.

.

13 October 2012

DEBAT : NAJIB JILAT LUDAH SENDIRI (VIDEO)

Najib berulang kali mengatakan bahawa debat bukan budaya kita dan ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada negara.

Tetapi baru-baru ini Najib tidak sedar bahawa beliau telah menjilat ludahnya sendiri ketika berucap pada pertandingan Debat Piala Perdana Menteri antara IPTA.

Agaknya Najib tak perasan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada gunanya berdebat  dengan Anwar ..........debat bukan budaya kita .....

Ikuti Klip Video ini.....

PAS MELAKA BERDIRI TEGUH DI BELAKANG PRESIDEN

PAS Melaka akan tetap berdiri teguh di belakang Presiden dan terus menyokong penuh keputusan PAS untuk memperkukuhkan PR bagi menghadapi PRU 13.

Kedua-dua ketetapan itu dicapai dalam resolusi Konvensyen PAS Melaka kali pertama di Ayer Keroh pagi ini.

Resolusi konvensyen tersebut dibacakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Asri Shaikh Abdul Aziz di akhir konvensyen tersebut yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

12 October 2012

ADAKAH INI CARA UNTUK MEROMPAK DUIT RAKYAT

Dengar khabar banyak sekali 'benda' ini dipasang di sepanjuang Lebuhraya di negara kita.

Ada pihak berpendapat ini cara terbaru kerajaan Umno-APCO-BN mendapatkan duit secara paksa.

Apakah anda bersetuju dengan cara ini yang dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan di negara kita????????

SETUJU atau TIDAK SETUJU.??

SOROS KAWANNYA SI BOROS

Seminggu dua ini PR dan NGO dihentam dengan pelbagai tuduhan kononnya Soros 'menyara' dan berkawan baik dengan kedua-dua entiti tersebut. Antara manusia yang kuat menghentam PR dan NGO ialah Mantan Menteri Perdana iaitu Mahathir sendiri.

Tetapi tidak semena-mena rahsia Umno-Apco-BN terbongkar apabila Najib sendiri mengadakan pertemuan dengan jutawan spekulasi tersebut.

Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri Perdana, Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
najib abdul razak in perth chogm 1
Pertemuan Menteri Perdana dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi Menteri Perdana pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

NONESejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia,mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamadturut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONEBulan lepas,Malaysiakinimendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."

Ternyata bahawa Umno-APCO-BN lah yang sebenarnya berkawan baik dengan Jutawan Yahudi tersebut. Sebaliknya cuba menutupnya dengan menuduh bahawa Soros membiayai NGO yang dilihat mesra PR iaitu Suaram. Pelbagai pihak mendakwa bahawa Umno-APCO-BN mengaitkan Suram dengan Soros bagi menutup isu kapal selam yang ditangani oleh Suaram. Mereka cuba menggambarkan bahawa Suaram ialah sebuah NGO yang dibiayai oleh musuh negara. Malah mereka juga cuba mencari kesalahan Suaram dengan pelbagai kesalahan akta syarikat dan sebagainya.

Rakyat mesti membuka mata tentang strategi Umno-APCO-BN ini. Yang sebenarnya SOROS berkawan dengan SI BOROS ...............Mana mungkin Soros hendak berkawan dengan PR. Sudah tentu sedaranya sama hujung namanya ROS jadi kawan setianya .........

(VIDEO) TAHUKAH ANDA DI MANA LUBANG2 BESAR DAN PELIK DI DUNIA

Allah Maha Berkuasa menjadi sesuatu. Kekuasaan Allah tidak tiada tolok bandingnya. Kita sebagai manusia mesti akur patuh dan tunduk kepada kekuasaanNya.

Segala kejadian yang dicipta oleh Allah menjadi pedoman kepada kita semua. Samada ianya ayat Maqru'ah atau Manzurah ianya mesti dijadikan pedoman untuk meningkatkan lagi iman kita semua.

Malangnya ada manusia yang seolah-olah cuba mencabar Allah. Mereka berani mempertikaikan suruhan dan tegahan Allah. Malah mereka berani menyanggah apa yang ditetapkan Allah di dalam Al Quran dan hadis Nabi.

Lihatlah ciptaan Allah yang menjadikan lubang-lubang besar dan pelik ini ............semoga ianya memberikan keinsafan kepada kita semua ......

SEORANG RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG RM17,929

Akibat kerajaan BOROS, RASUAH, PENYELEWENGAN dan sebagainya, hutang negara kita terus meningkat kepada RM502 bilion sekarang.

Ini bermakna seorang rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM17,929 seorang.

Jika kerajaan dan pimpinan sekarang terus diberi kuasa, Malaysia akan BANGKRAP sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri BN, Idris Jala tidak lama dahulu.

11 October 2012

JARINGAN PALING CANTIK DI DUNIA

Antara jaringan tercantik dalam sukan Bolasepak dunia.

KERAJAAN BN KEJAM ANAKTIRIKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT


KUALA LUMPUR 11 OKT : Kira-kira 2,000 guru dan pelajar dari Sekolah Agama Rakyat seluruh negara berhimpun di pintu pagar Parlimen hari ini bagi membantah pengabaian peruntukkan SAR dalam pembentangan Bajet 2013, baru-baru ini.
Mereka berhimpun seawal jam 9 pagi dengan membawa kain rentang yang tertulis ‘mana hak kami dalam Bajet 2013′, ‘kami pembayar cukai’ dan ‘kembalikan hak SAR dalam bajet’.
Turut bersama mereka, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam Universiti Selangor (UNISEL); Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.
Turut serta Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yunus Hairi dan Ronnie Liu.
Satu memorandum berhubung tuntutan peruntukkan dalam Bajet 2013 dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zainal selaku Pengerusi program berkata pihaknya kesal dengan pengabaian peruntukkan untuk pendidikan Islam oleh Kerajaan Pusat sejak lebih 50 tahun mentadbir negara.
Katanya, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat juga tidak dinyatakan secara khusus mengenai Pendidikan Islam di negara ini.
“Perbelanjaan untuk Pendidikan Islam penting. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jauh lagi sedikit berbanding ibu bapa yang mengeluarkan wang untuk pendidikan ini bagi anak-anak mereka.
“Kita meminta mereka memberi peruntukkan ‘normal bajet’ bukannya ‘one off’ bajet seperti yang biasa mereka berikan,” katanya kepada pemberita selepas bantahan itu.
Tambahnya lagi, Kerajaan Pusat seharusnya memberikan peruntukkan sewajarnya bukannya hanya dengan memberi ‘sedekah’.
Dianggarkan terdapat sebanyak 800,000 pelajar yang menghadiri SAR diseluruh negara.

KONVENSYEN PAS MELAKA 13 OKT

PAS Melaka mengadakan Konvensyen PAS Negeri pada 13 Oktober bertempat di Ayer Keroh bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Konvensyen ini antara lain bertujuan untuk mendengar pandangan ahli akar umbi tentang hala tuju PAS Negeri menjelang PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Semua kawasan dan dewan-dewan diberi peluang untuk berucap dan meluahkan pandangan dan teguran dalam apa juga isu kepada PAS Negeri.

Adalah diharapkan semua kawasan dapat menggunakan ruang dan peluang ini untuk memberikan kritikan dan cadangan membina kepada pimpinan negeri dan kawasan.


TANGKAP BUAYA GERGASI (VIDEO)

Masya Allah hebatnya kejadian Allah.

10 October 2012

APA YANG NASHARUDDIN HENDAK SEBENARNYA?

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak habis-habis menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. Terbaru beliau menuduh DAP menjalankan upacara mendoakan Malaysia menjadi Negara Kristian.

Persoalannya betulkah perkara itu berlaku.? Kalau betul berlaku ia wajar dibawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR bukannya dibentang pada umum seperti yang dilakukan oleh Nasharuddin. Persoalan kedua ialah bolehkah Malaysia menjadi Negara Kristian kerana ianya memerlukan pindaan perlembagaan yang sudah tentu 2/3 ahli parlimen menyokong pindaan tersebut.

Apa sebenarnya yang Nasharuddin mahu sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak ada bukti dan sudah tentu akan diekploitasi oleh musuh. Nasharuddin yang sebelum ini mengaku masih sayangkan PAS dan akan terus bersama PAS kelihatan cuba mencari pasal dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang sudah tentu memberikan peluang kepada musuh mengeksploitasinya.

Nasharuddin sebagai seorang yang pernah menjadi pimpinan utama parti sepatutnya faham adab berjemaah dan berkawan. Beliau juga seorang murabbi mentarbiah ahli-ahli PAS tetapi sebaik sahaja tidak dipilih sebagai Timbalan Presiden beliau mula nampak 'gelong'. Apa sebenarnya yang Nasharuddin mahu? Apakah dia mahu PR berpecah, BN terus menang dengan membangkitkan isu-isu yang sepatutnya dirujuk kepada pimpinan PAS dan PR terlebih dahulu sebelum beliau mengeluarkan kenyataan. Walaupun ianya kenyataan peribadi tetapi oleh kerana beliau bekas pimpinan utama PAS dan masih berstatus ahli parlimen maka sudah tentu kenyataannya akan diceduk dan dimanipulasi pihak musuh untuk kepentingan diri mereka.

Kita hairan mengapa Nasharuddin tidak faham adab berjemaah dan berparti. Adakah dek kerana kecewa dan terkilan dengan seseorang dan ahli-ahli PAS, beliau sanggup membakar jambatan. Kenyataan beliau sudah banyak kali bertentangan dengan prinsip parti, hala tuju parti dan strategi parti. Namun pimpinan masih terus memberi peluang kepada beliau untuk kembali semula kepada hala tuju jemaah.

PAS sudah banyak kali berhadapan dengan bekas pimpinan yang buat onar. Bukan sahaja Timbalan Presiden, malah Presiden sekalipun menghadapi tindakan lantaran kerana tidak wala' kepada jemaah. PAS tegas dan tidak takut kepada kehilangan sokongan kerana membiarkan ahli yang berpenyakit sudah tentu akan menambahkan pekung di dada PAS.

Kita sebagai ahli dan penyokong PAS amat berharap Nasharuddin supaya kembali kepada Aqidah Perjuangan PAS. Ingatlah bagaimana beliau dididik oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sehingga diamanahkan dengan amanah besar sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar. Masa masih ada dan belum terlambat.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa bekas timbalan presiden PAS itu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

NONE"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

PERNAHKAH ANDA LIHAT HAIWAN PELIK DIDUNIA. SAKSIKAN KLIP VIDEO INI!!!

Antara haiwan pelik yang pernah disaksikan di dunia. Semua ciptaan Allah. Kita sebagai hamba mesti sentiasa mengagungkan kebesaran Allah di dalam kehidupan kita.

Jadikan ciptaan Allah itu sebagai tanda betapa kerdilnya kita di hadapan Allah. Jangan kita cuba menentangNya dalam apa juga perkara.

09 October 2012

CLIP VIDEO : PENJAGA GOL TERPANTAS DI DUNIA

Beliau adalah penjaga gol yang suka meninggalkan gawangnya untuk naik ke atas menyerang.

Tetapi beliau juga adalah penjaga gol terpantas kembali ke gawangnya bila pasukannya diserang. Saksikan bagaimana beliau menyelamatkan tendangan penyerang sensasi MU, Wayne Rooney yang membuat tendangan jarak jauh setelah menyedari penjaga gol tiada di posisinya.

Hebat Penjaga Gol MC ini. Berlari dari atas dengan begitu pantas bagi menyelamatkan golnya.

VIDEO HUKUMAN SEBAT DI ACHEH

Acheh yang telah diberikan kuasa autonomi oleh kerajaan Indonesia telah mengamalkan hukum Islam termasuk hukum hudud dan qisas. Tontoni salah satu hukuman sebat yang dikenakan ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan. Juga ditayangkan bagaimana kerajaan Acheh mendidik rakyatnya menutup aurat dan menguatkuasakan hukuman mengenai aurat tersebut. Syabas kerajaan Acheh. Bila pula kerajaan BN Malaysia hendak mencontohinya ..........????

Mengapa begitu degil kerajaan Malaysia tidak mahu kembali kepada Islam. Rakyat bukan Islam jangan takut kerana hukum ini akan dilaksanakan kepada umat Islam sahaja.

FAKTA-FAKTA YANG MESTI DIRENUNGI RAKYAT

Di saat Perdana Menteri, Ah Jib Gor mendabik dada bahawa Bajet 2013 begitu hebat dan mesra rakyat, mari kita renungi fakta-fakta di bawah :

1) Hutang Malaysia meningkat menjadi RM502 bilion bermakna setiap seorang menanggung RM17,900 hutang

2) Bajet defisit selama 15 tahun berturut-turut. Maknanya perbelanjaan negara lebih dari pendapatan. Sebab itu hutang terus meningkat. Bajet 2013 defisit sebanyak RM21.6 bilion.

3) Seramai 76,200 siswazah menganggur tiada pekerjaan

3) Kira-kira 1,118 orang Pilot yang baru menamatkan latihan tiada pekerjaan

4) 10,300 siswazah pendidikan menganggur tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

5) 69,573 orang peminjam PTPTN kena saman kerana tidak membayar hutang mereka sedangkan ramai diantara mereka tiada pekerjaan.

6) 132,801 peminjam PTPTN tidak boleh keluar negara kerana disenarai hitamkan kerana tidak membayar hutang PTPTN

7) Tiada peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2013. Sedangkan kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM264juta untuk membantu SAR pada 2011.

...........cuba renungkan ............


08 October 2012

PASTOR KRISTIAN SOKONG PAS, IMAM DAN USTAZ BENCI PAS

Dunia sudah berubah. Orang Islam benci kepada Parti Islam manakala orang Bukan Islam suka dan menyokong Parti Islam. Perkara ini sedang berlaku di Malaysia sekarang. Dulu sekitar tahun 50-an-90-an amat sukar untuk kita melihat rakyat bukan Islam menyokong dan mendokong Parti Islam.

Tetapi kini ianya bukan suatu perkara pelik bin ajaib. Yang pelik dan ajaib sekarang ialah sikap Imam dan Ustaz yang menentang, menghina dan membenci Parti Islam.

Masih ramai di kalangan Ustaz dan Imam yang terpedaya dengan umpan dan habuan dunia sehingga tidak nampak kebenaran dan tertutup mata hati dari kebatilan.

Inilah yang berlaku di Pitas dan tempat-tempat lain. sekarang ini. Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron (gambar), seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.

Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.

Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis. Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.

Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.

Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.

Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Rakilin Mahuda @ Melvin (gambar kanan) sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.

"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.

Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.

"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.

"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.

Ondon (gambar kanan) pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka. 

"Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.

Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.

Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.


Calon PAS?


Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini.

Dausieh (gambar) adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.

Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.

Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.

Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.

"Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh.

Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.

"Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh.

Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama.

Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri.

Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik. Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya.

Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya. Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank.

Gambar atas sekali : (Francis, Ondon dan Melvin menunjukkan kawasan DUN Pitas yang terletak di utara Sabah)

MATI AKIBAT KUAT MENGINTAI


Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.

Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.

Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis.

Kasihan warga emas ini, orang ramai telah menghukumnya dengan memukulnya sebelum di bawa ke muka pengadilan. Bagaimana pula dengan orang memukulnya. Adakah adil kesalahan mengintai dihukum dengan hukuman mati yang 'dialami'nya lantaran orang ramai memukulnya tanpa belas kasihan???

Sumber : HMetrok

PEMIMPIN JANGAN SOMBONG - HASSAN ALI

Bekas Bendahari Parti Melayu Semangat 46, Dr Hassan Ali berkata pemimpin jangan sombong dengan rakyat sebaliknya mesti sentiasa berhemah dan berlemah lembut dengan rakyat.

"Ambil contoh Nabi Sulaiman yang bukan sahaja menjadi pemimpin kepada manusia tetapi seluruh makhluk di dunia termasuk binatang".

"Nabi Sulaiman cukup berlemah lembut dan melayan rakyat jelata dengan baik dan adil termasuk kepada semut yang kecil" ujar Hassan.

Namun kita lihat hari ini pemimpin begitu angkuh dan sombong sehingga kadang-kadang menjadikan rakyat seolah-olah tidak ada harga diri dan tidak nilai.

"Pemimpin boleh ambil tanah rakyat, buat ambil tindakan ikut suka hati mereka, tanpa belas kasihan" tambah Hassan.

Beliau berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Durian Tunggal di Pekan Durian Tunggal Sabtu lalu.

Hassan juga merayu kepada rakyat Malaysia khususnya kepada orang Melaka supaya menukar kerajaan yang ada pada hari ini dengan kerajaan yang lebih adil, telus dan tidak mengamalkan rasuah.

"Rakyat mesti beri salam kepada kerajaan BN dan jadikan itu salam terakhir sebelum mereka berundur selepas PRU 13 nanti" tambah Hassan.

07 October 2012

SAMI SOKONG TOK GURU, MALUNYA TOK IMAM HINA TOK GURU

Sami di Wat Siam di Kelantan menyokong dan menghormati Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malangnya ramai Tok-Tok Imam membenci malah menghina Tok Guru. Pelik ........orang belum Islam suka Tok Guru, Orang yang Islam sejak lahir tolak Tok Guru.

FB Tok Guru melaporkan bahawa Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat (Gambar) dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Sama-sama kita renung dan fikirkan ..............
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter