.

.

05 March 2011

YUHAIZAD SUDAH BERTEMU LEBIH 90 % PENGUNDI, YAKIN MENANG

Calon PAS Haji Yuhaizad Abdullah telah bertemu dengan lebih dari 80 % pengundi DUN Merlimau dan yakin mereka akan memberikan undi kepada beliau.

"Saya bertemu dengan mereka dan sambutan amat baik, mereka menyambut saya dengan mesra dan menyatakan Insya Allah".

"Kita berusaha bertemu dan bermesra dengan rakyat, kita terangkan mengapa pentingnya calon PR menang" kata Yuhaizad

Menurutnya beliau tidak gentar dengan jentera BN yang didokongi oleh kerajaan pusat dan negeri bukannya BN.

"Kita berusaha, bekerja dan bertawakkal kepada Allah, Insya Allah rakyat sudah mula berubah dan tidak mustahil esok BN akan tersungkur" ujar beliau.

MERLIMAU : SERANGAN PERIBADI BN MAKAN TUAN

Serangan BN kepada calon PAS Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah makan tuan. Beberapa orang penduduk Merlimau yang ditemui berpendapat risalah keterlaluan BN yang menghentam calon, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS menyebabkan pengundi BN mula tawar hati untuk mengundi BN. Sesetengahnya mula mungkin tidak mahu keluar mengundi esok.

Penduduk Merlimau Pasir yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mail, 62 berkata, beliau malu dengan corak kempen BN yang ternyata keluar dari batas-batas tata susila Melayu dan Islam.

"Kalau dah sampai fitnah, buat gambar lucah, tipu dan bohong, ini sudah melampau, sepatutnya kita kempen secara professional, matang dan telus".

"Ramai kawan-kawan saya mula tawar hati untuk mengundi dan mungkin akan cuba rosakkan undi" tegas Pak Mail.

Seorang penduduk Kilang Berapi yang mahu dikenali sebagai Apai, 29 pula rasa malu dengan gelagat ahli politik di Merlimau yang berkempen secara keterlaluan menghentam peribadi orang lain.

"Kita tidak sepatutnya mengorek dan membongkar peribadi calon, walaupun ia mungkin benar tetapi biarlah hal peribadi mereka kita tutup keburukan mereka, ini ceriat rumah mereka, kelulusan mereka dan hubungan peribadi ibu dan anak pun dan didedahkan kepada umum" ujar Apai pemuda yang dikatakan mempunyai pengaruh di kampungnya.

Bagi Mak Cik Leha, 55 dari Ayer Merbau pula merasakan kempen pilihanraya kecil Merlimau ini sudah melampaui batas tata susila dan Islam.

"Kita sepatutnya menilai seseorang calon bukan kepada fitnah dan pembohongan, tetapi kita nikai dari segi latarbelakang, akhlaq, keluarga dan hubungan dengan orang ramai".

"Kita juga seharusnya menilai calon itu dari parti mana dia datang. Kalau pemimpinnya kita tahu rasuah dan kaya raya maka kita kena periksa dan berhati-hati, jangan pangkah sesuka hati" kata Mak Cik Leha yang merupakan seorang suri rumah.

POLLING AGENT DIBEKALKAN DENGAN ALAT CANGGIH UNTUK TUGAS ESOK

Semua Polling Agent PAS dibekalkan dengan alat pengimbas kad pengenalan (made in Japan) untuk mengenalpasti ketulenan Kad Pengenalan tersebut. Alat ini akan dapat mengesan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan yang bukan milik pembawa dan sebagainya.

Alat-alat lain dan dokumen yang sudah ada di dalam simpanan Polling Agent ialah gambar-gambar pengundi hantu dan pengundi upahan, maklumat terperinci mereka dan lain-lain maklumat berkaitan yang masih dirahsiakan.

Selain itu mereka juga dibekalkan dengan kamera canggih dan alatan-alatan lain.

ANAK LUAR NIKAH : ALI RUSTAM TAK PANDAI MATEMATIK

Statistik perbandingan antara Kelantan dan Melaka di pasang merata-rata oleh BN pimpinan Ali Rustam.

Blog ini ingin menyentuh satu dari angka yang dipaparkan oleh Ali Rustam iaitu berkaitan dengan anak haram.

Untuk pengetahuan semua Ali Rustam sebenarnya menelanjangkan dirinya sendiri kerana secara nisbahnya Melaka lebih jauh jumlah kelahiran anak haram dengan dinisbahkan kepada bilangan penduduk.

Penduduk Kelantan jumlahnya 1,459,994 orang berbanding Melaka hanya 788,700 orang. Namun bilangan anak haram di Melaka adalah 1,077 orang dan Kelantan seramai 1,221 orang. Maknanya walaupun bilangan rakyat negeri Kelantan 2 kali ganda lebih ramai dari Melaka tetapi jumlah anak haram Melaka hampir sama dengan Kelantan.

Secara nisbahnya di Melaka nisbah anak haram dengan penduduk ialah 1:1428 jauh lebih tinggi dari Kelantan iaitu 1:735 sahaja.

Lain kali Pak Ali kalau hendak tayangkan statistik kepada rakyat kena belajar Matematik dahulu. Memang semua orang tahu kerani LLN memang tidak perlu cemerlang Matematik tetapi janganlah sampai memalukan diri sendiri.

DI MANA BAS DAN KENDERAAN YANG BAWA PENGUNDI HANTU?

Skuad Kamera PAS sedang mengesan kenderaan dan bas yang membawa pengundi hantu. Maklumat dalaman yang diterima menunjukkan bahawa beberapa bas dan kenderaan mula bergerak.

Adalah dijangkakan bas-bas ini sudah pun menurunkan pengundi-pengundi hantu dan upahan ini. Mereka ini akan dibawa dengan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat membuang undi esok.

Menurut Ketua Skuad Kamera mereka akan 'standby' 24 jam untuk memerhati dan mengambil gambar mereka yang terlibat.

Polling Agent pula sudah standby untuk menangkap dan membuat bantahan dengan bukti lengkap bagi memastikan pengundi hantu dan upahan ini bukan sahaja tidak dapat mengundi malah dihadap ke muka pengadilan.

PEGUAM PAS SUDAH BERSEDIA MENGGEMPUR PESALAH ESOK

Pasukan Peguam PAS akan ditempatkan di semua peti undi untuk membantu Polling Agent dan petugas PAS lain bagi membenteras pengundi hantu dan pengundi upahan serta juga pesalah-pesalah lain termasuk petugas BN, pegawai SPR dan sesiapa sahaja.

Jadi jika anda tidak mahu dimalukan jangan cuba membuat onar esok.

MAKLUMAT 750 PENGUNDI HANTU IPT SUDAH DIADA DALAM TANGAN

Pagi tadi Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman mendakwa bahawa 750 pelajar IPT akan diperkudakan oleh BN untuk mengundi esok. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pengundi hantu kerana mereka bukanlah pengundi sah di Dun Merlimau tetapi dengan perancangan rapi dan penyalahgunaan kuasa agensi tertentu pelajar IPT 'layak' mengundi.

Namun petugas PAS terdiri dari Polling Agent dan skuad kamera sudahpun mempunyai maklumat dan hanya menunggu masa untuk mendedahkan segala maklumat itu.

Esok Polling Agent PAS sudah bersedia untuk menangkap pengundi hantu atau pengundi upahan. Segala maklumat sudah ada di dalam database dan fail Polling Agent dan Skuad Kamera.

Macamana Polling Agent dan Skuad Kamera perolehi maklumat ini tak perlu tuan-puan tanya kerana penyokong kita ada di mana-mana hatta di dalam khemah BN dan Bilik Gerakan BN.

POLLING AGENT SUDAH BERSEDIA DENGAN MAKLUMAT TERPERINCI PENGUNDI HANTU

Polling Agent PAS sudah dibekalkan dengan segala maklumat berkenaan pengundi hantu dan pengundi upahan. Antara maklumat yang sudah ada ditangan mereka ialah gambar, nama penuh, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Polling Agent sudah bersedia untuk 'menangkap' semua pengundi hantu dan pengundi upahan ini jika mereka cuba masuk untuk mengundi. Maklumat terperinci ini diperolehi dari bahagian risikan dan juga disalurkan oleh petugas-petugas Umno/BN sendiri.

Jika Umno/BN mahu calon mereka dibawa ke mahkamah atau mereka mahu Ali Rustam dimalukan silalah bawa pengundi hantu dan pengundi upahan esok. Polling Agent dan skuad kamera sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

SKUAD KAMERA MENGESAN BEBERAPA BUAH BAS MENCURIGAKAN DI MERLIMAU

Skuad Kamera PAS melaporkan bahawa mereka berjaya mengesan beberapa buah bas di sekitar Jasin dan Merlimau dalam keadaan mencurigakan. Bas-bas tersebut dilihat datang dari luar Melaka dan sedang berlegar-legar entah ke mana tujuannya.

Skuad Kamera sedang mengikuti mereka supaya tidak kehilangan jejak.

Menurut Ketua Skuad Kamera bas-bas ini akan dipantau oleh bahagian keselamatan yang juga lengkap dengan kamera dan sebagainya.

SKUAD KAMERA MENGESAN BEBERAPA BUAH BAS MENCURIGAKAN DI MERLIMAU

Skuad Kamera PAS melaporkan bahawa mereka berjaya mengesan beberapa buah bas di sekitar Jasin dan Merlimau dalam keadaan mencurigakan. Bas-bas tersebut dilihat datang dari luar Melaka dan sedang berlegar-legar entah ke mana tujuannya.

Skuad Kamera sedang mengikuti mereka supaya tidak kehilangan jejak.

Menurut Ketua Skuad Kamera bas-bas ini akan dipantau oleh bahagian keselamatan yang juga lengkap dengan kamera dan sebagainya.

SKUAD KAMERA TERUS KOLEKSI RASUAH, PENYELEWENGAN DAN KEDURJANAAN UMNO/BN

Skuad Kamera PAS terus mengumpul koleksi penyelewengan, rasuah, penipuan dan salah laku pimpin. Setakat ini menurut Ketua Skuad Kamera mereka berjaya mengambil gambar yang dikategorikan sulit. 

Ada antara gambar-gambar tersebut diperolehi dari jurukamera Umno/BN dan bebas.

Berhati-hatilah wahai menteri-menteri BN, Ketua Menteri Melaka dan semua petugas BN, jangan nanti kamu dimalukan kerana kebodohan kamu sendiri.

04 March 2011

MERLIMAU : PENGUNDI CINA 'CONFIRM' UNDI PAS

Majlis Makan Malam anjuran DAP Negeri Melaka di Markaz PAS DUN Merlimau malam ini penuh sesak dengan pengundi Tionghua. Semua meja yang disediakan di tapak majlis tersebut penuh.

Melihat kepada perkembangan ini tidak mustahil calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah akan memperolehi sekurang-kurangnya 70% undi kaum Tionghua.

Sementara itu angin perubahan di kalangan pengundi Melayu juga mula kelihatan kerana calon BN sendiri sebenarnya diseliputi dengan pelbagai masalah dalaman.

AWAS PENGUNDI HANTU

Awas pengundi hantu dan pengundi upahan. Insya Allah Polling Agent dan petugas PAS yang dianggotai Skuad Kamera dan skuad lain akan sentiasa memantau pengundi hantu dan pengundi upahan ini.

Sekarang ini pun Jentera PAS dan Pasukan Khas PAS sudah pun memperolehi pelbagai maklumat dan gambar-gambar lengkap untuk dibawa ke tengah bagi membenteras kegiatan jahat puak-puak ini.

MERLIMAU : SKUAD KAMERA SUDAH KUMPUL BANYAK GAMBAR SENSASI

Skuad Kamera PAS berjaya mengumpulkan banyak gambar dan maklumat yang sudah tentu akan menggoncangkan BN. Banyak bukti diperolehi tentang rasuah, penyelewengan dan salah laku pemimpin dan penyokong BN yang berjaya diambil gambarnya oleh skuad kamera.
Skuad kamera ini tidak teragak-agak untuk mendedahkan semuanya kepada pihak berwajib. Ketika ditemui petang tadi Ketua Skuad Kamera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka hanya menunggu masa sahaja untuk mendedahkan semuanya. Bila tiba masanya kami akan dedahkan semuanya.
"Banyak gambar yang kami ada jerung, ikan bilis, ikan kembung semua ada, memang perangai mereka ini teruk tanpa menghiraukan dosa dan pahala" ujar Ketua Skuad Kamera tersebut.
"Sesetengah gambarnya kami dapat dari kawan-kawan kami dari kem sebelah sana yang sudah meluat dengan pimpinan dan calon BN sendiri" ujar Ketua Skuad Kamera dengan serius.

SIAPA KATA MELAKA MAJU, MERLIMAU MAJU?

Berikut adalah keluhan dan permasalahan yang diadukan penduduk Melimau kepada Yuhaizad:

1. Kekurangan lampu jalan Ayer Merbau dan Jasin Lalang.

2. Keperluan lampu isyarat persimpangan masuk kampung Ayer Merbau.

3. Penduduk Taman Sri Chin Chin mendakwa kadar cukai pintu tinggi.

4. Keluhan penduduk di Pengkalan Samak (Solok Pengkalan Samak) dan Ayer Merbau, parit dan longkang tidak dibaik pulih. Kelemahan prasarana ini juga mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di Ayer Merbau.

5. Longkang dan perparitan yang tersumbat di Taman Debunga (Pengkalan Samak) dan Permatang Serai yang longkangnya tidak diselenggara (dipenuhi rumput).

6. Rumah terbiar dan persekitaran yang kotor di Merlimau Utara. Ini membimbangkan penduduk yang terancam dengan penyebaran denggi.

7. Penduduk Jasin Lalang tidak mempunyai dewan serbaguna.

8. Pendudk Kampung Ayer Merbau memohon pembinaan semula balai raya yang kini telah rosak dan terlalu kecil bagi menampung keperluan penduduk.

9. Kemudahan jalan yang tidak diturap dan dinaik taraf.

10. Permohonan untuk mendapatkan kelengkapan khemah yang tidak dipenuhi di Ayer Merbau dan Chin Chin.

11. Waktu pungutan sampah yang tidak sesuai di Permatang Serai.

12. Pokok yang dipotong oleh Majlis Perbandaran Jasin tidak dibersihkan di Taman Muhibah dan Merlimau Pasir.

13. Keluarga dan individu miskin, orang kurang upaya, sakit yang memerlukan bantuan di Chin Chin, Merlimau Pasir dan Taman Muhibah.

14. Masalah pencemaran Sungai Merlimau.

15. Tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan tidak diganti semula.

16. Tidak berpuas hati dengan sistem saman ekor.

17. Peningkatan kes jenayah terutamanya kecurian motosikal.

18. Harga rumah di Merlimau yang mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk.

19. Kaum India menghadapi masalah peluang pekerjaan, perumahan selepas berkhidmat di ladang dan masalah bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC).

20. Resah dengan kenaikan harga minyak dan harga barang.

Sumber : Harakahdaily.

KALAU MAHU DIMALUKAN, SILA BAWA PENGUNDI HANTU DAN PENGUNDI UPAHAN

Blog ini mendapat maklumat dari blog pasprkmerlimau.blogspot.com bahawa ada pihak tertentu ingin menggunakan khidmat pengundi hantu dan pengundi upahan yang diberi dokumen tertentu bagi membolehkan niat jahat mereka tercapai.
Kita tidak hairan dengan kerja jahat ini, kerana mereka memang mempunyai jentera dan alat untuk melakukannya. Mereka ada agensi yang boleh mengeluarkan Kad Pengenalan sementara, mereka ada agensi yang boleh memasukkan nama pengundi hantu dan upahan ini untuk membolehkan 'hantu' ini mengundi.
Namun mereka merancang, Allah juga merancang.
Untuk pengetahuan semua, pihak PAS sudah siap sedia dengan gambar, maklumat terperinci dan segala maklumat lengkap tentang pengundi hantu dan upahan ini. Jika pihak tertentu meneruskan hasrat untuk menggunakan hantu dan pengundi upahan ini mereka sudah tentu akan mendapat malu, agensi kerajaan yang terbabit juga akan mendapat malu.
Selain itu terdapat individu tertentu yang sudah bersedia untuk memberi kerjasama membongkar kejahatan pihak-pihak tertentu ini.

Pengundi hantu dikesan dan akan didedahkan

Beberapa pengundi hantu atau pengundi upahan berjaya dikesan oleh petugas PAS sejak beberapa hari lalu. Ada antara mereka yang berani membuat pengakuan beserta buktinya sekali. Taktik kotor pihak tertentu ini amat DIKESALI. PiHAK PAS SUDAH BERSEDIA DENGAN SEHALA KELENGKAPAN CANGGIH DAN BERSETRATEGI UNTUK BERHADAPAN DENGAN TIPU MUSLIMAT PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI. BERMULA DARI TEMPAT PENGUNDI HANTU ATAU PENGUNDI UPAHAN TIDUR, BANGUN, BERGERAK KE PUSAT PENGUNDIAN SEHINGGA KE TEMPAT MENGUNDI MEREKA AKAN DIPANTAU. PIHAK POLLING AGENT AKAN MEMASTIKAN PENGUNDI HANTU DAN UPAHAN TIDAK DSPAT MENGUNDI

03 March 2011

SKUAD KAMERA PUNYA BUKTI RASUAH BERLAKU

Skuad Kamera yang ditubuhkan oleh Jentera PAS PRK Merlimau dilaporkan telah berjaya mengesan banyak kes rasuah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di sekitar DUN Merlimau.

Perbuatan rasuah dan sogokan yang sememangnya menjadi amalan parti perasuah terus berleluasa di Merlimau walaupun pelbagai amaran dan nasihat dibuat oleh PAS. Skuad kamera ini akan menyimpan bukti-bukti ini dan akan membuat pendedahan bila tiba masanya.

Awas perasuah jangan cuba menyogok pengundi skuad kami ada di mana-mana termasuk di dalam khemah BN dan rumah ahli BN.

01 March 2011

UMNO KELUARKAN FATWA SONGSANG BUKAN PAS

Timbalan Presiden Umno menuduh PAS mengeluarkan fatwa songsang. Antara yang disebut oleh beliau ialah sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

Tuduhan tersebut memang suatu rekaan Muhyiddin semata-mata. Pemimpin PAS tidak pernah menuduh pemimpin dan penyokong Umno sebagai kafir atau jahiliah. Orang yang selalu menuduh Umno kafir suatu ketika dahulu sekarang ini sudah masuk Umno meninggalkan PAS.

Sebenarnya fatwa songsang yang sedang diamalkan oleh pemimpin dan ahli Umno sekarang antaranya boleh meminggirkan hukum Islam, sebab itu Islam hanya diamalkan sekadar untuk nikah kahwin, haid nifas, faraid dan lain-lain. Perkara-perkara pokok seperti undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya diketepikan oleh Umno.

Fatwa songsang yang juga berleluasa di Malaysia sekarang ini ialah pengamalan riba yang mana bank riba masih terus digunapakai tanpa segan silu.

Seterusnya Umno dilihat mengamalkan fatwa songsang menutup aurat tidak wajib. Sebab itulah pemimpin wanita dan isteri pimpinan Umno tidak menutup aurat. Bila masuk kampung mereka cuba menipu orang kampung dengan menutup kepala dengan kain tudung yang mana tidak memenuhi syarat menutup aurat.

Banyak fatwa songsang yang diamalkan oleh Umno tetapi ia tidak ditegur oleh ulama' dan ustaz Umno.

HANYA WAKIL RAKYAT PR YANG ISLAM TEGUR KERAJAAN NEGERI

Guna duit Zakat buat Kompleks MAIM - Tiada yang berani nasihat

Jatuhnya tanah wakaf kepada pihak asing - Tiada yang persoalkan

Tumbuhnya tempat maksiat bagai cendawan lepas hujan - pelacuran, night club, dangdut

Pemborosan kerajaan negeri - Eye On Malaysia, Monorail, Lapangan Terbang, jam bunga dan lain-lain. - Tiada yang beri nasihat dan berani bersuara menegur kerajaan negeri.

Adun-Adun Islam BN tidak berani memperbetulkan kesilapan pemimpin mereka. OLEH ITU HANYA WAKIL RAKYAT ISLAM YANG BOLEH MEMBERIKAN NASIHAT DAN TEGURAN KEPADA KERAJAAN BN DALAM ISU YANG BERKAITAN DENGAN ISLAM DAN MELAYU.

28 February 2011

DEBAT : TAKUT UNTUK DEBAT DENGAN PJ, BOLEH DEBAT DENGAN KETUA CAWANGAN

Sudah berkali-kali Ali Rustam mengajak pemimpin PAS berdebat. Namun bila disahut cabaran itu beliau diam seribu bahasa. Sebenarnya beliau takut untuk berdebat dengan Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS Negeri Melaka atas apa juga isu. Sebab itu bila kita sahut beliau diam.

Blog ini sedia menjadi tuan rumah untuk debat antara Ali Rustam dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman atau Hj Adly atau sesiapa sahaja di kalangan pemimpin tertinggi PAS Melaka.

Kalau Datuk Seri Mohd Ali tidak berani berdebat dengan mereka blog ini cadangkan beliau berdebat dengan Ketua Cawangan PAS Taman Tun Rahah atau Cawangan Bukit Bayan. Kalau takut juga berdebat dengan Ketua Cawangan blog ini cadangkan beliau berdebat dengan Ketua Kanak-kanak 5 tahun PASTI Ar Rahmah yang namanya Ahmad Danial.

Mungkin beliau berani berdebat dengan Ahmad Danial agaknya...........janji debat itu jadi kenyataan sudah lah. Tajuk debat Datuk Seri Mohd Ali vs Ahmad Danial akan kami tentukan kemudian.

WAKIL RAKYAT MENINGGAL MERLIMAU DAN KERDAU MAJU?

Sudah menjadi lumrah dan tradisi di Malaysia, apabila wakil rakyat meninggal dunia kawasan yang diwakili akan mendapat durian runtuh dan pembangunan 'mee segera'. Ini semua gara-gara rakyat kita masih tidak mempunyai daya pemikiran dan ilmu yang mampu untuk berfikir.
Padahal jika Wakil Rakyat tidak meninggal dunia tiada pula projek-projek tersebut dilaksanakan. Bila kita tanya adakah projek itu untuk memancing undi, pimpinan BN menjawab projek ini sudah lama dirancang. Begitu mudah mereka memperbodohkan rakyat.
Bila Wakil Rakyat meninggal - jalan diturap, jalan dilebarkan, surau dan masjid dibaiki, landskap diindahkan, elaun dan bantuan datang mencurah-curah dan macam-macam lagi.
Ada rakyat yang minta gigi palsu, cermin mata, set karaoke dan macam-macam lagi semuanya akan sedaya upaya ditunaikan oleh BN. Hatta kalau minta ayah dan ibu baru BN akan usahakan. Begitulah hebatnya BN jika adanya pilihanraya kecil sudah tentu mereka berbelanja pulaan juta untuk memancing undi rakyat.

GEMPAR : CALON PAS MERLIMAU ANAK DERHAKA!!

Berita gempar kerana tuduhan bahawa calon PAS, Haji Yuhaizad Abdullah seorang anak derhaka memang benar.

Beliau memang seorang yang degil dan keras kepala.
Beliau suka melawan
Beliau tak dengar kata
Beliau seorang yang jahat dan degil
Beliau seorang yang babil (istilah orang 'Lepih' - Degil)
Beliau seorang yang suka melawan cakap
Beliau seorang yang keras hati ..............

Blog-blog songsang dan kaki fitnah menuduh beliau tidak mendapat restu keluarga dan seolah-olah bersifar seperti anak derhaka.

Memang beliau seorang PENDERHAKA.................IAITU PENDERHAKA KEPADA UMNO.
Hari ini semuanya terjawab apabila keluarga secara terbuka memberikan sokongan moral dan material kepada beliau untuk berdepan dengan Umno/BN. Gambar keluarganya dalam suasana mesra (termasuk bondanya) terpampang di muka depan media arus perdana. Malah abang beliau Yuszaidi secara berterus terang berkata Umno sudah semakin tidak relevan sekarang dan kita mesti mencari wadah baru untuk perjuangan sebenar.

PAS TAK BUAT MASJID, UMNO RUNTUH MASJID!

Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

Mudah sahaja untuk menjawab terjahan Najib ini. Kita yakin Ketua PAS Cawangan pun boleh membalas hujah Najib ini.

Ini hujah balas kita :-

1) PAS buat 2 buah masjid sahaja di Kelantan, TETAPI PAS tidak pernah robohkan masjid, surau seperti yang kerajaan BN buat di Terengganu (Kg Bujal) dan Selangor. Di Melaka Surau di Bukit Katil hendak dirobohkan oleh kerajaan negeri.

2) PAS buat 2 buah masjid di Kelantan, WALAUPUN masjid banyak di Melaka dan negeri BN tetapi jemaahnya tidak sampai satu saf di kebanyakan masjid. Cuba bandingkan dengan masjid di Kelantan.

3) PAS buat 2 buah masjid di Kelantan, WALAUPUN masjid banyak di Melaka dan negeri BN tetapi masjid tiada pengisian dan tiada program. Kuliah agama disekat dan dihentikan seperti Masjid Bukit Pegoh, Melaka.

4) Najib kata Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya TETAPI macamana dengan dasar Islam seperti hukum Islam diketepikan, sistem riba dipertahankan, rasuah berleluasa dan macam-macam lagi. Perkara asas seperti aurat pun pemimpin Umno tak dapat laksanakan.

27 February 2011

KERDAU : ROSMAH TURUT BERKEMPEN, TAK YAKIN DENGAN NAJIB

Rosmah Mansor jarang turun berkempen di mana-mana Pilihanraya Kecil. Tetapi kali ini di Kerdau beliau sendiri masuk rumah keluar rumah bertemu rakyat khususnya peneroka Felda di Jengka 25. Apa petunjuk dari kerja keras beliau ini. Adakah Najib dan Rosmah tidak yakin dengan peneroka Felda, takut-takut peneroka beralih angin menyokong PAS.

Tidak cukup dengan Najib turun berkempen kini, Rosmah pula bersingsing lengan berkempen sama. Takut kalah ke? Takkan begitu sekali.

PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal

PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Merlimau semalam.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.

Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

KETUA MENTERI MASIH BERMINDA GURU KEMAS

Ternyata Ketua Menteri Melaka masih terikut-ikut dengan minda guru Kemas di kampung-kampung yang menipu dan memperdayakan rakyat supaya menyokong Umno/BN.

Hari ini sekali lagi Mohd Ali Rustam membuka pekung di dadanya. Apabila tanpa segan silu menunjukkan ketidakcerdikan beliau dengan berkata seolah-olah hanya penyokong Umno/BN sahaja yang layak menerima bantuan.
Ali berkata dipetik dari portal Malaysiakini, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.
"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina."
"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.
Apakah Mohd Ali tidak sedar bahawa sekarang beliau adalah Ketua Menteri sebuah negeri bernama Melaka bukannya kerani Kemas atau Ahli Jawatankuasa JKKK. Cermatlah sedikit mengeluarkan kenyataan. Takut-takut ini ditertawakan oleh kanak-kanak Pasti Jaya Insan Bukit Katil.
Bukankah semua orang tahu bahawa kerajaan menjalankan pembangunan menggunakan duit rakyat bukannya duit Ali Rustam atau duit BN. Semua rakyat berhak mendapatkan bantuan, hak mendapat pekerjaan dan sebagainya tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit. Hanya pemimpin bertaraf dunia ketiga dan berkelulusan sekolah tadika sahaja yang sefahaman dengan Ali Rustam.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter