MANEK URAI ; FAUZI VS TUAN AZIZ?

Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai hanya akan diadakan pada 6 Julai depan manakala pengundiannya akan dijalankan pada 14 Julai. Namun bahangnya sudah terasa. Antara spekulasi hangat yang menjadi siulan pemerhati politik terutama di Kelantan ialah siapa calon PAS dan BN.
PAS sudahpun memaklumkan bahawa nama calon sudah ada dan ianya sudah dipilih oleh pimpinan tertinggi.
Manakala BN belum berani mengumumkan nama-nama bakal calon mereka kerana khuatir ada yang tidak puashati dan memboikot kempen BN.

Bagi PAS calon 'favourite' mereka ialah Haji Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai seorang saudagar ikan yang berjaya di jajahan tersebut. Beliau sememangnya disegani kawan dan lawan, mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di serata Kuala Kerai. Pendekata beliau dikenali oleh majoriti rakyat di Manek Urai.
Sifatnya yang mesra rakyat, pemurah, mudah didekati, sedang berurusan, tidak banyak kerenah memang disenangi oleh rakyat dan sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.
Calon-calon lain tidak kurang hebatnya seperti Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Bekas ADUN Guchil, Ustaz Zulkifli Yaakob dan Abdul Baasit Abdul Rahman, anak Tuan Guru Sungai Durian abang kepada YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman YDP PAS Kawasan Kuala Kerai.
Di pihak Umno/BN dengar khabarnya mereka menghadapi masalah dalaman yang kronik kerana pertentangan antara 2 kem iaitu Kem Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Masing-masing cuba melobi untuk sekurang-kurangnya anak didik dicalonkan kalaupun bukan mereka sendiri yang dipilih menjadi ayam sabung menentang PAS nanti.
Situasi ini menyebabkan BN terpaksa memilih calon yang boleh diterima oleh kedua-dua kem. Menurut sumber dalaman calon yang paling sesuai ialah Ketua Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Ramai yang beranggapan jika Tuan Aziz dipilih BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS samada Fauzi, Zulkifli atau Baasit sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.

Comments

Unknown said…
Ada baik dan tak baiknya bila SPR melambatkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) ini. Dah jadi trend SPR sekarang melambatkan tarikh mengadakan PRK.

Baiknya, PR dapat berkempen lebih lama menggunakan media internet. Kalau ditakdirkan pula ada wakil rakyat yang meninggal dalam tempoh itu, maka SPR sempat menggunakan tarikh yang sama untuk mengadakan PRK di kawasan tersebut, tumpang sekaki.

BN juga sempat membuat projek mee segera yang lebih banyak, kerana ada banyak masa sebelum tarikh mengundi.
Anonymous said…
ni le untung kalau bn ada semasa pilihanraya kecil, huhu
rakyat disana yg untung,,
cuma tak dapat nak rasa naik helikopter je, huhuqu
tok ggawo said…
salam !

Zulkifli atau Baasit ?, zulkifli sepupu ydp kuala krai, baasit pula abang ydp, PAS ni parti anak beranak ke ? fauzi pula tak kena mengena dgn MU hanya di lobi geng k/krai, tak kena mengena juga dgn MU, kenapa tokoh tempatan dan pemastautin tidak diambil kira ?

JAWAB PAS KUALA KRAI DI MONOPOLI OLIH ORANG KUALA KRAI DAN ANAK BERANAK, BETUL KE BEGINI CARA NYA ? berjuang dalam politik islam perangai.........

maaf tuan tanah kalau ada terkasar bahasa , wasallam 1