.

.

12 February 2011

PRK MERLIMAU : TUAN GURU NIK AZIZ TERIMA SAMBUTAN HEBAT MASYARAKAT TIONGHUA

Merlimau : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sambutan hebat dari masyarakat Tionghua Merlimau apabila mereka keluar beramai-ramai menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina anjuran DAP dan PR Melaka di sini malam tadi.

Program yang bermula pada jam 8.00 malam itu membuktikan bahawa penerimaan hebat kaum Tionghua kepada PAS yang akan bertanding mewakili PR pada PRK Merlimau 6 Mac ini.

Kehadiran kaum Tionghua pada program ini juga menunjukkan bahawa kaum Tionghua tidak lagi takut untuk memberikan sokongan kepada PAS dan PR.

Turut hadir pada program tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan pimpinan PR negeri Melaka.


11 February 2011

PERASMIAN MARKAZ BESAR OLEH TOK GURU TUNDA KE ESOK

Perasmian Markaz Besar PAS PRK Merlimau akan disempurnakan oleh Murysidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 11 pagi esok 12 Feb BUKANNYA pada hari ini 11 Feb. Perubahan ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Segala kesulitan amat dikesali.

10 February 2011

PEMIMPIN PR ZIARAH MERLIMAU BERTEMU RAKYAT

Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka, Bahiki Ismail berkata tiga orang pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR) iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang akan melawat Merlimau dan menghadiri beberapa program yang diaturkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Bahiki berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Markaz Induk PAS PRK Merlimau di Taman Muhibbah Merlimau jam 11.00 pagi. Seterusnya Tuan Guru akan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina di Markaz PAS Merlimau di Pusat Tahfiz As-Solihin pada 8.00 malam pada hari yang sama.

"Seterusnya pada 12 Februari, Tuan Guru akan menyampaikan ceramah pada jam 9.00 malam di As-Solihin Merlimau bersama-sama dengan YB Lim Kit Siang."

"Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berada di Melaka pada 15 Februari di mana beliau akan berceramah di Permatang Seri iaitu di rumah Hj Ibrahim Abdullah." tambah Bahiki dalam kenyataannya ketika ditemui di Bilik Operasi PRK Merlimau pagi ini.

Menurut Bahiki kedatangan ketiga-tiga pemimpin besar PR ini dilihat mampu menaikkan semangat petugas PR dan sokongan pengundi kepada PR bagi menghadapi pilihanraua kecil Merlimau yang dijadualkan pada 6 Mac 2011 ini.
Reply Forwardaman is not available to chat

09 February 2011

PRK MERLIMAU : SENARAI REKOD CEMERLANG BN DI MELAKA

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa rakyat negeri ini akan terus menyokong BN pada PRK Merlimau kerana mereka tahu tentang rekod cemerlang pemerintahan BN selama ini.

Di bawah ini disenaraikan rekod-rekod cemerlang BN:-

1) Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010 rosak pada hari pelancarannya.

2) Jam bunga di hadapan MBMB - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.

3) Wang peruntukan setiap DUN ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya DUN ini.

4) Banjir terus berulang melibatkan beberapa tempat seperti Durian Tunggal, Sg Rambai dan dan lain-lain. Banjir kilat juga terus melanda di banyak tempat di seluruh Melaka.

6) Menipu rakyat dengan status negeri maju di mana OECD sendiri menafikan bahawa mereka mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

7) JUmlah anak luar nikah puratanya 2.8 orang sehari dari 2007 - 2009

8) Lapangan Terbang yang menelan belanja ratusan juta tetapi tiada pesawat yang beroperasi

9) Melaka ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang rasuah.

10) Eye On Melaka yang ditutup menyebabkan kerugian puluhan juta wang rakyat.

11) Kegagalan kerajaan dan negeri menguruskan harta wakaf seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2009.

12) Litar Go-Kart di Durian Tunggal yang ditutup kerana tidak berdaya maju sehingga pihak pengurusan gagal membayar sewa

13) Hutang kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009.

Dan banyak lagi ...........akan didedahkan dari masa ke semasa

PRK MERLIMAU : MEDAN UNTUK PROTES KENAIKAN HARGA BARANG

Merlimau 9 Feb : Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man menyeru seluruh pengundi Dun Merlimau supaya menjadikan pilihanraya kecil Dun tersebut sebagai medan untuk melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan barangan yang semakin menghimpit rakyat sekarang.

Kintan berkata bahawa kerunsingan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian sememangnya bersarang di hati rakyat namun rakyat khususnya orang Melayu tiada kekuatan untuk mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Minda orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno/BN bahawa kenaikan harga barang ini tidak dapat dibendung dan ianya merupakan perkara biasa yang tidak dapat dielakkan".

"PAS dan PR mesti berusaha gigih untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini gagal menguruskan kenaikan harga barang ini dengan baik sehingga rakyat semakin terhimpit dan sengsara" tegas Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Menurutnya, rakyat khususnya pengundi Dun Merlimau mesti diberi kefahaman bahawa antara sebab berlakunya kenaikan harga barang ialah kerana meningkat kos pengeluaran dan pengangkutan disebabkan kenaikan harga minyak yang sebenarnya boleh dielak oleh kerajaan.

"Malangnya kerajaan BN sendiri yang menaikkan harga minyak dengan menghentikan subsidi walaupun pada masa yang sama keuntungan Petronas dan kerajaan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia".

"Selain itu kerajaan juga gagal mengawal dan menangani masalah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh pengeluar dan pemborong barangan keperluan sehingga semua tuntutan untuk menaikkan harga dipersetujui oleh kerajaan tanpa sebarang tindakan yang konkrit untuk menanganinya" tambah Kintan ketika ditemui oleh bilik operasi pilihanraya kecil Dun Merlimau di sini pagi ini.

Kintan mengajak seluruh pengundi Merlimau supaya bangkit memprotes kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan memberikan undi kepada calon PAS pada pilihanraya kecil Dun Merlimau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.

08 February 2011

PRK MERLIMAU : EDISI SIASAT - BENARKAN WANG SAMB DISALURKAN UNTUK KEMPEN BN?

Blog ini menerima maklumat dalaman bahawa Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah diarahkan supaya menyalurkan wangnya bagi membantu kempen BN pada PRK Merlimau. Selain itu pekerja-pekerja SAMB juga dikatakan bergiat cergas membantu BN berkempen bagi menarik sokongan rakyat kepada BN.

Jika benar maklumat yang disalurkan kepada blog ini, maka sekali lagi wang rakyat hangus begitu sahaja di'telan' oleh BN untuk kepentingan politik BN.

Blog ini mengharapkan SPRM dan badan berwajib membuat siasatan terperinci terhadap pendedahan yang dilaporkan kepada blog ini.

Tidak perlu SPRM menunggu laporan rasmi dari rakyat sebagaimana pantasnya SPRM bertindak menyiasat pemimpin dan kerajaan PR jika ada khabar angin yang mendakwa mereka melakukan rasuah dan penyelewengan.

PRK MERLIMAU : KAMARUDDIN CALON PAS? PAS PUNYA RAMAI CALON BERKALIBER?

Akhbar Sinar Harian menyiarkan laporan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek sedia memikul tanggungjawab menjadi calon PAS pada PRK Merlimau andai beliau dipilih oleh kepimpinan parti.
Selain itu beberapa orang lagi juga dikatakan turut disenarai sebagai calon PAS. Antaranya Bahiki Ismail, Jasme Tompang, Harun Mohammed, Kamis Saat, Ismail Latif, Sopiah Mohammad, Md Nor Mudin dan Hassan Md Dahan.
Kesemua mereka disifatkan berkaliber dan mampu membawa cabaran pada PRK tersebut.
Salah seorang dari mereka yang tidak mahu namanya disiarkan berkata beliau sedia untuk memikul tanggungjawab menjadi calon PAS kerana yakin pengundi DUN Merlimau mula berubah angin disebabkan keadaan ekonomi dan sosial negara kita yang semakin teruk dari masa ke semasa.
Beliau juga bersedia untuk memberikan sokongan kepada calon yang dipilih oleh pihak atasan parti.

PRK MERLIMAU : PAS BOLEH GUNA DEWAN POLITEKNIK?

BN dilaporkan menggunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dan Peti Undi BN semalam. Tanpa segan silu BN seperti biasa menggunakan harta rakyat dan kemudahan awam untuk program kepartian. Tidak rasa kekok dan malu mereka menggunakan kemudahan yang dibina dari wang rakyat untuk kepentingan parti mereka.
Kalau betul kerajaan BN dan agensi kerajaan adil, sila beri peluang kepada PR dan komponennya untuk turut sama menggunakan dewan politeknik, sekolah-sekolah dan sebagainya.
Inilah rupa sebenar pemimpin BN dan Umno yang tidak tahu membezakan yang mana harta rakyat dan yang mana harta BN/Umno.
Blog ini membantah sekeras-kerasnya penggunaan harta awam untuk kegunaan parti politik.

PRK MERLIMAU : MEDAN TERBAIK RAKYAT PROTES KERAJAAN

Pilihanraya Kecil Merlimau disifatkan oleh ramai pihak sebagai medan untuk memprotes kerajaan yang terus menerus menaikkan harga minyak yang akhirnya menyebabkan harga barangan meningkat mendadak.

Seorang pekerja swasta Aizatun Faqiruddin, 29 dari Batu Berendam berkata kalau sebelum ini kerajaan buat tidak endah sahaja terhadap rungutan rakyat maka kini tiba giliran rakyat untuk memprotes kerajaan BN dengan memenangkan calon PAS pada PRK Merlimau.

"Demo sudah, merungut pun sudah, menangis dan meraung pun sudah, kerajaan buat tak endah, mungkin dengan mengundi PAS pada PRK Merlimau BN akan sedar bahawa rakyat ada kuasa untuk menumbangkan mereka"

"Rakyat mesti berani memprotes kerajaan dengan jalan yang halal dan mengikut undang-undang iaitu melalui peti undi" kata Aizatun.

Rakannya Azmiah Aziz, 27 berkata sudah sampai masanya rakyat bangkit dengan menterjemahkan protes mereka melalui peti undi supaya kerajaan tidak melakukan tindakan menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya.

"Rakyat sudah terlalu sengsara dan terhimpit dengan kenaikan harga barang akibat harga minyak naik, jadi PRK Merlimau menjadi medan untuk mereka menasihati kerajaan BN" tambah Azmiah.

Pesara Kerajaan Haji Abdullah Polan dari Umbai bagaimanapun berkata bukan mudah untuk kerajaan mengawal harga barang kerana ianya bergantung kepada pasaran dan permintaan semasa. Bagi beliau rakyat sendiri sebenarnya mempunyai kuasa untuk memastikan barangan tidak naik mendadak.

Ketika ditanya apa kuasa tersebut, jawab beliau, "undi".

Menurutnya kerajaan BN tidak berkuasa untuk menurunkan harga minyak dan barangan kerana sikap boros dan sikap tunduk kepada peniaga yang akhirnya rakyat yang menanggung penderitaan.

JANGAN BESARKAN ISU MUZAKARAH / DEBAT

Blog ini melihat bahawa pimpinan dan ahli PAS sudah terperangkap dengan strategi politik Umno/BN yang cuba mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar kepada isu debat dan muzakarah.

Ternyata mereka sudah berjaya kerana jelas kelihatan pimpinan PAS dan ahlinya mula memperkatakan isu debat dan muzakarah ini sedangkan terlalu banyak isu lain yang sepatutnya menjadi perkara utama untuk kita ketengahkan.

Tiap-tiap hari media memainkan isu ini sehingga rakyat mungkin sudah lupa kepada isu minyak dan barang naik, isu ekonomi, isu jenayah, rasuah dan sebagainya.

Jangan kita terikut-ikut sama dengan permainan Umno/BN. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar yang gagal ditangani mereka.

FORUM MENUJU PAS BARU 13 FEB DI MELAKA

Ilham Centre akan menganjurkan Forum dan diskusi ilmiah bertajuk Menuju PAS Baru pada 13 Februari di INB Resort Ayer Keroh bermula jam 8.00 hinggan 12.00 malam. Forum ini akan menampilkan Penulis Buku Menuju PAS Baru, YB Dr Mujahid Yusof; Pakar Undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof. Manakala Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhammad Hisommudin Bakar bertindak sebagai Moderator.

Berikut adalah kenyataan akhbar Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar.

Perubahan-perubahan besar yang berlaku terhadap landskap politik negara dilatari oleh pelbagai faktor termasuk pendedahan informasi terhadap rakyat secara berleluasa dan pantas. Penyebaran idea-idea baru amat penting untuk membentuk dan meningkatkan kesedaran sebagaimana kelahiran revolusi-revolusi utama di dunia. Namun demikian, hasrat membentuk suatu paradigma baru dalam sesebuah masyarakat bukan suatu usaha yang mudah. Penganjuran forum dan diskusi terbuka merupakan suatu usaha pihak ILHAM CENTRE untuk menghidupkan pendidikan politik dan wacana-wacana ilmu di Malaysia.

Di kesempatan ini, ingin kami nyatakan dan tegaskan bahawa forum dan diskusi buku ‘Menuju PAS Baru’ adalah salah satu daripada inisiatif dan di antara usaha proaktif kami bagi menjayakan hasrat murni ini. ILHAM CENTRE hanya menyediakan ruang, pentas dan tidak lebih daripada sekadar berperanan sebagai media perantara kepada semua pihak untuk berdiskusi secara terbuka. Penganjuran Forum & Diskusi buku ‘Menuju PAS Baru’ diadakan bertepatan dengan kelahiran buku tersebut yang hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Tambahan pula, penganjuran forum ini telah mendapat persetujuan daripada penulisnya iaitu YB Dr. Mujahid Yusof Rawa sendiri.

Oleh itu, pihak ILHAM CENTRE mengambil inisiatif dengan membuka ruang kepada semua pihak untuk turut serta berdiskusi mengenai kedinamikan PAS sebagai sebuah parti politik di Malaysia dalam menentukan arus perdana serta mencorak landskap politik dan masa depan negara. Di antara objektif utama penganjuran forum ini ialah;

1. Membincangkan peranan yang dimainkan PAS dalam perkembangan politik Malaysia
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan PAS daripada sudut pandang pelbagai pihak
3. Memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi sebarang kritikan dan cadangan terhadap PAS

Justeru, sebagai makluman, ILHAM CENTRE akan mengadakan siri forum sebanyak 3 kali di 3 zon berbeza iaitu utara, timur dan tengah bermula di Pulau Pinang pada 16 Januari akan datang disusuli pula di Terengganu/Kelantan pada 13 Februari dan kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun ini.

Kami juga percaya bahawa banyak pihak mempunyai hasrat yang sama untuk mewujudkan paradigma politik baru di negara ini melalui idea-idea baru yang bernas. Lantaran itu, keterbukaan dan kesediaan semua pihak untuk berwacana akan membantu mencorakkan landskap politik negara ke arah yang lebih progresif dan menjadi pemangkin ke arah pembentukkan budaya ini. Pihak ILHAM CENTRE juga berbesar hati untuk menganjurkan siri-siri wacana terbuka daripada pelbagai pihak demi membentuk paradigma politik baru di Malaysia. Kami bersedia menjadi media pengantara bagi mana-mana pihak untuk melontarkan idea-idea pembaharuan secara terbuka.

07 February 2011

MELAKA MAJU 2010 : RAKYAT DIDAHULUKAN?


Ini gambar yang diambil dari blog Kijang59. Di saat pimpinan negeri Melaka mendakwa negeri Melaka sudah mencapai status negeri maju, rupa-rupanya masih ramai rakyat Melaka yang dhaif dan sengsara.


Gambar ini diambil oleh blogger Kijang59 di sebuah kampung berhampiran Pekan Merlimau. Gambar ini menterjemahkan 1000 satu makna .....BENARKAH MELAKA MAJU 2010 DAN BENARKAH RAKYAT DIDAHULUKAN? SEBAGAIMANA SLOGAN 1MALAYSIA.

JENTERA PAS MELAKA SUDAH SEDIA TERIMA TETAMU

Jurucakap Jentera Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Melaka, berkata pihaknya sudah bersiap sedia untuk menerima kontinjen dari seluruh negara yang akan berkampung di Merlimau bagi membantu gerakerja pilihanraya kecil DUN Merlimau.

"Pihak kami telahpun menyediakan penginapan dan kelengkapan logistik untuk semua kontinjen negeri-negeri di mana semua negeri telah diberikan tugas berdasarkan kepakaran dan kekuatan masing-masing".

"Semuanya sudah siap sedia dan pihak kami hanya menunggu kedatangan tetamu untuk membantu kami" ujar beliau.

Ditanya tentang persiapan jentera, beliau berkata bahawa JPN memang sudah lama bersedia dan tidak ada masalah yang dihadapi oleh pihaknya bagi menggerakkan jentera di DUN Merlimau.

"Program Jom Turun Padang Mesra Rakyat telah dimulakan sejak awal 2010 lagi di mana ianya telah memberikan kesan yang amat baik kepada petugas-petugas di mana mereka telah mendapat latihan yang sistematik dan cukup untuk berhadapan dengan kerja-kerja pilihanraya".

"Negeri-negeri akan digabungkan dengan jentera tempatan dan gabungan ini sudah tentu akan bertambah mantap dengan kepakaran yang ada pada jentera masing-masing" tambahnya.

Menurutnya, JPN telah mengenalpasti beberapa strategi yang sedang dan akan dimainkan oleh Umno/BN untuk mengelirukan rakyat di Merlimau di mana sebahagian besarnya adalah isu lama yang sudah muak dan tidak lagi diterima oleh rakyat.

PAS, katanya tidak akan memainkan isu perkauman dan sentimen agama bagi meraih undi sebagaimana Umno/BN yang sentiasa menggunakan isu ini walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang dan sistem demokrasi.

Jurucakap tersebut juga mengharapkan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat berlaku adil kepada semua parti yang bertanding demi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.

"Tidak ada gunakan kita adakan pilihanraya jika padang permainan tidak rata yang akhirnya menyebabkan imej negara tercalar kerana sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus" ujar beliau ketika ditemui di Bilik Operasi PAS di Merlimau pagi ini.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI penjana@gmail.com

06 February 2011

PEMUDA TEKAD GEMPUR MERLIMAU

Pimpinan dan Ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertekad untuk menawan DUN Merlimau pada Pilihanraya Kecil Merlimau yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mac ini.

Hasrat ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek pada Himpunan Pemuda PAS Melaka sempena Pilihanraya Kecil Merlimau yang berlangsung di Madrasah As-Solihin Merlimau di sini semalam.

"Pemuda Negeri Melaka akan berjuang habis-habisan bagi menggempur BN dan menerangkan kepada rakyat akan kepentingan mereka mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, Insya Allah".

"Sudah sampai masanya PAS menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang nyata gagal mentadbir dan menjaga kepentingan umat Islam di Melaka" kata Ustaz Kamaruddin.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dalam ucapannya menggesa pemuda supaya bekerja kuat bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini.

"Pemuda mesti turun ke segenap ceruk berjumpa dengan pengundi agar risalah Islam ini dapat disampaikan kepada mereka".

"Umat Islam Melaka mesti diselamatkan dari cengkaman dan kezaliman Umno yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun di Melaka ini. Insya Allah, PAS mesti menang supaya suara kita dapat berkemundang di DUN Melaka bagi memberi peringatan dan nasihat kepada Umno" tambah Ustaz Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani.

Dalam ucapannya Azman mengingatkan ahli pemuda PAS Melaka supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana cabaran amat getir kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN.

"Pemuda Pusat seperti biasa akan mengarahkan seluruh jentera pemuda seluruh negara bagi membantu calon PAS di Merlimau, kita tidak akan undur dan akan terus mara walau apapun dugaan yang datang" kata Azman penuh semangat.

Azman diberi penghormatan menyampaikan bendera PAS kepada semua Ketua-ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan sebagai simbolik bermulanya gerakerja pemuda di DUN Merlimau.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad; seluruh pimpinan PAS Negeri dan pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Program tersebut turut diserikan dengan lagu-lagu nasyid penuh semangat dari Azhan Atan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter