SATU LAGI KUBU ALI RUSTAM ROBOH

Dalam masa tidak sampai sebulan 2 kubu kuat Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Dun Bukit Baru roboh.  2 minggu lepas PAS berjaya mengadakan ceramah di Peti Undi Padang Jambu manakala Sabtu lalu Peti Undi Kg Ku Sayang pula berjaya ditembusi.

Kedua-dua peti undi itu sebelum sukar ditembusi kerana tiada penduduk setempat yang berani membenarkan rumah mereka dijadikan tempat ceramah.

Kejayaan PAS menembusi kubu kuat Umno tersebut membuktikan bahawa rakyat Melaka semakin berani untuk membuat perubahan. Kalau sebelum ini mereka melalukan protes secara senyap kita mereka sudah berani melakukannya secara terbuka.

Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata kejayaan menembusi kubu kuat Umno memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN di Dun Bukit Baru.

"Kejayaan ini benar-benar memberikan suntikan kepada jentera PAS untuk meneruskan kemaraan di Dun Bukit Baru. BN menghadapi tamparan hebat sehingga mereka cuba ganggu ceramah kita pada malam itu".

:"Bila mereka tak dapat lawan hujah kita mereka lawan secara kekerasan dan tidak professional" ujar Yusof.

Yusof berkata kedua-dua peti undi itu sebenarnya bukanlah kubu BN di mana kekuatan Umno hanyalah di Kampung tradisi Melayu seperti Kg Ku Sayang dan Kg Padang Jambu.

"BN hanya menang dengan majoriti kira-kira 100 undi sahaja di Peti Undi Kg Ku Sayang, mereka semakin terdesak sekarang".

"Insya Allah kita akan menang di Dun Bukit Baru, sebab itu mereka tunjuk samseng suruh kita turun bendera di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang dan cuba ganggu ceramah kita" tambah Yusof.

Gambar di atas menunjukkan bendera PAS yang dipasang di Pejabat PAS UPU Kg Ku Sayang yang diarahkan supaya diturunkan.

Comments

Anonymous said…
syabas
Anonymous said…
teruskan usaha!!!
Anonymous said…
Dgn bendera pun takut ke????? mmng tahap BODOH & TONGONG.....