.

.

18 October 2013

UMNO AMAL RASUAH ....SEKALI LAGI DR MAHATHIR SAHKAN

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang.

Beliau berkata rakyat tidak perlu berharap kerajaan untuk membetulkan sistem sedia ada kerana mereka masih tidak mampu memperbaiki kelemahan dalam Umno.

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang.

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri," katanya dalam Majlis Sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir turut menyifatkan perpaduan yang lemah di kalangan orang Melayu menyebabkan suara mereka kurang didengari akibat suara orang Melayu yang terpecah kepada parti Umno, PKR dan PAS.- 18 Oktober, 2013.

TMI

15 October 2013

UMNO DAN AHLINYA TIDAK BERUBAH


Kemenangan Shahrizat Abd Jalil pada pemilihan Pergerakan Wanita Umno 2 hari lepas membuktikan bahawa skandal dan kontroversi tidak menjadi penting bsgi Umno dan ahlinya.

Walaupun Kak Ijat sarat dengan isu NFC tetapi beliau tetap menang bergaya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.  Itulah Umno, bagi mereka rasuah, penyelewengan dan kronisme semuanya halal, tiada dosa. 

Bila agaknya UMNO hendak berubah atau Umno mahu dirinya dikuburkan pleh rakyat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter