.

.

29 May 2010

MCA SEJUK SEKEJAP, MIC BERBALAH, UMNO KEPANASAN

MCA sejuk sekejap selepas persidangan agung luar biasa mereka memilih Presiden baru. MIC pula sedang 'berkekah' sesama sendiri manakala Umno sedang kepanasan kerana berlaku pertentangan dalaman secara senyap. Selain itu Umno sedang panas kerana ditentang rakyat yang marah kerana kebiadapan mereka MENGHALALKAN judi yang DIHARAMKAN Allah.

Sedikit hari Insya Allah BN akan menjadi 'arwah' lantaran pergaduhan di dalam komponen parti mereka sesama sendiri.

EKONOMI BAIK, TAPI FIKIR NAK BUANG SUBSIDI

Setiap kali pemimpin negara membicarakan tentang ekonomi negara, pemimpin kerajaan menyatakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik, pertumbuhan ekonomi negara positif, ringgit kukuh dan macam-macam lagi.

Namun yang memelikkan rakyat Malaysia ialah mengapa di saat ekonomi negara dikatakan sangat baik dan bertumbuh dengan pesat, pemimpin BN bercakap untuk mengurangkan subsidi minyak.

Timbul difikiran rakyat, betulkah ekonomi kita baik, pertumbuhan positif dan sebagainya. Kalau betul baik mengapa negara semakin miskin dan mahu bangkrap dalam masa 9 tahun jika subsidi minyak tidak dikurangkan.

Mana satu betul ni?????^%$$^%$%$&@

KERAJAAN HENDAK BANGKRAP, RAKYAT JADI MANGSA

Menteri KPI BN, Idris Jala semalam berkata jika subsidi minyak terus diberikan kepada rakyat dalam masa 9 tahun lagi negara boleh bangkrap. Jadi dengan kata lain subsidi mesti ditarik balik agar negara selamat dari bangkrap.

Senang sungguh menteri ini bercakap. Tetapi blog ini yakin cakap beliau menggambarkan sikap kerajaan BN yang langsung tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Bila kerajaan susah dan tiada duit maka rakyat akan jadi mangsa. Bukannya mereka memikirkan bagaimana mengurangkan beban rakyat tetapi mereka berfikir bagaimana untuk 'merompak' duit rakyat bagi menyelamatkan kerajaan BN dan pemerintahan mereka.

Tidak pernah mereka berfikir bahawa kerajaan tidak ada duit adalah disebabkan keborosan mereka membelanjakan duit rakyat, ketirisan duit negara akibat rasuah/penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.

Rakyat seharusnya sedar dan wajib bangkit untuk memberikan amaran kepada pemimpin BN bahawa rakyat sudah tidak tahan lagi dengan sikap pemimpin BN yang zalim dan rakus menekan rakyat bila negara berada dalam kesusahan. Insya Allah rakyat akan bangkit menghalau BN dari Putra Jaya pada PRU ke 13 nanti.

SOLAT,PUASA, ZAKAT DAN HAJI TETAPI BIAR LESEN JUDI LULUS

Ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang begitu taat kepada perintah Allah dalam ibadat seharian seperti solat, zakat, puasa, naik haji dan lain-lain tetapi membisu seribu bahasa dalam bab judi bola.

Apa agaknya yang mereka fikirkan sehingga tiada langsung sensitiviti terhadap sikap biadap kerajaan BN meluluskan lesen judi. Biadap mereka itu bukan setakat kepada manusia tetapi sanggup menyanggah perintah Allah dengan MENGHLALALKAN apa yang diHARAMKAN oleh Allah S.W.T.

Oleh itu blog ini menyeru seluruh umat Islam supaya sensitif dan peka kepada isu semasa di sekeliling mereka. Jangan hanya mendapatkan maklumat dari media arus perdana sahaja sehingga tidak melihat perkara yang disembunyikan oleh pihak kerajaan dan media pengampu mereka.

Mari sama-sama kita mencegah kemungkaran judi bola ini melahirkan rasa kesal kita dengan menghadiri program-program bantahan aman umat Islam yang dianjurkan di seluruh negara.

Selain itu mari kita ajar BN pada PRU ke 13 nanti dengan kita menolak calon BN secara total kita tukar kerajaan yang biadap ini dengan kerajaan yang takut kepada Allah dan menghormati rakyat

AKHBAR ARUS PERDANA TUTUP CERITA BANTAH JUDI?

Berita rakyat bangkit membantah kebiadapan BN meluluskan lesen judi bola ditutup oleh akhbar arus perdana. Walaupun rakyat kesemua negeri bangkit membuat bantahan dengan mengadakan demonstrasi aman bermula minggu lepas tetapi akhbar-akhbar pengampu BN ini tidak memuatkan berita tersebut di media mereka.

Terbukti media turut sama bersekongkol dengan pemimpin BN yang biadap kepada Allah dan rakyat Malaysia meluluskan lesen judi bola ini.

Bermula minggu lepas rakyat Malaysia menyatakan kemarahan kepada kerajaan BN yang ternyata langsung tidak takut kepada Allah dan tidak sensitif kepada kemarahan rakyat.

Blog ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bangkit menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 akan datang.

PULAU PINANG DAN SELANGOR HARAMKAN JUDI BOLA, BILA PULA KERAJAAN NAK IKUT JEJAK MEREKA

Majlis Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dan Selangor bertindak mengharamkan judi bola. Bila pula majlis kerajaan tempatan di Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Johor hendak mengikut jejak mereka.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

28 May 2010

PR AKAN BUAT KEJUTAN BESAR JIKA SOKONGAN KAUM TIONGHUA KEKAL 70 %

Adalah dijangkakan PR akan membuat kejutan besar andai sokongan padu kaum Tionghua seperti yang ditunjukkan di Hulu Selangor dan Sibu kekal. Ini kerana terdapat banyak sekali kerusi parlimen yang terdiri dari pengundi campuran yang akan dimenangi oleh PR jika 75 % pengundi Tionghua menyokong PR.

Pada PRU 2008 masih banyak lagi kerusi campuran yang dimenangi BN dan ini tidak akan berulang pada PRU 13 nanti andai sokongan pengundi Tionghua sama seperti di Hulu Selangor dan Sibu.

Adalah dijangkakan mana-mana kerusi yang pengundi Tionghuanya berjumlah 30% keatas akan dimenangi oleh PR dengan syarat PR memperolehi sekurang-kurangnya 35 % pengundi Melayu. Andaikata perkara ini berlaku maka BN akan tumbang.

BANTAHAN JUDI BOLA : RAKYAT KESAL UMNO/BN MELAKA SETUJU JUDI

Rakyat negeri Melaka kesal kerana Umno/BN negeri Melaka seolah-olah bersetuju dengan judi kerana tiada kelibat pemimpin Umno negeri yang sama-sama membuat bantahan terhadap lesen judi di perkarangan Masjid Negeri Al Azim hari ini.

Seorang pemuda dari Durian Tunggal, Amid Abdullah berkata sepatutnya pimpinan UMno/BN negeri Melaka khasnya Ketua Menteri Ali Rustam turut sama berdemonstrasi hari ini bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan BN meluluskan lesen judi bola.

"Apakah Umno/BN Melaka juga bersetuju dan sama-sama redha dengan tindakan bos mereka meluluskan lesen judi bola ini"

"Saya sebagai rakyat Melaka kesal dengan Umno/BN Melaka kerana sanggup bersekongkol meluluskan lesen judi ini"

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bantahan aman yang dilaksanakan oleh PAS dan umat Islam Melaka di masjid Al Azim hari ini. Beliau ditemui oleh wakil blog ini di Batu Berendam sebentar tadi.

Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

27 May 2010

KALAU BN TAK MAMPU SERAHKAN PEMERINTAHAN KEPADA PR

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Nampaknya menteri BN pula mendoktrinkan pemikiran rakyat supaya berkorban untuk negara dan bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Bila harga minyak naik maka harga barangan lain juga akan naik.

Idris dalam kenyataan jelas mengharapkan rakyat sanggup berkorban demi masa depan negara.

Bukan semudah itu untuk kerajaan BN menipu rakyat. Adakah pemimpin kerajaan pusat sekarang sudah habis ikhtiar sehingga sanggup membebankan rakyat. Bagaimana dengan perbelanjaan negara yang membazir, pemimpin BN yang membazirkan duit rakyat dengan projek-projek mewah, wang negara/rakyat yang tiris akibat rasuah dan sebagainya.

Inilah sikap pemimpin BN dari dahulu, kini dan mungkin selamanya di mana mereka akan menjadikan rakyat sebagai kambing hitam bila negara dalam kesusahan. Tidak ada idea yang bernas dan baru yang dapat mereka fikirkan. Selain dari membebankan rakyat mereka sudah pasti akan mengintai duit dari sumber-sumber seperti Petronas, KWSP dan lain-lain untuk kegunaan tertentu.

JIKA BN SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MENTADBIR NEGARA SERAHKAN SAHAJA TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA KEPADA PR.

PAK CIK MAK CIK DI KAMPUNG TERUS TERTIPU

Pak Cik dan mak cik di kampung yang tidak dapat maklumat yang tepat tentang siapa Umno dan pemimpinnya terus ditipu dan tertipu.

Ramai diantara mereka tidak tahu bahawa baru-baru ini Umno/BN MENGHALALKAN judi bola yang DIHARAMKAN oleh Allah. Tetapi oleh kerana media arus perdana menutup perkara ini maka mak cik dan pak cik tidak mendapat maklumat sebenar.

Maka mereka terus bergelumang dengan kejahatan dan kebiadapan pemimpin mereka yang terus menjadikan judi dan maksiat sebagai antara sumber pendapatan utama negara.

26 May 2010

MANA SATU YANG MENGIKUT SYARIAT ALLAH

Agak-agaknya mana satu yang mengikut syariat Allah menutup aurat. Pernahkah anda bertemu dengan pimpinan Muslimat PAS yang TIDAK MENUTUP AURAT.

BUKAN ISLAM PERCAYA KEADILAN ISLAM, ORANG ISLAM TAK PERCAYA ISLAM

Terbalik! Orang bukan Islam percaya keadilan Islam mampu menyelesaikan permasalahan mereka TETAPI orang Islam sendiri ragu-ragu malah menentang Islam sendiri. Mereka hanya setakat melakukan puasa, solat, menunaikan haji, zakat dan faraid tetapi pada masa yang sama tidak yakin dengan undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam. Malah ada yang berani menyatakan undang-undang tidak sesuai, zalim dan ketinggalan zaman. Ada juga yang berani MENGHALALKAN apa yang DIHARAMKAN oleh Allah seperti menghalalkan judi dan kegiatan maksiat.

Inilah berlaku sekarang. Pimpinan dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) secara menyatakan bahawa Islam yang dibawa PAS tidak pernah meminggirkan hak mana-mana kaum malah disuruh menghormati serta membela semua kaum yang tertindas, seperti kaum minoriti India dan Cina.

Mereka juga yakin bahawa sistem perundangan Islam mampu menyelesaikan kemelut jenayah, sosial dan keruntuhan masyarakat sekarang.

Malangnya pemimpin Umno/BN terus meminggirkan Islam walaupun terbukti sistem dan undang-undang yang diamalkan sekarang gagal menyelesaikan masalah yang sedang membarah di Malaysia seperti jenayah, sosial, maksiat, dadah, rasuah dan lain-lain.

SAMPAI BILA RAKYAT AKAN DITIPU

Tanah rezab sekolah diselewengkan kepada kroni Ali Rustam

MELAKA: Penduduk Taman Sri Krubong, di sini, membantah sekeras-kerasnya penyelewengan terhadap tanah yang pada awalnya direzabkan bagi pembinaan sekolah rendah kebangsaan oleh pihak pemaju tetapi telah dipindahmilik kepada enam orang kroni terdekat Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.

Mereka adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Wira Ismail Saleh; bekas Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Dato' Kamarul Zaman bin Md Isa; Ketua Setiausaha Sulit Ketua Menteri Melaka, Rusnani Abd Latip; Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra, Radhuana Salleh; Pegawai Protokol dan Istiadat Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Abdullah Mohd Taha dan bekas Pegawai Daerah Melaka Tengah, Abd Kadir Yaakup.

Pemaju telah memberikan tanah empat ekar lebih bagi kemudahan lebih 2,000 penduduk taman serta diluluskan sebagai 'Rezab Sekolah Rendah' pada tahun 2000 tetapi telah dipindahmilik pada 2007, malahan mereka dijanjikan dengan pembinaan sekolah tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dan ini membuatkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.

Menurut Ahli Jawatankuasa KeADILan Cabang Tangga Batu, Sham Kamat, 42, bahawa mereka telah membuat laporan kepada SPRM Melaka pada Jun 2009 tetapi selepas hampir setahun diberitahu kes itu telah ditutup dan kerajaan negeri mengatakan ianya telah selesai.

"Saya tanya pada 3 Mei lalu, SPRM kata kes membabitkan lot 3077 Mukim Krubong itu telah ditutup dan dipindahmilik kembali sebagai rezab sekolah tapi bila saya semak di pejabat tanah pada 4 Mei, nama enam orang ini masih ada lagi lalu kita buat laporan polis pula.

"Kami benar-benar tidak puas hati dan merasa ditipu hidup-hidup kerana setelah ke pejabat tanah mendapati tanah itu masih lagi menjadi milik mereka," katanya ketika mendedahkan nama individu tersebut.

Beliau turut kesal dengan kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku kerana status tanah adalah untuk pembangunan yang tidak boleh dipindahmilik kepada individu dan mengatakan berlakunya salahguna kuasa serta penyelewengan.

Seorang penduduk, Ya'acob Hamid, 57, pesara, yang telah tinggal di situ hampir 13 tahun membantah tindakan tersebut yang hanya menguntungkan beberapa individu sahaja sedangkan penduduk taman yang begitu memerlukan kemudahan seperti sekolah dan dewan serbaguna dinafikan.

"Saya mahu tanah itu dikembalikan seperti sediakala bagi kemudahan orang ramai dan buat seperti cadangan dulu iaitu bina sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah agama dan dewan serbaguna kerana di sini tiada sekolah, yang terdekat di Krubong serta Cheng sudah padat.

"Kita terpaksa hantar ke sekolah di Malim sejauh tiga km, orang atas bagitau masalah dah selesai tapi tiada surat hitam putih, kita tunggu satu tahun masih sama lagi, sepatutnya tak boleh berlaku sebab ini bukan tanah anugerah kerajaan negeri.

"Saya perjuangkan ini sebab orang atas tak hiraukan dan penduduk taman salahkan saya, saya tak mahu perkara ini berterusan sehingga saya mati pun nanti orang akan salahkan juga," kata beliau.

Katanya, penduduk mengetahui tanah itu dipindahmilik pada tahun 2007 apabila diberitahu oleh Adun Paya Rumput yang menyatakan perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuannya yang berada di luar negeri ketika itu.

Menurut Basiron Abd Raman, 52, pesara, yang juga penduduk di situ, bahawa mereka sedang mengumpulkan tandatangan daripada penduduk taman dan Kampung Tampoi untuk diserahkan kepada Perdana Menteri serta Ketua Menteri Melaka supaya tindakan sewajarnya diambil.

"Kita mahu enam orang yang terlibat ini pulangkan balik tanah ini tanpa dibayar apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri dengan menggunakan duit rakyat.

"Kita nak dewan yang boleh digunakan semua orang seperti buat kenduri, parking pun senang, kalau tak dapat sekolah rendah buatkan sekolah agama ataupun jadikan tanah wakaf berkomputer supaya senang warisnya mencari nanti," ujarnya.

Laporan oleh : Zaili Muhammad

UMNO VS MIC

Timbul pula cerita perbalahan antara Umno dan MIC. Dua parti yang sama-sama ditolak oleh rakyat pada PRU 2008 lalu. Kini bila kedua-duanya lemah dan tidak dilayan oleh rakyat maka mulalah mereka mencari kesalahan dan mempersalahkan orang lain.

Ada pimpinan MIC menuduh Umno campurtangan dalam politik dalaman MIC, manakala Umno pula menuduh MIC biadap. Memang kedua-dua parti tersebut sudah 'expired' dengan cara politik lama mereka berjuang atas semangat perkauman sempit dan untuk kepentingan pemimpin dan kroninya sahaja.

Kedua-dua parti tersebut sama sahaja 2 X 5 = 5 X 2 tidak ada bezanya.

25 May 2010

SATU LAGI KEPENTINGAN NEGARA TERGADAI?

Satu demi satu kepentingan negara tergadai. Setelah Pulau Batu Putih, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) tergadai kepada Singapura kini satu lagi tanah kita akan terlepas.

Kali ini tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura akan diserahkan kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Nampak gayanya kalau inilah sikap kerajaan BN, tidak hairanlah negara kita bakal tergadai kepada negara luar suatu hari nanti kerana pimpinan yang ada sekarang tidak langsung memikirkan tentang kedaulatan negara dan kepentingan khazanah negara yang mesti dipertahankan.

Apa sahaja yang diminta oleh negara luar akan ditunaikan walaupun ianya mencabar dan mengguriskan kedaulatan rakyat dan negara.

Harakahdaily hari ini melaporkan kekesalan PAS tentang isu ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Beliau berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.

MENANTI DURIAN TAK GUGUR .....RAKYAT PENAT MENUNGGU PENJELASAN NAJIB

Rakyat Malaysia menunggu penjelasan Perdana Menteri tentang isu-isu hangat dan penuh kontroversi. Antara isunya ialah :-

1) Isu Kapal Selam dan komisennya
2) Isu Altantuya
3) Isu APCO
4) Isu judi Bola
5) Isu pembinaan PWTC menggunakan wang rakyat
6) Isu rasuah ketika pilihanraya
7) Isu wanita pertama - first lady
8) Isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang didakwa berleluasa di dalam negara kita
9) Isu ISA
10) Isu pilihanraya yang didakwa tidak bersih dan telus

Dan banyak lagi isu-isu lain.....

MALU DAN RASA BERDOSA JADI PENYOKONG UMNO

IKUTI LUAHAN SEORANG AHLI UMNO YANG TIDAK MAHU NAMANYA DISIARKAN.

Sejak tercetusnya isu judi bola ini saya sebagai ahli dan penyokong kuat Umno terasa malu kepada Allah dan rakyat Malaysia kerana pimpinan Umno sanggup menggadaikan agama demi untuk mendapat keuntungan dunia.

Saya malu kepada orang bukan Islam kerana pimpinan Umno yang mengaku Islam sanggup menolak agama mereka ke tepi dengan MENGHALALKAN judi bola. Mengapa sampai begitu sekali pimpinan Umno lakukan. Tidak takutkah mereka kepada siksa api neraka bagi orang yang MENGHALALKAN apa yang DIHARAMKAN oleh Allah S.W.T

Lebih malang lagi sehingga hari ini pemimpin agung Umno iaitu Imam 1Malaysia, Perdana Menteri kita masih belum memberikan penjelasan mengapa judi bola ini DIHALALKAN.

Tidakkah ianya akan menyebabkan lebih ramai orang akan berjudi tidak kira apa agama, bangsa dan umur. Bukankah ianya akan menyebabkan ramai rakyat akan berangan-angan untuk kaya dengan mudah dengan berjudi.

Mungkin ada juga rakyat yang merasakan judi bola ini perkara biasa macam bertaruh biasa sahaja bukannya berjudi macam main pakau, toto, magnum, 4D dan sebagainya.

Saya sebagai ahli Umno yang mengundi BN pada PRU 2004 dan PRU 2008 berasa sangat berdosa kepada Allah kerana pemimpin dan kerajaan yang saya pilih telah menyanggah perintah Allah dan MELAWAN ALLAH.

Ahli Umno seumur hidup - Melaka.

24 May 2010

BONGKAK TIDAK BOLEH DITEGUR DAN DINASIHAT

Oleh kerana tidak boleh ditegur dan dinasihat maka kerajaan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup segala kebobrokan dan kejahatan mereka. Sebab itulah apa sahaja keburukan dan kelemahan mereka yang difikirkan akan menyebabkan rakyat tidak suka kepada mereka akan ditutup dan diberhentikan.

Mereka juga tidak dapat menangkis fakta dan hujah yang dihidangkan oleh media dan tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali menggunakan sedikit kuasa yang ada di dunia ini bagi memastikan kejahatan mereka dapat diteruskan.

Oleh kerana itulah 3,000 akhbar Kabar Era Pakatan dirampas kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri.

Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei).

Keluaran pertama akbar tersebut mengandungi tajuk utama "Siasat hubungan Najib-APCO: Anwar" manakala keluaran ketiga pula digariskan dengan tajuk besar "Najib, Razak Baginda tersenarai" berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Mat Zahari sebelum ini merupakan ketua pengarang Konsep Era Pakatan yang berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran, namun permit tabloid politik itu tidak diperbaharui sejak September tahun lalu.

PWTC DIBINA GUNA DUIT RAKYAT? UMNO GAGAL MENYANGKALNYA

PAS kesal Najib Halang Siasatan Umno Bina Ibupejabat Di PWTC Guna Wang Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam Barry Wain mempertahan fakta bukunya 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut;

"tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”

Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.

Sehingga kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.
Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

POLITIK MALAYSIA PASCA PRK HULU SELANGOR DAN SIBU

Semenjak Tsunami politik pada Pilihanraya Umum Mac 2008, BN berada dalam keadaan murung dan resah sehingga ke hari ini. Manakan tidak, kalau dahulu pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil, BN sudah penuh yakin akan menang mudah terutama di kawasan pedalaman, luar Bandar dan kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat mereka. Tetapi kini legasi itu sudah hilang dari arus politik Malaysia. Rakyat sudah semakin matang dan cerdik membuat penilian.

Rasuah, politik wang dan ugutan

Kalau dahulu duit, ugutan, rasuah, janji dan mulut manis pemimpin BN sudah cukup membuatkan pengundi mengalirkan air liur mereka mengundi BN malah bekerja kuat untuk memenangkan BN tetapi kini semuanya sudah tidak berlaku lagi. Walaupun jutaan malah billion ringgit dijanjikan kepada rakyat oleh BN sewaktu kempen pilihanraya namun itu belum tentu ‘mencairkan’ hati rakyat untuk mengundi calon BN.

Rakyat sudah bijak menilai siapa yang harus mereka undi dan angkat untuk menjadi wakil rakyat mereka samada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat (Parlimen). Sejarah silam dan ‘track record’ BN dan wakil rakyat BN dinilai dan ditapis oleh rakyat sebelum membuat keputusan siapa yang harus mereka undi.

Rakyat telah sedar bahawa calitan tidak sampai 5 saat di atas kertas undi amat penting walaupun ianya kerja yang amat mudah dan senang. Mereka sudah sedar impak dan implikasi yang bakal mereka hadapi dari calitan ringkas tersebut. Ianya bukan sekadar calitan main-main tetapi ianya menentukan masa depan negara, kedaulatan negara, masa depan rakyat, agama dan bangsa.

Kalau dahulu rakyat boleh ’termakan’ dengan kain batik, sekampit beras, setin Milo dan sekilo gulan tetapi kini belum tentu barangan asasi tersebut akan menyebabkan mereka mengundi BN. Malah janji projek bernilai bilion ringgit pun tidak mampu mempengaruhi minda matang mereka.

Hal ini paling ketara di kalangan pengundi kaum Tionghua. Keputusan Pilihanraya Umum Mac 2008 dan beberapa pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum itu menunjukkan sokongan melonjak kaum Tionghua kepada PR (DAP, PKR dan PAS). Paling ketara ialah di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu di mana purata sokongan pengundi Cina kepada PR mencecah sehingga 80 % di sesetengah peti undi. Di kebanyakan tempat pula sokongan mereka adalah di sekitar 70 – 80 %. Ini sesuatu yang cukup mengerikan BN kerana sebelum PRU 2008, pengundi Cina adalah sebahagian besarnya pengundi tegar BN.

Persempadan Semula Kawasan Pilihanraya

Tindakan BN yang menyalahgunakan kuasa melalui SPR membuat persempadanan semula pilihanraya dengan memperbanyakkan kawasan campuran iaitu peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 30-50% akhirnya memakan diri mereka. Ini kerana jika 70 % pengundi bukan Melayu khasnya Tionghua mengundi PR maka sudah tentu BN akan tergolek. Inilah sebabnya majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan kerana banyaknya kerusi campuran yang dimenangi oleh DAP, PKR maupun PAS.

Paling jelas pada PRK Sibu minggu lalu, DAP yang sebelum itu dilihat mustahil untuk menang di Sibu akhirnya berjaya melalukan upset, sesuatu yang diluar jangkaan ramai. Walaupun ramai yang menjangkakan pertarungan DAP-BN di Sibu adalah sengit tetapi tidak ramai yang yakin DAP akan memberikan pukulan maut kepada BN. Ini kerana mereka melihat lokasi Sibu yang agak pedalaman tidak memungkinkan rakyatnya menerima tempias dari Kuching atau Semenanjung. Namun akhirnya sangkaan dan ramalan mereka meleset.

Jelas sekali 66 % pengundi Tionghua memberikan sokongan padu kepada DAP sehingga berjaya menenggelamkan kira-kira 2,500 undi pos dan undi dari masyarakat Melayu/Melanau dan Iban di Sibu. Secara kasarnya lebih dari 75 % pengundi Tionghua mengundi DAP walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu seperti isu negara Islam dan lain-lain.

Selepas Pilihanraya Umum 1999, BN mengambil langkah memecahkan banyak kawasan parlimen majoriti melayu dijadikan kawasan campuran antaranya Pokok Sena, Kuala Kedah, Yan (Jerai) dan lain-lain. Di mana kawasan ini yang dimenangi oleh PAS pada PRU 1999 akhirnya kembali ke tangan BN pada PRU 2004 akibat tindakan BN/SPR memasukkan kawasan padat pengundi Tionghua ke kawasan tersebut. Namun pada PRU semua kawasan tersebut di tawan kembali oleh PAS dengan sokongan padu pengundi Tionghua dan India.

Kini BN tersepit. Mereka tidak mempunyai majoriti 2/3 di parlimen untuk membuat persempadanan baru. Itulah sebabnya BN membuat kerja bagai hendak gila membeli dan memujuk Ahli-Ahli Parlimen PR supaya melompat menyertai BN atau menjadi bebas. Walaupun ada segelintir yang menjadi katak, monyet dan ketam menyertai BN tetapi bilangannya belum cukup untuk memungkin BN mendapat kembali 2/3 majoriti di parlimen.

Pakatan Rakyat

Sebelum Pakatan Rakyat (PR) diasaskan selepas Pilihanraya Umum ke 12, pelbagai usaha dilakukan untuk menyatupadukan pakatan parti selain BN. Menjelang PRU 1990 Angkatan Perpaduan Ummah (APU) digagaskan oleh PAS, Semangat 46, Hamim, dan Berjasa, manakala Semangat 46 pula berjinak-jinak dengan DAP melalui Gagasan Rakyat. APU hanya bertahan sehingga PRU 1995 apabila pemimpin dan ahli Parti Melayu Semangat 46 akhirnya rujuk kembali kepada Umno. Selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan pemimpin-pemimpin parti politk dan NGO menubuhkan Gerak. Selepas itu Parti KeADILan Nasional (PKN) ditubuhkan dan akhirnya gagasan Barisan Alternatif (BA) diasaskan oleh PAS, PKN dan DAP bagi menghadapi pilihanraya umum 1999.
BA telah menunjukkan prestasi yang baik apabila memperolehi undi majoriti dari pengundi Melayu tetapi gagal mendapat undi majoriti dari pengundi bukan Melayu. Hasilnya BA berjaya memperolehi keputusan yang amat baik dengan mempertahankan kerajaan Kelantan dan merampas negeri Terengganu. Selain itu memenangi beberapa banyak kerusi di Kedah, Selangor, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis.

Namun begitu DAP membuat keputusan untuk keluar dari BA selepas PRU 1999 kerana mendapati faktor kurangnya sokongan pengundi bukan Melayu kepada DAP adalah kerana kerjasama mereka dengan PAS dan PKR dalam BA. Pada PRU 2004 BA kalah teruk di apabila melepaskan kembali Terengganu kepada BN dan hanya menang majoriti 1 kerusi sahaja di Kelantan.

Walaubagaimanapun BA yang terdiri dari PAS dan PKR terus melipatgandakan usaha mereka mendekati rakyat termasuk bukan Melayu dan hasilnya pada PRU 2008 BA dan DAP berjaya meraih kejayaan gilang gemilang apabila berjaya menubuhkan kerajaan campuran di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Peristiwa kerjasama erat PAS, DAP dan PKR menubuhkan kerajaan campuran di Perak akhirnya menjuruskan tertubuhnya Pakatan Rakyat secara rasmi seperti yang kita lihat hari ini.

Kerjasama dan perpaduan yang erat antara ketiga-tiga parti ini membuahkan hasil yang baik apabila memenangi kesemua pilihanraya kecil pasca PRU 2008 kecuali Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan Hulu Selangor (Selangor).

Namun begitu keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini benar-benar mengerikan BN apabila rakyat dilihat terus utuh dan kukuh memberikan sokongan kepada PR khasnya pengundi Tionghua. Manakala sokongan pengundi Melayu kepada PR tidak luntur di mana undi yang diperolehi oleh PR tidak merosot dengan banyak.

Usaha BN merobohkan tembok perpaduan PR menjadi sia-sia walaupun mereka berjaya ’membeli’ wakil rakyat PR dari PKR dan DAP keluar parti tetapi semua ini tidak mampu menggugat keutuhan dan perpaduan dalam PR. Peristiwa rompakan kuasa di Perak dan kerjasama erat PR pada semua pilihanraya kecil pasca PRU 2008 mengukuhkan lagi lagi kesepaduan dan keserasian PR.

Isu negara Islam.

Isu negara Islam yang selama ini menjadi penghalang kepada kerjasama PAS-DAP akhirnya berjaya diselesaikan dengan sendirinya oleh pemimpin kedua-dua parti. Pemimpin PAS secara jelas menyatakan bahawa prinsip perjuangan PAS adalah Islam dan PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Namun begitu PAS akan sentiasa bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja dalam soal-soal pokok seperti menegakkan kebenaran mencegah kemungkaran seperti rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Atas dasar inilah PAS akan tetap bekerjasama dengan DAP bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman BN yang telah bermaharajalela lebih dari 60 tahun memerintah.

Umno/BN cuba memainkan isu Negara Islam pada PRK Sibu setelah mereka gagal mengelirukan pengundi bukan Melayu di Semenanjung dengan isu ini pada PRU 2008 dan Pilihanraya kecil pasca PRU 2008. Hasilnya Umno/BN sendiri terkejut kerana pengundi Sibu tidak ’termakan’ dengan isu ini. Pengundi Sibu lebih mementingkan isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka sendiri termasuk isu yang melibatkan rasuah, penyelewengan, ketidakadilan, judi dan sebagainya.

Akhirnya Umno/BN terpaksa akur bahawa isu Negara Islam sebenarnya sudah difahami oleh rakyat Malaysia termasuk rakyat yang bukan Islam.

Politik Malaysia menjelang PRU 13

Ramai yang menjangkakan PRU 13 akan berlangsung tahun depan seawalnya April 2011. Mereka berpendapat Perdana Menteri, Najib tidak boleh menunggu lebih lama untuk membubarkan parlimen kerana semakin lama beliau tunggu pengaruh BN semakin pudar dan berkurangan. Tekanan dalaman dan luaran terhadap pemerintahannya tidak memungkin beliau menunggu lama untuk mencataskan lawan politik dalamannya. Isu-isu seperti Apco, Judi, Ekonomi, jenayah dan isu peribadi beliau tidak mampu dibendung lagi. Mahu tidak mahu beliau terpaksa berhadapan dengan rakyat dalam jangkamasa singkat ini.

Kini BN benar-benar tersepit. Senjata tradisional mereka seperti penggunaan rasuah, politik wang, ugutan, projek segera, janji manis, isu negara Islam, isu perkauman dan sebagainya sudah tidak dilayan oleh rakyat.

Apa yang mereka ada sekarang ialah mengeksploitasikan 100 % SPR, Jabatan-jabatan kerajaan, peneroka Felda, Undi pos bagi menyelamatkan mereka dari terpaksa meninggalkan Putra Jaya secara terhormat.

PR pula mesti menggunakan kesempatan terbaik ini untuk bertakhta di Putra Jaya dan memulakan era baru politik Malaysia. Namun begitu kerja ini bukannya suatu perkara yang enteng dan mudah lebih-lebih lagi terpaksa berhadapan dengan sebuah kerajaan bukannya parti pada mana-mana pilihanraya. BN dengan bantuan segala ’bala tentera’ mereka sudah pasti tidak akan memberikan laluan mudah untuk PR berkuasa. Pelbagai taktik yang licik dan licin yang akan digunakan untuk menjadikan mimpi PR tidak menjadi kenyataan. ’By hook or by crook” BN akan mempertahankan kuasanya tanpa memperdulikan undang-undang, Islam dan demokrasi, Bagi BN, mereka boleh melakukan apa sahaja kerana kuasa ada di tangan mereka. Sebarang usaha untuk merobohkan tembok BN yang sudah berkematu ini sudah tentu memerlukan semangat, perancangan rapi dan sistematik serta pengorbanan yang bukan sedikit.

Sementara masih ada jentera PR mesti melipatgandakan usaha menyedarkan rakyat khasnya orang Melayu supaya menyokong PR. Jika PR berjaya mempertahankan sokongan bukan Melayu seperti di tahap sekarang dan melonjakkan sokongan pengundi Melayu kira-kira 10 % lagi, Insya Allah BN akan tergolek dan terpaksa melarikan diri di waktu malam dari Putra Jaya.

JAMIL SEMAKIN HEBAT UMNONYA, INGATLAH SILAMMU

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.

"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di Baling diminta mengulas desas-desus mengatakan empat ADUN Kedah dari PKR dan DAP akan melompat parti.

BLOG INI HARAP JAMIL KHIR DAPAT MENGINGATI KISAH SILAMNYA SEBELUM MENJADI PEGAWAI TENTERA DAN MENTERI UMNO. CUBA INGATKAN KEMBALI DIDIKAN AYAH DAN IBUMU, SERTA ADIK BERADIK MU.

LOMPAT PARTI : CERITA KATAK, MONYET DAN KETAM

Kisah lompat parti bermula sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 diumumkan di mana BN kalah paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.

Dari detik itu bermulalah cerita katak yang suka melompat, di mana wakil rakyat yang melompat parti dipanggil katak kerana suka melompat dari satu kolam atau sungai ke kolam dan sungai lain semata-mata untuk memuas nafsu buas mereka.

Monyet juga mempunyai ceritanya tersendiri. Bila monyet mendapat bunga ia 'ralit' tidak mahu buat kerja dan syok sendiri. Akhirnya ia dicemuh oleh rakan-rakan dan malu kepada rakan-rakan dan rakyat bawahan. Bila ini terjadi si monyet ini mula menyendiri dan ini memudahkan beliau diterkam oleh musuh untuk dibeli dan dijatuhkan maruahnya.

Cerita ketam pula begini. Si Ketam ini memang berlagak pandai. Apa sahaja yang orang lain buat semua tidak betul. Ibaratnya ia seorang sahaja yang betul. Bila selalu sangat 'komplen' dan salahkan orang lain malah 'komplennya' pula tidak dibuat pada saluran yag betul akhirnya ia semakin bongkak merasakan dirinya hebat dan pandai. Pada hal si Ketam ini cuba mengajar tetapi ibarat dia mengajar anaknya berjalan betul dirinya sendiri pun berjalan tidak betul. Oleh kerana itu akhirnya si Ketam ini mudah dipujuk dan dirayu kononnya suaranya tidak berguna dan diketepikan, lebih baik masuk kumpulan satu lagi.

Akhirnya KATAK, MONYET DAN KETAM masuk perangkap dan tergadai maruah dan kedaulatannya.

23 May 2010

APAKAH ANDA TIDAK RASA BERSALAH UNDI BN?

Apakah anda tidak rasa bersalah dan berdosa mengundi BN kerana :-

1) BN meluluskan LESEN JUDI
2) BN meluluskan lesen arak
3) BN meluluskan lesen rumah urut
4) BN membelakang hukum Allah dengan tidak mentadbir Malaysia dengan hukum Islam
5) BN membiarkan riba berleluasa dengan tidak menutup bank-bank riba
6) BN menggalakkan program maksiat dan menghalang program makhruf
7) BN merompak hak rakyat Kelantan dengan tidak memberikan royalti
8) dan lain-lain.

JUDI BOLA : BUKAN MASANYA UNTUK TELITI DAN KAJI

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Muhyiddin menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Wahai Muhyiddin ini bukan masanya untuk meneliti dan mengkaji judi bola ini. Isu ini berkait dengan HALAL dan HARAM bukannya perlu buat kajian. Dalam Al Quran, Allah berfirman judi adalah HARAM tidak ada khilaf lagi.

Apakah ulama' dan ustaz Umno ada NAS dan DALIL bahawa judi HALAL.

JUDI BOLA : BN TERTEKAN

BN ternyata tertekan dengan kebiadapan mereka mencabar hukum Allah dengan MENGHALALKAN apa yang DIHARAMKAN oleh Allah. Begitu mereka mereka menyanggah hukum Allah yang jelas menyatakan judi haram. Tanpa segan dan takut kepada Allah mereka meluluskan judi bola bagi menggalakkan rakyat berjudi.

Kini Umno/BN mula tertekan dan malu kepada diri sendiri dan rakyat. Kalangan pimpinan dan ahli Umno mula mempersoalkan keberanian mereka menentang hukum Allah.

Tun Abdullah sendiri kesal dengan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya meluluskan lesen judi ini.

Umat Islam diseluruh negara akan menganjurkan demontrasi besar-besaran untuk membantah tindakan Umno/BN ini dalam masa terdekat. Minggu lalu umat Islam di beberapa buah negeri telah mengadakan bantahan secara aman di beberapa buah masjid di Terengganu, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain.

UMNO/BN KEDAH PUTIH MATA

Umno/BN yang begitu kepingin untuk kembali menjadi kerajaan di Kedah terpaksa menunggu hingga PRU 13, itupun jika BN menang.

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.

Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Umno/BN yang melancarkan perang saraf dan pelbagai taktik untuk mengkucarkacirkan kerajaana negeri gagal berbuat demikian walaupun mereka menggunakan duit, projek, jawatan dan media untuk membeli ADUN PR.

Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.

Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

Semua mereka melahirkan rasa “tertekan” kerana menerima jumlah panggilan telefon yang tidak berhenti-henti daripada wartawan, penyokong, sahabat dan juga ahli parti untuk mengetaui sama ada dewan undangan negeri Kedah akan dibubarkan.

Sehubungan dengan itu, mereka berkata selepas penjelasan yang diberikan, mereka tidak akan melayan sebarang soalan lagi berhubung perkara berkenaan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter