PASCA BERSIH : KITA JEMPUT ISMAIL RASA AIR KIMIA DAN HIDU GAS FRU

Maka berkatalah Ketua Polis Negara, Ismail Omar bahawa tindakan Polis menyembur air kimia adalah paling tidak menyakitkan. Mungkin juga beliau berpendapat gas pemedih mata FRU juga tidak menyakitkan dan nyaman sebab itu Polis menggila menembak gas pemedih mata ke arah peserta Bersih 3.0 yang telah mula beredar untuk pulang.

Kita jemput Ismail Omar dan seluruh pegawai-pegawai atasan Polis untuk sama-sama rasa air kimia dan hidu gas pemedih mata FRU. Kita hendak tengok adakah Ismail Omar dan mereka semua boleh tahan dengan air kimia dan gas pemedih mata tersebut. Kita hendak tengok adalah Ismail boleh senyum dan kemaruk meneguk air kimia dan hidu gas tersebut umpama meminum air sirap dan mencium pewangi orang atau pewangi kereta.

Kita hendak lihat adakah Ismail Omar berani menyahut jemputan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang menjemput Ketua Polis Negara itu berada di barisan hadapan perhimpunan rakyat yang diserang meriam air polis apabila beliau bersara nanti.

"Bila dia pencen nanti, bolehlah kita ajak Ismail berdiri di hadapan sekali bila polis serang dengan perhimpunan kita dengan meriam air. Tak ada apa-apa, sakit sedikit sahaja.

"Kalau kelonsong gas pemedih mata kena kepala pun tak mengapa sebab rasa dia macam keropok kelonsong ais krim," Mohamad menyindir.

Beliau mempersoalkan, adakah selepas ini Ketua Polis Negara akan mendakwa tindakan polis mengganasi peserta perhimpunan aman itu juga "yang paling kurang menyakitkan"?

"Polis pukul orang, pijak, tendang, terajang mereka yang tidak lagi berhimpun, orang yang berada dalam perkarangan masjid hendak bersolat ketika azan sedang dilaungkan, sedang berjalan hendak pulang, hendak naik kenderaan awam, sedang makan dan minum di restoran-restoran dan di gerai-gerai, adakah Ketua Polis Negara hendak kata itu semua yang paling kurang menyakitkan?" beliau mempertikaikan.

~ Hdaily

Comments