CADANGAN KEPADA PIMPINAN PR ~ Ref Malaysiakini

Antara faktor memperkasakan pakatan rakyat adalah menerusi sikap dan program Mesra Rakyat. Pemimpin perlu sentiasa turun padang, bertanya khabar, apa masalah rakyat bukan hanya turun padang apabila keadaan memerlukan seperti untuk meraih undi dan sebagainya. Justeru, Pakatan Rakyat perlu mencontohi nilai-nilai murni tersebut bagi merealisasikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Ke 13 nanti.

Selain faktor Mesra Rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat perlu belajar bagaimana cara untuk memenangi hati rakyat. Menggunakan Wang, janji-janji sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah muak dan mereka boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Pakatan Rakyat perlu membuka minda seluas-luasnya, ‘create’ idea-idea baru, menggunakan cara psikologi bagi memenangi hati rakyat. Sebagai contoh, ambil gambar penduduk-penduduk kampong bersama dengan pimpinan tertinggi seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, YB Tuan Lim Guan Eng dan sebagainya. Ambil gambar mereka bersama pemimpin tersebut dan dalam masa yang sama ‘print’kan gambar tersebut beserta dengan ‘frame’nya sekali. Berapa sangat nilainya kalau hendak dibandingkan dengan nilai kegembiraan mereka dan berapa sangat nilainya kalau hendak dibandingkan dengan habuan Barisan Nasional yang acapkali mencecah ribuan malah jutaan ringgit.

Cadangan ini ada relevannya, sudah menjadi lumrah manusia, sekiranya mereka bergambar kenangan bersama pimpinan tertinggi apatah lagi gambar tersebut dilekatkan di dinding rumah, Bertambah bangga rasanya. Sudah pasti kenangan manis itu akan diingati sampai bila-bila . Secara tidak langsung, Pakatan Rakyat sudah berjaya menarik perhatian dan mendekati rakyat. Tidak mustahil PRU 13 bakal menjadi milik Pakatan Rakyat

Berbalik kepada ‘trend’ yang sering diguna pakai oleh kerajaan Barisan Nasional sejak 51 tahun Merdeka iaitu menggunakan Wang, Janji-janji yang tidak relevan dan sebagainya untuk mengambil hati rakyat. ‘Trend’ ini perlu dibuang jauh-jauh oleh Pakatan Rakyat. Kita ambil contoh semasa pilihanraya, seperti kebiasaaannya, setiap kawasan yang diadakan pilihanraya akan dihujani dengan beribu-ribu poster, banner dan papan tanda, ceramah sana-sini, janji-janji ditaburkan dengan tujuan untuk meraih undi penduduk. Dalam masa yang sama beribu-ribu ringgit malah berjuta ringgit dibelanjakan begitu sahaja. Inilah ‘method’ yang akan diguna pakai oleh BN setiap kali pilihanraya berlangsung. Duit siapa yang dibelanjakan sewenang-wenangnya? Sudah pasti duit RAKYAT.

PR perlu mengelak dari ‘method’ seperti ini, bukan kita menghalang sebaliknya berpada-pada dalam pengurusan poster, banner dan sebagainya. Kita perlu ingat, negara kini sedang menghadapi krisis ekonomi yang serius, sudah pasti rakyat merasai tempiasnya, jangan pula pada satu tahap perbelanjaan bertukar menjadi pembaziran yang sia-sia. Terfikirkah kita semua, masih ramai rakyat Malaysia berada di bawah paras kemiskinan, tidak cukup makan, tidak cukup pakai, tiada penginapan, bekalan api mahupun air, ramai pesakit kanser yang tidak terbela nasib? Lupakah kita? Alangkah mulianya duit yang dibazirkan dengan sia-sia itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan!

Di sini bukan sahaja permasalahan pembaziran tetapi ia juga merosakkan alam sekitar. Selepas pilihanraya berlangsung, kita lihat sana sini bertaburan poster-poster jatuh ke dalam longkang, atas jalan raya dan sebagainya. Ini akan menyebabkan sistem perparitan tersumbat, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti banjir kilat dan sebagainya

Beri peluang dan kepercayaan kepada muka-muka baru. Kita perlu berfikiran terbuka, memberi ruang, peluang dan kepercayaan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun yang telah dilantik oleh rakyat untuk mentadbir kawasan mereka masing-masing. Kita yakin mereka mampu melakukannya dengan baik. Tolonglah jangan berfikiran sempit seperti BN, setiap kali pilihanraya, separuh ahli politik mereka akan turun padang, muka terpampang di dada-dada akhbar. Kenapa ini terjadi? Kerana mereka ini hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun yang dilantik oleh rakyat bagi mentadbir sesebuah kawasan. Bagi Menteri dan pegawai atasan ini, dengan adanya mereka, sudah pasti akan menambahkan populariti wakil BN yang bertanding sekaligus menjanjikan kemenangan besar kepada BN. Oleh kerana sikap ketidakpercayaan BN inilah punca kepada kejatuhan 5 negeri ke tangan PR.

Justeru, kita di PR perlu mengubah ‘trend’ ini dengan mengasah bakat golongan-golongan muda yang berpotensi besar, memberi latihan dan bimbingan kepada mereka, tonjolkan muka-muka baru di dada-dada akhbar tujuannya supaya mereka ini lebih bersemangat, merasakan hasil usaha mereka dihargai dan bekerja keras untuk parti. Dalam masa yang sama PR dari negeri-negeri lain menyokong dari belakang. Sekiranya ‘method’ ini memberi kemenangan kepada PR, ia merupakan satu kemenangan yang cukup bermakna di mana ia adalah hasil usaha kerja keras warga tempatan itu sendiri.

Bagi seluruh warga PR, kita perlu fokuskan kepada Prinsip berikut:-

# bekerja keras dan sentiasa ikhlas untuk majukan PR
Kerja keras tidak mengenal erti penat dan jemu, terbukti membawa kemenangan pada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari 2009

# Professionalisme dalam setiap tugas
Setiap tugas yang diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Jangan cepat melatah atas
sesuatu isu yang dimainkan oleh pembangkang. Selesaikan sesuatu masalah itu dengan sebaik
mungkin.

# melatih generasi-generasi muda
Beri peluang kepada generasi-generasi muda, kerana mereka adalah pelapis masa hadapan. Jika setiap negeri menjalankan tanggungjawab ini, kita yakin cukup mudah untuk PR menguasai
seluruh negeri yang ditadbir oleh BN sekaligus dapat membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.
Tidak perlu setiap kali pilihanraya semua negeri diwajibkan turun padang, berkampung berhari-hari. Ini sama sekali tidak betul kerana ia menampakkan satu bentuk pembaziran.

# ubah konsep pemikiran
Satu parti itu akan gagal sekiranya pemimpin atasan tersebut tidak percaya dan yakin atas
kredibiliti pemimpin dibawahnya. Sebaliknya beri kepercayaan kepada mereka, biar mereka
mentadbir dengan cara mereka sendiri, sekiranya semua negeri mampu mentadbir dengan baik sudah pasti akan mempercepatkan lagi proses pembentukan kerajaan.

Semoga dengan apa yang dipaparkan di sini sedikit sebanyak dapat membantu Memartabatkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang disegani oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha yang tidak pernah kenal erti jemu akan menjanjikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Sekian, Terima Kasih

Daripada,

Sim Bak Seong
Bendahari Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Permatang Pauh
Pulau Pinang.

Comments

saji said…
Salam Sofi,

Saya lebih setuju jika cadangan 'create' idea baru itu berpaksikan ajaran Islam. Tak tahu tanya saya
INSYAALLAH KERJASAMA PEMIMPIN 2
PAS PKR DAP AKAN MEMPERKASAKAN
LAGI PAKATAN RAKYAT DAN MEMBAWA KEMENANGAN BESAR DI BUKIT GANTANG DAN BKT SELAMBAU.

AMEEN.