.

.

21 October 2014

PELUK ANJING, PELUK RIMAU, KERAJAAN PELUK TUBUH LIHAT RAKYAT MISKIN MENDERITA?

Riuh rendah tentang isu peluk anjing, pegang anjing dan usap anjing. Ia menjadi viral dalam media sosial. Ada pula yang 'posting' gambar peluk rimau. Masing-masing berpolemik tentang isu ini. Masing-masing bertanya tentang hukum menganjurkan program pegang anjing, bertanya tentang hukum usap dan pegang anjing.

Apa yang jelas, puak-puak sudah tidak ada kerja lain. Alangkah baiknya kalau mereka menjalankan kempen I want to touch Al Quran, recite Al Quran dan implement the Al Quran.

Memegang dan memeluk anjing jelas menimbul keraguan dan kecelaruan. Tanyalah mereka yang pakar tentang hukum hakamnya bukannya mengikut hawa nafsu dan mengikut orang lain tanpa pengetahuan agama.

Semua ingin tahu hukum hakamnya. Baguslah kalau semua ingin mengambil tahu tentang hukum. Harap-harap selepas ini ada yang akan mengambil tahu tentang hukum menyokong perkara maksiat, hukum menyokong kezaliman, hukum mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa, hukum mengumpul harta dengan kuasa yang ada dan seribu satu hukum yang pelik-pelik dan tidak pelik yang wajar diketahui oleh semua muslim dan bukan muslim.

Di hadapan kita berapa banyak isu-isu besar seperti isu agama, isu perkauman, isu akta hasutan, isu menzalimi rakyat, menarik subsidi, menafikan pembayaran royalti, menggalakkan maksiat, isu jenayah dan keselamatan serta pelbagai lagi isu rakyat.

Rakyat hari ini kais pagi makan pagi kadang-kadang kais pagi makan malam. Rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak dek kerana penurunan subsidi minyak. Kerajaan seolah-olah berpeluk tubuh sahaja tidak mengambil langkah yang konkrit untuk membantu meringankan beban rakyat. Antara tindakan yang mudah kita fahami untuk membantu meringankan beban rakyat ialah dengan menurunkan harga minyak, berusaha menaikkan harga getah dan kelapa sawit. Moga-moga dengan penurunan harga minyak, kerajaan boleh meminta pengeluar, peraih dan peruncit menurunkan harga barang dan caj perkhidmatan.

Di saat orang berpeluk dengan anjing dan rimau janganlah pula kerajaan berpeluk tubuh sahaja menyaksikan rakyat terus merana dan menderita........................

20 October 2014

BILAKAH KERAJAAN BOLEH BAYAR HUTANG NEGARA????

Hutang negara sudah mencecah lebih RM700 bilion. Mengikut pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hanya RM27 bilion sahaja diperuntukkan bagi membayar hutang. Bajet pula defisit RM38 bilion. Sampai bilakah hutang ini akan selesai. Sedangkan jumlah defisit bajet lebih besar dari jumlah bayaran hutang tahunan. Makna berhutang untuk bayar hutang .........untuk rekod hutang negara mencecah RM700.1 bilion pada suku pertama tahun ini. 

Dipetik dari Selangorkini.

Kerajaan Pusat disaran mengambil iktibar situasi ekonomi Sepanyol yang kini menanggung hutang melebihi USD1 trilion iaitu mencecah 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.
Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata sedangkan tiga tahun lalu Kerajaan Sepanyol hanya menanggung hutang antara 70 hingga 80 peratus berbanding KDNK mereka tetapi melonjak kepada hampir mencecah 100 peratus hari ini walaupun memperkenalkan dasar menaikan pelbagai cukai kepada rakyat Sepanyol.
Dr Rosli Yaakop“Sepanyol gagal mengawal perbelanjaan mereka hingga menyebabkan Sepanyol hari ini terpaksa menanggung hutang lebih USD1 trilion atau hampir mencecah 100 peratus dibandingkan dengan KDNK,” kata Dr Yaakob dihubungi Selangorkini.
Jelas Dr Rosli, Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan Kerajaan Selangor sebagai model yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dengan bersungguh-sungguh.
“Kerajaan Pusat tidak langsung mahu menjadikan Kerajaan Selangor sebagai contoh. Mereka masih lagi mengamalkan memberikan projek kepada kroni secara rundingan terus. Langsung tidak ada langkah berjimat-cermat,” kata beliau lagi.
Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.
Tambah Dr Rosli, kegagalan Sepanyol mengawal hutang merupakan bukti kukuh bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan hutang negara sebaliknya kerajaan perlu mengkikis tabiat yang cenderung kepada pembaziran, ketirisan dan rasuah terlebih dahulu.
Kata beliau lagi, jumlah hutang negara yang mencecah RM700.1 bilion  pada suku tahun pertama tahun ini seperti diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu juga membuktikan kerajaan pusat tidak melaksanakan langsung janji mahu mengawal perbelanjaan sekaligus mengurangkan hutang negara.

MEMALUKAN MURID SEKOLAH RENDAH SAMAN KERAJAAN

Memang memalukan apabila seorang murid sekolah rendah menyaman kerajaan dan Lembaga Peperiksaan kerana kecuaian dan kegagalan mereka menguruskan peperiksaan UPSR. Kerajaan dan Lembaga Peperiksaan didakwa cuai sehingga berlaku kebocoran soalan beberapa subjek.

Bernama melaporkan bahawa K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Okt melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates. 

    
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Nov.
    
Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia. 
        
Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 Sept, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 Sept dan 9 Okt.
    
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR. 


POLITIK PRAGMATIK, POLITIK BARU DAN POLITIK CARI MAKAN


Politik pragmatik ialah politik serba boleh. Tidak kira halal atau haram di sisi agama atau demokrasi. 

Contoh : Program mengingati Allah boleh program 'lagho' pun boleh.

Mari sama2 amalkan politik baru dengan berdialog dlm apa juga isu. Bukan tembak menembak di media dan jawab menjawab dari jauh.

Politik Cari Makan ialah Memperkudakan Politik untuk 'fulus'. Masuk politik utk mendapatkan kesenangan dunia.

Sesungguhnya politik Islam ialah politik mengajak manusia tunduk kepada Allah, politik takut kepada Allah, politik amar makruf nahi mungkar. Politik Islam ialah politik yang menyelamatkan manusia dunia dan Akhirat. Politik yang melahirkan Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur. Politik memberikan kesejahteraan kepada rakyat. 

GST SUDAH BERMULA ? RAKYAT SEMAKIN PARAH !!!!

GST sudah dikenakan kepada rakyat. Buktinya disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Siapa kata GST membantu rakyat?
Malah ianya makin MEMBEBANKAN RAKYAT dengan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter