.

.

28 July 2012

LAJIM GEGAR JANTUNG NAJIB

Timbalan Menteri kabinet Ah Jib Gor, Lajim Ukin benar-benar menggegarkan jantung Ah Jib apabila mengumumkan keputusannya menubuhkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu hari ini.
    
Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.



Perkembangan terbaru ini menambahkan kegusaran Najib Abdullah bagi menghadapi PRU 13. Kita yakin PPS ini sudah tentu akan bekerjasama dengan PR bagi memastikan BN tersungkur di Sabah.

27 July 2012

SOKONGAN MELAYU KEPADA NAJIB MENURUN


Penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu menurut kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam.

Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri PM menurun bagi pengundi Melayu dan India daripada 79 kepada 75 peratus dan daripada 72 kepada 69 peratus Namun bagi pengundi Cina penerimaan Najib gambar meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.

Kalau begitu keadaannya silalah BUBAR PARLIMEN .......jangan takut-takut lagi.

Sumber : Malaysiainsider

HIMPUNAN AMAN BERSIH 3.0 MELAKA ESOK

Blog ini dimaklumkan oleh Koordinator Bersih 3.0 Melaka, Dr Wong bahawa satu himpunan aman membantah tindakan pihak tertentu melabelkan Bersih sebagai HARAM akan diadakan esok jam 3.30 petang di hadapan A Farmosa, Bandar Hilir.

2 hari lepas Mahkamah memutuskan bahawa pertubuhan Bersih TIDAK HARAM.

Semua pencinta Pilihanraya Bersih dijemput hadir.

25 July 2012

SABAH BUKAN LAGI 'FIXED DEPOSIT' BN, NAJIB MAKIN GUSAR

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN."

Demikian pandangan yang dinyatakan oleh 
Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.


Najib sudah tentu pucat gigi dan kecut perut mendengar pandangan Arnold yang bukannya kaki pembodek seperti sesetengah Professor kangkung.


Sumber : Mkini.

24 July 2012

LAJIM MASUK PAS, BOMBURING MASUK PKR?

Semalam Timbalan Menteri Kabinet Ah Jib Gor,  Lajim Ukim bertandang ke Kota Baharu bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bomburing membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Kedua-dua tindakan orang kuat BN Sabah ini bukan perkara main-main. Bukan calang-calang orang boleh buat keputusan sedemikian kerana berada dalam BN ertinya hidup mewah, projek banyak, business mudah dan macam-macam kenikmatan dunia lain.

Kalau kedua-duanya berani melakukan keputusan drastik sebegini maknanya mereka sudah nekad dan tidak kisah apa yang akan terjadi kepada mereka selepas kemungkinan tidak lagi bersekongkol di atas 'ranjang' BN. Sudah tentu mereka ada agenda besar untuk menyelamatkan rakyat Sabah dari cengkaman penguasa dan penzalim sedia ada.

Sebelum itu, tidak lama dahulu Lajim meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno dan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Apakah ada kejutan lebib besar pada hujung minggu ini? Bomburing memberitahu bahawa beliau akan membuat pengumuman penting pada satu program di Dalit, Tuaran Ahad ini. Anwar juga dijadualkan ke Sabah pada hujung minggu ini. Apakah mereka berdua akan berada sepentas pada program tersebut.

Mungkinkah Lajim masuk PAS dan Bomburing masuk PKR selepas ini? Atau kedua-duanya menyertai PKR sempena kehadiran Anwar ke Sabah hujung minggu ini?

Gambar ihsan Hdaily

BERSIH ADALAH 'BERSIH' TIDAK HARAM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.


Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.


Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.


Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.


ADAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH ini akan disiarkan di khabar arus perdana UMNO hari ini???Apakah jawapan yang akan diberi oleh Hishamuddin nanti?Apa kata anda???


Sumber : FB Abu Siraj

23 July 2012

PERJUANGAN MELAYU GADAI MELAYU

















Cuba anda teliti gambar di atas. Ia adalah fakta di mana PR meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu tetapi BN pula sebaliknya......SIAPA YANG PEJUANGKAN MELAYU?????
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter