.

.

14 April 2012

MELAKA : MUDA VS TUA : PR VS BN

Umno/BN di Melaka jelas tidak menghargai sumbangan generasi muda di Melaka apabila, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno tidak dipilih menjadi calon pada PRU 12, tahun 2008 dahulu. Malah calon-calon Umno/BN pada PRU 13 hampir semuanya orang tua.

Umno/BN Melaka hampir pasti akan menurunkan calon-calon tua sekali lagi pada PRU 13 nanti. Belum tentu Ketua Pemuda dan Puteri akan bertanding sebagai calon Umno/BN pada kali ini.

Tetapi PAS hampir pasti akan memilih Ketua Pemuda dan pemimpin-pemimpin muda menjadi calon PAS. Begitu juga dengan PKR dan DAP yang rata-rata pemimpin mereka semuanya muda. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berumur 40 tahun; Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar belum pun 40 tahun manakala Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San berumur 44 tahun. Ini semua pemimpin utama PR Melaka berumur di bawah 45 tahun.

Manakala pemimpin-pemimpin PR lain juga semuanya 45 tahun ke bawah. Walaupun mereka berumur 45 tahun ke bawah tetapi semuanya mempunyai pengalaman bekerja dan mentadbir. Berbanding dengan pemimpin  Umno/BN yang rata-rata berumur 50 tahun ke atas malah ada yang lebih dari 60 tahun umurnya.

Golongan muda Melaka mesti menilai dan melihat perkembangan ini. Jelas PR menghargai sumbangan pemuda dan pemudi, pada masa yang sama sumbangan golongan yang berumur tidak dikesampingkan serta sumbangan mereka tetap diperlukan.

13 April 2012

NAJIB & MUHYIDDIN : SEDAPNYA BELANJA DUIT RAKYAT


Banyaknya engaku belanja duit rakyat. Bukan duit engkau orang sedaplah engkau belanja. Di saat engkau belanja duit rakyat, ingatlah masih ramai rakyat yang merempat tiada rumah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, masih ramai rakyat yang tidak menikmati kemudahan asas dan macam-macam lagi ..........

DEMO LYNAS : SEMUA LAPISAN MASYARAKAT TENTANG LYNAS

Demonstrasi aman menentang Lynas di Melaka selepas solat Jumaat petang tadi berjaya menghimpun semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Demonstrasi bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di tempat letak kereta di hadapan Bangunan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berhadapan masjid Al Azim.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong; Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him  dan pimpinan PR Melaka pelbagai peringkat.

Adly ucapannya berterima kasih kepada pihak keselamatan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang demonstrasi tersebut.

"Kita berhimpun hari ini untuk menyatakan bantahan di atas tindakan kerajaan BN yang membenarkan kilang Lynas ini beroperasi di tanah air kita"

":Yang untung kroni dan susah dan terkena akibat dari pencemaran alam sekitar ialah rakyat" ujar Adly.

Berikut disiarkan gambar-gambar yang diambil dari ihsan rakan-rakan FB.





KHAIRY SETUJU DEBAT DENGAN RAFIZI, ALI BILA NAK DEBAT DENGAN ADLY?

Ketua Pemuda Umno. Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju untuk berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Jelas Khairy merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan professional serta berani tidak seperti Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang penakut, berjiwa tertutup dan penakut. Sehingga ke hari ini Ali tidak berani untuk berdebat dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Media melaporkan hari ini bahawa debat di antara dua bintang, masing-masing dari PKR dan Umno, bakal menjadi kemuncak kepada isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya itu dipersetujui ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diadakan pada 5 Mei.

Khairy  mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu.

"PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

"Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat," katanya.

Rafizi kali ini mencabar pendirian Khairy bahawa ramai pihak berpendapat bahawa kerajaan tidak patut memansuhkan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion itu.

Rafizi berkata, jumlah pelaburan kerajaan yang diperlukan untuk tujuan itu hanyalah RM2 bilion setahun.

"Pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran," katanya.

Kalau Khairy seorang pemuda setahun jagung berani berdebat dengan Rafizi takkanlah Ali Rustam seorang Ketua Menteri, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas Naib Presiden Umno tidak berani berdebat dengan Adly tokoh muda PAS Melaka. Ali boleh memilih apa juga tajuk untuk diperdebatkan. Malah Adly sebenarnya sehingga kini masih menunggu jawapan dari Ali tentang debat yang akan diadakan pada 15 April seperti tercatat dalam banner di alam maya FB dan Blog.


KTM JADI PARTI KOMPONEN BARU BN

Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.
Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.
Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Jadi BN mendapat 'parti komponen' iaitu Keretapi Tanah Melayu (KTM). Hebat betul pemimpin BN mereka tidak dapat membezakan harta awam dan rakyat dengan harta parti. Semua yang dimiliki oleh kerajaan dan agensinya dijadikan hak parti BN. Mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah harta rakyat.

Blog ini mengharapkan supaya rakyat memikirkan perkara ini dan menghukum BN pada PRU 13 nanti kerana kebiadapan mereka menjadikan harta awam macam harta mereka sendiri.


PAS MAKIN MENCENGKAM DI MELAKA

PAS berjaya menubuhkan sebuah cawangan baru di Padanag Jambu dalam DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri, Dato Seri Mohd Ali Rustam. Beberapa orang bekas ahli Umno telah keluar parti dan menubuhkan cawangan tersebut.

Malam tadi Mesyuarat Agung pertama PAS Cawangan tersebut telah diadakan di mana perlantikan AJK telah dibuat dengan jayanya. Serentak dengan itu Unit Peti Undi (UPU) Padang Jambu juga ditubuhkan bagi menggiatkan lagi kerja-kerja pilihanraya yang sebelum ini dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif dalam ucapan perasmiannya malam tadi melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut yang telah sekian lama diidamkan.

"Padang Jambu bukanlah kubu kuat BN kerana PAS mendapat undi yang banyak pada setiap Pilihanraya, kita hanya kalah sekitar 100-200 undi sahaja".

"Insya Allah dengan penubuhan cawangan ini PAS akan membuat kejutan pada PRU 13 di Peti Undi Padang Jambu ini" ujar Mohd Ali.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata satu lagi cawangan PAS akan ditubuhkan dalam Dun Bukit Baru iaitu cawangan Bukit Baru Dalam. Beberapa penyokong PAS dan bekas-bekas ahli Umno sudah bersedia untuk menubuhkan cawangan tersebut.

"Kita sudahpun mengenalpasti penyokong PAS dan Umno yang bersedia memikul amanah menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi Bukit Baru Dalam'.

"Majlis penubuhannya akan diadakan dalam masa terdekat" kata Ramli.

Dengan penubuhan 2 cawangan baru ini, kekuatan PAS dilihat semakin terserlah di dalam Dun Bukit Baru dan ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN khususnya Ketua Menteri Melaka yang menjadi Adun kawasan Bukit Baru.

"Nampak gayanya Ali Rustam kena pindah Dun lain kalau mahu selamat dan tidak dimalukan oleh pengundi Bukit Baru" ujar Azmi Aziz Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Padang Jambu yang baru dilantik.

EXCO KELANTAN TANDING PARLIMEN PRU 13?

Beberapa orang Exco kerajaan negeri Kelantan di katakan akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti. Jika benar demikian maka sudah tentu kerajaan negeri Kelantan (jika PAS menang) akan mempunyai 'line up' baru. Mungkin juga pemimpin pelapis yang bersedia untuk menggantikan pemimpin yang ada pada bila-bila masa.

Exco-exco seperti Dato Husam dan Dato Nik Amar pernah menjadi Ahli Parlimen di mana Husam menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Nik Amar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Itu tidak menjadi soal kerana kedua-duanya memang layak untuk menjadi Exco atau Ahli Parlimen.

Ada ura-ura menyatakan beberapa Exco diperlukan untuk memantapkan PAS di parlimen kerana di negeri sudah ramai pemimpin berkaliber. Namun begitu sebahagian mereka juga perlu kekal untuk menjadi pemimpin pelapis di negeri.

Jika Husam dan Nik Amar di bawa ke pusat maka sudah tentu Kelantan mempunyai pemimpin lain untuk menjadi pengganti Menteri Besar. Jika salah seorang dari mereka di bawa ke pusat maka orang yang dibawa ke pusat mungkin tidak menjadi pelapis untuk menjadi menggantikan Menteri Besar.

Namun bagi kita apa juga percaturan PAS Pusat dan PAS Kelantan adalah yang terbaik dan mereka mempunyai strategi sendiri untuk masa hadapan .............

Insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik ............

12 April 2012

TASK FORCE IC : TANGKAP MAHFUZ JIKA DAKWAAN TAK BENAR

Sehingga saat ini tiada komen dari pemimpin BN tentang dakwaan Mahfuz Omar bahawa satu Task Force dibentuk bagi memberikan Kad Pengenalan dan mendaftar PATI menjadi pengundi.

Mengapa menteri Umno/BN tidak berani bersuara dan tidak berani menghadapkan Mahfuz ke mahkamah jika beliau berbohong dan membuat fitnah.

Blog ini mencadangkan pihak pencacai Umno menyaman Mahfuz dan mendakwa beliau kerana membuat fitnah.

Jangan tunggu lagi kalau benar Mahfuz buat tuduhan tanpa bukti .....tangkap dan hukum dia...

Mengapa mereka tidak berani berbuat demikian ..,...itu maknanya ..........????????????

PAS SUDAH LAMA TAWAR PENDIDIKAN PERCUMA

PAS sudah menawarkan pendidikan percuma andai kerajaan pusat diterajui oleh PAS. Seingat saya ianya sudah ditawarkan sejak beberapa pilihanraya umum terdahulu. Ini kerana pemimpin PAS yakin bahawa negara mempunyai dana yang cukup bagi menampung perbelajaan anak-anak kita secara percuma dari sekolah tadikan hingga pendidikan tinggi.

Malangnya pemimpin BN tidak pernah berusaha untuk melakukan perkara ini lantaran kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Pemimpin BN sebenarnya tidak sedar bahawa berbilion duit rakyat dibazirkan melalui amalan rasuah, penyelewengan, 'bail out', pengurusan yang lemah, pembaziran, projek mega yang tidak bermanfaat, subsidi kepada kroni dan sebagainya,

Mereka memberikan pelbagai alasan yang cetek dan dangkal bagi menangkis fakta dan angka yang dikeluarkan oleh pemimpin PR. Kini pemimpin BN berada dalam kepanasan kerana angka-angka yang dikeluarkan oleh pemimpin PR memang munasabah dan jelas. Dengan fakta-fakta ini rakyat terutama golongan muda, mahasiswa dan siswazah mula faham dan sedar betapa logiknya cadangan dan perancangan PR.

Bayangkan dengan angka hanya RM24.7bilion setahun untuk PTPTN ianya memang boleh dicari dengan mudah. Sebaliknya Ah Jib Gor cuba mengelirukan rakyat dengan memberikan angka yang jauh lebih besar iaitu RM43 bilion.

Pada masa yang sama pemimpin PR menyedarkan rakyat betapa banyak duit rakyat dibazirkan. Ketua Audit Negara saban tahun melaporkan secara purata wang negara hilang atau tiris sebanyak RM28bilion, subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebanyak RM19bilion ditambah dengan hangusnya wang negara akibat rasuah dan penyelewengan yang jumlahnya mungkin juga mencecah berbilion ringgit. Selain itu rakyat juga sedar sikap boros dan membazir kerajaan BN yang menyebabkan wang rakyat hilang begitu sahaja.

Malah rakyat juga melihat bahawa wang keuntungan Petronas sebanyak RM70bilion setahun juga tidak banyak memberi manfaat kepada mereka. Mungkin sebahagian dari wang ini boleh digunakan untuk meringankan beban rakyat untuk pendidikan.

Pendekata sekarang rakyat mula sedar dan buka mata dengan cadangan pendidikan percuma yang dicadangkan oleh PR. Kini bola di kaki rakyat samada ingin memilih PR dan mendapat nikmat pendidikan percuma atau mahu terus bersama BN yang langsung tidak berusaha untuk meringankan penderitaan rakyat menanggung kos pendidikan anak-anak mereka.

Danial Kassim - Kg Beletik, Pahang.

RANKING BOLA : MEMALUKAN MALAYSIA LEBIH RENDAH DARI BANGLADESH & FILIPHINA

Amat memalukan!. Hanya itulah yang boleh kita katakan dengan kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking Bolasepak FIFA apabila negara kita menduduki kedudukan 156 berbanding dengan Bangladesh di kedudukan 152, Filiphina (154) dan Samoa (155).

Bagaimana kita boleh berada dalam ranking lebih rendah dari Bangladesh dan Filiphina sedangkan kita tahu kedua-dua pasukan itu adalah pasukan belasahan dan lemah.

Mengapa FAM begitu lemah dan lembap dalam menguruskan pasukan negara sehingga pasukan kita dimalukan dengan sedemikian rupa.

Jika benar kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan di sebabkan kurangnya penyertaan kita pada kejohanan antarabangsa dan kurangnya perlawanan antarabangsa, mengapa FAM tidak mengaturkan perlawanan tersebut demi menjaga maruah kita.
Malah dalam Negara Asia Tenggara Malaysia terperosok ke tangga ke enam di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura serta Filiphina
Apalah nasib pasukan kita. Bayangkan betapa teruk prestasi pasukan kita sehingga gagal mendapatkan sebarang mata pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tewas semua perlawanan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain.

Sesuatu mesti dilakukan demi masa depan pasukan Negara. Pihak pengurusan FAM mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan fakta yang amat memalukan ini.

11 April 2012

AIR LAUT DI PULAU PHUKET DITARIK, TSUNAMI BAKAL BERLAKU

Info terbaru dari Pulau Phuket (gambar) menyatakan bahawa pantai Pulau Phuket menjadi kering di mana air ditarik ke tengah laut. Fenomena ini mungkin menjadi petanda bahawa Tsunami akan berlaku tidak lama lagi.

Suasana di sama agak kelam kabut di mana penduduk setempat dan pelancong mencari kawasan selamat setelah diberitahu oleh pihak keselamatan.

Kerajaan Thailand telah mengeluarkan arahan supaya semua penduduk di kawasan berkenaan berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Sementara itu air laut di Batu Ferringi Pulau Pinang (gambar bawah) juga didapati surut. Apakah ini juga petanda kawasan itu juga akan dilanda oleh Tsunami.

Allah telah memberikan amaran pada 26 Dis 2004 tetapi manusia masih ingkar kepada Allah. Kini mungkin Allah hendak menghukum hambanya yang ingkar sekali lagi.

Kita berdoa agar semua kita selamat.....

TSUNAMI MEMBADAI SEMULA?

Apakah peristiwa Tsunami pada 26 Dec 2004 akan berulang semula.

Semua pihak berada dalam keadaan bersiapa siaga sekarang.

Gegaran gempa bumi pada skala richter 8.5 benar-benar membimbangkan penduduk di tempat-tempat yang berisiko tinggi.

Namun manusia masih belum sedar dan terus ingkar kepada perintah Allah......Ya Allah ampun dosaku dan seluruh umat Islam. Berilah hidayah pada mereka agar mendaulatkan Islam pada setiap masa.

NAJIB 'FENING' KEPALA HENDAK JAWAB 44 ISU INI!

Presiden Teras  menyenaraikan 44 isu yang wajib dijawab oleh Najib iaitu :


1. Isu projek PKFZ ,

2. NFC ,

3. YTL Comms ,  

4. Lynas ,

5. Penyenaraian FELDA ,

6. Kepincangan Pilihanraya dan pendaftaran pengundi oleh SPR ,

7. Isu Penjualan Tanah Rizab Melayu ,

8. Isu PTPTN ,

9. Isu melantik syarikat perunding Israel ,

10. Isu undang-undang baru menganti ISA dan AUKU,

11.  Isu pembunuhan Altantuya Saaribu dan pembeliaan kapal selam Scorpene,

12.  Kes skandal balak di Sabah dan Sarawak ,

13.  Isu royalti minyak Petronas ,

14.  Isu khidmat kesihatan 1 Care ,

15.  Isu MAS-A.Asia ,

16.  Isu kerugian MAS

17.  Isu penjualan aset Tabung Haji

18.  Isu penarikan subsidi tetapi wang subsidi tidak diguna dengan produktif untuk memperbaikki khidmat dan kemudahan awam,

19.  Isu meluluskan perbelanjaan tambahan yang terlalu kerap di parlimen

20.  Isu SPBA ,

21.  Isu dakwaan ke atas AG dan bekas KPN ,

22.  Isu kematian Teoh Beng Hock di pejabat SPRM

23.  Isu kematian  Ahmad Sarbani di pejabat SPRM

24.  Isu kematian dalam tahanan polis

25.  Isu siasatan dan tindakan ke atas kes rasuah ,

26.  Isu Rekomendasi Menambahbaik PDRM oleh Suruhanjaya diketepikan .

27.  Isu PPSMI yang belum selesai ,

28.  Isu kebebasan ahli akedamik bersuara,

29.  Isu pengawalan penyebaran agama laian kepada orang Islam dan tuntutan penguakutasaan undang-undang murtad,

30.  Isu penangkapan dan penyerahan individu oleh kerajaan Malaysia kepada AS atas dakwaan pengganas ,

31.  Isu Malaysia ikut arahan AS henti jualan minyak kelapa sawit kepada Iran dan pembelian minyak mentah dari Iran,

32.  Isu pelbagai kepincangan dalam perbelanjaan negara berdasar Laporan Audit negara ,

33.  Isu kerugian DBP akibat pengswastaan bahagian penerbitannya ,

34.  Isu kepincangan dalam sistem pengangkutan awam ,

35.  Isu perjanjian TNB dengan IPP yang membebankan rakyat

36.  Isu pengswastaan bekalan air ,

37.  Isu kualiti dan penyediaan  perumahan rakyat

38.  Isu pelbagai projek mega yang membazir dan menjadi gajah putih

39.  Isu pendapatan petani dan nelayan yang maseh rendah

40.  Isu gaji minima pekerja

41.  Isu kos uruskelola dan penyelengaraan pelbagai aset kerajaan yang terlalu tinggi

42.  Isu tahap hutang negara dan hutang domestik ,

43.  Isu jurang kaya miskin yang semakin melebar ,

44.  Isu pengistiharan harta kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan.

TAHUKAH ANDA BERAPA HARGA RANTAI NAJIB?

Apabila seorang pemimpin memakai rantai maka sudah tentu ramai rakyat akan turut memakai rantai kerana pemimpin sudah tentu menjadi contoh tauladan kepada rakyat.

Persoalannya apa hukum memakai rantai bagi seorang lelaki, pertanyaan yang diajukan oleh Blogger Addin.

Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran rakyat berapa harga rantai Najib? RM2 kah atau ribuan harganya ......

Apa pula sebab Ah Jib Gor memakai rantai? ..........Itu kena tanya Najib atau Rosmah la...!!!!!!

Mungkin memakai rantai ini tidak salah dan mendapat pahala kot ....Jamil Khir kena jawab ni ......

Layari blog Addin untuk gambar2 lain

MENTERI BN TAK CERDIK

Ada ke patut Menteri BN kata kalau betul PR nak hapuskan PTPTN sila hapuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN dari Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Betul-betul 'miong' punya otak Menteri berkenaan. Macamana Ah Jib Gor boleh lantik menteri yang otaknya miong macam ini.

Bukankah PTPTN tu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Bukankah kerajaan pusat yang kutip pelbagai cukai dari rakyat, macamana pula kerajaan negeri yang kena hapuskan hutang PTPTP sedangkan kerajaan pusat yang kutip macam-macam cukai dari rakyat.

Kalau betul hendak suruh kerajaan negeri hapuskan hutang PTPTN berilah kuasa kepada kerajaan negeri untuk kutip hutang.

Kesian kat menteri-menteri yang beriya-iya mempertahankan PTPTN sehingga rakyat nampak ramai menteri yang 'miong'.

Kalau dah tak mampu hendak bantu rakyat berundur sahajalah dari jadi kerajaan .................

LEBIH RAMAI BEKAS PEMIMPIN UMNO SERTAI PAS?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata lebih ramai bekas pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu dan menyertai PAS.

"Kita tunggu dan lihat, saya akan isytiharkan satu demi satu bekas pemimpin Umno yang akan masuk PAS.

"Sabar tuan-tuan, mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada Umno, malah bekas-bekas pegawai polis dan Tentera yang pangkat besar akan jadi calon PAS pada PRU 13 nanti" ujar Mohamad pada ceramah anjuran PAS Kota Melaka di Pejabat PAS Pernu malam tadi.

Beliau berkata kesediaan bekas pemimpin Umno menyertai PAS bukan disebabkan oleh dirinya tetapi atas kesedaran mereka sendiri.

"Mereka telah sedar bahawa Umno sudah jauh menyimpang dari perjuangan memartabatkan agama dan bangsa" tambah beliau lagi.

Selain Mohamad Sabu, turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San.

10 April 2012

JANJI PR : PEMIMPIN BN OTAK CETEK ATAU BUAT TAK RETI

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerinthan dengan menunaikan tiga janji mereka.

Katanya, dalam siri kempen politik mereka, pakatan pembangkang berjanji menghapuskan kutipan tol, gaji minium RM4,000 sebulan dan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan janji mereka.

"Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN RM43 bilion dan gaji minimum hampir RM60 bilion setahun," katanya.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Sertik, dekat sini, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap golongan muda tidak terpengaruh dengan janji kosong pakatan pembangkang kerana ketika ini kerajaan Barisan Nasional (BN) menanggung 70 peratus kos pendidikan di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). 


Hujah Tiong Lai ini boleh ditangkis dengan hujah di bawah :


Pakatan Rakyat menawarkan tawaran menghapuskan PTPTN, Gaji Minimum dan penghapusan tol bukannya secara membuta tuli tanpa kajian dan analisis. PR bukannya bodoh untuk berjanji tanpa memikirkan samada janji itu boleh ditunai atau tidak.


Cuba renung fakta ini :


1) Saban tahun RM28 bilion wang negara tiris kerana kelemahan pentadbiran kewangan, penyelewengan dan sebagainya.


2) Subsidi kepada IPP sebanyak RM19 bilion


3) Rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya ........entah berapa bilion


4) Wang keuntungan Petronas


5) Jimat cermah dan elakkan pembaziran ....akan selamatkan berbilion wang negara


6) Pembaziran dan bail out oleh kerajana BN seperti NFC - RM 250 juta, bail out hutang Tajuddin - RM589 juta


6) dan banyak lagi.....


Semuanya akan membantu kerajaan  membantu rakyat ......malangnya kerajaan BN dan pemimpin BN tidak tahu apa itu jimat cermat, rasuah dan sebagainya. Sebab itu mereka merasakan bahawa mustahil bagi PR untuk menunaikan janji mereka ..............


Buktinya ada di hadapan mata bagaimana kerajaan PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berjaya mentadbir negeri masing-masing dengan baik dan dipuji oleh Ketua Audit Negara. Malah Selangor dan Pulau Pinang berjaya menambahkan rezab negeri masing-masing manakala Kedah dan Kelatan berjaya membayar hutang mereka mengikut jadual.

HUBUNGAN DENGAN IRAN : JANGAN SOKONG PEMIMPIN PENGECUT

Rakyat negara ini diseru supaya tidak menyokong pemimpin pengecut yang tunduk kepada kuasa asing secara membabi buta. Apa sahaja yang diarah oleh pemimpin luar dituruti tanpa bantahan.

Dalam isu Iran umpamanya, apabila Amerika memerintah supaya Malaysia tidak berurusniaga dengan Iran, pemimpin BN kata, 'Yes Sir' tanpa banyak bicara. Malaysia seolah-olah menjadi negara jajahan Amerika apabila semua arahan dan kehendak pemimpin Amerika walaupun bertentangan dengan semangat setiakawan dan semangat persaudaraan Islam antara Malaysia dan Iran.

Pemimpin pengecut dan dayus seperti tidak wajar disokong kerana lambat laun negara akan dijual kepada orang asing. Pemimpin sesebuah negara sepatutnya berjiwa besar dan percaya kepada kuasa Allah yang memberi rezeki. Jangan menjadi pemimpin yang pengecut dan dayus serta mandum macam pondan.

Rakyat Malaysia sewajibnya menolak pemimpin seperti ini pada PRU 13 nanti. Di saat mereka menuduh Anwar sebagai Agen Amerika dan Agen Yahudi, hakikatnya merekalah yang 'menyembah' dan 'mencium tangan' Amerika dan Yahudi.

09 April 2012

KERAJAAN BN SUMBANG CUKAI UNTUK ISRAEL

Kerajaan BN berdagang dengan Israel di mana Malaysia berada di kedudukan 17 sebagai rakan dagang negara Zionis itu. Sedangkan Singapura pun berada di tangga ke 21.

Ketika sebuah kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Kelang mengambil barang dagangan Malaysia dan berlayar terus ke Pelabuhan Haifa di Israel, pada masa yang sama Umno/BN menuduh Anwar sebagai ejen Yahudi.

Mereka menuduh Anwar sebagai ejen Israel bagi menutup fakta sebenar iaitu kerajaan BN yang berdagang dengan Israel dan menyumbangkan cukai kepada kerajaan Zionis yang membunuh umat Islam Palestin.

Apakah rakyat Malaysia yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam mahu bersekongkol dengan kerajaan BN yang secara terang-terang menyokong Yahudi Zionis ini.

Demikian antara intipati ucapan Timbalan Presiden PAS dalam program ceramah sempena 25 tahun PAS Selangor di Shah Alam.

PTPTN : NAJIB MESTI MOHON MAAF PADA RAKYAT KERANA MENIPU

Bila PR menyatakan akan menghapuskan PTPTN jika menang pada PRU 13 nanti, pemimpin BN kalut dan sibuk mengeluarkan hujah untuk menunjukkan hasrat PR itu akan menjahanamkan negara. Mereka secara terang-terang memperlekehkan perkara tersebut sedangkan ianya benar-benar akan mengurangkan beban sebahagian dari rakyat khususnya para mahasiswa dan siswazah.

Ada menteri yang sengaja memperbodohkan diri mereka sendiri hanya kerana hendak menunjukkan kepada rakyat bahawa PTPTN tidak boleh dihapuskan.

Malah Perdana Menteri sendiri didakwa cuba mengelirukan fakta dengan memberikan data yang tidak betul. Dakwaan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa yang menyatakan bahawa jumlah peminjam PTPTN adalah seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja bukannya RM43bilion sebagaimana yang dinyatakan oleh Ah Jib Gor.

Nampak jelas bahawa Ah Jib Gor berada dalam kekalutan sehingga angka sebenarnya jumlah pinjaman PTPTN pun tersilap atau sengaja beri data yang silap. Sebagaimana seorang Perdana Menteri beliau sepatutnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menipu.

Penipuan ini sangat serius kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau di negara barat sudah tentu kesalahan ini menyebabkan Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana mereka ada maruah dan harga diri.

Mana mungkin seorang Perdana Menteri tidak tahu jumlah yang tepat atau beliau sengaja ingin menunjukkan bahawa kerajaan tidak sanggup melupuskan hutan PTPTN kerana terlalu banyak. Seperti kata Anwar kalau Najib dan kerajaan BN sudah tidak ada idea dan perancangan untuk menyenangkan rakyat lebih baik undur diri.

HUTANG MELAKA : RAKYAT MESTI TUKAR KERAJAAN ELAK NEGERI BANGKRAP

Bandaraya Melaka : Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaikh
Abdul Aziz berkata rakyat mesti menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum
ke 13 akan datang bagi menyelamatkan negeri Melaka dari bangkrap.

"Rakyat Melaka mesti menukar kerajaan yang ditadbir oleh BN sekarang
kerana terbukti mereka gagal mentadbir negeri sehingga hutang
meningkat kepada RM865.9 juta seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit
Negara"

"Jika kerajaan yang ada pada hari ini tidak ditukar besar kemungkinan
negeri ini akan jatuh bangkrap kerana terpaksa menanggung hutang yang
semakin meningkat, malah tahun ini dianggarkan hutang Melaka meningkat
menjadi RM1bilion" ujar Asri.

Beliau berkata kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi
tidak tahu menguruskan kewangan negeri sehingga hutang semakin
meningkat dan tidak mampu dibayar.

"Kerajaan hanya tahu meminjam wang untuk menjalankan projek-projek
pembangunan yang tidak memberikan pulangan malah lebih malang lagi
mereka menyalurkan wang kepada anak syarikat kerajaan negeri untuk
pelaburan yang tidak menguntungkan".

"Banyak projek yang dijalankan di negeri ini menjadi projek gajah
putih yang tidak berdaya maju malah ada yang terus berkubur seperti
Eye On Malaysia, Kincir Air, Monorel, Lapangan Terbang Antarabangsa
Melaka dan lain-lain" tambah Asri yang juga merupakan Penyelia Dun
Lendu.

Menurutnya pendedahan yang dibuat oleh Adun Ayer Keroh, Khoo Poay
Tiong dalam media semalam sepatutnya membuka mata seluruh rakyat
negeri Melaka supaya membuka minda mereka bagi menukar tampuk
pemerintahan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Asri berkata Pakatan Rakyat(PR) telah membuktikan betapa telus,
professional dan bertanggungjawabnya kerajaan negeri-negeri PR apabila
kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor berjaya membayar hutang
kepada kerajaan pusat. Malah rezab kewangan negeri Selangor meningkat
menjadi RM1.9 bilion sedangkan rezab negeri Melaka menguncup menjadi
RM8.26 juta sahaja.

"Kedah walaupun tidak banyak hasil seperti Selangor, tetapi Ketua
Audit Negara memuji pengurusan kewangan kerajaan pimpinan Ustaz
Azizan. Kalau hendak banding dengan Selangor dan Pulau Pinang serta
Kelantan lagilah jauh bezanya" tegas Asri.

Semalam ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa Melaka akan muflis
jika terus ditadbir BN memandangkan hutang kerajaan negeri itu telah
meningkat sebanyak 80 peratus di bawah pentadbiran ketua menteri Datuk
Seri Mohd Ali Rustam.

Khoo juga berkata hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan
hanyalah RM482,435,200 pada tahun 1999, tahun pertama Mohd Ali
mentadbir negeri itu tetapi meningkat menjadi sekali ganda pada 2011
kepada RM865,937,396

RAKYAT WAJIB HUKUM BN PADA PRU 13!

Rakyat khususnya pengundi WAJIB menghukum BN pada PRU 13 nanti kerana BN gagal menguruskan wang rakyat sehingga hangus begitu sahaja, antaranya :-

1) Memberikan subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) - RM17bilion

2) Kehilangan duit rakyat akibat kelemahan pengurusan kewangan @ ketirisan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara saban tahun - RM28bilion

3) Penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang jumlahnya tidak diketahui dengan tepat - RMXXX bilion.

4) Tindakan kerajaan melupuskan hutang-hutang kroni seperti hutang Tajudin Ramli - RM589juta, NFC - RM250juta dan sebagainya.

Dengan wang sebanyak itu kerajaan bukan sahaja boleh melupuskan hutang PTPTN malah boleh memberikan pembelajaran percuma kepada para pelajar. Malangnya kerajaan lebih cuka menekan rakyat daripada berjimat cermat dan memastikan tiada ketirisan, rasuah, penyelewengan, pembazirand dan sebagainya.

Memang wajib rakyat menghukum BN pada PRU 13 nanti kerana kegagalan mereka menguruskan kewangan negara sehingga membebankan rakyat.

08 April 2012

'HANTU' ALTANTUYA BAKAL MENGGANAS

'Hantu' Altantuya bakal mengganas dan membongkar rahsia mengapa Altantuya dibunuh. Sehingga ke hari ini tanda tanya yang belum terjawab ialah :


1) Mengapa Altantuya dibunuh? Apa motif dia dibunuh
2) Siapa yang mengupah 2 anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya
3) Apa kesalahan Altantuya sehingga beliau dibunuh dengan begitu kejam
4) Siapa tuan punya bom C4
5) dan banyak lagi .....


Segala persoalan di atas mungkin akan terjawab jika 'hantu' Altantuya datang mengganas dan mencekik orang yang terlibat dengan tindakan kejam tersebut. Tetapi ia hanya cerita tahyul. 


Namun begitu segala rahsia itu bakal terbongkar bila kes berkaitan kapal selam scorpene yang dibeli oleh Malaysia dibicarakan di Perancis tidak lama lagi. 


Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.

shah alam pas ceramah 070412 anwar ibrahim 02"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.

"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.
"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

LEBUHRAYA : KRONI UNTUNG RAKYAT SENGSARA


1) Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan
    Kos Pembinaan : RM6 bilion
    Keuntungan : RM18.3 bilion
    Pulangan Pelaburan : 305 %
    Tempoh konsesi : Sehingga Disember 208

2) Pembinaan Lebuhraya Metramac
    Kos pembinaan : RM45juta sahaja
    Keuntungan : RM440juta
    Pulangan pelaburan (ROI) : 978%
   Tempoh konsesi: 26 tahun

3) Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
    Kos pembinaan : Sekitar RM451juta
    Keuntungan : RM1.4 bilion
    Pulangan Pelaburan : 202 %
    Tempoh konsesi : Selama 38 tahun

4) Pembinaan Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
    Kos pembinaan : RM1.08 bilion
    Keuntungan : RM1.61 bilion 
    Pulangan Pelaburan : 149%
    Tempoh konsesi : 34 tahun 

BAGAIMANA PR CARI DUIT HAPUSKAN PTPTN?

Pemimpin Umno dan juak-juaknya menyifatkan hasrat PR untuk menghapuskan PTPTN dan hutang siswazah sebagai karut dan mustahil.

Sedangkan berdasarkan fakta ianya perkara boleh dilaksanakan. Bagaimana?

1) Memastikan tidak berlakunya ketirisan sebagaimana yang berlaku sekarang di mana secara puratanya RM28bilion duit negara tiris.

2) Menghapuskan rasuah dan pengubahan wang haram

3) Menghapuskan amalan bail out syarikat kroni seperti pelupusan hutang Tajuddin Ramli sebanyak RM589juta, pinjaman RM250juta NFC, subsidi ke atas Penjana Bebas (IPP) dan lain-lain.

4) Langkah berjimat cermat dan tidak boros sebagaimana pentadbiran BN sekarang.

DEBAT : PJ MELAKA AKAN TUNGGU ALI RUSTAM DI MITC

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata beliau akan menungguh Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.
"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.

"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan Pilihanraya DAP Dun Klebang di sini  malam tadi.

Beliau berkata Ketua Menteri Melaka itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.

"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".

"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.

Sementara program perasmian Bilik Gerakan DAP ini dicemari dengan tindakan sekumpulan penyokong Umno  yang memasang bendera Umno dan BN berlapis-lapis dengan bendera PAS, DAP dan PKR. Malah pemuda-pemuda tersebut bertindak samseng dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pimpinan dan petugas DAP. 


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter