Insiden yang dilakukan oleh pihak Polis yang memukul wartawan akhbar berbahasa Mandarin meningkatkan lagi kebencian rakyat berketurunan Tionghua kepada Polis dan kerajaan. Selain itu keganasan Polis memukul rakyat tanpa mengira kaum juga menambahkan lagi suhu kebencian mereka.
Ketua Polis Negara, Ismail Omar pula berkata PDRM akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan menjawab segala tohmahan terhadap PDRM. Walaupun pelbagai bukti video, gambar dan saksi hidup dikemukakan Ismail terus membuta dan memekakkan telinga menafikan semua bukti tersebut.
Kalau beginilah sikap pemimpin dan pihak berkuasa di negara kita sampai bila pun negara ini tidak akan menjadi sebuah negara maju dalam ertikata sebenar. Segala nasihat, kritikan dan teguran dilihat dari sudut negatif.
Malah akhbar berbahasa Mandarin tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily dan Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.
Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.
Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0
Ketua Polis Negara tentu akan kata, wartawan dan jurugambar yang cedera itu telah mencederakan diri mereka sendiri dengan sengaja. Kalau tidak nak kata apa lagi? Takkan nak ngaku?
PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.
Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

Comments