.

.

02 May 2012

PASCA BERSIH 3.0 : RAMAI AKAN DITANGKAP POLIS?


Polis akan menangkap peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya dipetik Bernama.
Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.
Bagaimana pula dengan Polis yang melanggar orang awam, memukul orang awam, melakukan tindakan provokasi dan sebagainya. Juga bagaimana dengan Polis yang memukul wartawan dan sebagainya. Apakah Polis ini akan ditangkap oleh Polis. 
Polis siasat Polis. Polis tangkap diri sendiri????????

3 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter