HUSAM DAN MAT SABU TERIMA JAWATAN AJK PAS PUSAT?

Bekas-bekas Naib Presiden PAS yang tidak dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS pada awal Jun lalu masih belum mengumumkan keputusan mereka samada menerima jawatan AJK PAS Pusat atau menolak.

Kedua-dua bekas Naib Presiden itu iaitu Dato Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu masih belum menyatakan pendirian masing-masing. Mereka berdua tewas ditangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada pemilihan muktamar PAS Pusat 5 - 7 Jun lalu.

Apa yang menyebabkan mereka susah untuk memberikan keputusan tidak dapat saya pastikan. Namun bagi saya kedua-dua mereka wajar menerima perlantikan tersebut sejajar dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mencadangkan kepada mereka berdua menerimanya dengan hati terbuka.

Kedua-dua mereka sangat penting kepada PAS dan rakyat Malaysia kerana karisma, pengalaman dan ketokohan mereka yang terbukti sangat diperlukan dalam membela dan memaju perjuangan rakyat.

Saya mengharapkan kedua-dua pemimpin ini mempertimbangkan perlantikan dan penghormatan Datuk Seri Tuan Guru Presiden kepada kedua-dua mereka.

Comments

Anonymous said…
kalau tokguru minta, susah nak tolak, he