.

.

05 May 2012

SOI LEK HADIRI KULIAH AGAMA NAJIB?

Mungkinkah Presiden MCA, Chua Soi Lek menziarahi Presiden Umno, Ah Jib Gor di Masjid seperti dalam gambar ini.

2 pemimpin DAP, Dato Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Tuan Guru di Pulau Melaka. Kemesraan antara mereka bertiga nyata mengembirakan kita semua. Kedua-dua pemimpin DAP tersebut jelas begitu menghormati Tuan Guru Menteri Besar.

Kedua-dua mereka juga menghadiri Kuliah Pagi Jumaat Tuan Guru di Dataran Ilmu pagi tadi. 


Bilakah agaknya Chua Soi Lek hendak menghadiri kuliah atau tazkirah yang disampaikan oleh Ah Jib Gor.    Kita yakin jika Ah Jib Gor memberikan kuliah di Masjid ramai rakyat akan tertarik untuk mendengarnya. Malah mungkin juga Soi Lek akan turut sama mendengarnya.

Sumber : FB Pasukan Anti UMNO

LORI SAMPAH SAHAJA YANG SANGGUP PASANG BENDERA PARTI KOTOR

Hanya lori sampah sahaja yang sanggup memasang bendera parti kotor yang tidak suka BERSIH. Jelas parti bercop dacing ini kotor kerana :-

1) Pemimpin mereka terlibat dengan video seks - dia mengaku sendiri
2) Menggunakan senjata lucah dan porno untuk memburukkan orang lain
3) Banyak skandal rasuah melibatkan pemimpin parti ini
4) Menghalalkan sistem pilihanraya yang kotor
5) Mempertahankan undang-undang zalim dan kotor
6) Mencabuli secara kotor hak asasi manusia
7) Mencabuli secara kotor kebebasan media
8) Dan banyak lagi ....

Ini memang sesuai bendera parti kotor ini digantung pada lori sampah ............

POLIS DAN KERAJAAN MALAYSIA KENA SAMAN

Polis dan kerajaan Malaysia hari ini disaman oleh rakyat sendiri. Ini suatu perkara yang memalukan. Dari satu segi saman ini menunjukkan bahawa kerajaan BN seolah-olah berlawan dengan rakyat sendiri. Masakan rakyat sanggup menyaman kerajaan kalau kerajaan adil, telus dan professional.


Bernama hari ini melaporkan bahawa empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lalu, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan. 

Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, 9.35 malam mereka hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).

Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.
Mereka mendakwa sudah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.

Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.

Peguam-peguam itu mendakwa pada 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.

Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos. - BERNAMA

KEBEBASAN MEDIA : MALAYSIA ANTARA YANG TERCOROT



Ranking kebebasan media ini sama sahaja dengan ranking pasukan bolasepak kita terperosok jauh ditangga terbawah.

Paling memalukan apabila ranking kebebasan media kita lebih rendah dari negara asal Altantuya, Mongolia, Bangladesh dan Papua New Guinea.

Kerajaan BN sering mendabik dada kita negara maju. Mungkin kita maju dalam menyekat kebebasan media, maju dalam menyekat hak asasi manusia, maju dalam mengongkong rakyat dengan akta-akta drakonian.

Cuba rujuk ranking kebebasan media kita di rajah sebelah, cukup memalukan.

Rangking Kebebesan Media 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang baru dikeluarkan  menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Apa alasan Kerajaan umno BN untuk menafikan perkara ini? Adakah umno mengiktiraf  rangking kebebasan Media 2012 ini?  Kalau tidak,  mengapa? atau Kerajaan umno BN yang hendak membuat rangkingnya sendiri?

Sumber : Harakahdaily

UMNO BELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK BERHIMPUN?

Umno hendak berhimpun pada 11 Mei. Sudah tentu jutaan ringgit akan dibelanjakan. Sudah tentu Umno terpaksa menyewa bas, memberi duit poket dan makanan percuma untuk menarik minat orang ramai untuk hadir program tersebut.

Selain antara tarikan tradisi yang terpaksa Umno lakukan ialah dengan mengadakan konsert nyanyian artis popular, cabutan bertuah dan sebagainya. Tidak syak sebagaimana program-program lain jutaan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menjayakan program tersebut.

Media hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Onlinedi ibu negara.

Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.

"Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.


Sumber : Bernama

04 May 2012

PASCA BERSIH : WARTAWAN CINA BERKABUNG

Akhbar- akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo. Mereka juga menggayakan pakaian berwarna hitam dan riben kuning bagi tujuan itu... Akhbar Melayu macamner pula yer? ::.kikiki.::


Sumber : FB  Kami Boikot Buletin Utama TV3

LANGGAR HAK ASASI : POLIS TAK PERNAH SERIK

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengeluarkan beberapa kali keputusan laporannya yang membuktikan bahawa Polis sering melanggarkan HAK ASASI MANUSIA. Namun Polis tidak pernah serik melanggarnya.

Terbaru SUHAKAM membuat kesimpulan bahawa Polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr Khaw Lake Tee berkata terdapat pelanggaran hak asasi manusia oleh polis dalam beberapa kejadian,  terutamanya apabila gas pemedih mata ditembak ke kawasan (kemudahan) awam seperti Hospital Tung Shin, Hospital Bersalin Cina dan KL Sentral, yang berisiko kepada keselamatan awam.

Dalam kes Hospital Tung Shin, katanya, walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam halamannya, tetapi menembaknya di sepanjang Jalan Pudu itu sendiri berbahaya kepada mereka di dalam hospital, kerana ia adalah kawasan hospital.

Dr Khaw memberitahu demikian dalam satu sidang media di ibupejabat Suhakam hari ini.

Khaw telah membaca laporan 40 muka surat suruhanjaya itu hasil siasatan awam mengenai pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan selepas perhimpunan tersebut pada 9 Julai tahun lepas.

Bilalah agaknya Polis akan insaf dan membuat perubahan terhadap segala perlakuan dan tindakan mereka.

Pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, ramai beranggapan bahawa Polis lebih brutal dan lebih ganas berbanding sebelum ini. Video dan gambar yang dirakam oleh wartawan dan orang perseorangan jelas membuktikan dakwaan itu. Malah lebih teruk lagi Polis membelasah wartawan tanpa belas kasihan.


Dalam perkembangan berkaitan oleh kerana ketelusan dan sikap adil dan tidak berpihak Suhakam, Kerajaan Malaysia pimpinan Ah Gib Jor mengenepikan Suhakam dalam menyiasat salah laku dan keganasan semasa himpunan Bersih 3.0. Najib tanpa rasa malu dan segan menubuhkan sebuah panel khas untuk menyiasat perkara itu. Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak percaya kepada Suhakam yang ditubuhkan oleh mereka sendiri yang diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri.

PASCA BERSIH : KITA JEMPUT ISMAIL RASA AIR KIMIA DAN HIDU GAS FRU

Maka berkatalah Ketua Polis Negara, Ismail Omar bahawa tindakan Polis menyembur air kimia adalah paling tidak menyakitkan. Mungkin juga beliau berpendapat gas pemedih mata FRU juga tidak menyakitkan dan nyaman sebab itu Polis menggila menembak gas pemedih mata ke arah peserta Bersih 3.0 yang telah mula beredar untuk pulang.

Kita jemput Ismail Omar dan seluruh pegawai-pegawai atasan Polis untuk sama-sama rasa air kimia dan hidu gas pemedih mata FRU. Kita hendak tengok adakah Ismail Omar dan mereka semua boleh tahan dengan air kimia dan gas pemedih mata tersebut. Kita hendak tengok adalah Ismail boleh senyum dan kemaruk meneguk air kimia dan hidu gas tersebut umpama meminum air sirap dan mencium pewangi orang atau pewangi kereta.

Kita hendak lihat adakah Ismail Omar berani menyahut jemputan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang menjemput Ketua Polis Negara itu berada di barisan hadapan perhimpunan rakyat yang diserang meriam air polis apabila beliau bersara nanti.

"Bila dia pencen nanti, bolehlah kita ajak Ismail berdiri di hadapan sekali bila polis serang dengan perhimpunan kita dengan meriam air. Tak ada apa-apa, sakit sedikit sahaja.

"Kalau kelonsong gas pemedih mata kena kepala pun tak mengapa sebab rasa dia macam keropok kelonsong ais krim," Mohamad menyindir.

Beliau mempersoalkan, adakah selepas ini Ketua Polis Negara akan mendakwa tindakan polis mengganasi peserta perhimpunan aman itu juga "yang paling kurang menyakitkan"?

"Polis pukul orang, pijak, tendang, terajang mereka yang tidak lagi berhimpun, orang yang berada dalam perkarangan masjid hendak bersolat ketika azan sedang dilaungkan, sedang berjalan hendak pulang, hendak naik kenderaan awam, sedang makan dan minum di restoran-restoran dan di gerai-gerai, adakah Ketua Polis Negara hendak kata itu semua yang paling kurang menyakitkan?" beliau mempertikaikan.

~ Hdaily

PASCA BERSIH : NAJIB BERJAYA TUKAR IMEJ POLIS DARI GANAS KPD LEBIH GANAS

Ramai pihak setuju dengan pandangan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu yang menyatakan bahawa transformasi Perdana Menteri Najib Razak kali ini begitu berjaya sekali.

"Najib berjaya menukar imej polis daripada kurang ganas kepada lebih ganas. Ya, lebih ganas daripada aksi polis regim Israel kepada penduduk Palestin. Lihatlah video yang merakamkan adegan ganas polis itu, yang  banyak tersebar dalam internet." ujar bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Blog ini juga amat tertarik dengan tulisan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang menukilkan coretan yang amat tepat dan menyengat.

Antaranya beliau menulis bahawa perhimpunan dan juga perarakan yang berjalan secara aman, teratur, berdisiplin dan lancar sehingga jam 2 petang, bertukar menjadi kecoh, kelam-kabut dan  huru-hara. Anggota polis yang mulanya nampak mesra bertukar watak (atau kembali kepada 'fitrah' sebenar?); dalam keadaan tertentu lagak mereka seperti samseng upahan yang tidak berakal, rakus dan ganas menyambar mangsa, membelasah tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, yang mengasak lokasi sendat peserta demonstrasi, ditambah dengan maki hamun, sepak terajang dan aksi brutal lainnya. Ya, lebih 250,000 orang mengisi ruang yang sempit dan kemudiannya ditembak gas dan air kimia. Ke mana arah untuk menyelamatkan diri?

Lebih dahsyat dan keji, apabila video-video yang disiarkan dalam internet membuktikan begitu banyak sekali aksi provokasi pihak polis, yang tujuan akhirnya untuk menukar situasi aman dan terkawal itu menjadi "panas dan ganas", bagi memenuhi niat jahat taukeh-taukeh politik yang gelabah menunggu tarikh Parlimen dibubarkan.

Anggota polis, mungkin daripada cawangan khas (SB), yang berpakaian preman, termasuk wanita -- malah ramai di antara mereka turut berbaju kuning dan menjeritkan slogan reformasi pilihan raya --  dikenal pasti menjadi agen provokator yang kelihatan begitu proaktif. SB ini cuba merangsang peserta demonstrasi bertindak lebih agresif di luar kawalan.

Rupa-rupanya inilah strategi elit pemerintah (mungkin dengan bantuan pakar luar negara, seperti Apco) yang dirancang lebih awal, bagi menggambarkan perjalanan Bersih 3.0, "yang diterajui NGO dan disokong pembangkang", sebagai kotor dan tidak bertamadun, sekali gus menghitam-legamkan imej Pakatan Rakyat.

Anda lihat sendiri tajuk utama di muka depan semua akhbar harian esoknya, Ahad, 29 April. Senada saja.  Sama ada mendapat arahan "pihak atasan" atapun sememangnya setiap ketua editor akhbar yang dikontrol ketat Umno itu sudah "faham sangat" apa yang dikehendaki Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Gambar yang dipilih juga serupa, iaitu kereta polis diterbalikkan, satu imej global tentang keganasan "para perusuh". Tanpa menunggu lama, Buletin Utama TV3 pada malamnya juga  sudah memulakan kempen memburuk-burukkan pejuang demokrasi itu, yang kemudiannya berlangsung berhari-hari.

Cerita latar sebelum kereta Waja itu diterbalikkan langsung tidak dijelaskan, malah dipadamkan. Sekali lagi, YouTube banyak membantu mencerahkan. Kita dapat melihat bagaimana kereta polis itu, dari arah Kompleks Pertama atau Jalan Dang Wangi, yang mulanya perlahan, tiba-tiba dipandu laju dan melencong meluru ke arah pejalan kaki di sebelah kompleks membeli-belah Sogo.

Tiga empat orang melambung dilanggar. Salah seorang daripadanya, Su Kuang Hong, 25, seperti dilaporkan Malaysiakini, berkata beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Proton Waja polis itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Cuba bayangkan, dalam suasana tegang sejurus selepas ditembak pemedih mata, meriam air dan sebahagiannya dipukul atau sekurang-kurangnya belum dapat menarik nafas lega dikejar, mereka menyaksikan pula kereta polis melanggar rakan-rakan yang lain. Jika turut  di situ, apa reaksi spontan anda?

Wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang berada di tempat kejadian merakamkan:

"Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

"Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo. Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

"Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut. Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.

"Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu."

Pada hemat saya, insiden itu sebenarnya mungkin dirancang dengan teliti, dan merupakan salah satu elemen provokasi yang cukup berbahaya, agar himpunan itu tidak berakhir secara mudah dan aman, apatah lagi memberikan imej baik dan positif kepada Bersih 3.0. Tegasnya, pihak polis sengaja mengundang kemarahan  demonstran supaya mereka bertindak "gila".

Beberapa minit sebelum itu, sebuah kenderaan polis, juga merempuh kawasan hampir sama, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan Sogo. Ia nyaris melanggar orang ramai ketika membuat belokan tajam ke lorong sebelah kanan, bersebelahan kompleks membeli-belah itu. Satu lagi bukti provokasi polis yang diperalatkan regim yang sedang meniti saat-saat sakratul-maut!

Sesungguhnya pentas Bersih 3.0 adalah medan terakhir Umno-BN melancarkan serangan terhadap pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cukup kritikal itu. Motif Najib untuk tidak menyekat demonstrasi itu, seperti dilakukannya semasa Bersih 2.0, juga sarat dengan kepentingan politik.

Saya dimaklumkan bahawa ketua-ketua editor telah dipanggil ke Bukit Aman, pada Jumaat, 27 April, sehari sebelum perhimpunan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sendiri memberikan taklimat dan arahan. Pastinya berkaitan dengan liputan media terhadap demonstrasi Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden KeADILan, N Surendran: "Kami diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan bagaimana melaporkan keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis. Pihak polis dengan jelas  mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari."

Wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim, turut ditangkap dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. Kamera beliau yang banyak merakam sudut menarik demonstrasi dirampas dan memori kadnya tidak dikembalikan selepas beliau dibebaskan pada awal pagi Isnin. Satu bentuk pencabulan dan gangguan melampau terhadap kerjaya seorang pemberita.

Ramai lagi pengamal media menghadapi nasib sama, malah lebih buruk apabila ada yang diganasi polis berunifom, walaupun selepas memaklumkan mereka adalah wartawan, di samping  menunjukkan kad akreditasi media, seperti dialami pembantu editor Merdeka Review edisi Mandarin, Chen Shaua Fui. Tiada langsung rasa hormat polis terhadap wartawan.

"Selepas ini kita pun tak perlu lagi menghormati kerja polis," marah seorang editor kanan sebuah akhbar harian.

Wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, dicederakan oleh lapan anggota polis semasa membuat liputan, sekitar jam 7 malam, berdekatan waterfall persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Beberapa wartawan lain berdekatan menjerit berulang kali, "Press! Media!", namun kumpulan polis itu terus menyerang Mohd Radzi. Beliau terpaksa dirawat dalam wad Hospital Kuala Lumput.

Begitu juga  dengan nasib  jurugambar Malay Mail, Arif Kartono, yang  ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan.  Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin, pula ditahan dan peralatan kameranya dirampas.

Turut dirampas kamera ialah P Malayandy, jurufoto akhbar Tamil, Makkal Osai, selain dicederakakan lima anggota polis. Huang An Jian, juga jurugambar, sebuah akhbar Cina, Guang Ming Daily, ditangkap ketika merakam kejadian demonstran ditahan.

Malah wartawan antarabangsa, Harry Fawcett daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila beliau dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul peserta perhimpunan. Kameranya juga rosak dan beliau terpaksa menggunakan iPad untuk melaksanakan tugasannya.

(Seorang rakan  melontarkan persoalan sedikit berbeda: "Makin lama melihat rakaman Bersih 3.0 di YouTube, makin banyak terdedah aksi ganas polis, tapi apakah betul semua mereka itu polis ataupun ahli Umno diberi baju polis. Semasa saya berjalan dari Brickfield ke Masjid Negara dan seterusnya Masjid Jamik, saya nampak ramai polis bantuan. Saya rasa mereka itu ahli Umno." Saya membalas SMS sahabat saya itu: "Tidak mustahil, bukankah ada kemusykilan mengapa ramai polis hari itu tidak pakai tanda nama?")

Sehubungan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan itu dijalankan jawatankuasa bebas dan bukannya pasukan polis.

Ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta  bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman. Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui  apa yang  berlaku," kata Presiden NUJ, Chin Sung Chew.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) memandang serius pencabulan ketara terhadap tugas wartawan ini. Semasa KAMI aktif memperjuangkan akses media yang adil dan saksama buat semua parti yang bertanding dalam PRU13 nanti, insiden 28 April itu menggambarkan Malaysia, dari sudut kebebasan akhbar, sedang berundur ke belakang.

KAMI turut memberi sokongan padu kepada insiatif NGO media yang lain, yang begitu prihatin dengan perkembangan menyedihkan itu, antaranya, Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia.

Satu tragedi yang memalukan semasa dunia menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada 3 Mei ini!

KAMI juga sedang mengumpulkan bahan dan dokumen yang perlu bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia, di atas insiden keganasan membabitkan warga media itu.

Kebebasan wartawan untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dan ancaman perlu dipertahankan. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.

Saya telah merujuk hal ini kepada peguam Hanipa Maidin. Katanya, beliau akan menimbulkan "ancillary right", iaitu hak-hak tambahan (suplemantary rights) yang timbul daripada hak-hak utama (primary rights). Hak ini timbul daripada perkaitan yang munasabah dengan hak-hak utama.

Misalnya, kata Hanipa, hak bersuara adalah hak utama, dan daripada hak utama ini timbul hak kebebasan media dan hak wartawan menjalankan tugas tanpa gangguan dan ancaman. Kita perlukan perisytiharan mahkamah di atas hak wartawan tersebut.

Saya juga merasakan inilah masa sesuai bagi menilai semula, secara menyeluruh, sebarang undang-undang atau peraturan mengenai media di negara ini. Tidak cukup dengan pindaan kosmetik terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini, apabila konsep permit dan pemilikan akhbar masih tidak dirombak.

Mungkin pengalaman Amerika Syarikat, yang memperuntukkan dengan jelas, bukan saja peruntukan tentang kebebasan akhbar dalam perlembagaannya, tetapi juga melarang Kongres Amerika daripada menggubal undang-undang berkaitan dengannya.

Harakahdaily

PASCA BERSIH 3.0 : BUDAK LEBIH CERDIK DARI ORANG TUA


http://www.tranungkite.net,04 Mei 2012



JUMPA SAYA DI BILIK GURU.......kah kah kah budak budak pon dah benci dgn umporno. Murid sekolah rendah pun tahu erti sebuah pilihanraya bersih dan telus sebab itu dia sendiri sanggup berpanas, bermandi air kimia FRU dan menghirup gas pemedih mata penzalim.

Cikgu yang menanda buku ini pula mungkin kurang cerdik dari anak muridnya sendiri ............

sumber : Harakahdaily

PASCA BERSIH 3.0 : KEMARAHAN PENGUNDI TIONGHUA MELUAP-LUAP

Insiden yang dilakukan oleh pihak Polis yang memukul wartawan akhbar berbahasa Mandarin meningkatkan lagi kebencian rakyat berketurunan Tionghua kepada Polis dan kerajaan. Selain itu keganasan Polis memukul rakyat tanpa mengira kaum juga menambahkan lagi suhu kebencian mereka.

Malah akhbar berbahasa Mandarin tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily dan Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.

Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.

Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0

Ketua Polis Negara tentu akan kata, wartawan dan jurugambar yang cedera itu telah mencederakan diri mereka sendiri dengan sengaja. Kalau tidak nak kata apa lagi? Takkan nak ngaku?

PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.

Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar pula berkata PDRM akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan menjawab segala tohmahan terhadap PDRM. Walaupun pelbagai bukti video, gambar dan saksi hidup dikemukakan Ismail terus membuta dan memekakkan telinga menafikan semua bukti tersebut.

Kalau beginilah sikap pemimpin dan pihak berkuasa di negara kita sampai bila pun negara ini tidak akan menjadi sebuah negara maju dalam ertikata sebenar. Segala nasihat, kritikan dan teguran dilihat dari sudut negatif.

PASCA BERSIH 3.0 : TAHUKAH ANDA FAKTA INI?

Di dalam dunia hanya ada 2 negara yang menghalang rakyatnya berhimpun. Apakah negara-negara tersebut????

Jawapannya ialah :-

1) Zionis Israel
2) Negara-negara KOMUNIS

....dan jangan lupa ada satu lagi negara yang mengaku demokrasi, aman, telus, maju .......negara itu ialah ???????? Orang kampung semua sudah TAHU!!!!!!!!

03 May 2012

BERSIH 3.0 PESTA POLIS PUKUL ORANG - AZIZ BARI

SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun. 

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor. 

Macam samseng 
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh. 

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal." 

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu. 

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu. 

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu. 

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki. 

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH. 

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya. 

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT. 

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara. 

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.


Tulisan Dr Abdul Aziz Bari - Malaysiakini

CERITA DAN GAMBAR PORNO HALAL DI MALAYSIA?

Malaysia melangkah maju selangkah lagi. apabila menghalalkan media porno dan lucah dijual dan ditayangkan di mana-mana sahaja tanpa sekatan. Mungkin kerana Malaysia didakwa sebagai negera maju maka media porno dihalalkan mengikut jejak langkah negara maju lain seperti Amerika Syarikat, Peranchis, Switzerland, Itali, Jepun dan lain-lain.

Sekarang ini di Malaysia majalah, buku, gambar dan apa sahaja yang berkaitan dengan porno sudah bebas diedar dan ditayangkan. Bayangkan tuan-tuan video porno yang memfitnah Anwar Ibrahim ditayangkan pada ceramah-ceramah Umno/BN di Melaka. Tersipu-sipu dan merah padam muka Tok Imam, Tok Khatib dan Pak Aji Mak Aji menontonnya.

Sehari dua ini media porno pencacai Umno sekali lagi memuatkan gambar lucah, porno dan kotor guna untuk dijadikan senjata politik kotor dan porno mereka. Kalau dahulu Anwar Ibrahim difitnah dengan video lucah kali ini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali boleh di'kena'kan oleh mereka.

Gambar-gambar porno disiarkan di muka hadapan media porno pencacai Umno. Mungkin ia hendak memalingkan rakyat dari isu Bersih 3.0 dan lain-lain. Terlalu  banyak isu yang menyebabkan Umno/BN terpaksa mengalihk

Untuk itu blog ini mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya menarik balik permit penerbitan media yang mesra porno ini. Jangan dirosakkan ,minda rakyat Malaysia dengan cerita-cerita dan gambar porno hanya semata-mata untuk mendapatkan undi.

Rakyat semakin cerdik dan terbuka kepada dunia tanpa sempadan. Walau macaman hebat pun kepornoan yang dihamburkan oleh Umno/BN dalam media, rakyat tak percaya. Tapi kalau gambar itu ada ciri-ciri pemimpin Umnp/BN mungkin mereka dapat mengecam dan boleh percaya kerana semua orang kenal pemimpin Umno/BN.

Kita dapat lihat selepas ini, isu porno ini akan terus dimainkan oleh media porno pencacai Umno/BN sehingga ke hari pengundian. Mereka sudah kehabisan modal politik jadi Porno menjadi perkataan keramat mereka.

AHLI MCA MELAKA SOKONG BERSIH 3.0 / PR

Pening kepala Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bila orang kuatnya sendiri iaitu Ketua Wanita MCA, Datuk Kian  turut sama menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Sabtu lalu. Di saat beliau menghentam Bersih 3.0 dengan pelbagai tuduan tiba-tiba orang 'dalam kain' dia sendiri menyertai Bersih 3.0. Tak masuk akal itu agaknya yang dikatakan oleh Ali dalam hatinya.

Blog ini yakin bukan sahaja Kian yang 'join' Bersih 3.0 tetapi ramai ahli-ahli MCA dan penyokong BN pun turut sama menghadiri perhimpunan tersebut. Jika tidak sudah tentu perhimpunan itu tidak ramai kerana ramai penyokong PR dan Bersih 3.0 dari Melaka pergi ke Dataran Merdeka pada hari bersejarah tersebut. Malah ada yang menjangkakan bahawa majoriti yang hadir pada himpunan tersebut adalah ahli dan penyokong MCA dan BN. Lagilah pening kepala Pak Ali bila mendengar fakta ini. Sabtu lalu 3,000 rakyat Melaka menghadiri himpunan Bersih 3.0 'cawangan' Melaka di Dataran Pahlawan.

BOIKOT MEDIA PORNO TAJAAN UMNO

Media arus perdana yang boleh disifatkan pencacai Umno/BN sudah lama bertukar menjadi media porno yang dihalalkan di negara kita. Mana tidaknya media-media porno ini memuatkan gambar-gambar lucah di muka depan atau muka-muka utama serta cerita-cerita 'healine' atau sari berita utama.

Media porno ini menjadi pencacai Umno/BN untuk menyerang individu-individu utama pemimpin parti lawan politik mereka. Media porno ini menjadi juara dan senjata parti porno Umno yang menjadi pujaan Jamil Khir dan Fathul Bari. Apakah dalil dan hujah mereka menghalalkan cerita-cerita porno ini dimuatkan di dada-dada akhbar dan kaca TV.

Habis segala aib dan dibongkar dan ditayangkan oleh media porno ini. Segala cerita-cerita porno ini dijadikan senjata ampuh untuk memancing sokongan rakyat. Mereka tidak kisah kalau rakyat khasnya anak-anak muda remaja rosak akhlaq dan menjadi kaki porno yang penting mereka undi Umno/BN atau setidak-tidaknya mereka ini tidak ambil pusing tentang apa juga isu negara. Bagi Umno/BN adalah bahaya jika anak-anak muda tidak diberi keseronokan dan dilalaikan kerana mereka akan mula mengambil tahu kisah-kisah politik. Itu bahaya bagi Umno.

Jadi cerita porno jadi senjata mereka. Halal Haram belakang kira..............HALAM hukum baru mereka.

02 May 2012

PASCA BERSIH 3.0 : RAMAI AKAN DITANGKAP POLIS?


Polis akan menangkap peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya dipetik Bernama.
Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.
Bagaimana pula dengan Polis yang melanggar orang awam, memukul orang awam, melakukan tindakan provokasi dan sebagainya. Juga bagaimana dengan Polis yang memukul wartawan dan sebagainya. Apakah Polis ini akan ditangkap oleh Polis. 
Polis siasat Polis. Polis tangkap diri sendiri????????

PENGAKUAN PESERTA BERSIH 3.0 : SAYA DILANGGAR KERETA POLIS

NONE
NONESeorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.

Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.


Persoalannya sekarang mengapa akhbar pencacai arus perdana hanya mensensasikan berita peserta Bersih 3.0 memukul dan menterbalikkan kereta polis tetapi tidak pula diceritakan kejadian kereta Polis melanggar peserta Bersih 3.0. 


Inilah perangai akhbar pencacai Umno yang hanya melaporkan berita dan kejadian memburuk-burukkan lawan politik mereka. Ketua Pengarang dan Editor akhbar pencacai ini sanggup menjadi budak suruhan tuannya tanpa menghiraukan etika kewartawanan dan dosa serta pahala.

Sumber : Malaysiakini

PASCA BERSIH 3.0 : 2,000 POLIS MENYAMAR MENJADI PESERTA BERSIH 3.0?

Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mat Yassin @ Sang Kelembai,  dengan tidak sengaja mengesahkan anggota Polis berpakaian BERSIH 3.0 memang diletakkan di dalam peserta himpunan Bersih.Beliau menyatakan tidak kurang dari 2000 polis menyamar sebagai peserta BERSIH!
Zaharin menulis perkara tersebut dalam Facebooknya Sabtu lalu. Perkara ini juga disiakran oleh akhbar Suara Keadilan edisi terbaru.
Apa tujuannya penyamaran ini?...Lu fikirlah sendiri..... Adakah ini semua sudah diRANCANG untuk menunjukkn Himpunan BERSIH adalah ganas, tidak dapat dikawal dan sebagainya??????

NAJIB KEHABISAN TALIAN HAYAT?


\
Oleh : Shaharul Shafie

Pasti ramai yang membaca tajuk artikel ini tertanya-tanya apakah penulis akan membawa arah penulisan beliau dengan meramalkan bahawa parti pemerintah Barisan Nasional (BN) akan melabuhkan tirainya selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ada pembaca pasti mengandaikan penulis ini berkemungkinan seorang penyokong ataupun seorang yang bersimpati dengan pembangkang  di Parlimen yang juga kerajaan yang dipilih di beberapa negeri termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ayuh, bacalah artikel saya untuk mengetahui kebenaran daripada tajuk saya di atas.

Semua tertanya-tanya selepas kejadian ‘pelbagai cerita’ di dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara dua hari lepas, adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berkeyakinan untuk meneruskan hasratnya membubarkan Parlimen pada tahun ini. Ramai penganalisa meramalkan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada hujung bulan Jun berdasarkan senario yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah sebelum penganjuran Bersih 3.0. Mungkin sekarang penganalisa-penganalisa ini akan meletakkan ruang waktu baru di dalam ramalan mereka. Tetapi bagi saya, meskipun sebelum berlakunya ‘tragedi’ Bersih 3.0, saya amat yakin bahawa PRU bakal diadakan sebaik sahaja musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tetapi sebelum banyak kapal terbang haji bertolak ke Tanah Suci.

Beberapa sebab menyokong andaian saya sedemikian. Pertama ialah Najib memerlukan lebih masa untuk berkempen menggunakan tiketnya sebagai PM meskipun banyak turun padang baru-baru ini dari Perlis sehinggalah ke Sabah dan mengurangkan kegemarannya yang suka melawat pemimpin negara asing selepas memegang jawatan PM. Malah, beliau akan mula bercuti selama dua minggu bermula pertengahan bulan Mei ini di Amerika Syarikat di samping menghadiri majlis konvokesyen puterinya di sana. Walaupun ramai berkata Najib boleh membubarkan Parlimen pada hujung Mei, 30 hari di dalam bulan Jun adalah tidak cukup bagi jentera BN tetapi tidak dinafikan tidak boleh dilakukan.

Bagi saya, Najib melihat dua faktor sebelum membubarkan Dewan Rakyat. Yang pertamanya ialah berjaya mengotakan janji-janji beliau untuk memastikan transformasi dilakukan walaupun sekadar proses-proses perundangan . Sekurang-kurangnya dengan membawa beberapa akta-akta baru menggantikan akta-akta kolonial lama seperti ISA, Akta Darurat dan AUKU agar diluluskan di Dewan Rakyat. Cakap-cakap mahu PRU13 kembali bergema sejak kebelakangan ini disebabkan BN nampak ‘gelojoh’ apabila membentangkan dan meluluskan banyak akta-akta baru dalam masa 48 jam di Dewan Rakyat. Namun begitu, bagi menguatkuasakan akta berkenaan, masa masih diperlukan untuk diluluskan di peringkat Dewan Negara (masih memerlukan siri-siri pembacaan dan sesi perbahasan) dan akhirnya perlu dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong. Maka, untuk menjadikan semua ini selamat digazetkan, paling awal pun akan siap sebelum bulan puasa (Julai) tahun ini.

Faktor kedua yang penting buat Najib ialah keadaan ekonomi global dan Malaysia. Majoriti penganalisa ekonomi dunia menjangkakan ekonomi dunia akan mulai menunjukkan tanda-tanda perlahan bermulanya suku ketiga tahun ini iaitu seawal-awalnya bulan Julai tahun ini. Pada hari ini pun ekonomi dunia sedang berada pada tahap matang (maturity) dan dalam hukum ekonomi, fasa berikutnya mestilah penurunan (decline). Malaysia juga tidak akan terlepas daripada bahang kemerosotan ekonomi dan akan lambat launnya merasa kesannya apabila indeks-indeks pelbagai di Bursa Malaysia akan turut sama menurun. Oleh itu, untuk mengadakan PRU selepas September 2012 adalah mimpi buruk kepada Najib. Setakat ini, banyak kerajaan pemerintah jatuh di seluruh dunia apabila pilihanraya diadakan ketika ekonomi mulai meleset.Lebih-lebih lagi di Malaysia, BN sepatutnya lebih gusar jika ekonomi merosot, undi kaum Cina akan terus merundum bagi BN dan situasi sokongan rendah di bawah 20% kaum Cina pada BN hari ini pasti lebih memburukkan keadaan.  Ini hanyalah andaian bijak berdasarkan pola-pola pilihanraya yang dianjurkan semasa ekonomi menurun tetapi parti pemerintah masih boleh menang sekiranya proses pengundian dimanipulasikan atau tidak telus. Wallahualam.

Oleh itu, Najib hanya ada masa bagi membubarkan Parlimen antara bulan Ogos dan September. Tetapi tidak mungkin Ogos kerana separuh bulan itu adalah bulan Ramadhan dan kurang separuhnya, orang Islam di Malaysia bakal merayakan Aidilfitri. Oleh itu, awal bulan September adalah bulan terbaik untuk Najib membubarkan Parlimen dan paling awal PRU boleh diadakan adalah pada minggu terakhir September dan paling lewat pun minggu pertama Oktober.

Parlimen bubar selepas Aidilfitri?

PRU tidak mungkin di adakan selepas minggu pertama Oktober. Ini adalah kerana pada waktu-waktu berkenaan para pengundi Melayu beragama Islam sudah ramai berangkat mengerjakan haji dan UMNO amat mengharapkan golongan Melayu bagi mengekalkan kuasa mereka sebagai pemerintah walaupun dijangkakan tidak mampu lagi menguasai majoriti 2/3 daripada kerusi Parlimen dan malah mampu menawan Kedah semula.

Kelebihan mengadakan PRU selepas Hari Raya Aidilfitri dan minggu pertama Syawal adalah kerana para pemimpin BN dan kerajaan boleh menggunakan kesempatan amalan-amalan semasa Ramadhan untuk turun bertemu rakyat terutamanya orang Melayu terutamanya majlis berbuka puasa . Bagi BN terutamanya UMNO, bulan Ramadhan boleh memberikan peluang bagi mereka ‘menabur wang secara halal’ kononnya sempena bulan baik di masjid-masjid dan surau-surau di atas kapasiti sebagai menteri dan timbalan menteri. Kemudiaan,di bulan Syawal juga, sudah menjadi kelaziman pemimpin-pemimpin membuat rumah terbuka di sana-sini. Oleh itu, program-program mendekati rakyat ini satu kelebihan kepada BN untuk meraih undi-undi Melayu semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

Bukan itu sahaja, jika PRU diadakan pada penghujung  Syawal (September), BN tidak perlu rasa bimbang mengenai anak-anak muda terutamanya mahasiswa-mahasiswa IPTA yang akan kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian semester baru. Akta baru menggantikan perkara AUKU yang dijanjikan BN mampu menyukarkan peluang BN jika PRU diadakan pada bulan Jun atau awal Julai kerana siswa-siswi ini yang kebanyakannya pro-Pakatan sudah berada di kampong halaman untuk cuti panjang semester dan ini membolehkan mereka bertugas sebagai sukarelawanuntuk berkempen tanpa sekatan AUKU lagi bagi membantu parti. Oleh itu, dengan mengadakan PRU semasa siswa sudah kembali ke kampus mengurangkan risiko buat BN dari mimpi ngeri ini.

Saya ingin kembali semula kepada persoalan tajuk saya di atas. Saya sudah nyatakan ramalan saya bagi PRU untuk tahun ini tetapi bagaimana kita meramalkan nasib Najib  sendiri. Selepas meneliti pengurusan Bersih 3.0 kali ini yang agak emosional di kedua-dua pihak (polis dan peserta), saya yakin Najib kini tidak senang duduk. Ini bukannya kerana Najib takut pada rakyat ataupun parti pembangkang tetapi Najib lebih bimbang kepada tekanan dalaman UMNO dan BN sendiri. Kegagalan polis bertugas dengan sepatutnya iaitu sewajarnya mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi dan tidak terlalu pro-aktif sehingga mengejar para peserta Bersih sehingga beberapa kilometer adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal sekiranya pihak polis mendakwa mereka mesra rakyat.

Pengendalian pihak polis kali ini adalah yang terburuk dan penuh emosi jika dibandingkan dengan pengurusan semasa Bersih 1.0 dan 2.0. Malahan kali ini ramai wartawan juga menjadi mangsa dan tindakan merampas bahan rakaman bagi mengelakkan bukti ‘keganasan’ polis ditunjukkan kepada awam. Ini adalah satu langkah yang tidak mencermin langsung janji-janji transformasi oleh PM sebelum ini. Malah, tindakan itu dilihat agak menyamai tindakan ganas pihak berkuasa Libya dan kini Syria di dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

Saya yakin Najib sedar segala kesilapan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyebabkan kedudukannya dalam bahaya. Sudah menjadi lumrah bahawa yang dilakukan polis mestilah sesuatu yang direstui oleh PM sendiri. Sejak menjadi PM, banyak talian hayat digunakan oleh Najib bagi mengawal sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Najib dilihat sebelum ini agak berjaya merampas kembali undi-undi kritikal orang Melayu untuk kembali kepada BN. Kejayaan ini ditambah pula dengan propaganda-propaganda atau provokasi-provokasi bersifat bangsa dan agama yang dimainkan oleh rakan-rakan selindung UMNO seperti Perkasa. Meskipun, Najib pandai mengemukakan dirinya sebagai hero kepada semua rakyat melalui 1Malaysia tetapi ramai nampak Najib tidak konsisten di dalam perjuangan 1Malaysianya.

Semasa Bersih 2.0, ramai berpendapat Najib semakin kehilangan sokongan tetapi tidak dinafikan beliau berhempas-pulas mengawal impak Bersih 2.0 itu dengan mendatangi rakyat dengan janji-janji transformasi dan juga ‘gula-gula’ untuk rakyat melalui Bajet 2012. Namun begitu, Najib lupa untuk lebih berhati-hati di dalam  menghadapi Bersih 3.0 supaya tidak perlu lagi bekerja kuat mencari idea-idea baru bagi meraih sokongan-sokongan yang hilang sepertimana Bersih 2.0 dahulunya. Mungkin Najib ada idea-idea baru termasuklah yang terbaru mengumumkan dasar gaji minimum swasta tetapi masa untuk Najib ‘memberi’ sudah tidak cukup bagi mengembalikan sokongan ke atas BN atau meredakan kemarahan rakyat di atas kegagalan menguruskan Bersih 3.0.

Kita sedia maklum disebabkan  kegagalan mengawal momentum Bersih 1.0, BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, PM ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno dan sekaligus PM Malaysia.

Dengan apa yang dipaparkan dalam Bersih 3.0, nampaknya keadaannya lebih parah jika dibandingkan demo-demo bersirinya sebelum ini. Pastinya Najib tidak cukup masa lagi bagi memperbaiki kerosakan yang dilakukan pada imej beliau dan BN yang menurun sekelip mata sahaja akibat ‘jenayah’ polis dalam Bersih 3.0. Mahu tidak mahu, PRU kena diadakan juga tahun ini. Walaupun mempunyai mandat sehingga Mac tahun depan, ekonomi Malaysia dan global tidak cukup kuat ketika itu kerana kemelesetan ekonomi sedunia bukannya perkara sekejap tetapi akan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih.

BN akan kekal berkuasa tetapi Najib...

Namun begitu, dengan persempadanan kawasan pilihanraya yang sekian lama memberi kelebihan jumlah kerusi kepada BN di Sabah dan Sarawak, BN secara keseluruhannya masih berpeluang untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah selepas PRU13. Tetapi keadaan akan menjadi status-quo seperti yang kita ada hari ini iaitu BN akan gagal memperolehi majoriti 2/3 seperti dahulu tetapi sekadar cukup bagi membentuk kerajaan pusat. Malah, jika dilihat faktor Melayu, BN berpeluang merampas Kedah dengan majoriti mudah tetapi mampu kehilangan Negeri Sembilan dan Perak kepada Pakatan di samping kehilangan beberapa kerusi bandar di Melaka.

Pakatan memerlukan ‘Semangat Reformasi tahun 1999’ jika mahu menawan Putrajaya dalam PRU13. Namun begitu, amat mustahil dengan masa yang ada bagi merealisasikan impian itu tetapi boleh diusahakan. Buat masa ini, Pakatan tidak perlu gusar mengenai undi kaum Cina dan India tetapi harus menumpukan undi kaum Melayu. Saya pernah ingat lagi ketika 1999, jentera yang berkesan bagi mendapat sokongan orang Melayu ketika itu apabila setiap anak-anak muda dan warga bandaraya KL  pulang berkempen pada sanak saudara sendiri dan di samping mengedarkan risalah-risalah bahan kempen yang dicetak melalui laman-laman web reformasi seperti Mahazalim, Reformasi Nasional (RN), Tranungkite dan banyak lagi. Saya yakin jika penyokong ataupun mereka yang bersimpati dengan Pakatan lakukan usaha sebegini dalam PRU13,Pakatan mampu berpeluang berkuasa di Putrajaya dengan majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, berita amatlah buruk jika jentera BN dibawah Najib gagal menduduki majoriti 2/3 kerusi terutamanya kepada Najib sendiri. Penulis percaya nasib Najib akan sama seperti Tun Abdullah yang akan dipaksa turun melalui tekanan dalaman UMNO sendiri bagi memberikan peluang kepada Timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya juga percaya Tun Mahathir sendiri (sekiranya umur lebih panjang dari sekarang) akan memulakan siri konspirasi melemahkan Najib sepertimana beliau lakukan pada Tun Abdullah dahulu. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, Tun Mahathir juga Melayu sebab menurut beliau Melayu mudah lupa dan Mahathir akan turut melupakan jasa Tun Abdul Razak yang pernah membawanya masuk semula dalam UMNO dan memberi peluang kepadanya. Maaflah saya, saya berkata demikian sebab Tun Mahathir pada hari ini dalam banyak perkara pun sudah lupa.

Pakatan boleh merancang untuk berkuasa selepas PRU14 dan memperbaiki rank sesama pemimpin Pakatan dan mencapai kesefahaman yang lebih baik lagi di negeri-negeri yang diperintah. Bagi penulis, jika Muhyiddin menjadi PM menggantikan Najib, itu adalah berita baik kepada Pakatan kerana ramai melihat Muhyiddin kurang berkaliber jika dibandingkan dengan Najib. Hanya bagi Najib, beliau hanya malang disebabkan banyak bercakap (berjanji) tetapi gagal mendidik jeneral-jeneral beliau sendiri mengenai apakah transformasi yang ingin dibawanya pada Malaysia. Apa yang berlaku hari ini adalah kegagalan Najib mendidik mereka yang menyebabkan mereka terus membuat kesilapan bagi pihak Najib.

Untuk Pakatan, struktur perjuangan mereka perlu diperbaiki termasuklah memperkenalkan kabinet bayangan jika mahu menjadi pembangkang yang kuat. Dan yang lebih penting ialah mengeluarkan kepompong Pakatan daripada dianggap oleh rakyat sebagai ‘alat’ Anwar Ibrahim. Pakatan bukan sahaja perlu bangga dengan Buku Jingganya tetapi untuk memenangi PRU14, mereka sudah sediakan pelan kecemasan iaitu pelan Pakatan Rakyat tanpa Anwar Ibrahim.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak.Beliau juga merupakan pemimpin NGO antarabangsa, Armed for the Quill (AFTQ) yang berpusat di Oslo, Norway. Beliau adalah Ketua AFTQ bagi Asia Tenggara dan Timor Leste.  Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Tulisan ini adalah pandangan peribadi Penulis. Ianya tidak melambangkan pandangan dan analisa Blog ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter