.

.

08 January 2016

SISWA MAKAN MEE SEGERA, KERAJAAN PERLU BERTINDAK

Survey yang menyatakan ramai pelajar makan mee segera lantaran kerana tidak cukup wang, cukup menggambarkan betapa tenatnya masalah kewangan mereka. Sudah pasti perkara ini juga mengganggu pembelajaran mereka kerana tidak cukup makan.

Oleh kerana itu kerajaan khususnya kementerian yang terbabit dan universiti dapat mencari sebab musabab mengapa perkara ini terjadi. Adakah disebabkan pinjaman mereka tidak mencukupi atau siswa tersebut boros berbelanja atau mereka menyimpan wang untuk kegunaan lain seperti telefon dan lain-lain.

Setelah sebab musabab itu diperolehi maka ambillah langkah pembetulan (correction dan corrective action) bagi menyelesaikan masalah ini. Jangan biarkan masalah ini berterusan...........

Portal Malaysiakini semalam melaporkan bahawa tiga daripada empat pelajar di universiti awam mengaku berada dalam situasi tidak mampu untuk membeli makanan, menurut kajian yang dijalankan sebuah NGO Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM).
Kaji selidik terhadap 25,632 mahasiswa daripada enam buah universiti itu mendapati 57 peratus daripada mereka hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan, 44 peratus makan mee segera manakala 41 peratus hanya makan nasi dengan telur goreng dan sos.
Kajian ini juga mendapati 96 peratus daripada mereka berada di bawah tekanan ekonomi, manakala 97 peratus berkata mereka mahu menggunakan bantuan kewangan daripada MVM.
Kajian itu dijalankan ke atas mahasiswa Universiti Tekonologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia,Universiti Utara Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Gambar di atas sekadar hiasan
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter