.

.

26 June 2009

MANEK URAI : SAH FAUZI CALON PAS

Fauzi Abdullah diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.
Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

PRK MANEK URAI : PAS AKAN KALAH?

Saya mendapat 'feedback' dari pelbagai pihak yang mendakwa PAS akan kalah disebabkan beberapa faktor antaranya :-

  • Calon PAS tidak diterima oleh majoriti rakyat tidak sebagaimana Allahyarham Pak Su Wei yang disegani kawan dan lawan.
  • Pengundi Manek Urai termakan dengan pujukan, janji, ugutan dan rasuah politik Umno/BN yang menabur jutaan ringgit untuk memancing undi
  • Umno/BN menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan seperti Kesedar, Kemas, JKR, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan dan lain-lain sehingga semua permintaan pengundi dipenuhi oleh Umno/BN
  • Jentera PAS tidak bekerja kuat disebabkan 'over confident'
  • Ramai pengundi PAS yang tinggal di luar Kelantan tidak akan balik kerana menyangka PAS akan menang mudah
  • Kempen PAS dilihat lebih bersifat menyerang bukan menerang (sehingga ke setakat ini.
  • Umno/BN dilihat lebih mesra rakyat sehingga rakyat melihat seolah-olah pemimpin Umno/BN ikhlas dan bersungguh-sungguh ingin membantu mereka
  • Kempen Umno/BN yang menyatakan kerajaan PAS tidak akan tumbang jika PAS kalah di Manek Urai jadi BN mendakwa rakyat perlu mengundi calon BN untuk membawa lebih banyak projek pembangunan di kawasan itu.

Pandangan dan analisis pihak-pihak terbabit walaupun tidak boleh dipercayai 100 % namun wajar di beri perhatian dan seterusnya kelemahan tersebut mesti diatasi segera agar PAS dapat mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

PRK MANEK URAI : SIAPAKAH LELAKI INI?

Mungkin Tuan Haji di sebelah ini akan menjadi lelaki popular sehari dua ini. Jika beliau dipilih menjadi calon PAS maka beliau akan menjadi popular sekelip mata sehinggalah hari pengundian PRK DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Semuanya akan terjawab malam ini apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan mengumumkan nama calon PAS ceramah pengumuman calon PAS di Markaz PAS Manek Urai lama.

Gambar : Haji Mohd Fauzi Abdullah

KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS

Minggu lalu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan warga pendidik supaya mengamalkan nilai-nilai integriti yang tinggi bagi menjana pencapaian yang cemerlang di kalangan para pelajar di negeri ini.
Ketua Menteri berkata demikian berucap di majlis "Sepagi Bersama Pemimpin" anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning, di Simpang Ampat minggu lalu.
Mohd Ali menggesa guru-guru supaya mengamalkan nilai-nilai integriti yang tinggi, bagaimana dengan dirinya yang dibuktikan terlibat dengan rasuah pada kempen pemilihan Umno?????
Tidak malukah Mohd Ali menasihatkan orang lain supaya berintegriti tetapi diri sendiri pun mengamalkan rasuah!!!!!

KERJASAMA DALAM PR SEMAKIN UTUH SELEPAS ISU KERAJAAN PERPADUAN SELESAI

Ramai pihak dapat merasakan bahawa perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat semakin utuh selepas isu kerajaan perpaduan selesai. Inilah yang amat merunsingkan Umno/BN kerana rancangan mereka untuk memporak perandakan PR akhirnya menikam diri mereka sendiri.
Terbukti selepas isu kerajaan perpaduan ini selesai pimpinan PR terutama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang silih berganti turun ke Manek Urai untuk membantu PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Sebelum ini Anwar mengunjungi Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan berceramah di Manek Urai. Malam ini Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang akan sama-sama berceramah pada program ceramah pengumuman calon di Markaz UPU Manek Urai Lama.
Tidak syak lagi serangan dan perang saraf Umno/BN terhadap PR menggunakan isu kerajaan perpaduan akhirnya menjadikan PR semakin mantap dan padu.
Saya yakin dengan perpaduan dan kerjasama mantap ini calon PAS/PR di Manek Urai akan dapat menumbangkan BN dengan pukulan TKO pada 14 Julai nanti.

PRK MANEK URAI : PAS UMUM FAUZI SEBAGAI CALON?

PAS akan mengumumkan calon yang akan menjadi taruhannya bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai malam ini. Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri akan mengumumkan nama calon tersebut.
Ramai pemerhati menjangkakan Haji Mohd Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai yang juga peniaga ikan terkenal di jajahan ini akan dipilih berdasarkan populariti dan sifat mesra rakyat yang ada pada beliau.
Desas-desus yang menyatakan sukar bagi PAS untuk menentukan calon hanyalah perang saraf media dan musuh-musuh politik PAS sedangkan semua pihak sepakat dan bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan.

PAS Kawasan Kuala Kerai sendiri sudah sedia memperhebatkan kempen walaupun sesiapa sahaja dipilih sebagai calon.
Sebenarnya senario konflik pemilihan calon bukannya melanda PAS tetapi Umno/BN sendiri yang terkial-kial mencari calon sesuai ekoran dari perebutan antara sesama pimpinan Umno Bahagian Kuala Kerai.
Tuan Guru Nik Aziz akan mengumumkan nama calon PAS pada majlis ceramah pengumuman calon di Manek Urai Lama malam ini.

RAIS YATIM SUKA SELSEMA BABI

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Rais Yatim baru-baru ini mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata, ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

"Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di Kuala Lumpur.

Nampaknya Rais Yatim lebih suka menyebut babi dan ia mencadangkan orang lain juga supaya menyebut babi juga sedangkan orang-orang tua kita melarang anak cucu menyebutkan perkataan tersebut.

Apakah Rais suka kalau anak-anak kecil bercakap tentang babi, apa iu babi, dari mana asal babi dan sebagainya.

Jika alasannya sekadar untuk memberi kesedaran tentang bahaya virus ini saya yakin kempen kesedaran dan lain-lain langkah boleh dilakukan dengan menggunakan istilah Virus H1N1. Sekarang inipun rakyat sudah mula sedar akan bahaya virus ini walaupun tidak menggunakan istilah selsema babi.

TAKZIAH BUAT YB SALAHUDDIN

Saya mengucapkan takziah kepada YB Salahuddin Ayub dan keluarganya diatas pemergian ayahanda tersayang beliau yang dijemput mengadap Allah malam tadi.
Adalah diharapkan seluruh keluarga beliau bersabar dengan ujian dan dugaan Allah S.W.T. Moga-moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempat bersama para Anbia, syuhada dan muttaqin. Amin.

TAKZIAH BUAT KELUARGA SYED MOHAMAD NUR'IZZUDDEEN

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Mohamad Nur’izzuddeen Syed Ramli, 15, yang ditemui lemas ketika mandi dalam sungai bersama seorang rakannya di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, kelmarin.
Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian dan ketentuan Allah ini. Mari sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama para anbia dan muttaqin. Amin.

PRK MANEK URAI : UMNO KETANDUSAN ISU

Kaedah politik lama masih terus diamalkan oleh Umno/BN di Manek Urai. Antaranya merasuah pengundi dengan projek-projek 'mee segera', memberi duit, habuan berupa barangan, mengugut, menyalahgunakan kemudahan kerajaan dan sebagainya.
Kaedah lama ini terpaksa dilakukan kerana Umno/BN ketandusan isu dan strategi untuk menawan hati pengundi Manek Urai. Kalau sebelum ini Imam OneMalaysia mengumumkan tidak akan menggunakan taktik projek 'mee segera' kini ianya terpaksa dilakukan kerana itu sahajalah modal politik Umno/BN untuk berhadapan dengan PAS.
Apa lagi yang Umno/BN boleh gunakan kerana tiada isu besar yang melibatkan Manek Urai. Jika pembangunan di jadikan modal, BN akan tertikam diri sendiri kerana selama 4 tahun ADUN mereka Zulkifli Omar menjadi Wakil Rakyat iaitu dari 2004-2008, apa yang beliau buat untuk memajukan kawasan itu. Rakyat melihat bagaimana kegagalan YB Umno/BN itu membangunkan kawasan itu sedangkan semasa kempen pilihanraya beliau menjanjikan bermacam-macam seolah-olah hanya bulan dan bintang sahaja yang beliau tidak boleh berikan.
Kini Umno/BN terjerat untuk menggunakan pembangunan sebagai modal kempen mereka. Rakyat Manek Urai bukannya bodoh untuk ditipu dan diperdayakan buat kesekian kalinya.
Sebaliknya PAS membuktikan program negeri kebajikan terus mampu meringankan beban rakyat antaranya dengan projek Takaful Kifaalah, Armalah, Rumah Rakyat, Ladang Rakyat dan lain-lain. Ianya jelas menerima sambutan yang amat baik dari rakyat. PAS tidak menjanjikan langit dan bumi cukup sekadar menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan pembangunan asas dan mengajak rakyat memandang kehadapan sehingga ke hari Akhirat bukan setakat 2020.

Saya yakin dengan keikhlasan Tuan Guru mendidik rakyat dan menjaga kebajikan rakyat PAS akan tetap disokong oleh pengundi Manek Urai yang celik politik.

25 June 2009

PRK MANEK URAI : RAKYAT AKAN HUKUM KEDURJANAAN BN

BN tidak serik-serik menggunakan harta kerajaan bagaikan harta pusaka mereka. Tidak cukup dengan segala agensi kerajaan digunakan kebelakangan ini mereka menggunakan Polis dan Tentera untuk memberikan kelebihan kepada mereka.
Trend di beberapa pilihanraya kecil menunjukkan ribuan Polis dengan belanja puluhan juta wang rakyat digunakan untuk memudahkan BN berkempen dan memancing undi. Polis digunakan bukan sahaja untuk 'escort' pemimpin BN berkempen malah anggota cawangan Khas (SB) pula tanpa segan silu bekerja untuk BN dalam apa juga kaedah dan cara.
Terakhir satu lagi pendedahan menjijikkan apabila pasukan tentera pula digunakan untuk berkempen untuk BN samada secara langsung atau tidak langsung.
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendedahkan beberapa surat yang beliau perolehi di mana kandungannya antara berupa arahan kepada tentera untuk menjalankan 'projek' di beberapa kawasan yang disifatkan kelabu dan hitam buat BN.
Antara kawasan tersebut ialah Kampung Manek Urai Baru, Kampung Manek Urai Lama, Kampung Budi, Kampung Machang Manjur, Kampung Sungai Peria, Kampung Kongsi Baru, Kampung Temiang, Kampung Bumut Saih, Kampung Gajah dan Kampung Manek Urai.
Saya sekali saya tegaskan di sini saya tidak akan mengHALALkan walau satu sen duit rakyat digunakan untuk tujuan kempen BN.
Untuk itu saya merayu kepada pengundi Manek Urai supaya menghukum kedurjanaan BN ini dengan memberikan pukulan 'knockout' kepada BN.

KERAJAAN PERPADUAN : HARUSSANI TIDAK CERDIK POLITIK ISLAM

Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyatakan Mufti Perak mungkin tidak terdedah kepada sistem politik Islam.
Saya menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas kerana terbukti Mufti Perak masih tidak faham akan kemungkaran politik yang dilakukan BN yang akhirnya menyebabkan rakyat menderita.
Apa lagi yang BN tidak buat bunuh rakyat (memali), menindas rakyat (roboh rumah, masjid, surau), dera rakyat dengan tarik royalti minyak di Terengganu, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi.
Menurut Tuan Guru Kalau betullah PAS menjadi punca perbalahan, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

Ini kerana PAS katanya, meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam (Umno).
Sepatutnya Harussani datang bermuzakarah dan berbincang dengan pemimpin PAS kalau beliau kurang arif tentang politik. Sudah acap kali kita melihat Harussani diperkudakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik BN/Umno.

PPSMI : HUKUM BN DI MANEK URAI KERANA MASIH BERDEGIL

Rakyat di Manek Urai mesti menghukum BN pada PRK Manek Urai 14 Julai ini kerana BN masih berdegil dan berdolak dalik dalam isu pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). sehingga kini BN masih tidak memberikan kata putus hala tuju PPSMI samada akan dimansuh atau diteruskan.
Susah betul BN pimpinan Imam OneMalaysia untuk membuat keputusan sedangkan semasa ianya diputuskan untuk diterimapakai dahulu mereka seolah-olah tidak ada masa terus sahaja dilaksanakan.
Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin semasa menjawab soalan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam sidang parlimen, berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan dasar PPSMI pawa awal Julai ini.
Pemimpin BN seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata walaupun pelbagai bantahan dan tekanan dibuat oleh pelbagai pihak supaya dasar PPSMI ini dimansuhkan segera.
Antara bantahan rakyat ialah perarakan besar-besaran yang diketuai Sasterawan Negara, A Samad Said ke Istana Negara bagi penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong pada 7 Mac lalu.

Selain itu banyak bukti-bukti yang dikemukakan dan kajian yang dilakukan pejuang bahasa yang mendapati dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman.

Jadi saya mengharapkan pengundi Manek Urai menghukum BN dengan kekalahan teruk(hilang deposit) supaya pemimpin BN sedar kesalahan mereka sebagaimana mereka dihukum di 5 pilihanraya kecil di Semenanjung sebelum ini,
Saya menggesa kerajaan menghapus segera tanpa perlu membuat kajian dan penyelidikan lanjut kerana terbukti dasar ini merosak dan merugikan pelajar. Bahasa Inggeris tak pandai, Sains dan Matematik pula tercicir kerana tidak faham Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut.

PRK MANEK URAI : CALON PAS DAH 'CONFIRM' CALON UMNO MASIH SAMAR-SAMAR

Calon PAS untuk Pilihanraya Kecil Manek Urai sudah dipilih dan 'confirm' manakala Umno/BN masih pening memilih siapa calon yang terbaik kerana berlakunya perebutan antara mereka.
Bagi PAS soal memilih calon tidak menjadi masalah kerana ramai calon-calon yang berkaliber dan boleh diketengahkan. Cuma PAS perlu mencari calon terbaik di kalangan yang baik-baik ini. Yang penting calon tersebut mesti boleh diterima oleh rakyat sebagaimana penerimaan rakyat kepada Allahyarham Pak Su Wei.

Sebab itulah pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib seperti tidak pasti bila nama calon Umno/BN akan diumumkan sehingga terpaksa bertanya kepada Muhyiddin. Umno/BN hanya akan mengumumkan calonnya pada Ahad ini itupun belum tentu lagi memandangkan kekalutan dan perebutan hebat yang berlaku antara pemimpin-pemimpin yang kemaruk pangkat seperti Zulkefli Omar, Rohani Abdul Majid, Azizzudin Hussein, Che Jalal Muda dan Tuan Aziz Tuan Mat. Mereka ini adalah ayam-ayam sabung kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kerai, Ramzi Abdul Rahman; Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid Abdullah dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapha Mohamad.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya.

PRK MANEK URAI : PAS JANGAN AMBIL MUDAH, BUKAN SENANG UNTUK MENANG

Di sebalik keyakinan sesetengah pihak akan kemampuan PAS untuk mempertahankan kerusi Manek Urai, terdapat bukti kukuh bahawa ianya tidak semudah yang disangka.
Laman web malaysiabaru.net melaporkan bahawa sebuah badan bebas yang menjalankan kajiselidik di Manek Urai pada 19 dan 20 Jun lalu mendapati hanya 43 % dari 716 responden percaya PAS akan menang manakala yang 40.1 atau 287 menyatakan tidak pasti apa keputusannya.
Sementara 19.1 % atau 121 responden meramalkan BN akan menang.
Keputusan kajiselidik ini memberikan tamparan hebat kepada jentera PAS supaya bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan pengundi tetap memihak kepada PAS sebagaimana yang diperolehi oleh bekas Wakil Rakyat PAS sebelum ini Allahyarham Pak Su Wei (Hj Ismail Yaakub).
BN yang siang malam menabur rasuah politik berupa janji manis, projek pembangunan 'mee segera', bantuan kebendaan dan sebagai sudah tentu akan melipatgandakan lagi usaha mereka untuk memancing pengundi terutama pengundi atas pagar dan pengundi yang miskin dan dhaif.
Tidak dapat dinafikan memang terdapat sebilangan pengundi yang susah dan miskin. Saya pasti mereka inilah yang menjadi 'target' BN untuk mengaut undi dengan menggunakan apa cara sekalipun.
Sesungguhnya keputusan kajiselidik Badan Bebas ini tidak boleh dipandang ringan kerana setiap pilihanraya kecil berlaku biasanya keputusan kajiselidik ini tidak jauh berbeza dengan keputusan pilihanraya.

MANEK URAI : ISU POSTER PULA JADI MAINAN MEDIA

Media tak habis-habis mencari jalan untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli PAS. Selepas isu kerajaan perpaduan tenggelam kerana kebijak pimpinan menanganinya kini isu poster Tuan Guru Presiden tidak digantung di Manek Urai cuba dijadikan isu pula.
Tidak ada masalahnya bagi saya jika ianya digantung atau tidak digantung. Yang penting jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menangkis serangan habuan mee segera dan janji-janji BN yang setiap saat ditawarkan kepada pengundi Manek Urai.
Jikapun 1 juta poster pemimpin dipasang tetapi jentera lemah saya bimbang BN akan bermaharajalela. Media jangan sibuk mencari jalan dan isu untuk memberikan keuntungan kepada BN. Banyak lagi isu yang boleh mereka laporkan.
Walaupun saya tidak menafikan gambar-gambar pemimpin amat penting kepada pembakar semangat kepada petugas juga sebagai Perang Psikologi kepada pengundi tetapi janganlah kerana poster kita bermasam muka dan tidak sepakat.
Pasanglah seberapa banyak yang hendak dipasang.
Bagi saya isu gambar Presiden tidak dipasang di Manek Urai bukannya sebab boikot tetapi gambar terbaru masih dalam proses percetakan. Siap nanti sudah tentu gambar beliau akan segera dipasang oleg petugas.

KERAJAAN PERPADUAN : HARUSSANI PULA JADI JURUCAKAP UMNO

Mufti Perak yang sememangnya terkenal dengan sikap berpihak kepada Umno/BN hari ini sekali lagi mengeluarkan pandangan menyentuh isu kerajaan perpaduan.
Kenyataan beliau dipetik dari Utusan (Meloya) hari ini. Katanya beliau kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.
Saya tidak mahu komen tentang kenyataan di atas cuma saya ingin bertanya kepada beliau beberapa soalan.
  • Apakah Umno/BN yang beliau sokong itu sanggup bergabung atas nama Islam sedangkan jelas Umno menolak Islam dalam pentadbirannya lebih dari 50 tahun?
  • Apakah hukumnya kita bersekongkol dengan pemerintah yang melakukan maksiat dari segi undang-undang negara, sistem ekonomi riba, menzalimi rakyat dan lain-lain?
  • Apakah pemimpin Umno ikhlas dan boleh dipercayai sedangkan semasa Umno kuat Umno tidak langsung kepada memandang PAS dan PKR tetapi bila Umno nazak barulah tangan dihulurkan?
  • Apakah Harussani lupa dengan kekejaman Umno/BN membunuh rakyat yang tidak berdosa di Memali, menzalimi rakyat di negeri Terengganu dengan menarik balik wang royalti semasa pemerintahan PAS; mendiskriminasikan kerajaan PR dalam semua hal?
  • Apakah Harussani lupa kezaliman kerajaan Umno/BN menaikkan harga minyak dan membiarkan harga barang melambung?
  • Apakah Harussani lupa kerajaan Umno/BN sekarang tidak pernah serik dan insaf melantik dan memilih pemimpin-pemimpin rasuah untuk menjadi pemimpin di peringkat negeri dan pusat?
  • Apakah Harussani lupa pelbagai masalah dan kontroversi sedang melanda kerajaan BN yang gagal dijawab dan ditangani antaranya tuduhan akhbar luar negara kepada pemimpin Umno/BN; isu PKFZ. isu kapal selam dan lain-lain.

MANEK URAI : KAWE KENO BERTUGAH 3 - 5 JULAI

Kawe keno bertugah di Manek Ura pado tigo, pat dan limo Jula. Tepat bertugah di UPU Sungai Soh. Kawe meme beso kkecek Kelate. Start daghi Kecek doh ssaing nga oghe Kelate. Kapung kawe di Lepeh, Pehe meme rama oghe Kelate. Sebeloh kapung kawe seghemo oghe kelate.
Kalu nok kkecek Klate bulehlah sikit-sikit. Kade-Kade demo ingak kawe ni oghe Klate sebak sakdu kawe betul.....kalu oghe Pata Baghat susoh nok kkecek kelate sebak demo tu tok panda sakdu ......
Maso kawe ngaji PPineng mulo, rama puok-puok Klate ingak kawe oghe klate....Nasib baik kawe tok nnikoh nga oghe Klate...kalu tidok bbao (bau) budu lagi kuat dari oghe Klate ..........gura jah oghe Klate jange maghoh deh .......Kito jjupo SSunga Soh .......Abe Noor Siasah kalu ado maso buleh kito minum kopi di Sungai Soh....Cikgu Zena join skali ..........
Saing lamo Ambo oghe Kerai - Zuhadie nga Zainal dok mmano lo ni ? ...........kijo mmano ...kawe tok tahu .....kalu ado saing lamo baco blog ni tulong ghoyak ko Zuhadie nga Zainal .....jange lupo pakoh PAH (PAS) ....

24 June 2009

MANEK URAI ; FAUZI VS TUAN AZIZ?

Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai hanya akan diadakan pada 6 Julai depan manakala pengundiannya akan dijalankan pada 14 Julai. Namun bahangnya sudah terasa. Antara spekulasi hangat yang menjadi siulan pemerhati politik terutama di Kelantan ialah siapa calon PAS dan BN.
PAS sudahpun memaklumkan bahawa nama calon sudah ada dan ianya sudah dipilih oleh pimpinan tertinggi.
Manakala BN belum berani mengumumkan nama-nama bakal calon mereka kerana khuatir ada yang tidak puashati dan memboikot kempen BN.

Bagi PAS calon 'favourite' mereka ialah Haji Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai seorang saudagar ikan yang berjaya di jajahan tersebut. Beliau sememangnya disegani kawan dan lawan, mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di serata Kuala Kerai. Pendekata beliau dikenali oleh majoriti rakyat di Manek Urai.
Sifatnya yang mesra rakyat, pemurah, mudah didekati, sedang berurusan, tidak banyak kerenah memang disenangi oleh rakyat dan sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.
Calon-calon lain tidak kurang hebatnya seperti Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Bekas ADUN Guchil, Ustaz Zulkifli Yaakob dan Abdul Baasit Abdul Rahman, anak Tuan Guru Sungai Durian abang kepada YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman YDP PAS Kawasan Kuala Kerai.
Di pihak Umno/BN dengar khabarnya mereka menghadapi masalah dalaman yang kronik kerana pertentangan antara 2 kem iaitu Kem Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Masing-masing cuba melobi untuk sekurang-kurangnya anak didik dicalonkan kalaupun bukan mereka sendiri yang dipilih menjadi ayam sabung menentang PAS nanti.
Situasi ini menyebabkan BN terpaksa memilih calon yang boleh diterima oleh kedua-dua kem. Menurut sumber dalaman calon yang paling sesuai ialah Ketua Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Ramai yang beranggapan jika Tuan Aziz dipilih BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS samada Fauzi, Zulkifli atau Baasit sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.

MANEK URAI : PUAD ZARKASYI ADA PhD TAPI BERFIKIR MACAM TAK SEKOLAH

Gesaan Puad Zarkasyi supaya semua guru-guru di Manek Urai mengundi BN membuktikan kecetekan dan kecelaruan pemikiran beliau. Benarkan dakwaan orang bahawa orang cerdik kalau masuk Umno taraf pemikirannya akan sama dengan pengerusi JKKK atau Tok Sidang kampung yang totok Umnonya.
Saya hairan bagaimana seorang yang mempunyai PhD tergamak dan sanggup menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran berkempen dan 'memaksa' guru-guru memangkah BN.
Puad benar-benar merendahkan martabat dirinya sendiri malah pemikirannya lebih rendah dari tukang masak tadika Kemas yang tidak ada kelulusan.
Apakah Puad tidak tahu bahawa guru-guru tersebut terutama yang tinggal dan berasal dari Kelantan mempunyai daya intelektual politik yang tinggi. Mereka celik politik dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan oleh sesiapa pun.
Guru-guru ini sudah tentu mempunyai pendirian politik masing-masing yang sukar dipengaruhi oleh sesiapa pun. Mereka akses kepada laman web, blog dan sebagainya.
Saya yakin tindakan Puad ini akan menambahkan kebencian guru-guru dan kaum kerabat mereka kepada Umno/BN yang sememangnya sudah lama ditolak oleh orang Kelantan.

ISU RASUAH ALI RUSTAM : BERBULAN-BULAN SIASATAN BELUM SELESAI?

Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sedang diperhalusi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan badan tersebut.
"SPRM ada menjalankan dua kes siasatan terhadap pihak-pihak tertentu yang dikatakan terlibat dalam pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno pada Persidangan Umno Bahagian Rendang yang diadakan pada 8 November 2008. "
"Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis hari ini.
Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) mengemukakan soalan tentang status kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Melaka itu.
Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Mac lalu. Nazri berkata, satu lagi siasatan ialah terhadap tohmahan mengenai pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno telah diputuskan tiada tindakan lanjut. Oleh itu, kes tersebut telah ditutup pada 25 Mei lalu, kata Nazri.

Persoalannya sudah berbulan-bulan siasatan dilakukan ianya masih belum selesai dan pendakwaan belum dijalanka sedangkan jika kes tersebut melibatkan ahli dan pemimpin PR seminggu pun boleh siap.
Sepatutnya kes ini tidak memerlukan masa yang panjang kerana jawatankuasa tatatertib Umno sendiri sudah membuktikan Ali Rustam bersalah sudah tentu bukti-bukti kukuh ada dalam simpanan mereka.
Pokoknya adakah kes ini akan dibawa ke mahkamah atau sekadar siasatan dan akan dibakulsampahkan seumpama kes-kes yang melibatkan pembesar-pembesar Umno yang lain seperti Khir Toyo.

23 June 2009

PAS PULAU PINANG : TERINGAT KISAH SILAM 15 TAHUN DAHULU

Pengumuman Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tentang kabinet Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mengingatkan sejarah silam saya berjuang bersama-sama sahabat di Pulau Pinang.
Markaz Tarbiah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Markaz PAS Kawasan Jelutong dan rumah Pak Leh menjadi tempat tumpuanku sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bermesyuarat dan menimba ilmu.

Saya sempat bersama tiga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang iaitu YB Dato' Mahfuz Omar, Dr Haji Mazlan Ismail dan Ishak Ismail. Dibawah ketiga-tiga mereka saya diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
Sahabat-sahabat lain antaranya Juhari Ismail, Khairuddin Ahmad Khalil, Kamal Ahmad, Shamsul Kamal Shafie, AH Othman, Anwar Abd Rahim, Anuar Hamid, Nurhalim Md Zain, Anuar Rejab dan lain-lain.
Ketika Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang ialah YB Mohd Hamdan Abdul Rahman. Antara pemimpin lain yang pernah memberikan tarbiah di dalam Tamrin kami ialah Ustaz Salleh Man, PJ Pulau Pinang sekarang; Ustaz Khalid Man; Ustaz Mazani Ahmad dan lain-lain.
Sahabat-sahabat akrab saya yang akan sentiasa turun semasa kempen Pilihanraya Kecil di mana sahaja yang masih saya ingat ialah Pak Mid, Abang Jamil Abdul Rahman, Abang Samad, Anuar Rejab, Rashidi Salim (To), Abang Jamil Hassan, Abang Jalil dan lain-lain yang iras muka mereka saya ingat tetapi namanya saya sudah lama.
Sebut sahaja di mana Pilihanraya Kecil berlaku antaranya PRK DUN Pantai Merdeka, Bayu, Parlimen Jerai, Bukit Payong, Batu Talam dan lain-lain semuanya kami akan turun bersama-sama.
Kini antara sahabat-sahabat saya yang dinamakan dalam Badan Perhubungan PAS Negeri ialah Jamaludin Said (Balik Pulau).
Saya sempat bersama-sama sahabat PAS Kawasan Jelutong, PAS Kawasan Bayan Baru dan Balik Pulau. Antara program tetap saya ialah menghadiri kuliah Arwah Ustaz Ghazali Din di rumah Pak Leh di Sungai Nibong. Sempat juga membantu kerja-kerja pilihanraya pada PRU 1990 dan 1995.
Selain dari diamanahkan sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang saya juga pernah diberikan amanah sebagai AJK PAS Kawasan Jelutong, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong dan Timbalan Pengarah MTD Sungai Pinang pada PRU 1995.
Semua kenangan di Pulau Pinang masih segar dalam ingatan saya. Banyak ilmu perjuangan dan haraki saya pelajari di Pulau Pinang sebagai tambahan kepada sedikit ilmu perjuangan yang saya timba sejak menyertai program tarbiah PAS bermula ketika saya di Tingkatan Dua di kampung saya.
Doakan saya terus istiqamah dalam perjuangan ini hingga akhir hayat.

JIWA BESAR PEMIMPIN PAS TIADA DALAM PEMIMPIN UMNO

Terbukti pemimpin PAS berjiwa besar dan 'gentlemen' tidak seperti pemimpin Umno. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sifat tawadhuk dan zuhud beliau menarik balik kenyataannya terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa walaupun sebelum ini kita melihat beliau benar-benar marah kepada Timbalan Presiden PAS tersebut.
Walaupun Tuan Guru seorang pemimpin yang lama, berpengalaman, dihormati dan disegani lawan dan kawan namun dengan jiwa yang besar beliau menarik balik kenyataannya tidak berasa ego dan bongkak.
Perkara tidak akan berlaku di dalam Umno di mana pemimpin tertinggi Umno tidak akan memohon maaf kepada pemimpin bawahan walaupun mereka melakukan kesalahan.
Inilah bezanya jiwa besar pemimpin PAS jika dibandingkan dengan pemimpin Umno yang ego, bongkak dan tidak berani mengaku kesalahan masing-masing.
Sifat pemimpin Umno/BN ini juga terbawa-bawa dalam corak pentadbiran dan pemerintahan mereka di mana mereka ini tidak pernah meminta maaf dan mengakui kesilapan mereka kepada rakyat walaupun jelas kesilapan itu dilakukan secara terang-terangan. Itu sebabnya jarang sekali kita melihat pemimpin Umno/BN bertanggungjawab di atas kesalahan mereka jauh sekali dari meletakkan jawatan. Contoh terdekat ialah Ketua Menteri Melaka sendiri yang jelas disabitkan kesalahan dengan rasuah tetapi tetap mahu meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri.

KPI MENTERI SEJAUH MANA STATUSNYA

Semasa Perdana Menteri OneMalaysia mengambil alih pentadbiran dari Imam Hadhari beliau mewar-warkan bahawa pentadbirannya akan menggunakan Key Performance Indicator (KPI) sebagai indikator untuk mengukur 'performance' menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan. Malah kerajaan OneMalaysia sendiri memberikan tanggungjawab mengawal dan menyelia KPI ini kepada seorang menteri iaitu Dr Koh Tsu Kon.
Persoalannya ialah sejauh manakah KPI ini berjaya meningkatkan performance menteri-menteri? Malah lebih teruk lagi apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk mengukur KPI menteri-menteri ini.
Sebagai contohnya saya melihat menteri-menteri masih tidak serius dalam menghadiri Sidang Rakyat di mana jika dilihat kepada siaran langsung Sidang Dewan Rakyat melalui internet, kerusi-kerusi menteri kosong. Perbahasan dan pembentangan yang melibatkan kementerian hanya dibentang dan dijawab oleh Timbalan Menteri bukannya Menteri.
Sessi perbahasan berkenaan rang undang-undang yang penting seperti DNA yang dibincangkan sekarang ini pun hanya dibentang dan dijawab oleh Timbalan Menteri sahaja. Itu baru satu contoh bagaimana dengan urusan-urusan menteri yang lain. Adakah mereka berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik?
Selain itu timbul juga persoalan tentang apakah tindakan yang diambil terhadap mana-mana menteri yang tidak mencapai standard KPI ini? Sehingga ini tidak diumumkan kepada rakyat. Saya rasa mustahil semua menteri mencapai KPI melainkan KPI itu sebenarnya tidak standard dan ianya disetkan pada standard yang paling minimum yang mudah untuk dicapai.

Jika ianya disetkan pada tahap yang minimum maka ianya amat malang kerana KPI itu sendiri tidak menyumbangkan kepada peningkatan performance menteri itu sendiri.

UTUSAN TERUS ULANGI ISU KERAJAAN PERPADUAN

Media pengampu dan pembodek BN nombor satu terus menerus mengulang dan melaporkan isu kerajaan perpaduan kononnya Presiden PAS beriya-iya benar mahukan kerajaan perpaduan.

Hari ini sekali lagi laporan itu di buat dan ianya diselitkan bersama kenyataan pimpinan PAS bahawa isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit lagi.
Dalam laporannya Utusan menyatakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.
Saya menggesa Utusan menghentikan fitnah dan kerja jahat ini sebelum akhbar tersebut dilaknat dengan lebih teruk lagi oleh pimpinan dan ahli PAS.

KERAJAAN PERPADUAN : UMNO/BN BERKABUNG

Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan PAS menolak sebarang bentuk kerajaan perpaduan benar-benar memberikan kesan besar kepada Umno/BN. Sangkaan mereka bahawa PAS akan terperangkap dan benar-benar mahu bergabung dengan mereka meleset kerana kematangan pemimpin dan ahli PAS dalam berpolitik.
PAS kenal siapa kawan dan lawan sebenar. Kawan semasa susah dan senang bukan kawan semasa mereka susah baru mengaku kawan.
Hari ini pelbagai kenyataan dan rintihan dikeluarkan oleh pemimpin Umno yang merintih di atas keputusan PR dan PAS menolak sama sekali kerajaan perpaduan.
Naib Presiden Umno, Shafei Afdal berkata PAS tunduk kepada tekanan; Presiden Gerakan, KOh Tsu Kon berkata tindakan itu bagaikan wayang kulit manakala Imam OneMalaysia Najib Tun Razak berkata BN tidak rugi apa-apa dan tetap kuat untuk memerintah negara ini.
Apa yang pasti pemimpin BN sebenarnya amat kecewa dengan keputusan ini kerana pada sangkaan mereka isu ini benar-benar akan memberikan keuntungan kepada mereka kerana pertama PAS akan berpecah dan kedua PR akan berkubur.
Kini semuanya tinggal kenangan bagi Umno/BN dan bahang serta penangan pertama yang mereka akan terima padahnya ialah selepas isu ini selesai ialah mereka akan sekali lagi ditanam di Manek Urai setelah 5 kali dikuburkan pada PRK di Semenanjung sebelum ini.

22 June 2009

PRK MANEK URAI : 'CONFIRMED' BN AKAN MATI BUAT KALI KEENAM

Ketegasan Majlis Pimpinan PR dan pimpinan PAS membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan ada pembentukan kerajaan perpaduan benar-benar mimpi ngeri kepada Umno/BN. Yang pasti jentera PR akan turun 200 % 'all out' untuk menyahkan BN dari bumi Manek Urai yang memang tradisinya kubu kuat PAS.

Kalau sebelum ini suara-suara yang tidak bersemangat untuk turun ke Manek Urai kini semuanya sudah selesai petang tadi.

Anwar telah menegaskan dalam kenyataannya mewakili Majlis Pimpinan PR bahawa isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit dan ianya mustahil akan dibentuk.

Mursyidul Am PAS juga petang tadi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut membuat kenyataan terbuka yang sama bahawa isu ini sudah berakhir dan semuanya kekeliruan hanyalah mainan media dan propaganda Umno/BN.

Kini Umno/BN kian tersepit dan mereka bakal dikuburkan sekali lagi di Manek Urai. Bangkai Umno akan mengURAI di menjadi MANEK-MANEK di Manek Urai sebelum ditelan oleh haiwan dan menjadi tanah.
Keyakinan saya ini ditambah lagi dengan layanan negatif rakyat yang terhadap kempen BN sebelum ini.
Selain itu tindakan BN yang menggunakan strategi projek 'mee segera', rasuah politik dan segala macam janji-janji kosong menambahkan kemeluatan dan kebencian rakyat Manek Urai kepada BN.

HUSAM DAN ABANG MAT TERIMA PERLANTIKAN AJK PUSAT

Seperti yang saya laporkan sebelum ini bahawa kedua-dua bekas Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa dan Mohamad Sabu menerima perlantikan mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Kedua-dua mereka disahkan hadir pada mesyuarat AJK PAS Pusat petang tadi.
Kesanggupan kedua-duanya untuk menerima perlantikan mereka merupakan suatu yang dinanti-nantikan oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana kedua-duanya mendapat sokongan yang baik pada pemilihan Timbalan Presiden PAS pada muktamar PAS awal bulan ini.
Husam memperolehi 281 undi manakala Mohamad mendapat 261 undi. Jumlah undi kedua-dua mereka mengatasi undi yang diperolehi oleh penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa.

KERAJAAN PERPADUAN SEMUANYA TELAH SELESAI, PALING MALANG IALAH UMNO/BN

Isu kerajaan perpaduan yang mahu dijadikan talian hayat Umno bagi meneruskan sisa-sisa hidupnya di mukabumi ini akhirnya menjadi mimpi ngeri kepada Umno/BN apabila pemimpin PAS sepakat bahawa isu ini sudah berakhir dan tidak akan ada usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN.
Pemimpin PR juga sependapat bahawa kerajaan perpaduan ini akan diujudkan dengan BN. Tetapi perbincangan atas dasar kepentingan negara boleh diadakan bila-bila masa.
Petang tadi 2 peristiwa penting berlaku di mana Majlis Presiden PR yang dianggotai oleh Presiden PAS, Pengerusi DAP dan Ketua Pembangkang sebulat suara menandatangani kenyataan menolak kerajaan perpaduan dengan BN.
sementara petang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan berikut :-
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan."
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi." kata Tuan Guru dalam kenyataan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut jam 5 petang tadi.
Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
Akhirnya kesabaran dan wala' yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS terbukti menjadikan PAS mantap dan tidak mudah goyah walaupun pelbagai cubaan dibuat oleh musuh untuk meranapkan PAS dan PR.

Syabas!!!!!!!!!

CERAMAH NAIB PRESIDEN DAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DI JASIN 26 JUN

PAS Kawasan Jasin akan mengadakan ceramah umum di Kg Tedong, Merlimau pada 26 Jun 2009 bermula pada jam 9.00 malam.
Ceramah tersebut di akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Seluruh rakyat dijemput hadir.

HISHAMUDDIN1 DAN NAJIB1 SERTA 1MALAYSIA ( H1N1 1MALAYSIA)

H1 N1 sangat merbahaya dan ditakuti di seluruh dunia kerana ianya menyebabkan kematian manusia. Wabak ini cepat dan mudah menular dan merebak.
Di Malaysia H1N1 juga mula melanda negara kita. Selain dari virus H1 N1 terdapat satu lagi 'shortform' H1 N1 yang popular iaitu Hishamudin 1 Najib 1.
Negara kita sekarang diperintah oleh H1 N1 iaitu Hishamuddin1 dan Najib1 dua orang sepupu yang lahir dari keluarga negarawan.
Dari sehari ke sehari nampaknya H1 N1 yang memerintahkan Malaysia ini menjadi semakin bahaya. H1 N1 Malaysia semalam menghalang rakyat Malaysia yang ingin mengadakan majlis makan malam di Klang semalam.
H1 N1 masih terus mengekalkan akta zalim ISA, mengamalkan dasar yang tidak demoktratik dan sebagainya.
Jika ini sikap H1 N1 Malaysia saya bimbang selepas ini hasrat untuk menjadikan negara kita negara one Malaysia tidak menjadi kenyataan kerana cara pemerintahan H1 N1 yang tidak professional dan demokratik.

HUSAM DAN MAT SABU TERIMA JAWATAN AJK PAS PUSAT?

Bekas-bekas Naib Presiden PAS yang tidak dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS pada awal Jun lalu masih belum mengumumkan keputusan mereka samada menerima jawatan AJK PAS Pusat atau menolak.

Kedua-dua bekas Naib Presiden itu iaitu Dato Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu masih belum menyatakan pendirian masing-masing. Mereka berdua tewas ditangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada pemilihan muktamar PAS Pusat 5 - 7 Jun lalu.

Apa yang menyebabkan mereka susah untuk memberikan keputusan tidak dapat saya pastikan. Namun bagi saya kedua-dua mereka wajar menerima perlantikan tersebut sejajar dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mencadangkan kepada mereka berdua menerimanya dengan hati terbuka.

Kedua-dua mereka sangat penting kepada PAS dan rakyat Malaysia kerana karisma, pengalaman dan ketokohan mereka yang terbukti sangat diperlukan dalam membela dan memaju perjuangan rakyat.

Saya mengharapkan kedua-dua pemimpin ini mempertimbangkan perlantikan dan penghormatan Datuk Seri Tuan Guru Presiden kepada kedua-dua mereka.

ISU KERAJAAN PERPADUAN : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH

Seperti yang kita jangkakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sepakat menolak sebarang pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan BN. Ketiga-tiga pemimpin PR iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebulat suara menolak pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan BN.
Namun pada masa yang sama mereka tidak menolak untuk berbincang dengan BN dalam apa juga isu demi kepentingan negara.
Kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin utama PR ini memang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang dikelirukan oleh media selama ini. Kenyataan mereka dibuat di Kuala Lumpur hari ini.

KERAJAAN PERPADUAN : UMNO/BN MENANGIS LAGI

Hasrat Umno/BN untuk menggunakan talian kerajaan perpaduan bagi memanjang umurnya sudah pasti tidak akan kesampaian kerana pimpinan PAS dengan tegas menolak sebarang kerjasama ke arah pembentukan kerajaan perpaduan yang diimpikan Umno.
Sebulan dua ini Umno/BN memainkan isu ini seolah-olah PAS tergila-gila dan gila talak untuk 'berkahwin' semula dengan Umno dan menubuhkan 'keluarga' baru iaitu kerajaan perpaduan.

Canang dipukul ke serata dunia dengan memaparkan berita seolah-olah PAS beriya-iya benar mahu kepada kerajaan perpaduan. Media cetak dan elektronik kepunyaan mereka siang malam memainkan isu ini menenggelamkan isu lain sehingga ia menimbulkan keresahan dan kegelabahan di kalangan penyokong PR.

Namun yang pasti talia hayat ini tidak akan menjadi nyata kerana pimpinan sudah matang dan masak dengan sepak terajang strategi politik BN yang bila tersepit mereka akan mencari dahan untuk berpaut biarkan dahan itu mungkin musuh ketat mereka.

Inilah sikap Umno yang sudah diketahui oleh semua orang, bila mereka nazak mereka cari PAS bila mereka kuat PAS dilihat bagaikan kucing kurap yang jijik dan kotor.

Malam ini Umno akan lebih menangis kerana pimpinan tertinggi PAS terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden, Mursyidul Am dan lain-lain yang bermesyuarat untuk membuat kenyataan rasmi yang ditunggu-tunggu rakyat. Apa pasti Umno tidak akan mendapat berita gembira malam ini silap-silap haribulan akan ada pimpin Umno yang lemah jantung akan masuk hospital kerana tersentak dengan kenyataan pimpinan tertinggi PAS nanti.

ISU PKFZ : KERAJAAN TAK MENJAWAB PERTANYAAN AHLI PARLIMEN PR

Ternyata Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat tidak menjawab segala keraguan dan isu-isu yang berkaitan dengan PKFZ pada Sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Selepas memberikan penjelasannya tentang isu ini pada sessi pagi ini, beberapa Ahli Parlimen PR terdiri dari Ipoh Timur, Kuala Selangor dan Gombak bangun meminta penjelasan dari Ong namun Speaker dengan memberi kebenaran untuk ianya dijawab atas beberapa alasan yang tidak munasabah.

Ternyata isu ini terus tergantung dan tidak dijawab dengan meyakinkan oleh kerajaan.

PRK MANEK URAI : KEMPEN UMNO/BN TAK LAKU

Ternyata kempen BN tidak laku dan tidak dilayan oleh rakyat Manek Urai. Timbalan Perdana Menteri (TPM) Muhyiddin Mohd Yassin sendiri yang turun berkempen di Manek Urai dengan menggunakan kemudahan kerajaan seperti sekolah dan helikopter.
Namun ianya jelas tidak mendapat sambutan rakyat di mana BN terpaksa mewajibkan guru-guru hadir malah turut sama melibatkan ibubapa murid untuk turut sama pada program bersama TPM tersebut.
Terbukti bahawa BN sudah ketandusan idea dan cara untuk berkempen. Saya yakin selepas ini lebih banyak projek 'mee segera' seperti ini akan diumumkan oleh 'Santa Klaus' yang sudah pasti akan berkeliaran di Manek Urai sehingga ke hari pengundian.
Antara projek 'mee segera' yang sudah dijalankan di Manek Urai ialah :
  • Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri
  • Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh
  • Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B
  • Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan
  • Dan banyak lagi projek-projek lain

Ternyata janji BN untuk mengubah stail kempen dengan tidak merasuah pengundi dengan projek mee segera seperti yang dijanjikan oleh Presiden Umno tidak lama dahulu hanyalah janji-janji kosong bagai menanam tebu di bibir mulut.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Kemas, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, JKR, Kesedar dan lain-lain terus digunakan oleh BN untuk berkempen secara terang-terangan tanpa segan silu.

Tidak syak lagi semua ini akan menyebabkan rakyat semakin meluat kepada BN dan Insya Allah BN akan tersungkur dan tersembam buat kali keenam di Semenanjung Malaysia.

ONE MALAYSIA : KERAJAAN MALAYSIA MUNDUR KEBELAKANG HALANG JAMUAN MAKAN MALAM

Perdana Menteri dengan nada lunak dan mesra menyatakan bahawa kerajaan berusaha untuk menyatukan rakyat pelbagai latarbelakang dengan cara berhikmah dan professional.
Namun tindak tanduk kerajaan sejak akhir-akhir ini tidak menggambarkan keikhlasan kerajaan sebaliknya terus mempamerkan kerakusan kebiadapan dan sikap tamakkan kuasa.
Terbaru Polis semalam campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.
Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.
Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.
Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.
Persoalannya apakah tindakan ini merupakan tindakan profesional dan menggambarkan ketelusan kerajaan mengujudkan masyarakat yang harmoni jika program makan malam yang pasti tidak mencetuskan huru hara pun di halang oleh kerajaan.
Di mana bukti roh OneMalaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri????

PRK MANEK URAI : RASUAH, MEMBAZIR DAN PENYELEWENGAN DIJADIKAN PANCING TARIK PENGUNDI?

Saya hairan dengan stail politik lama yang terus digunakan oleh BN untuk memancing pengundi di Manek Urai.
Tidak serik lagikah Umno/BN menggunakan kaedah politik lama ini sedangkan PAS dan PR sudah jauh ke hadapan dalam berpolitik.
Lebih malang, Umno BN menggunakan cara politik lama sekali lagi di Manek Urai, sedangkan semua orang tahu orang Kelanta adalah rakyat Malaysia paling celik politiknya.
Bayangkan bagaimana peningnya Umno BN apabila terus menggunakan projek-projek 'mee segera' menurap jalan, memberikan bantuan berupa kebendaan dan janji-janji pembangunan sedangkan semua itu jelas bersifat rasuah yang mana orang Manek Urai amat arif tentang perkara itu.
Begitu juga dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri menggunakan 3 buah helikopter, menggunakan bangunan sekolah, mengerahkan semua guru dan ibubapa murid-murid di Manek Urai untuk hadir pada program Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok jelas membazirkan duit rakyat, menggunakan jentera kerajaan dan menyalahgunakan kuasa untuk memaksa guru-guru dan ibubapa hadir. Ini semua menambahkan darjah 'kemeluatan' rakyat kepada BN.
Mengapa begitu dangkal dan ceteknya pemikiran pemimpin Umno BN yang tidak mempunyai idea baru untuk berhadapan dengan rakyat. Lebih malang lagi rakyat yang mereka hadapi bukanya rakyat di Batang Lupar, Batang Ai atau Batanag Sadong tetapi rakyat di Manek Urai yang sudah tentu mempunyai pemikiran yang jauh lebih matang dari segi politik.

21 June 2009

'SHUT UP' IBRAHIM ALI

Ibrahim 'lompat' Ali semakin berani mengkritik dan menghentam PAS. Ternyata Ibrahim memang seorang yang tidak tetap pendirian dan hanya mencari peluang untuk meneruskan karier politiknya.
Pelbagai NGO ditubuhkan beliau bagi memastikan dirinya dapat ditonjolkan oleh media. Tidak cukup dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MRTK) beliau menubuhkan pula Perstuan Pribumi Perkasa (PERKASA).
Dengan flatfrom ini beliau terus mendapat tempat di media bagi meningkatkan popularitinya yang kian hilang dek kerana perangai beliau yang suka melompat.
Semalam beliau sekali lagi tanpa segan silu menghentam PAS. Katanya beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan nasib ummah itu juga sebenarnya cuba mengelak daripada bertemu dengan UMNO kerana bimbang berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, usaha ke arah kebaikan itu bukan sekadar membincangkan soal cadangan kerajaan perpaduan kerana banyak lagi isu lain yang boleh diketengahkan seperti agama Islam, kedudukan raja dan hak istimewa kaum bumiputera.
Oleh itu saya mencadangkan supaya Ibrahim Ali ini dipulaukan oleh PAS dan semua program beliau di Pasir Mas mesti dipulaukan bagi memberikan pengajaran kepada beliau bahawa jawatan Ahli Parlimen yang beliau pegang sekarang adalah atas ihsan PAS. Jika tidak jangan harap beliau boleh masuk kembali ke Parlimen.
Satu lagi saya menggesa Ibrahim supaya cepat-cepat masuk BN kerana orang sepertinya memang tidak ada tempat dalam PR.

H1N1 DAN KUALITI UDARA SEMAKIN TERUK

Hari ini 42 rakyat kita disahkan mengidap virus H1N1. Ini merupakan jumlah yang besar. Tujuh lagi kes influenza A (H1N1), termasuk satu kes jangkitan tempatan, dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan keas tersebut setakat ini meningkatkan kepada 42 kes.
Selain itu indeks kualiti udara (IPU) dibeberapa tempat semakin buruk iaitu meningkat ke tahap berjaga-jaga.
Kawasan melaporkan IPU kian buruk termasuk Taiping, Perak dengan bacaan 95 berbanding 85 pagi ini, Alor Star di Kedah dengan bacaan 70 berbanding 65 pada pagi dan Seberang Jaya 2 dan Perai di Pulau Pinang dengan bacaan 83 berbanding 82 sebelumnya.Selain itu, kawasan lain kualiti udara pada tahap sederhana Shah Alam, Selangor (60), Pelabuhan Klang, Selangor (71), Petaling Jaya, Selangor (55), Kuala Terengganu (65), Putrajaya (51), Pasir Gudang, Johor (56), Langkawi di Kedah (53) dan Cheras, Kuala Lumpur (58).
Kedua-dua perkara di atas adalah bala dari Allah. Dari itu saya merayu kepada kerajaan Malaysia supaya kembali kepada Islam dalam pentadbiran dan memuhasabah corak pemerintahan mereka agar tidak terlibat dengan maksiat seperti mentadbir menggunakan undang-undang ciptaan manusia, mengamalkan riba, zalim, rasuah dan sebagainya.
Kita mesti ingat segala apa yang berlaku di atas dunia ini semuanya ada kaitan dengan kententuan dan kehendak Allah. Bala H1N1 dan jerebu ini merupakan bala Allah dan kita mesti insaf segera.

MB VS MB : MASIH ADA LAGIKAH KEADILAN DI MALAYSIA

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Jumaat lalu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.
Persoalannya masih ada lagikah keadilan di mahkamah negara kita setelah pelbagai kesangsian dan keraguan berlaku sebelum ini dalam kes VK Linggam, perbicaraan kes Anwar dan lain-lain.
Bagi saya tidak perlulah kita menaruh harapan yang tinggi kepada mahkamah di Malaysia ini khasnya isu MB vs MB di Perak ini.

NAIB PRESIDEN GERAKAN DICADANG SERTAI KELAB PENYOKONG PAS

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahliannya selama tiga tahun hari ini saya cadangkan supaya keluar dari Gerakan dan menyertai Kelab Penyokong PAS.
Tidak ada gunanya beliau untuk terus bersama Gerakan kerana parti itu sendiri sudah tidak percaya kepada beliau.
Saya yakin Kelab Penyokong PAS akan menjadi wadah kepada Huan untuk meneruskan perjuangan politiknya.
Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, keputusan tersebut disebut selepas CWC mempertimbangkang semua fakta dan faktor terbabit.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.
Teng berkata, semua kenyataan Huan itu yang dibuat melalui media kerana beliau dan beberapa pemimpin akar umbi parti itu membantah pelantikan seorang penyelaras dalam sebuah kawasan pilihanraya di Pulau Pinang.
Katanya, Chuan yang juga anggota CWC yang membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan penyelaras tersebut, telah membantah atas alasan orang yang dicalonkan itu dibawa masuk dari luar.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter