BUKAN ISLAM PERCAYA KEADILAN ISLAM, ORANG ISLAM TAK PERCAYA ISLAM

Terbalik! Orang bukan Islam percaya keadilan Islam mampu menyelesaikan permasalahan mereka TETAPI orang Islam sendiri ragu-ragu malah menentang Islam sendiri. Mereka hanya setakat melakukan puasa, solat, menunaikan haji, zakat dan faraid tetapi pada masa yang sama tidak yakin dengan undang-undang Islam, sistem ekonomi Islam. Malah ada yang berani menyatakan undang-undang tidak sesuai, zalim dan ketinggalan zaman. Ada juga yang berani MENGHALALKAN apa yang DIHARAMKAN oleh Allah seperti menghalalkan judi dan kegiatan maksiat.

Inilah berlaku sekarang. Pimpinan dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) secara menyatakan bahawa Islam yang dibawa PAS tidak pernah meminggirkan hak mana-mana kaum malah disuruh menghormati serta membela semua kaum yang tertindas, seperti kaum minoriti India dan Cina.

Mereka juga yakin bahawa sistem perundangan Islam mampu menyelesaikan kemelut jenayah, sosial dan keruntuhan masyarakat sekarang.

Malangnya pemimpin Umno/BN terus meminggirkan Islam walaupun terbukti sistem dan undang-undang yang diamalkan sekarang gagal menyelesaikan masalah yang sedang membarah di Malaysia seperti jenayah, sosial, maksiat, dadah, rasuah dan lain-lain.

Comments

Islam akan terus berkembang di kalangan orang-orang yang bukan berugama Islam kerana kelebihannya iaitu PRINSIP YANG LURUS DAN TOLERANSI. Prinsip-prinsipnya tidak bergantung pada mana-mana kekuatan di mukabumi ini.

5o tahun ALLAH telah memberi peluang pada UMNO untuk mentadbir Malaysia ini tapi malangnya selama 50 tahun BN/UMNO telah menepikan , menghina serta mencabar ALLAH S.W.T apatah lagi dengan pengistiharan menghalalkan judi bola secara terbuka.

Maka sudah tiba masanya untuk UMNO yang kononnya mengaku beragama ISLAM tapi dengan terang , nyata dan jelas menolak hukum ALLAH,bersedia menerima hakikat bahawa BN/UMNO akan terkubur dan ALLAH akan melantik orang lain pula untuk mentadbir Malaysia ini. Orang-orang ini akan di berikan hidayah serta petunjuk untuk mentadbir mukabumi ini walau dari apa pun bangsa mereka.IA