.

.

20 July 2012

HAIRIE OTHMAN PEGANG WATAK DR BURHANUDDIN AL HELMY

Pelakon, Hairie Othman akan memegang watak utama dalam filem, Dr Burhanuddin Al Helmy yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. Filem itu mengisahkan sejarah perjuangan negarawan ulung tersebut yang menyertai pejuang-pejuang lain menuntut kemerdekaan sehingga ke akhir hayatnya.  Beliau pernah merengkuk dalam penjara, memimpin gerakan kebangkitan umat dan gerakan Islam. 


Selain Hairie, watak-watak utama lain dalam filem itu akan didokongi oleh Mohd Lokman Hakim (Bob Lokman); Zulkifli Ismail, Arbaayah Abdul Manan (Abby Abadi); Mawi; Noryn Aziz; Akil Hayy; Yatt Hamzah; Aisyah dan lain-lain.

Diberitakan juga bahawa beberapa pimpinan PAS akan turut serta dalam filem tersebut sebagai bintang undangan antara mereka ialah Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Mujahid Yusof Rawa, Nasaruddin Tantawi, Dr Dzulkifli Ahmad dan lain-lain.


Sebenarnya kenyataan di atas adalah ilusi webmaster blog ini. Kami mengharapkan ia menjadi kenyataan satu hari nanti. Amat kurang sekali filem-filem sebegini diterbitkan sebelum ini. 

MAIN GAME SAMPAI MATI ....TAK SEDAR


Nyawa seorang remaja berusia 18 tahun melayang gara-gara bermain video game selama 40 jam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh berkenaan.Mayatnya ditemui oleh seorang pekerja di siber kafe berkenaan pada 15 Julai lalu.Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Polis masih menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.Gambar fail seorang remaja yang turut meninggal bermain game lebih 24 jam di meja komputer pada bulan Februari lepas.
Bagaimanapun punca kematiannya dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama.
Remaja itu meninggal dunia ketika sedang bermain permainan video game terbaru dan ini merupakan kematian kedua dilaporkan pada tahun ini melibatkan video game. 
Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati di atas kerusi dengan badanya menghadap computer manakala tangannya pula masih memegang papan kekunci computer.
Dia dipercayai telah bermain video game selama 23 jam dan punca kematian akibat serangan jantung.
..........Jangan asyik bermain sehingga lupa solat dan makan minum ...lupa kewajipan kepada Allah dan diri sendiri.
Sumber : KLP

AZAN TIDAK DIBENARKAN DI PULAU PINANG?

Seorang ahli jemaah di sebuah surau di Dun Ayer Molek terkejut dengan fitnah yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Md Sirat Abu yang menuduh bahawa azan tidak dibenarkan di Pulau Pinang.

Selain itu Md Sirat juga menyatakan bahawa jika kerajaan yang ada sekarang tewas pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang sudah tentu bangsa lain akan menjadi pemimpin kerajaan dan ianya amat merbahaya kepada agama Islam dan orang Melayu.

Ahli jemaah itu yang tidak mahu namanya disiarkan  kesal kerana Ahli Parlimen tersebut secara terang-terang berpolitik di dalam surau sedangkan merekalah yang sering menuduh pihak lain berpolitik di dalam surau dan masjid.

"Ramai ahli jemaah yang tersenyum sinis bila mendengar ucapan tidak cerdik Ahli Parlimen tersebut".

"Kenyataan beliau itu sebenarnya menyerlahkan lagi sikap pemimpin BN yang sentiasa menggunkan fitnah dan fakta songsang untuk menarik sokongan rakyat khususnya orang Melayu" ujar seorang ahli jemaah lain yang ditemui selepas majlis di surau tersebut malam tadi.

Menurutnya kalau betul kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan azan dikumandangkan di Pulau Pinang sudah tentu ianya menjadi isu besar dan akan ada penentangan hebat dari umat Islam di Pulau Pinang tidak kira fahaman politik.

"Rakyat sebenarnya sudah cerdik hari ini, mereka mendapat maklumat dari pelbagai sumber, pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen ini benar-benar menggelikan hati".

"Rakyat tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM64juta pada bajet 2012 berbanding dengan peruntukan di zaman kerajaan BN hanya RM12.5 juta sahaja".

"Semua orang tahu kerajaan Pulau Pinang menaikkan elaun guru-guru Kafa, memberikan elaun kepada para Hafiz dan Hafizah" tambah Ahli Jemaah tersebut.

Menurutnya selain itu orang Melayu jangan risau kerana jika Umno kalah yang menang ialah pemimpin Melayu dari PAS dan PKR kerana semua kerusi yang ditandingi Umno juga ditandingi oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR. Maknanya jika calon Umno kalah yang menang ialah calon Melayu PAS dan PKR.

"Kalau Umno kalah bukannya pemimpin Cina DAP yang menang, sebaliknya yang menang ialah pemimpin Melayu PAS dan PKR, mana logiknya pemimpin Cina yang akan jadi ketua"

"Malah DAP hanya bertanding paling banyak 48 kerusi dari 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, jadi tidak mungkin mereka akan akan jadi Perdana Menteri, bahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berkali-kali menyatakan bahawa Perdana Menteri mestilah pemimpin Melayu, jangan buat fitnah" tambahnya.

Beliau juga kesal kerana di saat umat Islam hendak menyambut bulan Ramadhan yang mulia, pemimpin Umno sanggup menipu dan membuat pembohongan yang nyata, malah tindakannya yang berkempen politik secara terang-terangan dalam surau merupakan tindakan yang tidak wajar dan tidak cerdik.


19 July 2012

HUTANG : MALAYSIA AKAN ALAMI EKONOMI YANG TERUK


Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk kata pakar analisis ekonomi hari ini.

Namun pemimpin BN tetap mendakwa bahawa kedudukan kewangan negara hebat dan stabil. Namun hakikatnya jumlah hutang ini menggambarkan keadaan yang sebaliknya.

Keadaan ini sebenarnya adalah disebabkan kegagalan kerajaan mentadbir kewangan dengan baik sehingga hutang meningkat dan rezab negara tidak menunjukkan jumlah yang memberangsangkan.

Kita yakin semua keadaan ini adalah disebabkan sikap pemimpin negara yang suka membazirkan, berlakunya ketirisan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Rakyat mesti menilai dan menganalisis perkara ini. Paling penting mereka mesti mengambil langkah drastik pada PRU 13 nanti dengan menukar kerajaan yang ada kepada kerajaan PR yang kita yakin lebih telus, berhemah, benci rasuah dan amanah.

18 July 2012

SUDAH DAFTAR TAPI NAMA TIADA DALAM SENARAI PEMILIH?

Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012 akan dipamerkan untuk semakan bermula esok sehingga 1 Ogos 2012.

Bagi memastikan nama anda yang mendaftar pada suku kedua iaitu dari bulan April hingga Jun tidak tercicir sila semak samada ianya dicatatkan dalam Rang Daftar Pemilih tersebut atau tidak. Jika nama anda tiada sila buat bantahan dengan membawa  salinan borang yang anda serahkan semasa mendaftar

Elakkan dari penipuan dan penyelewengan dengan sentiasa peka terhadap masa semakan, bantahan dan hak anda sebagai rakyat yang berdaulat. 

Kita tidak mahu ada pihak yang merungut, aku sudah mendaftar tetapi nama aku tiada dalam Daftar Pemilih.

SYABAS MAK CIK DAN POK CIK

Semangat yang dutunjukkan oleh kedua suami-isteru ini amat mengkagumkan kita semua.

Suami sanggup membawa isterinya ke Himpunan Hijau Menuju PutraJaya  peringkat Negeri Selangor Sabtu.

Inilah semangat yang membuktikan PAS dan PR semakin diterima oleh rakyat.

Mereka berdua dikatakan datang cawangan Olak Lempit.

TAK PERCAYA?

Percaya atau tidak? Apakah kambing di Malaysia boleh memanjat seperti kambing dalam gambar ini?

Mengikut FB Abdellah Farmer kambing-kambing ini tinggal di Maghribi dan mampu memanjat pokok ini untuk mendapatkan makanan iaitu daun-daun pokok ini?

17 July 2012

NEGARA ISLAM ALA UMNO : SOLAT PUN TIDAK DIBENARKAN

Seorang peserta Bersih 3.0, Suhaimi Suratman memberitahu bahawa beliau tidak dibenarkan untuk mendirikan solat oleh anggota Polis pada hari beliau ditahan semasa Himpuna tersebut.


Suhaimi Suratman menyatakan bahawa  pihak polis telah menyerang, memaki hamun, memukul dan menumbuk mukanya sebanyak dua kali ketika ditahan.

Tindakan itu menyebabkan tulang hidungnya patah.

Menurutnya lagi, ketika ditahan, anggota polis tidak membenarkan peserta yang dikumpulkan dalam kumpulan kira-kira 30 orang untuk membuat sebarang panggilan telefon, pergi ke tandas mahupun menunaikan solat.

"Sampai ada peserta yang ingin buang air kecil tak dibenarkan, kalau nak buang air, buang di sini, kalau nak berak, berak di sini, kalau kau nak solat, kau pergi masjid sini bukan tempatnya," katanya.


Beliau memberitahu demikian pada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesan lebam cap tapak kasut di belakang badannya adalah akibat dipukul sebanyak dua kali oleh pihak polis di dua tempat berasingan.

Inilah negara Islam Ala Umno ...........solat pun tidak dibenarkan .........

16 July 2012

SATU LAGI KUBU ALI RUSTAM ROBOH

Dalam masa tidak sampai sebulan 2 kubu kuat Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Dun Bukit Baru roboh.  2 minggu lepas PAS berjaya mengadakan ceramah di Peti Undi Padang Jambu manakala Sabtu lalu Peti Undi Kg Ku Sayang pula berjaya ditembusi.

Kedua-dua peti undi itu sebelum sukar ditembusi kerana tiada penduduk setempat yang berani membenarkan rumah mereka dijadikan tempat ceramah.

Kejayaan PAS menembusi kubu kuat Umno tersebut membuktikan bahawa rakyat Melaka semakin berani untuk membuat perubahan. Kalau sebelum ini mereka melalukan protes secara senyap kita mereka sudah berani melakukannya secara terbuka.

Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata kejayaan menembusi kubu kuat Umno memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN di Dun Bukit Baru.

"Kejayaan ini benar-benar memberikan suntikan kepada jentera PAS untuk meneruskan kemaraan di Dun Bukit Baru. BN menghadapi tamparan hebat sehingga mereka cuba ganggu ceramah kita pada malam itu".

:"Bila mereka tak dapat lawan hujah kita mereka lawan secara kekerasan dan tidak professional" ujar Yusof.

Yusof berkata kedua-dua peti undi itu sebenarnya bukanlah kubu BN di mana kekuatan Umno hanyalah di Kampung tradisi Melayu seperti Kg Ku Sayang dan Kg Padang Jambu.

"BN hanya menang dengan majoriti kira-kira 100 undi sahaja di Peti Undi Kg Ku Sayang, mereka semakin terdesak sekarang".

"Insya Allah kita akan menang di Dun Bukit Baru, sebab itu mereka tunjuk samseng suruh kita turun bendera di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang dan cuba ganggu ceramah kita" tambah Yusof.

Gambar di atas menunjukkan bendera PAS yang dipasang di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang yang diarahkan supaya diturunkan.

PAS TUMBANG DI KELANTAN PADA PRU 13?

PAS akan tumbang pada PRU 13 nanti. Itu adalah keyakinan yang ditunjukkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Stopa Mamat. Setiap kali PRU menjelang tiba, maka pemimpin Umno Kelantan membayangkan keyakinan mereka.

Stopa dalam kenyataannya kepada Bernama, yakin yang Umno pengundi Kelantan yang tinggal di luar negeri tersebut akan memberikan sokongan kepada Umno dan BN untuk merampas kembali Kelantan.

Menteri kabinet Ah Jib Gor itu amat yakin kerana katanya, program-program yang dianjurkan Umno bertemu rakyat Kelantan di Shah Alam, Rawang dan Kajang sejak 2 bulan lalu mendapat sambutan yang hebat.

Stopa sebenarnya lupa bahawa orang Kelantan amat cerdik berpolitik. Mereka akan hadir pada setiap program yang dianjurkan oleh sesiapa sahaja atas nama negeri Kelantan tetapi bila tiba hari mengundi mereka tetap bersama dengan Tok Guru. Inilah yang ditunjukkan oleh anak-anak Kelantan pada PRU sebelum ini sejak dari PRU pertama lagi.

Sebagai contoh semasa PRU 12, berduyun-duyun anak Kelantan pulang ke Kelantan menaiki bas yang ditaja oleh Umno, tetapi bila tiba di Kelantan mereka memasang bendera PAS pada bas dan kenderaan mereka.

Kita yakin Stopa akan tertipu untuk kesekian kali ini.

KASIHAN NAJIB, TIMBALAN SENDIRI NAK TENDANG DIA

Dulu selepas keputusan PRU 12 diumumkan maka bermulalah usaha terancang untuk menjatuhkan Pak Lah. Alasannya kerana Pak Lah gagal mempertahankan kedudukan BN sehingga menang hanya dengan 'simple majority' tidak sampai 2/3.

Kini hal yang sama amat digeruni Ah Jib Gor. Jika beliau gagal memastikan BN menang besar kali ini kedudukan beliau juga goyang.

Ramai menjangkakan bahawa Timbalannya, Abang Din sedang mengintai-intai untuk menyisihkan Ah Jib Gor jika BN gagal mengembalikan kemenangan 2/3 seperti yang pernah mereka kecapi sebelum PRU 12.

Harakahdaily memuatkan kenyataan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar Abang Din sudah tidak sabar untuk menabalkan dirinya menduduki kerusi empuk no 1 dalam pemerintahan negara.

Dalam laporan itu Harakah melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sudah tidak sabar lagi hendak menjadi Perdana Menteri apabila apabila menyuarakan keinginan supaya pilihan raya umum diadakan tahun ini juga.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Hampir semua pihak menjangkakan BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika keadaan itu berlaku, Najib yang kini dianggap liabiliti Umno mesti berundur kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini dipaksa berundur bila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bila Najib dipaksa berundur kelak apabila BN tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddinlah yang akan nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Kesian Ah Jib Gor makin lama makin tertekan. Rakyat semakin lama semakin meluat dengan beliau, orang bawahan pula sentiasa mencari peluang untuk merebut kuasa ...................lebih baik menyerah sahaja Ah Jib ................

15 July 2012

3 TOKOH LAGI SERTAI PAS DI HIMPUNAN HIJAU SELANGOR

3 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyerahkan borang menyertai PAS pada Himpunan Hijau Ke Putra Jaya malam ini.

Mereka ialah Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abdul Rahman Taib, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yusof Hassan.


Ketiga-tiga mereka menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu pada program tersebut.

KEJUTAN DI HIMPUNAN HIJAU SELANGOR MALAM INI

Sila klik di sini  untuk menonton siaran langsung HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRA JAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR MALAM INI.

Mungkin seperti di mana pada Himpunan Hijau di Negeri lain malam ini di Selangor juga ada KEJUTAN!!!!!!!!!!!!

PENGERUSI JKKK 'MENGAMUK'

Malam tadi satu lagi kejadian memalukan berlaku di mana Pengersui JKKK sebuah kampung di Bukit Baru mengamuk ketika ceramah PAS sedang berlangsung. Dengan tidak semena-mena Pengerusi JKKK tersebut  muncul di hadapan 'rostrum' dan memberi amaran kepada penceramah PAS yang sedang berceramah supaya tidak menyebut nama Ketua Cawangan Umno kampung tersebut.

"Jangan sebut nama Ketua Cawangan kampung saya, ini kampung saya jangan buat kacau" herdiknya.

Sedangkan penceramah tersebut langsung tidak menyebut secara spesifik nama ketua cawangan Umno mana-mana kampung.

Menurut saksi penceramah tersebut hanya menyebut bahawa semua Ketua-ketua cawangan Umno di Dun Bukit Baru kaya raya sedangkan mereka itu dahulunya susah dan tidak mewah seperti sekarang.

"Kita kenal mereka itu, dahulunya susah tetapi selepas menjadi Ketua Cawangan Umno dan pimpinan Umno mereka kaya raya, cuba tuan-tuan lihat rumah mereka semuanya besar-besar belaka" ujar penceramah PAS tersebut.

Agaknya ini yang menyebabkan Pengerusi JKKK yang juga merupakan seorang 'Office Boy' sebuah sekolah di Bandaraya Melaka naik angin.

"Engkau jangan kacau majlis kami, ini program kami, kami ada hak untuk bersuara" kata Ustaz Ibrahim Duralim yang memberi amaran kepada Pengerusi JKKK tersebut.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter