.

.

22 July 2016

1MDB : DULU DERMA KINI HADIAH PULA ..........

Dulu timbul istilah derma. Kini timbul pula istilah hadiah. Selepas ini infaq mungkin lepas itu zakat pula.
Media hari ini melaporkan bahawa anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

GEMPAR !!!!!! SIAPAKAH ORANGNYA MALAYSIAN OFFICIAL 1????

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dalam kenyataan terbarunya berkaitan dengan isu 1MDB menyebut bahawa sepatutnya antara tugas utama Peguam Negara Malaysia ialah mengenalpasti siapakah Malaysian Official 1 yang disebutkan dalam laporan Peguam Negara Amerika semalam.

Sudah tentu kenyataan begini tidak akan disiarkan dalam mana-mana media pengampu di dalam negara kita ini.

Ikuti kenyataan penuh TSMY di bawah ini :

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Peguam Negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh Peguam Negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai IMDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.
Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik IMDB! Maka ia adalah suatu jenayah!
Jika IMDB dan Kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Lo dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.
Sebaliknya, logikkah sebagai Perdana Menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?
Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata? Mengejutkan! Ambil serius keputusan pihak Peguam Negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara. Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.
Najib juga sudah sepatutnya menghantar Peguam Negara Malaysia dan Ketua Polis Negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit. Najib juga sewajarnya telah mengarahkan Peguam Negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.
Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Adakah ini sepatutnya respon seorang Perdana Menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara? Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara?
Saya mencabar Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya! Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.
Peguam Negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib? Siapakah MALAYSIAN OFFICIAL 1 yang difahami oleh Peguam Negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS? Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia MALAYSIAN OFFICIAL 1?
Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia. Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!
Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.
Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan PDRM membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB. Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya? Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan Peguam Negara? Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan melindungi Perdana Menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!
Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan Perdana Menteri Malaysia? Tindakannya selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan melindungi kepentingan rakyat Malaysia!
Rakyat harus sedar dan bangkit bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum. Seruan agar rakyat bangun menentang kemungkaran ini hendaklah mengikut lunas undang-undang secara aman dan tidak semestinya dianggap provokatif.
DYMM Raja-Raja Melayu yang menjadi Payung Negara yang telah pernah bertindak bertitah sebelum ini sewajarnya tidak boleh membiarkan Perdana Menteri bermaharajalela merosakkan imej negara dan maruah rakyat serta memusnahkan khazanah negara. Majlis Raja-Raja boleh bertindak menjadi benteng terakhir pelindung hak rakyat dan negara! Majlis Raja-Raja tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia atas semangat Raja-Raja Melayu berbuat sesuatu untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.
Sahlah tindakan dan pendirian saya selama ini bahawa kes IMDB adalah satu kes penyelewengan yang amat memalukan yang melibatkan Perdana Menteri. Ia adalah suatu yang sahih dan benar.
Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati Rakyat Malaysia dan sepatutnya menanggung akibah daripada perbuatan salahlaku yang amat serius ini! Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan lain selain meletak jawatan dengan serta merta!
Saya akan tetap berdiri teguh dengan pendirian saya dan tidak akan sekali-kali berundur daripada kepercayaan dan keyakinan saya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah seluruh rakyat Malaysia!
Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berjuang untuk Selamatkan Malaysia!
Faiza Azamta Fatawakkal AlaLlah!

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Gambar sekadar hiasan.

1MDB : MENUNGGU KOMEN TUAN MUFTI DAN TUAN PENASIHAT

Kami sedang menunggu komen para Mufti yang begitu cepat membuat komen jika sesuatu perkara yang tidak melibatkan tuan mereka iaitu pemimpin negara khususnya Menteri Perdana dan memanda menteri semua.

Kami juga teruja menunggu komen Tuan Penasihat yang sebelum ini menyatakan Najib seorang berjiwa besar dan harus diberi peluang untuk terus memerintah negara.

Di saat seluruh dunia sudah tahu betapa dahsyat kes 1MDB ini, para pengampu dan penasihat terus mengampu dan memberikan sokongan padu kepada pembesar mereka.

Budaya seperti inilah sebenarnya yang merosakkan sesebuah negara dan tamadun dunia kerana apa juga kesalahan pemimpin didiamkan dan tidak berani disanggah. Kepentingan perut dan bawah perut terus dijaga hanya untuk kesenangan dunia yang sementara.

Gambar sekadar hiasan

21 July 2016

FAKTA BERKENAAN TINDAKAN AS TERHADAP 1MDB

PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB

Oleh kerana Utusan, TV 3, NST dan TheSTAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini dan lebih mementingkan cerita artis maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.

1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.

2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).

3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.

4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion)  ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.

5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.

6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.

7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.

8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.

https://www.justice.gov/opa/pr/united-states-seeks-recover-more-1-billion-obtained-corruption-involving-malaysian-sovereign

'HANTU' 1MDB MANA MAU LARI AAAAAA

Kini Amerika Syarikat pula akan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang terlibat dengan penyelewengan dan salah laku 'hantu' 1MDB.

Mana mau lali aaaaa ....itu mungkin bahasa yang sesuai dilemparkan kepada 'hantu' 1MDB.

Bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John R Malott menulis dipetik dari Kini memperincikan apa yang dilakukan oleh AS.

Tulisannya seperti di bawah

 
ULASAN Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi semalam.

Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB selama ini? Siapa curi wang itu? Ke mana ia pergi? Siapa bertanggungjawab benarkan perkara ini berlaku?

Inilah persoalan-persoalan yang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentuk dan mengetuai 1MDB, dan taikun ranggi Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bekerja di belakang tabir.
Laporan Jabatan Keadilan AS menyenaraikan tiga lagi pegawai-pegawai 1MDB yang terlibat dalam penipuan ini.

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Jadi, mudah untuk mengetahui siapa lagi pegawai-pegawai itu.
Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilan “dicuri” berkali-kali.

Lynch juga menyebut “pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka” terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

Beliau juga menyebut nama “Aziz” beberapa kali. “Aziz” dikatakan antara yang terlibat dalam kecurian daripada rakyat Malaysia dan pengalihan wang daripada 1MDB.

Diperincikan juga bagaimana “Aziz” menggunakan wang yang diperoleh melalui pengubahan wang haram untuk tujuan peribadi – membeli harta tanah di New York, London dan Los Angeles – malah membikin filem Hollywood.

Berdasarkan pemfailan Jabatan Keadilan dengan mahkamah, kita dengan jelas maklum bahawa “Aziz” ialah anak tiri Najib. Mereka menyebut Aziz dengan nama penuhnya Riza Aziz.

Pemfailan jabatan itu juga merujuk Riza Aziz sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan ‘Malaysian Official 1’, yang juga dikaitkan dengan skandal ini.

Peranan Malaysian Official 1 ini telah digariskan dalam pemfailkan Jabtan Keadilan.

Jabatan Keadilan juga berkata Malaysian Official 1, yang tidak dinamakan dalam dokumen-dokumennya, memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB, yang kemudian membawa kepada kehilangan sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion.

Terdapat 32 rujukan kepada Malaysian Official 1 dalam laporan Jabatan Keadilan.

Kesimpulan mudah dapat dibuat berhubung siapakah Malaysian Official 1. Berdasarkan keterangan, Jabatan Kehakiman AS sebenarnya bercakap tentang Najib.

Ke mana pula wang itu pergi?
Wang yang dicuri daripada 1MDB – atau seperti kata Lynch, daripada rakyat Malaysia – digunakan untuk membeli rumah peribadi di New York, London dan Beverly Hills.
Ketiga-tiganya didiami oleh Riza.

Menurut Jabatan Keadilan AS, sebahagian wang yang dicuri itu digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, di samping menganjurkan parti mewah. (Mereka tidak nyatakan hutang kepada siapa.)
Ia juga membiayai filem Hollywood dan membeli pegangan dalam EMI Music Publishing. Ia juga membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan lukisan Claude Monet.

Pemfailan Jabatan Keadilan juga menyebut, banyak wang mengalir kepada Malaysian Official 1, yang menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Kerajaan AS telah menjejak aliran wang-wang itu. Ia melalui banyak “cut-outs” kepada putera Arab Saudi, yang kemudiannya menghantar wang itu kepada Najib.
Mungkin ini akan menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi. Akhirnya, ya, ini betul.

Dia seorang putera, satu daripada ribuan putera di Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu – wang curi yang Malaysian Official 1 terima dalam akaun peribadinya daripada putera itu – sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

Ini yang kerajaan AS – Jabatan Keadilan, FBI dan Perkhidmatan Hasil Dalaman – simpulkan. Dan ini apa yang membuatkan mereka berani bersuara keapda awam, tidak kira apa kesannya terhadap hubungan AS-Malaysia.

Ini bukanlah pengakhiran. Kerajaan AS meneruskan siasatan jenayah terhadap pengubahan wang haram, penipuan 'wire' dan halangan pada proses keadilan.
Saya pasti sudah tentu akan ada pendakwaan jenayah di masa depan terhadap individu-individu secara khusus, bermula dengan “Aziz” dan “Jho Low”.
Buat masa ini, “Malaysian Official 1” akan dinamakan sebagai “dalang bersama konspirasi yang dituduh” pada masa depan.

Tetapi ketika beliau melangkah keluar daripada tampuk kuasa, beliau mungkin dituduh di mahkamah AS.

Kerajaan-kerajaan asing lain di seluruh dunia yang menyiasat rasuah 1MDB sekarang akan menjadi lebih “cerdas” dan mempercepatkan siasatan mereka. Lebih banyak pendakwaan, di banyak negara, akan tiba.

Bagi Najib, beliau akan berdepan dengan seluruh kekuatan FBI dan Jabatan Keadilan AS.

Mereka tidak dapat diganggu. Mereka tidak dapat ditangkap. Mereka tidak dapat dituduh menghasut. Mereka tidak dapat dibuli.

Apa yang Najib akan buat?


GEMPAR !!!!! SATU LAGI SKANDAL KEWANGAN MELAMPAU???? - DAKWA RAFIZI

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa satu lagi skandal kewangan melampau bakal didedahkan oleh beliau. Beliau bergurau bahawa skandal ini bakal menyebabkan beliau ditangkap sekali lagi.

"Tunggu dan lihat," kata ahli Parlimen Pandan itu di Twitter sambil menambah beliau dijangka akan ditangkap lagi atas isu itu. Kenyataan beliau ini dipetik dari portal Malaysiakini.
Beliau kemudian menjawab seorang pengguna Twitter yang bertanya kepadanya "Skandal macam mana tu YB. Tabung ke lembu, ayam/ itik/ kambing atau kampeni (syarikat)".
Rafizi menjawab: "HA3 (ketawa) kamu tunggu. Tetapi cukup keterlaluan. Saya fikir orang akan marah".
Rafizi berkata, beliau akan menulis kepada ulama terkemuka dunia bagi menjelaskan latar belakang skandal tersebut dan meminta mereka mengeluarkan fatwa.
"Tiba masa keluar fatwa pasal skandal rasuah," katanya.
Ditanya pengguna Twitter lain mengapa bukan orang lain mendedahkan skandal itu, Rafizi yang kini berada di London menjelaskan dua sebab mengapa ia tidak mungkin dilakukan.
"Oleh kerana (1) media tidak boleh menutupinya; isu kredibiliti, (2) mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap orang baru (yang mendedahkan skandal itu," katanya.
Ketika dihubungi kemudian, Rafizi enggan mengulas lanjut mengenai skandal itu buat masa sekarang.
Dalam perkembangan berasingan, pemimpin PKR itu juga menyindir Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, yang sering mengkritik DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata satu kempen sepatutnya dilancarkan untuk memujuk Tan, yang dia disifatkan sebagai "wira No 1" Gerakan bagi bertanding menentang Lim jika satu pilihanraya kecil di Pulau Pinang diadakan.
Jika benar dakwaan beliau ini, maka sekali lagi Malaysia akan menjadi masyhur di mata dunia bukan kerana kehebatan negara tetapi kerana skandal demi skandal yang berlaku seolah-olah tiada pengakhiran.
Sumber : Mkini
Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

MALAYSIA DLM MEDIA - RAKYAT FIKIRKANLAH

*LAPORAN AKHBAR DUNIA MENGENAI MALAYSIA*

New York Times :
_"U.S. Targets $1 Billion in Assets in Malaysian Embezzlement Case"_

BBC News :
_"1MDB: The case that's riveting Malaysia"_

Bloomberg News :
_"U.S. Seeks $1 Billion in 1MDB-Tied Assets, 'Wolf of Wall Street' Royalties"_

Al-Jazeera :
_"US goes after $1bn in assets from Malaysia's 1MDB"_

CNBC :
_US readies plan to seize assets of Malaysian state-fund 1MDB: WSJ_

*LAPORAN AKHABAR MALAYSIA TENTANG MALAYSIA*

Sinar Harian :
_"Parti orang kecewa"," Anwar beri restu","Tunggu abang pulang"_

Metro :
_"Ditangkap kerana Pokemon Go"_

Berita Harian :
_"Rombakan EXCO sebahagian transformasi kerajaan"_

Utusan :
_Kalau tidak tulis tentang DAP mesti serang PAN_

*_Nota_*

Maka seluruh rakyat boleh melihat betapa media dalam negara sedang digunakan untuk kerajaan berlindung disebalik apa yang sedang dibongkar oleh Department Of Justice U.S.

Siapakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Official 1? Diharap yang berdemo respon atas karikatur dedak juga akan melakukan perkara sama dihadapan pejabat 1MDB dan juga pejabat penasihatnya.

Jika tidak maka ternyata anda semua kartun yang boleh dilukis-lukis oleh "Malaysian Official 1".

Muhammad Syafiq Azmi

PINDAH PENGUNDI, SPR ADA AGENDA TERSEMBUNYI

Pemindahan pengundi secara haram itu dikenalpasti berlaku dalam Parlimen P094 Hulu Selangor melibatkan dua buah Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Kubu Baru dan DUN Batang Kali.

Dalam persempadanan semula yang berlaku dalam Parlimen Hulu Selangor itu, seramai 5,590 pengundi dipindahkan ke DUN Kuala Kubu Baru dari DUN Batang Kali secara manakala wujud penukaran seramai 56 pengundi dari DUN Kuala Kubu Baru ke DUN Batang Kali........ sumber: Ro

GEMPAR !!!!! : SATU LAGI SKANDAL KEWANGAN MELAMPAU???? - DAKWA RAFIZI

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa satu lagi skandal kewangan melampau bakal didedahkan oleh beliau. Beliau bergurau bahawa skandal ini bakal menyebabkan beliau ditangkap sekali lagi.

"Tunggu dan lihat," kata ahli Parlimen Pandan itu di Twitter sambil menambah beliau dijangka akan ditangkap lagi atas isu itu. Kenyataan beliau ini dipetik dari portal Malaysiakini.
Beliau kemudian menjawab seorang pengguna Twitter yang bertanya kepadanya "Skandal macam mana tu YB. Tabung ke lembu, ayam/ itik/ kambing atau kampeni (syarikat)".
Rafizi menjawab: "HA3 (ketawa) kamu tunggu. Tetapi cukup keterlaluan. Saya fikir orang akan marah".
Rafizi berkata, beliau akan menulis kepada ulama terkemuka dunia bagi menjelaskan latar belakang skandal tersebut dan meminta mereka mengeluarkan fatwa.
"Tiba masa keluar fatwa pasal skandal rasuah," katanya.
Ditanya pengguna Twitter lain mengapa bukan orang lain mendedahkan skandal itu, Rafizi yang kini berada di London menjelaskan dua sebab mengapa ia tidak mungkin dilakukan.
"Oleh kerana (1) media tidak boleh menutupinya; isu kredibiliti, (2) mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap orang baru (yang mendedahkan skandal itu," katanya.
Ketika dihubungi kemudian, Rafizi enggan mengulas lanjut mengenai skandal itu buat masa sekarang.
Dalam perkembangan berasingan, pemimpin PKR itu juga menyindir Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, yang sering mengkritik DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata satu kempen sepatutnya dilancarkan untuk memujuk Tan, yang dia disifatkan sebagai "wira No 1" Gerakan bagi bertanding menentang Lim jika satu pilihanraya kecil di Pulau Pinang diadakan.
Jika benar dakwaan beliau ini, maka sekali lagi Malaysia akan menjadi masyhur di mata dunia bukan kerana kehebatan negara tetapi kerana skandal demi skandal yang berlaku seolah-olah tiada pengakhiran.
Sumber : Mkini
Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter