.

.

01 March 2013

JOHOR TERUS BERGEGAR

Kelihatan Semangat Rakyat Johor Semakin Membuak2 Untuk Ubah Kerajaan Kepada Pakatan Rakyat Dalam Program "UBAH DUN PENGGARAM, BATU PAHAT", Malam Ini...

Sumber:FB Pemuda Padang Terap

LTDL : BEZA KELANTAN DAN NEGERI LAIN


Cuba tuan-puan teliti gambar di atas. Apa bezanya? Tuan-puan jawab sendiri.

28 February 2013

4 KERUSI PARLIMEN DAN 14 KERUSI DUN DLM BAHAYA - ALI RUSTAM

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui bahawa 4 kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun di Melaka berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

"Kalau Dato Ali menyatakan 4 kerusi Parlimen dan 14 Kerusi Dun bahaya kepada BN maka kita kena menang sedikit lagi untuk memerintah Melaka"

"Ali berkata begitu dalam akhbar Cina hari ini" ujar Shamsul.

 Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS MTD Bukit Baru di Kg Bukit Katil malam tadi. Ceramah menarik minat ramai kerana ia diadakan betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan Rumah Melaka.

Ramai pemerhati berpendapat 4 kerusi Parlimen tersebut ialah Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Manakala 14 kerusi Dun pula ialah Bandar Hilir, Kesidang, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Klebang, Bemban, Duyong, Paya Rumput, Rim, Machap, Bukit Baru, Telok Mas dan Durian Tunggal. Kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan hitam.

Malah pemerhati politik juga melihat kerusi-kerusi seperti Lendu, Asahan, Serkam, Taboh Naning , Sungai Rambai dan Ayer Molek juga dilabelkan sebagai kelabu oleh BN.

PENDEDAHAN BERANI PI BALA .......(KLIP VIDEO)

Sila klik di sini untuk mendengar pendedahan berani Penyiasat Persendirian Bala tentang isu Altantuya.

Kalau tidak mendengar pendedahan Bala ini, terdetik di hati kita 'Mamat' ini berani sungguh, silap-silap haribulan ada 'Mamat' kena nanti.

Namun tuan-puan dijemput mendengar dengan teliti dan buat penilaian sendiri samada beliau bercakap benar atau tidak. Agak-agaknya beranikah beliau menipu dalam hal ini, suatu perkara yang sangat serius dan menggerunkan .............

27 February 2013

PI BALA AKAN 'HASUT' RAKYAT?

Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Beliau akan memulakan acara 'menghasut' rakyat dan membongkar segala yang dia tahu. Rakyat berhak mendengar dan menilai samada apa yang diperkatakan oleh Bala betul atau tidak. Rakyat yang cerdik akan mendengar dengan teliti dan akan membuat keputusan samada percaya atau tidak dengan apa yang diperkatakan oleh Bala.

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.


Kepada mereka yang tinggal berdekatan lokasi forum boleh hadir, tadah telinga, fikir dengan minda terbuka dan iman seterusnya buat keputusan.


Sumber : Blog GB

MUNGKIN JIKA BN MENANG INI AKAN DILAKUKAN????






















Jika BN apakah mereka akan melakukan perkara di atas? TIDAK MUSTAHIL kerana BN terkenal dengan istilah BN - Barang Naik. Kadang-kadang mereka menaikkan sesuatu tanpa mengumumkannya terlebih dahulu seperti kenaikan insuran kereta baru-baru ini. Di Melaka Kerajaan BN menaikkan tarif air secara senyap-senyap.

BENARKAH STATISTIK JENAYAH KERAJAAN HANYA KOSMETIK?


BERITA PANAS MENDIDIH!!!!!... KETUA PEMUDA MCA, DATUK WEE KA SIONG(Gambar), SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA STATISTIK JENAYAH YANG DIKELUARKAN KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK!!!!!!


KISAH GEMPAR TAPI BENAR!!!!!!

"Putrajaya tidak perlu mengamalkan "sindrom penafian" atau menyalahkan media kerana takut kadar jenayah semakin meningkat , Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, menunjukkan bahawa orang ramai tidak mempercayai statistik jenayah kerajaan.

"Rakyat tidak berminat dalam kadar jenayah dan statistik yang diumumkan oleh kerajaan.

"Nombor-nombor ini tidak membantu menyelesaikan masalah, dan pada hakikatnya, rakyat tidak mempercayai nombor; apa yang mereka perlukan adalah untuk berasa selamat di rumah mereka, apabila mereka berjalan ke kereta mereka atau di jalanan," katanya 

Beliau berkata kerajaan sebaliknya harus memahami mengapa orang awam hari ini "hidup dalam ketakutan", sambil menambah bahawa ia hanya boleh dikurangkan rasa takut melalui "tindakan sebenar".

PERGH!!!!!!.. KALAU DAH RAKAN SEKUTU PALING AKRAB UMNO SEMENJAK SEBELUM MERDEKA PUN DAH TAK PERCAYAKAN STATISTIK KELUARAN KERAJAAN, APA JAMINAN RAKYAT BIASA NAK YAKIN DAN PERCAYA KEPADA KERAJAAN UMNO 1M'SIA YANG SEDIA ADA.


MESTI ADA YANG TAK KENA....STATISTIK KATA MENURUN TETAPI PERASAAN TAKUT RAKYAT PULA MENINGKAT!!!!!


PETANDA SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO MENURUN DAN KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!!!!


Sumber : FB Bus Man

26 February 2013

UMNO GADAI KETUANAN MELAYU : BUKTINYA DI PULAU PINANG

Umno gadai ketuanan Melayu. Bukti jelas di Pulau Pinang. Umno ada 11 Adun, Gerakan tidak ada seorang pun, tiba-tiba Umno lantik Pimpinan Parti Gerakan jadi Pengerusi BN Pulau Pinang. Tak masuk akal langsung.

Patutlah orang Melayu merempat di tanahair sendiri selepas 54 tahun Umno memerintah Malaysia.

KENYA ADAKAN DEBAT CALON PRESIDEN, DI MALAYSIA PM TAKUT DEBAT

Di Kenya ada Debat untuk calon-calon Presiden...Tetapi di Malaysia yang kononya mendabik dada mempunyai sistem demokrasi yang maju Perdana Menteri (Najib Razak) takut dan gentar untuk mengadakan debat terbuka secara 'live' dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata debat bukan budaya kita. Mungkin budaya kita bagi Najib ialah fitnah, bohong, tipu dan seleweng fakta dalam media cetak dan elektronik pencacai Umno/BN.

Malu kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara luar dengan perangai pemimpin Umno dan media pencacai Umno yang jelas ketinggalan zaman. Malah jauh tidak bertamadun dari negara-negara miskin di Afrika dan Amerika Latin.

Gambar menunjukkan calon-calon Presiden dalam satu perdebatan baru-baru ini. Mereka ialah Musalia Mudavadi (Amani coalition), Uhuru Kenyatta (Jubilee), Martha Karua (Narc-Kenya), James ole Kiyiapi (Restore and Rebuild Kenya), Peter Kenneth (Eagle Coalition), Paul Muite (SAFINA), Mohamed Abduda Dida (ARK) dan Perdana Menteri Raila Odinga dari CORD party.

Sumber : FB Mohd Ezli Meshut

UMNO KANTOI LAGI : GUNA HARTA KERAJAAN BUAT PROGRAM PARTI

Umno kantoi lagi. Kali ini Umno Bahagian Tangga Batu menggunakan Dewan Sekolah Menengah Kg Gelam bagi mengadakan Kursus Jentera Pilihanraya pada 24 Februari 2013 lalu.

Gambar menunjukkan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Idris Haron sedang memberikan ucapan kepada peserta kursus.

Banner pula menunjukkan nama program, tempat program, tarikh program dan gambar Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam.

Kalau tidak langgar etika dan undang-undang bukan Umno namanya.

Sumber : FB Abu Hashim Jalal

25 February 2013

MUHYIDIN : APA HUKUM RASUAH DAN TOLAK HUDUD?

Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian BR1M.

Ust Muhyiddin Yasin, saya nak tanya ;
1. Apa hukum makan rasuah?
2. Apa hukum tolak hudud Allah?
3. Apa hukum melakukan kezaliman kpd rakyat?
4. Apa hukum fitnah, jadi machai kacau prog rakyat?
5. Apa hukum tak beri Royalti kpd Kelantan?

Tak perlu alih isu, rakyat dah bosan !!


Fb : Mohd Najmi

JENERAL SOKONG PR, TAKKAN PREBET SOKONG BN?

Jeneral-jeneral masuk dan sokong PR takkan Prebet sokong BN lagi.

Ayuh semua bekas Perajurit mari sama-sama kita sokong PR demi masa depan agama, bangsa dan negara.

MANIFESTO PR BOLEH DIMUAT TURUN SEKARANG


Edar kepada semua Rakyat Malaysia. Inilah kesungguhan Pakatan Rakyat dalam usaha memenangi keperluan dan hak rakyat!

LIKE & SHARE
TERKINI: BUKU MANIFESTO PAKATAN RAKYAT KINI BOLEH ANDA MUAT TURUN DI SINI DALAM FORMAT .PDF

BAHASA MELAYU : http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf

BAHASA INGGERIS : http://www.pakatanrakyat.my/files/ENG-Manifesto-BOOK.pdf

BAHASA MANDARIN : http://www.pakatanrakyat.my/files/MANDARIN-Manifesto-BOOK.pdf

EDAR JANGAN TAK EDAR.

MAHYUDDIN PUCAT GIGI : RAKYAT SABAH DEMO DEPAN MATANYA


Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan.

Sumber : FB Lie GJ Penang

Ulasan : Rakyat sudah semakin berani meluahkan perasaan dan bantahan kepada pemimpin Umno BN.

KONVENSYEN PR KE 4 : PARTI PERKAUMAN SUDAH TIDAK RELEVAN

"PRU 2008 menyaksikan ahli PAS mengundi calon DAP dan PKR yang bukan Islam manakala kawan-kawan yang tidak berugama Islam mengundi calon PAS dan PKR yang beragama Islam dan tidak sebangsa dengan  mereka."
"Ini membuktikan bahawa politik perkauman BN adalah sudah tidak relevan" tegas Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada Konvensyen PR ke 4 di Shah Alam.

Ucapan Tuan Guru mendapat tepukan gemuruh dari hadirin pada Konvensyen PR ke 4. 


KONVENSYEN PR KE 4 : 5 PERKARA YANG RAKYAT MAHU

Presiden PAS berkata 5 perkara penting yang rakyat mahukan :-

1) Perpaduan Masyarakat majmuk
2) Keadilan kepada semua
3) Demokrasi yang didaulatkan
4) Perlembagaan dan undang-undang yg adil
5) Kerajaan Bersih

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PR ke 4 di Shah Alam hari ini.

TAWARAN UNTUK RAKYAT BANDINGKAN DGN TAWARAN BN


2/3 BAYARAN ANSURAN KERETA ANDA ADALAH CUKAI


KONVENSYEN PR KE 4 : RAKYAT MAHU KESEJAHTERAAN JANGKA PANJANG ATAU 'ONE OFF'.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta 
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

RAKYAT SEDANG TAJAMKAN PENSIL SENDIRI TAK SABAR MENUNGGU PENSIL SPR UTK TUMBANGKAN BN

Rakyat di seluruh Sabah sekarang sedang menajamkan pensil sendiri kerana mereka tidak sabar untuk menggunakan pensil SPR bagi menumbangkan BN.

Dari Kota Kinabalu sehingga sempadan Indonesia, rakyat Sabah sudah bersedia untuk menumbangkan Umno/BN.

Ini Kalilah, Tukar. Ini kalilah Tukar - demikian Ucapan YB Wilfred Bomburing.

KONVENSYEN PR KE 4 : PR AKAN KURANGKAN PEKERJA ASING

Pakatan Rakyat (PR) pada Konvensyen ke 4 di Shah Alam hari ini mengumumkan bahawa PR akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Pekerja asing akan dikurangkan dan PR akan menyediakan 1 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Ianya sudah tentu merupakan berita gembira buat semua. Ini kerana di samping ianya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi juga akan menyelesaikan masalah pendatang asing yang semakin ramai menjadi pekerja secara sah atau tidak sah.

Rakyat mengharapkan pekerja asing ini akan dihantar pulang selepas tamat kontrak dan bagi yang pendatang tanpa asing mereka mesti dikenakan hukuman dan dihantar pulang segera.

IKUTI SIARAN LANGSUNG KONVENSYEN PR DI SHAH ALAM

Ikuti Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam sekarang http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1907450.

Selamat Bersidang.

24 February 2013

UMNO TERUS FITNAH, DAP AKAN KUASAI MALAYSIA

Umno terus menerus membuat fitnah dan pembohongan dengan mengandaikan bahawa DAP akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP. Suatu risalah yang dicetak menggunakan nama Wanita Umno Bahagian Bukit Katil diedarkan di sekitar Parlimen Bukit Katil dengan rancak sekarang.
Di dalam risalah itu dinyatakan bahawa jika DAP menguasai Malaysia mana :-

1) Agama Islam sebagai agama rasmi akan diubah kepada agama Kristian

2) Malaysia sebagai Negara Republik sama rata, sama rasa semua bangsa.

3) Yang Dipertua akan kepada Bukan Melayu.

4) Sistem Raja Berperlembagaan akan dihapuskan.

5) Azan tidak akan dibenarkan berkumandang sama seperti di Singapura, Pulau Pinang dan Selangor.

6) Tilawah dan pertandingan Al-Quran dihapuskan.

7) NGO berteraskan Islam seperti Perkida akan dihapuskan

8) Perkahwinan campur akan digalakkan.

9) Status Agama tidak dinyatakan dalam Kad Pengenalan anak baru lahir sehingga berusia 18 tahun

10) Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Rasmi dan Bahasa Mandarin menjadi Bahasa Kedua

11) Mata Pelajaran Agama Islam akan dihapuskan di sekolah-sekolah

12) Tan Chin Peng akan dibawa balik ke Malaysia dan diberi gelaran 'Tun'.

13) MARA akan dibubarkan

14) Syarikat GLC akan diterajui oleh orang-orang Bukan Melayu

15) Lagu Negaraku Baru telah digubah dan sedang menunggu masa untuk dikumandangkan.

16) Ketua Panglima Tentera dan Ketua Polis Negara akan terdiri dari kalangan orang Cina.

17) Regimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan

18) Mengurangkan Kakitangan kerajaan berbangsa Mealayu sebanyak 40%

19)  KEMAS, BIRO TATANEGARA dan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA akan dimansuhkan.

20) Persempadanan kawasan Pilihanraya untuk menambahkan kerusi Cina

21) Cuti hari Jumaat (good Friday) mengikut agama Kristian.

22) Kedutaan Israel akan diujudkan di Malaysia

23) Pengkalan Tentera Israel akan diwujudkan (Perjanjian menyerahkan Port Dickson sebagai Pelabuhan baru Israel telah dibuat).

24) Majlis Agama Islam akan dibubarkan. Diganti dengan Majlis Semua Agama

25) Wang Zakat akan digunakan sama dengan orang bukan Islam

26) Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dihapuskan

27) Dua orang Paderi Kristian akan dilantik menjadi Menteri Penuh

28) Menteri di Kementerian penting seperti Kewangan, Pendidikan, KDN, Pertahanan akan terdiri daripada  orang Bukan Melayu

Sumber : Bekas Ahli DAP http://www.ustazamin.com

Itulah fitnah dan pemhohongan dahsyat yang dilakukan oleh Umno/BN yang sangat jahat dan tidak beretika. 

HAKIKATNYA DAP TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA KERANA DAP HANYA BERTANDING TIDAK LEBIH DARI 49 KERUSI. 

JIKA DAP MENANG SEMUA PUN MEREKA TIDAK AKAN MENJADI PERDANA MENTERI ATAU KETUA MENTERI KERANA KERUSI SEMUANYA 222. MEREKA TIDAK AKAN MENJADI PARTI YANG MEMPUNYAI MAJORITI KERUSI DALAM PARLIMEN

DAP TELAH MEMBUKTIKAN MEREKA MEMINGGIRKAN ISLAM DI PULAU PINANG, MALAH PERUNTUKAN UNTUK HAL EHWAL ISLAM DINAIKKAN SEHINGGA RM64JUTA SETAHUN BERBANDING RM12 JUTA SEMASA BN MEMERINTAH, ELAUN PARA HAFIZ DAN HAFIZAH DIBERI, ELAUN GURU AGAMA KAFA DINAIKKAN ......

LAGI KES MAHASISWA DIUGUT SAMSENG UMNO

Samseng Umno terus mengganas. Ikuti Klip Video ini.

Ini kes kedua selepas mereka mengganas di Pekan baru-baru ini.

UMNO/BN KEMPEN HARAP PENGUNDI HANTU SOKONG MEREKA

















Banyak tempat di Melaka ini Umno/BN memacakkan bendera mereka di kawasan kubur. Antaranya di Bukit Beruang dan Bukit Piatu.
Gambar di sebelah ini menunjukkan bendera-bendera Umno/BN dipacakkan di pinggir kubur di Kg Bukit Piatu.
Mungkin mereka mengharapkan penghuni kubur bangun kembali dan mengundi mereka.
Umno/BN memang terkenal dengan  tindakan mereka menipu dan melakukan tindakan yang meragukan semasa Pilihanraya.

RM500 CUKUP SETAHUN, NAJIB TIPU RAKYAT LAGI


Sumber ; FB Kerajaan Rakyat

FITNAH FITNAH FITNAH ....HIDUP MEREKA BERZIKIR DENGAN FITNAH

Zikir mereka adalah fitnah. Tidak akan sunyi hidup mereka dengan fitnah. Tarik nafas fitnah hembus nafas fitnah.

Bayangkan berapa ramai manusia yang termakan dengan fitnah mereka. Apakah mereka boleh memohon maaf dan membetulkan balik otak-otak orang yang termakan dengan fitnah mereka.

Selagi fitnah itu terlekat pada minda manusia selagi itu mereka menanggung dosa .........ada berani fitnah lagi????? SILAKAN ....Kalau tidak takut kepada Allah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter