas) namun banyak masalah yang ditinggalkan oleh BN dapat diselesaikan.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, S Ambiga menggariskan beberapa perkara tersebut antaranya :-
1) Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
2) YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
3) Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
4) Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
5) Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
6) Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
7) Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Selain itu banyak program kebajikan rakyat yang dijalankan oleh kerajaan antara air percuma sebanyak 20meter padu, dermasiswa RM1,000 untuk semua mahasiswa yang berjaya memasuki IPTA, mengurniakan 1000 ekar tanah untuk sekolah agama rakyat, mengurniakan 300 ekar tanah untuk sekolah cina, menggalakkan program agama di masjid & surau dan sebagainya.

NIZAR ADA HAK MASUK PEJABAT ~ Ref Malaysiakini

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman menggesa pihak berwajib menyelesaikan kemelut politik di Perak di mahkamah bagi mengelakkan ianya terus berlarutan dan tiada kesudahan.

"Masing-masing mendakwa pihak mereka betul, Nizar mempunyai hak untuk datang ke pejabatnya di Bangunan SUK kerana beliau yakin kerajaan BN Perak yang ditubuhkan baru-baru ini tidak sah".

"Beliau juga berhak menjalankan tugas rasminya di kediaman rasmi Menteri Besar kerana beliau yakin bahawa dirinya masih Menteri Besar yang sah kerana belum dilucutkan jawatan perlembagaan negeri Perak" tambah Imran.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Imran yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.
Imran juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram.
Beliau mencadangkan kerajaan BN yang ditubuhkan dibubarkan dan berharap SPR dapat mengadakan pilihanraya kecil di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebagaimana notis kekosongan DUN tersebut yang dihantar oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar.
Selain itu menurut Imran, satu lagi cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan membubarkan DUN sebagaimana yang dinasihatkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada Sultan Perak agar baginda memperkenankan pembubaran DUN.

OSMAN JAILU DAN JAMALUDIN TERKENA PENYAKIT MENTAL? ~ Ref Malaysiakini

Semalam kedua-dua ADUN PKR yang keluar parti dan menyokong BN gagal untuk hadir pada perbicaraan kes rasuah melibat mereka berdua dan bekas ADUN Bota Usaili Ilias. Jamaluddin mengemukakan sijil sakit manakala Osman tidak berbuat demikian. Namun suadara Osman memberitahu beliau juga sakit. Apa sakitnya tidak pula dimaklumkan.

Kedua-dua mereka ini begitu akrab bagaikan pasangan kembar. Hilang bersama dan sakitpun bersama. Memang sehati sejiwa.

Semasa mereka hilang beberapa hari dulupun mereka juga mengaku sakit. Mereka juga tidak menyatakan apa sakit mereka. Tenat ke, teruk ke kita pun tidak tahu. Bila mereka muncul semasa sidang akhbar Najib mereka kelihatan begitu ceria dan sihat walafiat.

Kita mahu mempersoalkan samada mereka berdua benar-benar sakit atau sakit yang dibuat-buat. Namun dalam masalah sakit saya harap mereka tidak menipu kerana kita takut sekarang ini buat-buat sakit nanti Allah akan turunkan bala kurniakan sakit yang sebenar.

Tetapi saya yakin kalau kedua-duanya tidak sakit fizikal, mereka sekarang ini sebenarnya sakit MENTAL. Ini kerana sudah pasti rakan taulan, pengundi-pengundi mereka sudah tentu membenci dan tidak mahu berkawan dengan mereka. Malah kemungkinan juga saudara-saudara mereka juga mencemuh dan menghina serta menista mereka lantaran perbuatan mereka yang cukup tidak bermaruah dan menjual diri sendiri. Sakit MENTAL lebih susah untuk diubati.

Saya juga yakin mereka berdua malu untuk pulang ke rumah masing-masing sebagaimana seorang lagi ADUN lompat Hee Yit Foong yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sehingga hari ini kerana takut untuk berhadapan dengan rakyat dan pengundinya.

BAKAL CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini adalah nama-nama bakal calon yang saya rasakan sesuai untuk dipertimbangkan sebagai calon :-

1) Ustaz Idris Ahmad (gambar) - AJK PAS Pusat. Anak Tok Guru Hj Ahmad Sg Petai, anak tempatan, terpelajar, petah berpidato, dikenali ramai di kawasan ini. Pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang. Pernah bertanding pada PRK Changkat Jering beberapa tahun lalu. Bekas aktivis pelajar.

2) Prof Salleh Ahmad - Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia, bekas Pensyarah, anak Tok Guru Hj Ahmad Sg Petai, anak tempatan, dikenali ramai.

3) Sdr Idris Zakaria - Anak muda yang berpotensi. Bekas Calon PAS Dun Trong pada PRU 2004. Seorang professional, ahli Farmasi. Berasal dari Kampung Changkat Ibol, mempunyai kaum keluarga yang ramai di Bukit Gantang. Bekas pemimpin pelajar.

Lain-lain pemimpin PAS Negeri seperti Ustaz Ahmad Awang, YAB Ir Mohamad Nizar, Dr Khairuddin Malik dan Haji Asmuni Awi juga boleh diketengahkan.

Pemimpin-pemimpin PAS Pusat seperti Hj Mohamad Sabu juga berpotensi untuk dicalonkan kerana saya yakin pengundi Bukit Gantang boleh menerima beliau.

PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU : LEBIH BAIK BN BAGI KEMENANGAN PERCUMA ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya Kecil (PRK) di dua kerusi iaitu Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sudah pasti akan diadakan dalam masa 60 hari. SPR tidak mempunyai alasan untuk tidak mengadakan PRK sebagaimana yang mereka lakukan untuk tidak mengadakan 2 PRK lain iaitu di DUN Changkat Jering dan Behrang di Perak.
Esok SPR akan bermesyuarat dan menentukan tarikh penamaan dan pengundian untuk kedua-dua kerusi tersebut iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
PRK di kedua-dua bukit ini cukup memcemaskan BN yang sememangnya takut dan ngeri untuk berhadapan dengan PR sejak-sejak akhir ini. Manakan tidak sejak PRU 12 lalu, BN sudah dua kali dimalukan oleh rakyat Malaysia. Kini mereka bakal dimalukan 2 kali lagi. Sebab itulah mereka amat takut sehingga mencari jalan supaya tiada PRK di kedua-dua DUN di Perak.
Kini BN tiada pilihan lain. Mereka terpaksa 'mendaki' kedua-dua bukit tersebut walapun kudrat mereka sudah tinggal sedikit.
Oleh itu saya mencadangkan supaya BN MEMBERIKAN KEMENANGAN PERCUMA kepada PR untuk kedua-dua kerusi tersebut. Tidak ada gunanya mereka bertanding sedangkan BN sudah tahu mereka bakal kecundang dan dimalukan dengan semalu-malunya oleh rakyat dan PR.
Seorang ahli Sains Politik, Dr Agus Yusoff secara jelas menyatakan mood rakyat sekarang ini lebih cenderung menyokong PR.
Bagi saya rakyat bukan sahaja cenderung menyokong PR tetapi sebenarnya mereka meluat dan menyampah kepada pemimpin BN dan BN sendiri. Ini kerana terbentang di depan mata bahawa Umno iaitu tunjang BN adalah parti rasuah yang menyebabkan rakyat jijik kepada Umno dan BN. Selain itu angkara jahat Umno yang merompak kerajaan negeri Perak secara rakus dan zalim benar-benar menaikkan kemarahan yang ke tahap maksimum. Kemarahan dan kemeluatan rakyat kepada BN ini benar-benar ditunjukkan oleh rakyat khasnya rakyat bukan Melayu.

Oleh kerana komposisi pengundi di kedua-dua kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah tinggi, saya yakin peluang BN untuk menang di sana amat tipis. Oleh itu elok rasanya untuk menutup malu BN menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada PR di kedua-dua kerusi tersebut. Dengan ini hati pemimpin BN akan dapat diubati kerana jika tiada PRK kita tidak dapat mengetahui kecenderungan sebenar rakyat hari ini.
Untuk rekod bagi Parlimen Bukit Gantang terdapat 63.5 % Melayu, 27.1 % Cina dan 9.1 % India.
Untuk DUN Bukit Selambau, Kedah 50.2 % Melayu, 19.3 % Cina dan 29.5 % India.

KDN TERUS MENJADI KUDA TUNGGANGAN BN ~ Ref Malaysiakini

BN kembali mengganas. Bila mereka melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun, BN akan memperkudakan agensi kerajaan untuk menentang PR. Inilah modus operandi mereka jika didapati mereka semakin kehilangan pengaruh.
Sebagai contoh selepas PRU 10 (1999) BN kehilangan banyak kerusi sehingga tewas di Kelantan dan Terengganu, BN mengganas dengan mencantas penerbitan akhbar Harakah dari 2 kali seminggu menjadi 2 kali sebulan.
Kini skrip yang sama berulang. BN tewas teruk pada PRU 12 (2008) lalu apabila BN hilang majoriti 2/3 dan terlepas 5 negeri kepada PR. Jadi mereka akan mengganas lagi. Bukti terbaru akhbar-akhbar Harakah dan KeADILan milik PAS dan PKR di rampas oleh Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Alasan yang diberi ialah akhbar-akhbar dijual secara terbuka dan isi kandungannya tidak tepat.
Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.
Apa yang menghairankan buku-buku, akhbar-akhbar dan majalah-majalah tahyul, lucah dan tidak berfaedah dibiarkan dijual secara terbuka tanpa kawalan. Inilah sikap 'double standard' KDN yang diperkudakan oleh BN.

MAHATHIR KHALID MENTERI BESAR KEDAH YANG BARU? ~Ref Malaysiakini

Walaupun pimpinan PR yakin tiada ADUN Kedah yang angkat melompat parti, saya mempunyai pendapat yang berbeza. Kita mesti sentiasa berhati-hati dengan BN yang jahat dan biadap. Mereka sebenarnya bekerja siang malam untuk menghancurkan kita. BN sudah pasti mempunyai seribu satu cara dan kaedah untuk mencapai matlamat mereka. Bagi apa cara sekalipun tidak menjadi masalah. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.
Sebab itu jika dengan cara merasuah mereka tidak berjaya mungkin dengan ugutan, ancaman dan perangkap mereka boleh berjaya. Maka PR mesti sentiasa berhati-hati dan memantau semua gerak-geri musuh dan ADUN-ADUN kita. Jangan nanti kita bercakap yakin tiada yang masuk perangkap tetapi tiba-tiba lain pula jadinya.
Dengar khabar Mahadzir Khalid sudah mula memasang angan-angan untuk kembali ke Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar andaikata perancangan pihak tertentu berjaya.
Mereka bekerja setiap saat untuk meruntuhkan Islam dan kita mesti bekerja sepanjang masa tanpa lalai untuk mempertahankannya.
Untuk merampas Kedah tidaklah susah bagi BN. Ini kerana BN hanya memerlukan 5 kerusi lagi untuk kembali bertakhta di sana. Komposisi kerusi di Kedah adalah 16 PAS, 4 PKR, 1 DAP bagi PR. BN pula mempunyai 14 kerusi. 1 kerusi lagi kosong selepas ADUN Bukit Selambau V Arumugam meletak jawatan.
Andaikata BN berjaya merompak 5 kerusi lagi bagi mereka akan berkuasa semula. 5 kerusi tidaklah banyak. Mungkin mereka belanja sekitar RM250 juta untuk mendapatkannya. RM250 juta bagi mereka samalah dengan RM250 bagi kita.
Awas sahabat-sahabat di Kedah.

PR TERUS TUNJUKKAN PERPADUAN MANTAP ~ Ref Malaysiakini

Walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada PR akhir-akhirnya namun ternyata PR tetap teguh malah lepas mantap. Buktinya seluruh kepimpinan utama PR bercakap dalam satu nada yang sama dalam isu-isu bersama antaranya isu kemelut politik Perak, isu negara Islam dan lain-lain.
Cubaan BN untuk memecahkan PR ternyata gagal. Kesepaduan dan kemantapan PR terbukti menyakinkan rakyat apabila rakyat memberikan mandat yang besar kepada calon-calon PR pada 2 Pilihanraya Kecil iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Kemelut politik Perak benar-benar menguji kesepaduan PR. Ternyata keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat sokongan dan dokongan 200 % dari pimpinan PR. Hanya Karpal Singh sahaja yang nampaknya mempunyai pendapat berbeza. Namun itu hanyalah pendapat peribadinya sendiri.
Rakyat juga dapat menilai keupayaan dan kesepaduan komponen PR dalam mengurus dan memerintah negeri-negeri yang ditadbir PR. Semua kerajaan negeri PR berjaya meyakinkan rakyat bahawa boleh dan berjaya mentadbir negeri-negeri tersebut jauh lebih baik dari BN.
Program-program kebajikan yang menjadi teras pemerintahan PR berjaya menarik minat rakyat untuk memberi sokongan padu kepada rakyat. Saya tidak hairan jika pada PRU 13 nanti kesemua kerajaan PR berjaya dipertahankan malah mungkin mendapat kemenangan lebih besar. Negeri-negeri lain juga hampir pasti akan dirampas oleh PR.

10 February 2009

PR OPTIMIS TAWAN MELAKA PRU 13 ~ Ref Malaysiakini

Ketiga-tiga ahli panel forum Pakatan Rakyat anjuran PAS Kawasan Kota Melaka 2 hari lepas optimis PR akan menawan Melaka pada PRU 13 nanti. Keyakinan itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Pengerusi PKR Negeri Melaka, Khalid Jaafar.
Mereka sepakat bahawa dengan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini dengan baik, telus dan adil serta juga kemelut politik nasional rakyat Melaka akan mengubah minda mereka dengan mengundi PR nanti.
"Kita mesti teruskan gerakerja mendekati rakyat menangani isu semasa dan kebajikan rakyat jelata, dengan itu rakyat akan yakin kepada PR dan kita akan menang di Melaka ini" kata Ustaz Kamaruddin.
Khalid pula dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan negeri Melaka sebenarnya gagal mentadbir ekonomi negeri ini dengan baik di mana sebahagian besar anak negeri Melaka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan skil dan kompetensi mereka.

"Sebab itu kita lihat ramai anak negeri kita yang gagal mendapat pekerjaan di Melaka tetapi berjaya di negeri-negeri lain".
"Insya Allah jika PR memerintah kita akan mengujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negeri ini" tambahnya.
Sementara YB Goh dalam ucapannya meminta rakyat negeri Melaka menyokong PR yang jelas berhasrat untuk membentuk kerajaan yang telus, adil dan saksama.
"Kita akan membentuk kerajaan yang bebas dari rasuah, berintegriti, cekap, bersih dan mengutamakan kebajikan rakyat".
"Kita tidak akan melayan semua rakyat dengan adil tanpa mengira agama dan bangsa" kata Goh yang merupakan ADUN Kesidang dan juga Ketua Pembangkang.
Kesimpulan yang dapat kita buat dari ucapan mereka ialah PR Melaka yakin sesuatu yang mengejutkan akan berlaku di Melaka dengan rakyat akan menolak BN dan beralih angin kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang adil, telus, saksama dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Forum Pakatan Rakyat yang julung kali diadakan itu berlangsung di Balai Islam Telok Mas. Ianya dianjurkan bersama oleh PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Kota Melaka.

PAS DAN PKR TIDAK MAMPU PERTAHANKAN KERUSI? ~ Ref Malaysiakini

Mampukah PR mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang dimenanginya pada PRU 12 dahulu? Persoalan ini mungkin akan mengundang pelbagai reaksi dari tetamu blog ini.

Di pihak penyokong PR sudah mereka percaya 100% bahawa PR akan menang. Tetapi di pihak BN mereka juga yakin BN akan merampas kedua-dua kerusi tersebut. Persoalannya mampu parti masing-masing menang kerana seperti biasa sudah tentu akan ada parti yang menang dan yang kalah. Tidak pernah dalam sejarah keputusan seri dicapai pada sejarah pilihanraya di negara kita. Majoriti yang paling kecil ialah 2 undi iaitu pada PRU 11 tahun 2004 dahulu. Calon PAS Hj Zakarian Yaakob hanya menang dengan undi mengalahkan calon BN di DUN Mengkebang Kelantan.

Namun saya sebagaimana tidak menaruh keyakinan 100 % PR akan menang. Saya meramalkan BN akan melipatgandakan usaha dan taktik kotor mereka untuk menumbangkan PR. Najib sebagai Ketua Gengst#@ sudah tentu akan menggunakan apa juga ruang dan kesempatan untuk memastikan namanya gah semula lebih-lebih ianya bakal diadakan pada ketika Najib akan mengambilalih tampuk kuasa di Putra Jaya Mac ini. Sudah pasti Najib tidak mahu rekod semakin teruk tercalar.

SPR, media, jabatan/agensi kerajaan dan sebagainya sudah tentu akan sekali lagi menjadi kuda tunggangan BN dan Najib. Malah kita juga bakal menyaksikan berbilion-bilion duit akan ditaburkan di kedua-dua tempat tersebut dalam bentuk projek segera, janji dan lain-lain.

Oleh sebab itulah saya meramalkan pelbagai tindakan drastik, pelik, zalim, penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan harta rakyat serta lain-lain kaedah busuk dan menjijikkan akan digunakan oleh mereka.

Jadi kita mesti bersedia dengan segala kekuatan bagi menghadapi bala tentera 'Ahzab' yang sudah tentu diketuai oleh 'Santa Klaus' yang sememangnya muncul pada setiap kali Pilihanraya Umum dan Kecil.

Seluruh jentera, penyokong, ahli dan pemimpin PR mesti bersedia semaksima mungkin bagi mempertahankan maruah dan kepercayaan rakyat kepada PR.

CADANGAN KEPADA PIMPINAN PR ~ Ref Malaysiakini

Antara faktor memperkasakan pakatan rakyat adalah menerusi sikap dan program Mesra Rakyat. Pemimpin perlu sentiasa turun padang, bertanya khabar, apa masalah rakyat bukan hanya turun padang apabila keadaan memerlukan seperti untuk meraih undi dan sebagainya. Justeru, Pakatan Rakyat perlu mencontohi nilai-nilai murni tersebut bagi merealisasikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Ke 13 nanti.

Selain faktor Mesra Rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat perlu belajar bagaimana cara untuk memenangi hati rakyat. Menggunakan Wang, janji-janji sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah muak dan mereka boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Pakatan Rakyat perlu membuka minda seluas-luasnya, ‘create’ idea-idea baru, menggunakan cara psikologi bagi memenangi hati rakyat. Sebagai contoh, ambil gambar penduduk-penduduk kampong bersama dengan pimpinan tertinggi seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, YB Tuan Lim Guan Eng dan sebagainya. Ambil gambar mereka bersama pemimpin tersebut dan dalam masa yang sama ‘print’kan gambar tersebut beserta dengan ‘frame’nya sekali. Berapa sangat nilainya kalau hendak dibandingkan dengan nilai kegembiraan mereka dan berapa sangat nilainya kalau hendak dibandingkan dengan habuan Barisan Nasional yang acapkali mencecah ribuan malah jutaan ringgit.

Cadangan ini ada relevannya, sudah menjadi lumrah manusia, sekiranya mereka bergambar kenangan bersama pimpinan tertinggi apatah lagi gambar tersebut dilekatkan di dinding rumah, Bertambah bangga rasanya. Sudah pasti kenangan manis itu akan diingati sampai bila-bila . Secara tidak langsung, Pakatan Rakyat sudah berjaya menarik perhatian dan mendekati rakyat. Tidak mustahil PRU 13 bakal menjadi milik Pakatan Rakyat

Berbalik kepada ‘trend’ yang sering diguna pakai oleh kerajaan Barisan Nasional sejak 51 tahun Merdeka iaitu menggunakan Wang, Janji-janji yang tidak relevan dan sebagainya untuk mengambil hati rakyat. ‘Trend’ ini perlu dibuang jauh-jauh oleh Pakatan Rakyat. Kita ambil contoh semasa pilihanraya, seperti kebiasaaannya, setiap kawasan yang diadakan pilihanraya akan dihujani dengan beribu-ribu poster, banner dan papan tanda, ceramah sana-sini, janji-janji ditaburkan dengan tujuan untuk meraih undi penduduk. Dalam masa yang sama beribu-ribu ringgit malah berjuta ringgit dibelanjakan begitu sahaja. Inilah ‘method’ yang akan diguna pakai oleh BN setiap kali pilihanraya berlangsung. Duit siapa yang dibelanjakan sewenang-wenangnya? Sudah pasti duit RAKYAT.

PR perlu mengelak dari ‘method’ seperti ini, bukan kita menghalang sebaliknya berpada-pada dalam pengurusan poster, banner dan sebagainya. Kita perlu ingat, negara kini sedang menghadapi krisis ekonomi yang serius, sudah pasti rakyat merasai tempiasnya, jangan pula pada satu tahap perbelanjaan bertukar menjadi pembaziran yang sia-sia. Terfikirkah kita semua, masih ramai rakyat Malaysia berada di bawah paras kemiskinan, tidak cukup makan, tidak cukup pakai, tiada penginapan, bekalan api mahupun air, ramai pesakit kanser yang tidak terbela nasib? Lupakah kita? Alangkah mulianya duit yang dibazirkan dengan sia-sia itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan!

Di sini bukan sahaja permasalahan pembaziran tetapi ia juga merosakkan alam sekitar. Selepas pilihanraya berlangsung, kita lihat sana sini bertaburan poster-poster jatuh ke dalam longkang, atas jalan raya dan sebagainya. Ini akan menyebabkan sistem perparitan tersumbat, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti banjir kilat dan sebagainya

Beri peluang dan kepercayaan kepada muka-muka baru. Kita perlu berfikiran terbuka, memberi ruang, peluang dan kepercayaan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun yang telah dilantik oleh rakyat untuk mentadbir kawasan mereka masing-masing. Kita yakin mereka mampu melakukannya dengan baik. Tolonglah jangan berfikiran sempit seperti BN, setiap kali pilihanraya, separuh ahli politik mereka akan turun padang, muka terpampang di dada-dada akhbar. Kenapa ini terjadi? Kerana mereka ini hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun yang dilantik oleh rakyat bagi mentadbir sesebuah kawasan. Bagi Menteri dan pegawai atasan ini, dengan adanya mereka, sudah pasti akan menambahkan populariti wakil BN yang bertanding sekaligus menjanjikan kemenangan besar kepada BN. Oleh kerana sikap ketidakpercayaan BN inilah punca kepada kejatuhan 5 negeri ke tangan PR.

Justeru, kita di PR perlu mengubah ‘trend’ ini dengan mengasah bakat golongan-golongan muda yang berpotensi besar, memberi latihan dan bimbingan kepada mereka, tonjolkan muka-muka baru di dada-dada akhbar tujuannya supaya mereka ini lebih bersemangat, merasakan hasil usaha mereka dihargai dan bekerja keras untuk parti. Dalam masa yang sama PR dari negeri-negeri lain menyokong dari belakang. Sekiranya ‘method’ ini memberi kemenangan kepada PR, ia merupakan satu kemenangan yang cukup bermakna di mana ia adalah hasil usaha kerja keras warga tempatan itu sendiri.

Bagi seluruh warga PR, kita perlu fokuskan kepada Prinsip berikut:-

# bekerja keras dan sentiasa ikhlas untuk majukan PR
Kerja keras tidak mengenal erti penat dan jemu, terbukti membawa kemenangan pada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari 2009

# Professionalisme dalam setiap tugas
Setiap tugas yang diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Jangan cepat melatah atas
sesuatu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan sebaik
mungkin.

# melatih generasi-generasi muda
Beri peluang kepada generasi-generasi muda, kerana mereka adalah pelapis masa hadapan. Jika setiap negeri menjalankan tanggungjawab ini, kita yakin cukup mudah untuk PR menguasai
seluruh negeri yang ditadbir oleh BN sekaligus dapat membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.
Tidak perlu setiap kali pilihanraya semua negeri diwajibkan turun padang, berkampung berhari-hari. Ini sama sekali tidak betul kerana ia menampakkan satu bentuk pembaziran.

# ubah konsep pemikiran
Satu parti itu akan gagal sekiranya pemimpin atasan tersebut tidak percaya dan yakin atas
kredibiliti pemimpin dibawahnya. Sebaliknya beri kepercayaan kepada mereka, biar mereka
mentadbir dengan cara mereka sendiri, sekiranya semua negeri mampu mentadbir dengan baik sudah pasti akan mempercepatkan lagi proses pembentukan kerajaan.

Semoga dengan apa yang dipaparkan di sini sedikit sebanyak dapat membantu Memartabatkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang disegani oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha yang tidak pernah kenal erti jemu akan menjanjikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Daripada,

Sim Bak Seong
Bendahari Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Permatang Pauh
Pulau Pinang.

PR TIDAK TAHAN LAMA : MUHYIDDIN DITEMPELAK ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek (gambar) menggesa Muhyiddin supaya berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Umno yang semakin lama semakin tenat disebabkan masalah rasuah dan perebutan kuasa sesama mereka.

"Muhyiddin tidak perlu sibuk-sibuk meramalkan PR tidak bertahan lama, lebih baik beliau menumpukan perhatian untuk menyelamatkan Umno yang semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu"

"Umno sekarang berada dalam keadaan tenat bayangkan lebih 1,000 kes rasuah politik wang dilaporkan semasa pemilihan Umno peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini" katanya.

Rakyat hari ini sudah dapat menilai siapa pemimpin Umno dan apa agenda mereka.

"Pemimpin Umno yang ada hari ini semuanya bermasalah dan rakyat sudah tahu siapa mereka, sebab itu Umno telah tewas pada 2 PRK terbaru iaitu Permatan Pauh dan Kuala Terengganu".

"Saya yakin bukan PR yang tidak bertahan lama, tetapi Umno yang sudah tua ini akan ditalkinkan kerana sikap pemimpin yang tamakkan kuasa sehingga menggunakan rasuah untuk menang ketika pemilihan".

Haji Bakrin berkata tidak pernah dalam sejarah ada Jawatankuasa Disiplin Umno mencadangkan supaya Sayap Umno iaitu Pemuda dan Puteri Umno dibubarkan seperti yang dicadangkan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Sebenarnya Tengku Ahmad Rithaudeen menyindir Umno, beliau sebenarnya mencadangkan Umno itu sendiri dibubarkan bukan hanya Puteri dan Pemuda tetapi beliau bercakap secara menyindir Umno"

"Sepatutnya Muhyiddin kena sedar bahawa oleh kerana Umno sudah hampir runtuh dan binasa maka Tengku Rithaudeen mencadangkan ia dibubarkan atau dimatikan sahaja" kata Haji Bakrin.

Haji Bakrin menafikan PR tidak akan kekal lama kerana menurutnya perpaduan dalam PR semakin kukuh sebagaimana yang ditunjukkan dalam isu politik Perak. Semua parti dalam PR berdiri teguh menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin, tiada perselisihan pendapat.

"Saya juga hairan bagaimana Muhyiddin tidak nampak keupayaan PR yang berjaya memerintah 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak dengan baik".

"Tidak ada sungutan dan bantahan dari rakyat, kelima-lima negeri terus maju dan aman damai, hutang negeri-negeri itupun tidak sebanyak negeri-negeri BN" tambah Hj Bakrin.
Dalam kenyataannya di media hari ini Muhyiddin meramalkan PR tidak akan bertahan lama dan sekaligus tidak mampu mentadbir negara.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter