UMNO KELUARKAN FATWA SONGSANG BUKAN PAS

Timbalan Presiden Umno menuduh PAS mengeluarkan fatwa songsang. Antara yang disebut oleh beliau ialah sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

Tuduhan tersebut memang suatu rekaan Muhyiddin semata-mata. Pemimpin PAS tidak pernah menuduh pemimpin dan penyokong Umno sebagai kafir atau jahiliah. Orang yang selalu menuduh Umno kafir suatu ketika dahulu sekarang ini sudah masuk Umno meninggalkan PAS.

Sebenarnya fatwa songsang yang sedang diamalkan oleh pemimpin dan ahli Umno sekarang antaranya boleh meminggirkan hukum Islam, sebab itu Islam hanya diamalkan sekadar untuk nikah kahwin, haid nifas, faraid dan lain-lain. Perkara-perkara pokok seperti undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam dan sebagainya diketepikan oleh Umno.

Fatwa songsang yang juga berleluasa di Malaysia sekarang ini ialah pengamalan riba yang mana bank riba masih terus digunapakai tanpa segan silu.

Seterusnya Umno dilihat mengamalkan fatwa songsang menutup aurat tidak wajib. Sebab itulah pemimpin wanita dan isteri pimpinan Umno tidak menutup aurat. Bila masuk kampung mereka cuba menipu orang kampung dengan menutup kepala dengan kain tudung yang mana tidak memenuhi syarat menutup aurat.

Banyak fatwa songsang yang diamalkan oleh Umno tetapi ia tidak ditegur oleh ulama' dan ustaz Umno.

Comments

Anonymous said…
haram syarie mengundi UMNO tu masuk bab mana tuan?
Anonymous said…
ameno bukan saja amalkan fatwa songsang malah namenye pun songsang .....bukan nama melayu
Anonymous said…
Jika sembelihan ahli kitab boleh dimakan, lagilah boleh memakan sembelihan orang UMNO.
Anonymous said…
pusing alam tol puak totok pas ni... demi Allah kluarga ambo kene pulau sebb sokong umno... arwah ayah ambo meninggal pon kene pulau...ingat ayoh kawe kapir ko hhhhaaahhh...kalu cina dap mati g hormat plop...kawe dlu antra pengikut tegar hijau mase study di U..ambo antr set2 underground MAMPU n pengikot sorng adun pas di dot2..ambo xmnonjol d kg coz hormat ke arwah ayah ambo..biler kene cmtu ko arwah ayoh ambo bru kawe sedar btapa ISLAM nye PAS....jgn dok putar alam... ade berani ko siar tulisan kawe ni... telus r tepat ker...jgn sembunyi yang haq n tnjuk yng bathil....xtjwab nanti diakhirat..wallhualam.... -ambo antipas dos-
ardinge said…
Orang Melayu berpolitik demokrasi berparlimen kononnya untuk memertabatkan Melayu Islam di Malaysia. Apa yang berlaku ialah sebaliknya, masing2 (Melayu Politik) pentingkan diri sendiri dari perintah Allah. Benci membenci dan hina menghina.

Yang untung dan menyeringai senyom ialah DAP (Parti Komunis Malaysia - sepupu Parti Yahudi Singapura PAP)).

Padan muka Melayu menjadi macam Pak Kadok... Menang sorak kampung tergadai. Jawablah depan Allah nanti ye?
Anonymous said…
keno bezokan la kesalahan bersifat individu dgn kesalahan berpunca dari PAS tu sendiri.
kalu saudara hok almarhum ayoh dio keno pulau oleh set PAS tu, gano nok saloh ko ore PAS semuo skali nge parti PAS samo. tu saloh ore2 PAS hok dok denu jah. gano gitu mo lalu benci ko PAS. hambo setuju tindakan pulau tu meme saloh, tp menyalohkan PAS dan amik tindakan jadi anti-PAS tu bkn tindakan yg bijak.